Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, January 31, 2011


_Terlekat bagai digam.

Gam UHU.

Ya. Sudah berhari-hari. Aku terlekat kuat dengan perkembangan dari Timur Tengah. Teruja dengan suara-suara rakyat melaungkan demokrasi di jalanan. Namun pada masa yang sama, terpalit juga kebimbangan tentang keselamatan rakyat Malaysia di sana. Sungguh huru-hara. Berkali-kali juga terfikir, bagaimanalah agaknya jika Malaysia dilanda perkara yang sama. Sudah bersediakah anda untuk berjuang? Atau masih lagi terhegeh-hegeh mengambil tahu gosip artis atau sibuk dengan menonton bola, misalnya.

Bayangkan... bayangkan.

>_<

Sebenarnya.
Banyak yang mahu ditulis. Tetapi, fikiran sangat berserabut. Dengan krisis di Egypt. Dengan banjir di Kluang. Dengan kerja (aik?). Dengan diri sendiri (eh?). Dengan dunia (huiyo!). Tidak terluah. Tidak tertelan.

Analogi serabut itu begini...

Jika anda ada akaun Twitter, mohon buat carian 'Egypt'. Dan sebuah window akan terpapar beratus-ratus Tweet dalam masa satu saat. Ya. Beratus-ratus. Sampai boleh kejung Tweetdeck aku. Begitulah perumpamaan serabut. Serabut sehingga aku malas mahu mengambil tahu perihal lain selain Egypt. Ya. Sangat serabut. Serabut ayam. Dan sangat susah hati dibuatnya. Namun, pada masa yang sama aku terasa macam nak turut sama pergi berjuang (pft... poyo).

Ya.
Perasaan yang sama.
Seperti isu Gaza Strip tahun-tahun lalu.

Semoga Hosni Mubarak turun menyembah bumi. Demi Palestin. Demi melumpuhkan tentera Israil. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama mereka yang memihak kepada kebenaran. Empat hari yang mendatang ini, harap-harap ada sedikit perubahan. Ya, empat hari yang mendatang ini mahu pulang ke Kluang. Maka, terputuslah segala bekalan Internet.

Atuk kata, banjir.

Tidak sabar mahu bertemu bertentang mata dengan banjir. Kalau kecil-kecil dahulu, waktu banjir pasti sudah berenang tenggelam timbul dalam air. Sambil tinja dan kotoran-kotoran dari parit turut sama terapung, tenggelam timbul dan berenang di sebelah dengan tenang (eww... jijik gila!).

Baiklah.
Sudah lama tidak menulis... mengarut jadinya.
Kuala Lumpur, kita jumpa lagi insyaAllah hari Jumaat nanti_

Kategori:

5 Responses to "Gamuhu Egypt"

Dani neh said :
February 2, 2011 at 3:08 PM
gahamu tu ape?
Sam Posmen said :
February 4, 2011 at 10:16 PM
kesian la atas apa yang berlaku. malaysia patut bersyukur walaupun pelbagai konfrontasi rakyat 'tetap' menyokong
Ezad said :
February 6, 2011 at 9:48 PM
saya juga serabut.

memikirkan pelbagai hal duniawi..

tp dalam banyak hal2 yang menyerabutkan itu, timbul 1 persoalan..

kenapa, asal serabut je, mesti melibatkan ayam - serabut ayam

saya tengok ayam tu tak de la serabut mana pun..

serabut lagi sabut kelapa...


serabut.. serabut..
Ezad said :
February 6, 2011 at 9:50 PM
oh.. 1 lagi,
saya masih keliru fungsi twitter itu
famia said :
February 7, 2011 at 3:54 PM
dani: Gam UHU :)

Sam: Hehe. Betul tu.

Ezad: Belum habis perhati lagi ayam tu. Cuba usha lama sikit. Twitter tu macam mikroblogging. Tapi worldwide.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.