Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Saturday, January 01, 2011


_1.1.11.

Cantik bukan?

Seumur hidup sekali sahaja tarikh ini wujud. 2010 akhirnya berlalu dengan tiga kali petik jari. Sangat gila lega. Bak kata pepatah salah seorang Homo Sapiens di muka bumi ini, "If it doesn't kill you, it will make you crazily stronger." Jadinya, selagi belum dijemput Malaikat Izrail, selagi itulah wajib tegak berdiri melawan ribut petir.

Seperti lalang. Ah, seperti rumput juga. Steady. Digertak angin ribut dan terkena tempias ludahan manusia pun masih steady tidak bergerak. Dan rumput juga adalah tempat pembuangan tinja makhluk di muka bumi ini. Tidak apa. Semua itu normal. Ekosistem kita masih seimbang.

Hari ini.

Gaji pertama saya pada hari pertama dalam tahun 2011, RM5. Ya, duit hijau itu. Hasil daripada menterjemahkan soalan-soalan bancian perihal kanser serviks dalam Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Bayaran RM1 dikenakan untuk sehelai muka surat. Tolong siapa? Ah ha... iyalah siapa lagi. Adik gadis saya itulah.

Hari pertama, RM5.

^_^

Semoga esok, lusa, tulat dan tuli nanti rezeki semakin melimpah. Perlu mendisiplinkan diri dengan kekerasan dan ketegasan yang berganda. Saya sedang berusaha untuk menguruskan masa dengan tegasnya. Yes, this is Sparta! Projek Click 365 saya juga sudah berjalan. Wahoo! Saya harap saya mampu beristiqamah.

2010.
Kita ke belakang sekejap.
Ok, undur sedikit... undur lagi.

2010, tahun yang paling mencabar. Sekurang-kurangnya mencabar bagi aku (perlu tukar kata ganti diri agar kelihatan serius). Dan aku rasa, selagi 'hasbiyAllah' itu dipegang kuat, insyaAllah segala langkah dan urusan pun mengalir lancar. Jadinya, masih tetap boleh bertahan walaupun dibelasah teruk oleh 2010.

Ok, ini aku cuba terangkan dari persepsi seorang IT-savy kononnya.

If (plan A is not working) Then
go to plan B
Else if (plan B is not working)
go to plan C
Else if (plan C is not working)
go to plan Z
Else if (plan Z is not working)
go to plan A + plan B
Else if (plan A + plab B is not working)
there are thrillions of plan combinations that you can use
Else if (none of the plans are working)
repeat all plans again until you die
End If


Dan jangan lupa....

do {
genggam dunia dan akhirat di kedua-dua belah tangan;
} while (belum dijemputNya lagi);

Begitulah pendek katanya.
Jangan putuskan asa.
Selagi ada Dia.

Hari pertama anda pula bagaimana_

Kategori:

6 Responses to "1 Hari Pada Bulan 1 Dalam Tahun 11"

emm-ai-en said :
January 1, 2011 at 10:28 PM
hahaha.
perenggan selepas "dan jangan lupa" itu terbaik.
unsur C++ terlihat di situ.
hari pertama saya?
sudah gaharu chendana pula.
famia said :
January 1, 2011 at 11:18 PM
haha. Bukan C++ tu. Itu dipanggil pseudo code :p Rangka nested if-else dan do-while loop kononnya. Semoga 2011 beramah mesra dengan anda Min :)
shazwan said :
January 2, 2011 at 8:07 AM
salam saya amat menggemari laras bahasa yang anda gunakan di dalam blog ini.. terutama di bahagian pendahuluan ianya sangat puitis..
Ezad said :
January 2, 2011 at 7:05 PM
hari pertama saya dapat RM197.00

tolak kos brg + minyak, maka profit saya semalam adalah rm55.. hehehe
dewajiwa said :
January 3, 2011 at 3:35 AM
wah..permulaan yang baik.
saya dapat gaji RM739.00 pada 1hb. gaji part time. alhamdulillah. kalau 01.01.11 tu kira binary gak. sesuai sangat lah coding tahun baru tu ;-)
famia said :
January 4, 2011 at 9:09 PM
shazwan: waalaikumsalam wbt. hehe. terima kasih menyinggah ke blog tak befaedah ni ye.

ezad: banyaknya! wah, semoga murah rezeki.

dewajiwa: wah, lagi banyak! bestnya. semoga murah sentiasa rezeki anda :)

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.