Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, December 05, 2010


_Tidak biasa dipuji atau dianugerahkan apa-apa sebenarnya. Tidak layak. Ya. Aku pun ada masalah low self esteem juga. Haha. Tetapi tidak kena tempat. Ah, abaikan. Mereka sudah kirimkan kasih sayang... kita layan sahajalah ya.

Kasih sayang, ke mari... ke mari.

Ah, susah-susah sahaja.

Terima kasih kepada saudara Nazwan di atas er... anugerah kebesaran Les Yeux Bruns (agaknyalah) anda. Terasa melimpah-limpah kasih sayang sesama Muslim. Saya pulangkan dengan hadiah doa semoga anda dirahmati Allah selalu. *Senyum.

Kasih sayang, ke mari... ke mari.

Ah, susah-susah sahaja.

Lagi satu. Anugerah kebesaran er... Stylish Blogger. Segan. Aku tidak stylish pun tapinya. Maksud aku, blog ini tidak stylish pun tapinya. Isk, terima kasih banyak-banyak buat cik Azah Skali Skala (I love your doodles oh~) kerana bersusah-payah ya. Oh, ya. Anda patut lawat blog cik adik manis yang satu ini. Karya doodle nya memang tip top. Hijau mata saya setiap kali ternampak karya mereka yang kreatif ini.

Ada tag juga selain daripada itu.
Jadinya apa tunggu lagi.
Mohon jawablah.

Baik.

Lanjutan daripada tag Azah Skali Skala ini adalah seperti di bawah:

  • Kongsi 8 perkara tentang diri sendiri

  • Tag 8 orang stylish bloggers yang lain dan sampaikan kepada mereka


Baiklah.
Huf... huf... huf.
Tarik nafas dalam-dalam.

8 Perkara Tentang Saya
  • Cicak dan kucing adalah benda hidup yang paling menggelikan, menakutkan dan mengerikan saya.

  • Saya penggila sayuran mentah dan coklat. Daun pudina hiasan makanan itu pun jadi santapan perut saya tahu. Telinga monyet (asam keping yang dimasak) pun saya makan.

  • Saya lebih suka habiskan seluruh masa cuti di rumah berbanding di luar rumah.

  • Obses dengan warna putih dan apa sahaja yang lutsinar.

  • Sangat degil, tidak suka bersosial dan tidak suka disuruh. Tidak ramah juga.

  • Internet adalah 70% tempat saya menuntut ilmu. Melukis, graphic design dan photography contohnya. Saya juga belajar bermain basketball dari komik Slam Dunk.

  • Saya berpesonaliti INTP. Dan 98% karakter INTP ini tepat seperti saya.

  • Saya lebih gila daripada apa yang anda sangkakan tentang saya. Maksud ayat ini? Entahlah. *gelak-gelak


Jujurnya.

Saya jarang meninggalkan jejak di mana-mana blog. Terlebih low profile (eww... kononnyalah). Jika saya suka baca blog itu, saya akan baca diam-diam. Dan saya sedikit keji (sangat keji sepatutnya) di mana saya tidak mengamalkan sistem barter di dalam dunia blogging ini.

You follow me, I will thank you. But I will not exactly follow you back. Saya sedikit particular dengan cara penulisan serta rupa bentuk sebuah blog itu. Yes, look does matter sometimes. Saya suka baca blog yang tidak serabut ayam dengan entiti-entiti yang tidak sepatutnya. Ah, ejaan juga perlu betul. Jangan mengeja seperti dilanda tsunami. Warna juga penting. Sesungguhnya, silau mata saya ini adalah sangat tinggi.

Kadangkala keliru juga. Ini blog atau billboard? Gila serabut ayam. Dan kerana ini semua subjektif (beauty is in the eyes of the beholder), maka saya tinggalkan sahaja blog-blog tersebut. Michin nom (미친 놈), I am. Indeed, oh. Begitulah. Saya tidak membuat duit dan bersosial secara besar-besaran di alam maya ini. Ini semua dunia (ceh,sudahlah kau Huzaimatus!).

Walau bagaimanapun.

Saya mungkin akan lanjutkan juga kasih sayang ini kepada 8 orang lain yang saya tidak pastilah siapa. Nanti saya fikir. Keputusan yang sukar nampaknya. Ini kerana saya er... tidak pandailah weh mahu bertag-tag ini. Saya sudah matang, ehem. Ah, kematangan tiada kaitan dengan tag sebenarnya. Ini semua dunia (nyah si Huzaimatus ini dari sini!).

Emm...
Mm...
Ok.

8 Stylish Blogger Lain
  • Anda semua yang membaca entri ini


Baiklah.

Kita toma'ninah seketika_

Kategori:

3 Responses to "Tag - Stylish Blogger"

zulaikha said :
December 5, 2010 at 12:20 AM
kakak famia. lama tidak berjumpa dan dengar khabar.. apa khabar.. hehe..

ada beberapa benda yang ada persamaan dengan kita lah. sistem barter dan baca senyap senyap tu. Nak buat lah benda ni. hee :D

mawa*kalau akak dah terlupa. hihi.
famia said :
December 5, 2010 at 12:43 AM
haha. mestilah sangat ingat. mana boleh lupa oh :) lama kan tak jumpa. rindu jugak ni.
zulaikha said :
December 5, 2010 at 12:55 AM
Itulah pasalnya. Haih. Masing-masing dah sibukkan. Hehe. Perlu ada orang organize molek-molek ni biar ada gath balik macam dulu-dulu. Hee :D

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.