Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, June 30, 2010


_Minggu yang putih.

Oh, ya.

Salah satu serbuk positif untuk minggu ini.

Untuk memiliki hati yang baik dan bersih, anda memerlukan hati yang jahat. Dan untuk memiliki hati yang kotor dan jahat, anda memerlukan hati yang baik. Masing-masing hidup secara simbiosis. Saling memerlukan. Tanpa kebaikan mana mungkin terhasilnya kejahatan. Dan tanpa kejahatan mana mungkin terhasilnya kebaikan. Itulah keadilan di dalam dunia. Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.

Makanya.

Adakah anda terasa sangat tertekan, geram, sedih, bengang tidak terkira, semangat semakin surut, awan gelap dan mendung sentiasa bergerak di atas kepala mengikuti anda ke mana sahaja sehingga anda mahu mengambil jalan mudah terhadap segalanya dan sentiasa hidup atas nama 'KALAU'?

Baiklah.

Sila berhijrah keluar dari dunia ini.

Sesungguhnya... anda tidak layak untuk menjadi seorang pejuang tegar di muka bumi ini. Anda juga tidak layak memiliki kaki kerana anda tidak mampu menggunakan anugerah Allah itu untuk bangun kembali. Anda juga tidak layak memiliki tangan kerana tidak berusaha untuk cuba melawan kembali musuh-musuh dan hasad dengki dunia. Ah, ya. Anggota pancaindera yang lain juga patut disedekahkan sahaja. Membazir sahaja jika diberi kepada anda.

Walau bagaimanapun.

Jika anda sudah berusaha sehingga seribu daya... dan anda telah berserah sepenuhnya kepadaNya... dan anda benar-benar redha dengan segala keputusan dariNya, baiklah anda layak untuk tinggal di dunia ini dan pergi setelah dijemputNya dengan perasaan yang lega dan bangga.

Tsrr... tsrr.

Ops, serbuk positif sudah habis_

Sambung baca...

Kategori:

Saturday, June 26, 2010


_Ya.

Kadangkala bukan semua perlu dikongsi.

01000010 01100101 00100000 01100011 01100001 01110010 01100101 01100110 01110101 01101100 00100000 01101110 01101111 01110100 00100000 01110100 01101111 00100000 01100101 01100001 01110011 01101001 01101100 01111001 00100000 01110100 01110010 01110101 01110011 01110100 00100000 01101111 01110100 01101000 01100101 01110010 01110011 00101110 01001001 00100000 01101011 01101110 01101111 01110111 00100000 01111001 01101111 01110101 00100000 01100001 01110010 01100101 00100000 01100010 01110010 01101001 01101100 01101100 01101001 01100001 01101110 01110100 00100000 01100101 01101110 01101111 01110101 01100111 01101000 00100000 01110100 01101111 00100000 01110100 01110010 01100001 01101110 01110011 01101100 01100001 01110100 01100101 00100000 01110100 01101000 01101001 01110011 00100000 01100010 01100001 01100011 01101011 00100000 01110100 01101111 00100000 01110100 01100101 01111000 01110100 00101110

Dan yang pastinya...

01011001 01101111 01110101 00100000 01100001 01110010 01100101 00100000 01101110 01101111 01110100 00100000 01110011 01110100 01110101 01110000 01101001 01100100 00101110

Sangat berpuas hati menulis menggunakan binary code. Kah kah kah. Anda tidak faham bukan? Dan walaupun kelihatan seperti sedikit gelabah ayam menulis sebegini rupa dan kelihatan agak kebudak-budakan, pedulikan sahaja. I don't give a shit fish.

Woh, yeah_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, June 23, 2010


_Nun jauh di ceruk bumi, duduknya seorang gadis yang nakal.

Kerjanya tidak lain tidak bukan adalah mengacau orang.

Yang lebih teruknya, suka mengacau orang sebelum solat. Terutamanya, ketika sebelum memulakan solat berjemaah. Tangannya rajin mencuit baju orang. Cuit sana cuit sini. Kadangkala mencubit kecil lengan orang. Dan kadangkala mencubit pipi tulang pelvis orang. Yang sering menjadi mangsanya adalah adik-adik lelakinya. Macam syaitan betul perangai.

Suatu hari.

Arahan untuk meletakkan titik noktah telah diberikan kepada gadis tersebut. Maka, pada hari Isnin lepas... selepas berbuka puasa bersama-sama keluarga, si gadis tersebut pun turut sama menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama keluarganya.

Untuk dijadikan cerita.

Ketika itu, matanya terasa pedih dan berat. Mungkin disebabkan kekurangan tidur. Ditambah pula dengan keadaan perut yang baru mahu menyesuaikan diri tanpa makanan dan sentiasa dipenuhi asid. Makanya, serba-serbi terasa tidak kena. Padan muka. Siapa suruh tidak rajin menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari.

Dan ketika itu.

Seperti biasa tangannya laju mencuit orang di hadapan. Mangsa-mangsanya... adik-adik lelaki. Seorang mengimamkan solat. Seorang lagi di sebelah ayah. Dan biasanya ayah akan berdiri di sebelah kanan. Di sebelah pula adalah adik bongsu. Dan saya saf perempuan di belakang termasuk ibu.

Lagi beberapa minit sebelum imam membaca iqamat.

Tangannya laju mencubit pipi tulang pelvis orang di hadapan tanpa melihat siapa yang menerima cubitan. Selepas mencubit, beberapa saat kemudiannya gadis itu terasa hairan. Tekstur daging pipi tulang pelvis itu terasa aneh. Sepantas kilat gadis itu mengangkat muka.

Rupa-rupanya... tercubit pipi tulang pelvis ayah!

#_#

Ya salam.

Argh!
Salah orang... salah orang... salah orang!
Saiz perasaan malu itu adalah dari Jordan ke Korea Selatan.

Ayah menoleh ke belakang terasa hairan. Ayah sangkakan ibu yang mencubitnya. Rupa-rupanya si anak perempuan itu pula yang punya angkara. Tergelak-gelak ibu dan adik perempuan. Saya Si gadis itu terkejut bukan kepalang sambil menahan malu. Habis kepala ibu dan adik perempuan dipeluknya.

#_#

Argh!
Salah orang... salah orang... salah orang!
Saiz perasaan malu itu adalah dari Jordan ke Korea Selatan.

Kalaulah ada butang PADAM di kepala ini... tsk.

Ra ra aa aa aa.
Rama rama maa.
Gaga uu lala.

This is bad.

-_-"

Maafkan saya, ayah.

Saya berjanji tidak mahu main-main lagi sewaktu mahu bersolat. Waktu lain tidak mengapa_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, June 21, 2010


_Mungkin saya sudah sampai tahap matang.

Atau.

Mungkin sebenarnya sudah lama masak dan matang. Tetapi, baru hari ini tercelik mata dan mula mendapat kesedaran sivik. Walau bagaimanapun, saya sudah matang. Saya yakin saya sudah matang. Ha ha ha gembira... gembira. Memang beginilah agaknya perangai seorang yang telah matang. Walaupun sudah matang, ABC dan Choki Choki masih menjadi sebahagian daripada keperluan hidup.

-_-"

Kalau ikut takrifan aku kan....

Matang itu bermaksud mengambil serius hampir semua perkara dari dunia sehinggalah ke akhirat. Jadinya, walaupun masih ada sebatang lagi gigi bongsu yang langsung tidak nampak batang hidungnya dan tiga batang lagi yang tumbuh secara 'main-main', aku rasa aku sudah sedikit matang. Pada aku, mungkinlah kan tahap kematangan itu bergantung kepada bilangan gigi bongsu yang tumbuh mekar pada gusi. Tetapi alhamdulillah sebab telah ada gigi bongsu akhirnya.

Ya.
Ini adalah perkara yang sangat menggembirakan.
Terasa seperti air mata boleh merembes sebanyak lapan baldi.

Akhirnya, gigi bongsu sudah lahir!

T____T

Baiklah.
Cukup... cukup.
Kesat air mata dan air hidung.

Sebenarnya terdapat berjuta-juta benda asing sedang bermarathon di dalam kepala saya. Eh, tiba-tiba bertukar kata ganti nama kepada saya pula. Ah, pedulikan sahajalah. Yang penting cumalah benda-benda asing tersebut. Begitu bersemarak semangat mereka bermarathon di dalam kepala saya. Sungguh mendatangkan kegusaran dibuatnya.

Sekarang saya baru terfikir, mengapa saya bekerja ek?

Duit?
Kepuasan bekerja?
Pangkat dan status diri?

Atau... apa?

Saya rasa tujuan saya bekerja adalah kerana 'atau... apa?'. Saya rasa ini pertama kali saya terasa agak kosong dalam meletakkan tujuan melakukan sesuatu. Kebiasaannya, setiap yang saya kerjakan pasti ada tujuan walaupun tujuannya agak membuang masa. Itu tetap dikira sebagai tujuan juga.

Baik, mari kita buat imbasan sejarah.

Sewaktu bersekolah menengah, saya bercita-cita mahu menyambung pelajaran dalam bidang psikologi atau pun biomedic. Itu tujuan saya. Namun, disebabkan keputusan SPM yang berbau cikun dan sedikit masam, saya terpaksa menukar kepada tujuan lain. Lalu, Teknologi Maklumat adalah kursus pilihan selayaknya.

Sewaktu di UITM, saya tiada tujuan yang konkrit. Agak abstrak dan sukar dilihat tujuan itu. Ya, seperti amoeba. Dan selama empat tahun, saya cuma belajar dan belajar sahaja. Er, sebenarnya lebih banyak bermain-main berbanding belajar. Dan disebabkan itu, CGPA sentiasa terbang berwarna hitam dan tidak terbang berwarna-warni.

Sehinggalah suatu ketika.

Kelas malam pada semesta terakhir di PPP UITM. Seorang pensyarah luar mengajar kelas kami. Beliau bekerja di UMW. Waktu itu, saya sangkakan UMW itu tidak jauh beza dengan kilang kereta BMW dan Volkswagen. Tsk, sangkaan saya sangat meleset. Inilah akibatnya tidak mengambil tahu alam sekeliling. Dan malam itu, pensyarah saya telah membuatkan saya berfikir sehingga terlahirnya berbakul-bakul tujuan. Saya kagum dengan beliau dan semangatnya.

Semangat saya datang kembali.

Kursus Software Engineering Real Time di CASE UTM KL, saya pegang kuat. Kali ini saya kurang bermain-main. Ini memang pertama kali saya rasa seronok sungguh menuntut ilmu. Dan segalanya terasa mudah. Selepas hampir dua tahun bertarung membesarkan otak, tujuan demi tujuan lahir dengan begitu pesatnya. Saya terfikir selepas belajar, saya mahu mengambil kelas CISCO pula. Mahu pegang kuat CCNA. Yang mana, sampai sekarang pun masih belum habis. Tsk... apalah.

Tidak mengapalah.
Yang penting, 'tujuan' itu masih hidup berterusan.

Kerjaya di tempat pertama, agak samar dan kabur. Saya minat sesuatu yang abstrak. Kemahiran tidak berjalan seiring dengan kemahuan. Agak tersasar juga. Kadangkala stabil. Kadangkala terpelecok. Dan kemudian saya menukar kerja di tempat kedua (tempat kerja sekarang). Yang mana samar juga. Agak abstrak. Lama juga saya mencari arah kiblat. Petunjuk ke jalan yang sepatutnya. Dan akhirnya tergenggam erat juga kemahiran dan kemahuan itu. Berjalan juga mereka dalam landasan yang sama.

Dan sekarang.

Seperti dilanda tsunami, di sekeliling saya kelihatan serba abstrak. Semuanya tidak jelas. Dan landasan yang sama itu telah sedikit rosak dan bengkang-bengkok. Kini sudah tidak mampu diperbaiki. Tujuan terakhir yang tinggal cumalah untuk pencari arah yang baru. Oksigen semakin berkurangan di sini. Nekad dan tekad mahu mencari arah baru. Kemahiran ada. Namun, kemahuan tetap berkeras tidak mahu berjalan seiring dengan kemahiran. Tidak pasti apa yang saya cari.

Dan di saat ini.

Semakin banyak benda asing di dalam kepala. Masing-masing sibuk bermarathon tanpa mengambil endah penat dan lelah yang bakal datang. Dan saya pula, seperti kepala di Jordan dan hati di Korea.

Anda tidak faham bukan?

Haha.

Alhamdulillah_

Sambung baca...

Kategori:

Friday, June 18, 2010


_Hai!

(melambai-lambai riang sambil tersengih seperti kerang busuk)

Ya.

Hari ini adalah hari Jumaat yang dicintai. Lebih bersemangat dan bahagia berbanding hari-hari lain. Langsung (insyaAllah) tiada bermuram durjana durja. Harap anda begitu juga. Semoga ketenangan adalah milik anda hari ini.

1. Jangan nakal-nakal, saya tak apa.
2. Jika memakan ABC, jangan lupakan saya.
3. Jika hujan pada hari ini, doakan untuk saya juga.
4. Jika berasa sedih, makanlah coklat untuk gembira kembali.
5. Jangan sibuk dengan bola saja hari ini. Banyakkan berbuat kebaikan.

Tahukah anda mengapa hari Jumaat dikenali sebagai Penghulu segala hari?

Hah.
Tahu tak... tahu tak?

Alamak... alamak! Sudah terlambat. Baiklah. Tinggalkan dulu buat sementara. Harus siap ke tempat kerja. Cargas_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, June 16, 2010


_Perlu meletakkan tanda noktah buat sementara.

Sesungguhnya.

Jadi manusia bukan kerja mudah. Pelbagai perkara perlu diambil kira. Lebih-lebih lagi jika hidup di kalangan manusia lain. Dan sekiranya tersasar tanpa meletakkan tanda koma pada kehidupan, sudah pasti bakal bermastautin di mana-mana hospital bahagia. Alangkah bahagianya.

Makanya.

Untuk itu, bukan tanda koma yang bakal diletakkan. Sebaliknya, berpuluh-puluh tanda noktah akan berada di setiap perjalanan. Tanda noktah. Tanda noktah. Tanda noktah. Sehingga jerebu itu kebah. Bukan bererti memutuskan asa. Cuma bernoktah sementara. Dan mungkin mendambakan sedikit kata-kata daripada manusia sebagai batu-bata. Sesungguhnya, orang-orang Mukmin itu bagaikan batu-bata yang saling membantu di antara satu sama lain.

Huzaimatus, mohon beri laluan_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, June 10, 2010


_Ini sedikit percubaan encryption.

Ambil sebuah periuk.

Letakkan sedikit garam dan gula. Kemudiannya, simbahkan lima sudu besar kicap Kipas Udang. Letakkan air suam sebanyak lapan gelas dan perahkan limau kasturi. Kacau semua bahan tadi sehingga mencapai takat lebur. Setelah kering sehingga terhasilnya hablur-hablur garam dan gula, perahkan secawan air asam jawa ke dalam periuk tersebut. Tambahkan satu sudu kecil serbuk cili kering Babas dan dua sudu kecil serbuk kari. Kacau bahan-bahan tersebut sehingga kering.

Kemudiannya.

Jemur periuk tersebut di bawah sinaran cahaya matahari yang paling terik selama lapan hari sembilan malam berselang-seli dengan hujan lebat dan kilat yang sabung-menyabung. Angkat periuk tersebut setelah genapnya hari yang ke dua belas. Dan seterusnya, tanamkan hablur-hablur yang terdapat di dalam periuk tersebut dengan tanah Laterit.

Ya.
Itulah saya sekarang ini.
Walau bagaimana pun, masih ada orang yang lebih kasihan berbanding saya.

Bersyukur, Huzaimatus bersyukur.

Hm....

Sebenarnya terasa sangat susah jika semua perkara, jawapannya adalah 0. Angka 0 dan 1 biasanya digunakan dalam pengaturcaraan sebagai nilai Boolean. Nilai 0 bermaksud tidak. Manakala nilai 1 pula adalah ya. Jadi, jika semua perkara jawapannya adalah 0 memang sangat terasa menyusahkan. Tsk, macamana nak cakap ek (orang Johor memang suka letak 'ek' di hujung perkataan).

Itulah.
Bukan kerja mudah mahu jadi Huzaimatus Sa'adiah.
Sudahlah maksud nama sendiri pun tidak diketahui, meluahkan rasa pun susah.

Baiklah, cuba.

1. Melebihkan manusia yang tiada pertalian darah berbanding yang bertali darah. Ini adalah sangat 0. Ini adalah di antara salah satu perkara yang membencikan.

2. Dulu, 'single not available' adalah 1. Sekarang, 'single and available' adalah 1. Ya Allah, di manakah kesopanan dan kesusilaan si Huzaimatus ini? Tsk, kita buang laju-laju point nombor dua ini. Tetapi... ah, jangan banyak cakap. Buang sahaja laju-laju.

3. Sangat sukar menjaga hak manusia. Tetapi, lebih sukar lagi untuk menjaga hak sendiri. Ini adalah 1. Ini memang bukan kerja mudah. Ini juga adalah di antara salah satu perkara yang membencikan.

4. Menolak secara baik bukan kerja mudah. Sebenarnya, saya sedang cuba meletakkan 0 pada jawapan ini dan menghulur sepuluh jari meminta maaf. Walaupun maaf dan peluang kedua tidak berguna, namun tidak bagi saya. Sedangkan nabi pun sentiasa mengampunkan umat. Dan Allah juga sentiasa memberikan hambaNya peluang yang infiniti, inikan pula kita manusia hina. Berilah peluang sehingga infiniti jika mampu. Kita bukan sempurna bukan.

5. Agak penat menghadapi kerenah orang yang kekurangan fahaman bahasa Melayu. Dan lebih memenatkan adalah saya bukan seorang yang jenis memberontak dan berkasar serta mengeluarkan kata-kata kesat menghalau manusia keluar daripada lapisan ozon ini. Jadi, maksud di sini adalah... emm... sangat penatlah pendek katanya.

6. Kengerian menulis blog terasa apabila golongan yang tidak sepatutnya membaca blog ini wujud membaca secara terbuka di sini. Menakutkan. Terasa seperti di Sparta, "This is madness".

7. Facebook, Twitter, Formspring and Blog, I loathe you... temporarily. Ya, ini adalah 1. Mungkin boleh jadi selama-lamanya. Siapa yang tahu kan. Wallahualam.

8. Dulu, Dani adalah benchmark saya. Sekarang, beliau sudah membina masjid. Jadi, rasa sedikit cemas perlu diletakkan 1 sekarang ini. Namun... namun, mahu membuka pintu hati bukan kerja mudah. Mungkin jika kena pada manusia yang sukakan cabaran, tembok China juga pasti runtuh. Androphobia sejati ini. Tsk, kita serahkan pada Allah sahajalah.

9. Retina mata sudah hampir rosak melihat sebilangan orang Islam yang semakin jauh menyimpang berjuang melawan cahaya dan kembali ke dalam kegelapan. Orang-orang sebegini patut dihantar ke Palestin yang penuh dengan 'kegelapan'. Ingat. Melayu, tidak semestinya Islam. Ya, ini adalah 1.

10. Alangkah beruntungnya jika bermulanya 12 Jun 2010 ini, semua umat Islam mula berjaga malam dan bertahajud sambil mendoakan saudara-saudara Islam di Palestin. Nah, senang bukan orang kafir menarik kita ke arah mereka. Masing-masing khusyuk dan sibuk mahu berjaga malam menonton bola sepak Piala Dunia Afrika Selatan. Tersangat senang bukan? Ya, ini adalah 1. Dan buat masa ini, bola sepak Piala Dunia Afrika Selatan adalah perkara yang paling membencikan. Dari iklan tv, status Facebook, entri blog dan sebagainya... semuanya tersusun huruf B,N,E,I dan C secara tidak tersusun.

11. Tiada point penting di sini. Entri ini adalah ayat rojak semata-mata. Sengaja mencari titik perhentian pada angka ganjil. Itu lebih kena pada tempatnya. Ya, ini adalah 1.

Hm....

Nampaknya, encryption ini tidak menjadi_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, June 02, 2010


_Benar bukan.

Sesungguhnya yang paling sukar itu adalah beristiqamah.

Istiqamah bukan kerja mudah.
Perlu berterusan.
Berpanjangan.

Kadangkala kecundang juga. Sekejap buat sekejap tidak. Beristiqamah dalam menjaga solat juga teramatlah sukar. Memang bukan kerja mudah. Semalam iman pasang naik. Selepas azan Zuhur berkumandang sahaja, terus berdua-duaan denganNya. Hari ini pula iman pasang surut. Lagi setengah jam menghampiri solat Asar baru solat Zuhur ditunaikan. Tsk, wahai iman.

Benar bukan.

Istiqamah bukan kerja mudah.
Perlu berterusan.
Berpanjangan.

Sama juga dengan isu semasa.

Jangan minggu ini kita sibuk memulaukan McD, menukar avatar Facebook dengan warna hitam, memaki sumpah seranah mencarutkan Israhell Israel dan menadah 10 jari ke langit mendoakan keselamatan saudara-saudara Islam di sana tetapi minggu depan pula sibuk melaungkan FIFA World Cup 2010 dan terus melupakan isu Gaza dan saudara-saudara Islam di sana. Memang tidak berapa berguna betul perangai sebegitu rupa.

Benar bukan.

Istiqamah bukan kerja mudah.
Perlu berterusan.
Berpanjangan.

Menyorot kembali Gaza Strip Massacre suatu ketika dahulu, macam nak gila juga masing-masing memulaukan McDonald. Aku rasa waktu itu memang McDonald mengalami kerugian juga walaupun tidak banyak. Tetapi bila masuk saja musim bunga di kala isu Gaza mula menyepi, segala unsur pemulauan pun lenyap begitu saja. Ke mana entah hilangnya semangat berjihad itu. Seperti sudah ditiup angin.

Fiiuhh.... (bunyi meniup angin)

Benar bukan.

Istiqamah bukan kerja mudah.
Perlu berterusan.
Berpanjangan.

Demi Gaza dan rakyat Palestin, jika anda seorang activist... buatlah apa sahaja cara pun untuk membantu mereka. Tidak kisahlah secara langsung atau tidak langsung. Menyelitkan doa untuk mereka lima kali sehari pun sudah cukup bagus. Janji doa itu berterusan diselitkan. Janji segala jenis usaha itu sentiasa berterusan. Jangan pula minggu depan sibuk menyelitkan doa untuk pasukan bola Brazil atau Argentina untuk memenangi FIFA World Cup. Itu memang sangat berlipat ganda macam haram jugalah perangai.

Isu Gaza dan Palestin bukan seperti Iklim Monsun Tropika.

Benar bukan.

Istiqamah bukan kerja mudah.
Perlu berterusan.
Berpanjangan.

Dan.

Jika ada di antara mereka yang gigih cuba membantu Palestin dengan cara memulaukan apa-apa jenis produk yang berkait rapat dengan Israel, janganlah dipandang enteng dan direndah-rendahkan pula. Boleh tahan agak menyakitkan telinga saja dengar ayat-ayat tidak bermotivasi seperti, "Kau pulaukan pun bukannya ada efek pada ekonomi. Orang lain yang merana sebab tak ada kerja." Atau pun, "Hantar duit dan sumber makanan serta ubat-ubatan ke Palestin pun bukannya lepas. Disekat. Strategi tak bagus. Buang masa saja."

Memang betul.
Tapi sekurang-kurangnya ada inisiatif daripada tak ada langsung kan.

Pernah dengar tak kisah burung-burung yang cuba memadamkan api besar? Itu ibarat cubaan memadamkan api bersemarak yang menjilat sebuah kilang dengan sesudu air. Sesudu demi sesudu. Walaupun kedengaran dan kelihatan seperti tidak berguna atau membuang masa atau tidak memberi kesan, sekurang-kurangnya ada usaha untuk cuba menolong daripada tiada langsung bukan.

Apa-apa pun.
Berhentilah membuat kerja-kerja demotivate manusia lain.
Jika anda cuma senang berdoa saja untuk Palestin, teruskan.

Tetapi.

Jangan cuba demotivate orang lain. Jangan merendah-rendahkan usaha mereka. Jangan memperkecilkan usaha mereka. Maaflah, tetapi aku betul-betul menyampah dan sakit mata serta telinga setiap kali terdengar atau ternampak ayat-ayat yang tidak memberangsangkan yang berbau seperti perut ikan yang sudah satu jam disiang.

Usaha untuk Palestin belum sampai seribu daya ok_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, June 01, 2010


_Orang bawa bantuan, kau pergi serang. Memang patut diterajang. Tetapi, mana mungkin mampu menerajang. Baru lempar kerusi pada askar Israel, tengok berapa banyak sudah hilang nyawa. Israel sangat dayus menyerang orang awam. Dayus gila. Israel durjana.

Sabar Huzaimatus.

Jangan mencarut.
Jangan mencarut.
Jangan mencarut.

Sahaja aku menahan diri daripada mencarut (walaupun di dalam hati)... kerana Allah Taala.

Dalam satu sabda Rasulullah SAW yang bermaksud...

"Akan sentiasa ada segolongan daripada umatku yang menegakkan kebenaran dan berjuang menentang musuh mereka. Barangsiapa yang cuba menghampakan mereka tidak sekali-kali akan dapat melukakan mereka mahupun kesusahan yang menimpa mereka sehingga datang keputusan Allah. Dan mereka akan tetap sedemikian."

Maka sahabat pun bertanya, "Wahai Rasulullah SAW di manakah mereka ini?"

Sabda baginda, "Mereka berada di Baitulmaqdis dan di sekitar Baitulmaqdis."



Israel laknatullah.
Tunggu sahajalah balasanNya.
Memang sengaja menempah murkaNya.

~_~"

Geram sampai pening sampai boleh koma.

Rasa seperti mahu mengetuk kepala mereka dengan tukul besi. Tetapi tak boleh. Nanti dituduh pengganas. Jadi perlu sabar. Sabar Huzaimatus. Tidak baik mencarut. Itu tanda miskin akhlak. Fuh. Sabar lagi sedikit. Lebih baik pergi doakan keselamatan saudara-saudara Islamku. Sudah berapa tan laknat entah kau dapat kan Israel. Bukan sahaja askar-askar Israel yang dilaknat, satu negara Israel sudah bertan-tan dilaknat. Tak pasal-pasal je hah.

Betul-betul terasa mahu ikut berperang sekarang ini.

Walaupun Malaysia tidak menghantar pejuang-pejuang berani mati ke Gaza, saya tetap mahu ikut jadi pejuang (siapa yang tidak mendambakan syahid kan). Cuma sekarang ini saya mampu berjuang dari jarak yang sangat jauh sahaja. Saya tiada M16, peluru berpandu, white phosphorous atau bom tangan. Cuma sekeping iman yang nipis daripada kulit bawang dan seguni keberanian lillahiTaala yang membuak-buak sahaja.

Ok, restrain yourself Huzaimatus.

Israel durjana_

Sambung baca...

Kategori:

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.