_Inilah bahana membawa dunia semasa menghadapNya.
Selepas bersolat tadi.
Benda-benda asing masih ligat berlari marathon di dalam kepala. Jauh juga trak lariannya. Lebih kurang lapan kilometer barangkali. Sehingga selesai melipat sejadah, memakai tudung dan menyarung stokin pun belum habis juga lariannya. Tinggi betul stamina. Mungkin berkat meminum air suam dicampur madu setiap pagi sebelum menjamah makanan... barangkali.
Tiba-tiba, masuk seorang pekerja kebersihan.
Trit trit trut trut... wanita tersebut menyarung telekong. Trit trit trut trut... laju aku capai kasut di bahagian atas rak kasut. 'Ini kena beli baru kasut ini, dah rabak gila dalam ini. Lepas itu, ketat pula.' Sambil merenung seperti 'ditelan tercekik kasut pula, diluah nanti kotor surau ini pula'... kesudahannya tangan memusing tombol pintu dan membawa diri keluar dari situ.
Tiba-tiba.
"Eh, adik punya kasut yang di bawah. Yang di atas itu saya punya."
Terkejut aku.
Langkah terhenti. Aku pun pandang bawah. Ya salam. Patutlah ketat bukan main kasut ini. Tersarung kasut orang lain rupanya. Rupanya kasut sendiri tersorok di tingkat bawah sekali. Tsk... malu sudah. Itulah. Main sarung saja. Tak pandang kiri kanan langsung. Nasib baik makcik itu tegur. Kalau tidak, sampai rumah baru perasan. Si Huzaimatus itu bukan kira. Main sebat saja segala benda. Hinf... hinf.
Malu saya lapan saat.
-_-"
Ah, tertekan betul dengan diri sendiri.
Tsk. Tak apa... tak apa. Tak malu pun. Langsung tak malu. Benda-benda macam ini kena jadi dengan lebih kerap supaya hidup lebih bermakna. Ceria. Dan gembira. Dan lebih bermakna. Dan ceria. Dan gembira. Dan... ah! Tak apa... tak apa. Steady, yo! Orang cool tak perlu malu.
Dengan serta-merta larian marathon dalam kepala tadi terhenti.
Sudah jumpa garisan penamat agaknya. Baguslah. Duduklah kamu baik-baik dalam kasut makcik cleaner tadi ya. Kalau penat duduk bersimpuh boleh sambung semula marathon tadi. Berusahalah. Kita sudah berpisah dan berpindah hak milik. Jangan cari saya lagi.
Tsk.
Pengajaran cerita... lain kali jangan beli kasut kanvas dalam Carefour itu lagi. Kan dah sama. Tapak sama putih. Kanvas sama hitam. Saiz saja yang lain.
Ikan bilis betul_
Sambung baca...
Tentang Penulis

Penulis bukan seorang pereka grafik mahu pun seorang jurugambar. Sebaliknya, seorang buruh biasa di sebuah syarikat yang tidak dikenali ramai. Tidak suka bersosial. Telah membuang masa lebih 6 tahun dalam penulisan blog. Masa lapang yang tidak begitu lapang dipenuhi dengan aktiviti melukis. Tiga suku masanya dihabiskan di
Twitter berbanding di dunia nyata.
Habis baca...