Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, January 18, 2010


_Ok.

Telah dibuka secara umum.

DD.
Dude Dudette.

Sebenarnya aku cuba nak menyahut cabaran dari Smashing Magazine. Design something every day. Sehari perlu hasilkan satu karya. Yang mana harapnya insyaAllah terlaksanalah nanti sketch sehari satu. Cuma nak scan dan trace semula di dalam Illustrator itu yang boleh tahan menangis sedikit. Tsk....

Apa-apa pun.

Aku cuba update sikit-sikit. Yang dah scan banyak. Nak trace saja tak larat. Perlahan-lahan kayuhlah ya. Aku bukan graphic designer. Bukan animator juga. Dan bukan pelukis handalan juga. Aku buat ini suka-suka saja. Dan satu lagi, aku tak larang kalau ada sesiapa nak mengambil tanpa minta izin atau bahasa kasarnya, mencuri. Tapi, boleh saja jawab nanti di akhirat depan Allah SWT.

Psiko tak?
Haha.

Sekarang memang sangat penuh tangan dibuatnya. Urusan dunia dan semoga urusan akhiratnya juga. Makanya, aku cuma menulis blog ikut kerajinan saja. Kalau ada entry baru, memang aku simpan banyak-banyak di dalam Notepad. Bila bosan-bosan baru post. Makanya, harap maaflah ya. Blog tak berfaedah ini bakal kurang mendatangkan hiburan pada bulan ini.

Ya, bulan ini saja insyaAllah. Semoga bulan Febuari dan seterusnya jari ini mampu bergerak membebel perkara-perkara yang tidak berfaedah. Maklumlah, enjin tahun 2010 masih lagi tengah dipanaskan. Haah. Aku mengambil masa yang boleh tahan lama juga nak memanaskan jari. Maklumlahkan. Jari besi. Jari pun tahu keras kepala juga walaupun ianya adalah jari dan bukan kepala. Banyak benda perlu dibereskan. Maka, terpaksa mengabaikan sekejap blog ini.

Gomen nasai!

Er, oklah.
Silalah nikmati hasil tak seberapa itu_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, January 12, 2010


_Ini iklan.

Tanpa bayaran.
Takaful Ikhlas.

Sertai acara gila-gila membaca.
Secara beramai-ramai.
Di dalam LRT.

Bermula dari stesen Terminal Putra.
Ke stesen Terminal Kelana Jaya.
Pada jam 9.45 pagi.
Sabtu ini.

Jumpa di Terminal Putra.

Mari... mari_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, January 11, 2010


_Opp... opp.

Sekejap.

Sebelum bertukar menjadi angin. Kena cerita satu perkara. Boleh tahan lama juga simpan cerita ini. Sejak minggu lepas. Tapi selalu tiada nafsu mahu mengarang. Memandangkan sepanjang minggu ini kerja aku buat write up saja, maka aku karanglah sekejap. Lapan saat saja pun. Bukannya lama.

Ok, lapan saat.
Bermula.

Masa aku tingkatan empat dan lima, aku ada sebiji bantal. Bukan bantal Dunlop. Dan bukan juga bantal 'Support Pillow' sepertimana yang terjual di Smart Shop itu. Ini bantal keluaran pasaraya Giant. Murah-murah punya. Aku rasalah. Apa-apa pun, bantal itu menarik sebab lembut dan tak keras. Aku tak suka bantal keras.

Asbabnya, kepala ini sudahlah keras. Mengalahkan besi keluli pula kerasnya. Jadinya. Kalau kepala yang keras beralaskan bantal yang keras, sudah jadi apa agaknya nanti kepala ini kan. Ah, apa-apa pun bantal itu memang satu-satunya bantal yang wujud selama dua tahun aku di Perlis dulukala. Memang pendakap kepala yang terbaik.

Tak pernah dibasuh.
Agaknya sudah jatuh kategori bantal busuk ini.

Aku memang jenis setia tak bertempat. Kalau aku minat suatu benda itu, sampai mati pun aku minat je. Susah sikitlah nak terasa bosan. Saya setia orangnya Makanya, sampai habis belajar pun aku pakai juga bantal itu. Sampai lunyai bantal itu. Sampai warnanya sudah bertukar menjadi kekuningan. Lemak berkrim. Disukai ramai.

Heh.

Lepas itu.

Dalam tiga ke empat tahun selepas itu, pendakap kepala itu hilang. Puas aku cari merata-rata. Di bawah jambatan. Di bawah tangga. Di bawah jejantas. Di 7-eleven. Di Sungai Wang. Di dalam bilik air. Di bawah katil. Tetapi, tetap tidak terjumpa. Mak kata bantal yang aku cari-cari itu memang ada di bilik. Aku pun percaya saja bulat-bulat. Sebab kemungkinan besar mak sudah tolong basuhkan pendakap kepala itu. Itu sebabnya rupa dia macam tilam. Sedikit keras dan tidak menenggelamkan kepala bila ditiduri.

Seperti luar biasa dan peliklah pula ayat itu.
Ah, abaikan.

Hah.
Kemudiannya.

Selepas beberapa tahun. Aku pun hidup dengan pendakap kepala palsu. Perkhidmatan yang diberinya memang boleh tahan memuaskan. Walaupun tidaklah puas mana, tetapi masih lagi boleh bersyukur sekurang-kurangnya. Sehinggalah pada suatu hari itu, iaitu pada dua minggu yang lepas. Semasa kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan. Masa itu tengah khusyuk memvakum di bilik adik teruna. Vakum punya vakum, tersorong bawah katil.

Biasanya di situlah wujudnya istana hama dan bakteria.
Serang... serang!

Tilam pun menjadi mangsa mereka. Semasa tengah sedap menyelak tilam, tiba-tiba ternampak dua buah biji bantal yang telah selamat menjadi lempeng. Dan salah satu bantal itu tak lain tak bukan adalah si pendakap kepala. Aku punya.

Wah!
Si pendakap kepala.
Telah bertukar menjadi pendakap tilam.

Sedih... sedih.

Mampu meraung di dalam hati saja. Mak tipu rupanya. Sampai hati emak. Sejak terjadinya jejak kasih antara kami, aku dah tak pandang pun pendakap kepala itu. Tak sampai hati. Kenapalah dia tak jerit kuat-kuat. Sedap saja adik-adik lelaki aku lenyekkan dia. Boleh tahan menyayat hati juga. Ini memang salah satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Sampai bila-bila.

Sampai sekarang tak boleh lupa.
Apalah nasib bantal itu.

Eleh, mengada-ngada.

Hoi, sedihlah.

Ok, sekarang boleh bertukar menjadi angin_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, January 11, 2010


_Awal tahun ini.

Sehingga entah bila.

Aku nak bertukar jadi angin. Lutsinar. Sekejap bertiup. Sekejap pegun. Sekejap hilang. Sekejap ribut. Sekejap ada. Sekejap tak ada. Bukan coklat Chips More. Tapi angin. Jadi angin sangat ringan. Wataknya ibarat sepintas lalu. Tidak menyusahkan masyarakat. Tidak pedihkan mata (iklan syampu Rejoice).

Minannur ilazzulumat.

Daripada cahaya kepada kegelapan.
Lebih kurang macam itulah perasaannya.

I'm fine.

Nanti kalau aku dah jadi manusia balik, aku hiduplah macam biasa_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, January 05, 2010


_2010.

Semangat kerja melambung-lambung.
Setinggi gunung.
Selebar dugong.

Mana tidaknya. Kerja yang menunggu itu sudah sedia maklum berlambak-lambak. Memang perkara biasalah jika semangat kerja tiba-tiba jadi melambung. Setinggi gunung. Selebar dugong. Ibarat melangsaikan hutang.

Makanya.

Semangat kerja yang melambung-lambung pada hari pertama di dalam minggu pertama di dalam bulan pertama cumalah perkara biasa. Nothing special.

Malangnya.
Blog.



Semangat menulis blog.
Menjunam ke dasar Lautan Pasifik.

Karam Sing Walia.
Seperti karamnya kapal Titanic.

Menulis blog ibarat memakan mi maggi. Kalau ada bekalan maggi, aku masak. Aku letak kicap. Aku makan. Kalau tak ada bekalan, aku makan nestum saja. Atau pun, roti diletak serbuk Milo. Atau pun, biskut kering sapu sos cili Aminah Hassan.

Ah, pendek kata.

Dah tak ada idealah senang cerita_

Sambung baca...

Kategori:

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.