Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, December 02, 2010


_Teknologi semakin lama semakin moden.

Memang tepat dan bernas.

Zaman Ipad ini, serba-serbi pun berteknologi. Jemputan perkahwinan pun pakai Facebook. Membeli-belah pun pakai online store. Hasilnya, kilojoule yang terlebih di dalam badan pun tidak dapat dibakar secara habis-habisan. Memang boleh jadi malas kadangkalanya ini. Dan boleh jadi gemuruh lebih.

Sebab.

Aku pernah rasa. Ditemuduga tanpa bertemu pihak temuduga. Macamana? Oh, pakai Skype. Cool kan? Lepas itu cuma perlu cucukkan mic dan sertai sahaja voice conference mereka secara beramai-ramai. Waktu itu, yang menemuduga ada tiga orang. Lelaki Cina, perempuan Cina dan perempuan Mat Saleh. Dua orang perempuan itu dari China. Dan seorang lelaki dari Malaysia. Live interview, yo.

Cool kan?

Jadi aku pun gemuruh lebih. Sebab segala bunyi dari latar belakang pun turut masuk menyibuk ke dalam sesi temuduga. Sampai kadangkala terpaksa jaga nafas. Mujur itu bukan video conference. Kalau tidak, mesti kejung di hadapan web camera.

Vrooommmmm... vrommmmm.

"Is that a lorry or bus?", tanya penemuduga itu.

Aku terkebil-kebil. Alamak. Dia boleh dengar itu. Mungkin sebab aku tengah duduk bersila di hadapan sliding door yang terbuka sedikit. Itu yang agaknya serba-serba kedengaran dalam mic.

"Er, a lorry I guess."
"How come the sounds so near?"
"Haha. I'm sorry. That is because I live next to a highway."
"I see. It's ok.
"

Beberapa minit kemudiannya, bunyi kren di construction site menerpa.

"I'm sorry I can't hear the question.", jelas aku.

Kemudian berkali-kali beliau mengulangi soalan. Setiap kali soalan ke udara sahaja, bunyi kren menerpa. Zrengggg... zrengg. Rupa-rupanya memang ada construction site betul-betul berhampiran dengan rumah penemuduga (perempuan Cina) yang duduk di China itu. Kelakar betul. Macam-macam gangguan.

Tetapi.

Aku tetap rasa sesi temuduga ini sangat cool. Dan kesemua penemuduganya adalah sangat sopan dan baik orangnya. Very cool. Itu pun sewaktu bekerja dari rumah. Bekerja dari rumah? Haah, cool kan? Tiada lagi jam 9 pagi masuk, jam 6 atau 7 petang pulang.

Tetapi.

Akulah yang bermasalah. Tidak pandai menyesuaikan diri. Habis lintang-pukang jadual aku (eh... eh macamlah pernah ada jadual Huzaimatus ini). Iyalah. Bukannya ada jadual. Faham-fahamlah kan macamana kerja orang-orang teknikal dan pereka (konon-kononnya) ini. Waktu kerja tidak tentu hala. Biasanya kalau buat kerja teknikal ini, waktu orang balik kerja adalah waktu aku masuk kerja. Perlu ke client site. Cool kan (tidak... ini tidak cool sebenarnya. Sobs)?

Aku rasa cool (kadang-kadang).

Sabtu dan Ahad pula bukan hari mencari rezeki. Memang alhamdulillah. Dan kebiasaannya memerap di rumah sahajalah kerjanya. Dan lebih tepat lagi, memerap di hadapan komputer. Macam 24/7. Melayan segala teknologi di hadapan mata. Cool kan.

Aku rasa teknologi sangat cool.

Dari Internet, boleh belajar online. Segala benda pun boleh belajar. Dari graphic design, web design, interior design, packaging design dan juga make up design (eh... eh ada ke ini yang dibelajarnya). Ada, ok. Siapa tidak kenal Michelle Phan di Youtube (HAHA). Jadinya. Social media seperti Facebook dan Twitter ini sahajalah tempat aku bermasyarakat.

Aku rasa teknologi sangat cool.

Macam-macam boleh buat. Jadinya. Jika ada yang kata bosan duduk di rumah, memang kedengaran pelik di telinga aku. Macamana boleh bosan ek. Penyakit bosan itu susah sikit mahu melekap dengan aku. Mungkin tengok orang juga agaknya.

Aku rasa teknologi sangat cool.

Jadi dengan segala coolness itu aku gunapakai sehabis baik. Facebook sekali-sekala masuk sahaja sudah. Bila ada notifikasi di email perihal Facebook baru aku masuk. Kurang mendatangkan apa-apa kalau 24/7 di Facebook. Sekurang-kurangnya bagi akulah. Jadi 24/7 yang lebih itu digunapakai untuk Twitter.

Aku rasa teknologi sangat cool.

Propaganda 'Siapa tiada Facebook dan Twitter adalah tidak cool' itu abaikan sahaja. Aku rasa kedua-dua teknologi itu bukan kewajipan. Terpulang kepada individu itu juga. Macam aku ini memang orang IT. Jadinya, kalau kena menghadap komputer bersama Internet seminggu tanpa makan minum pun mungkin aku boleh tahan. Tidak cool kan? Haha.

Tetapi.

Aku rasa teknologi sangat cool.

Oklah. Ini bukan entri yang berfaedah. Sesungguhnya aku menulis bukan kerana nama (eh... eh tiba-tiba). Aku menulis sebab aku rasa teknologi sangat cool. Dan skop kerja aku pun alhamdulillah cool. Setiap hari mesti dapat satu ilmu baru. Sampai overload kepala ini dibuatnya.

Cuma satu sahaja.

Coolness itu terpulang kepada individu. Jika anda rasa itu cool, memang cool sampai habislah segala-galanya. Dan di situ jugalah nanti akan ada kemahuan dan jalannya. Tetapi. Jika anda rasa sebaliknya, sampai habislah memang begitu hasilnya.

Dan aku pula.

Selagi belum sampai 1000 daya... dan plan A sehingga Z belum terlaksana... selagi itulah masih ada jalan, penyelesaian dan kemahuannya. Pergh. Macam pakar motivasi sahaja bunyinya. Tidak boleh tahan. Dah, mohon jauhi aku. Ini memang tidak cool. Haha.

Terakhirnya.
Segala yang ada di sini.
Baca boleh, percaya jangan.

Ok?

Cool_

Kategori:

8 Responses to "Mungkin Ini Tidak Cool"

ieba said :
December 2, 2010 at 11:17 AM
memang cool...
nur nana nye said :
December 2, 2010 at 5:02 PM
err..mungkin aku lambat.
cantiknya blog.

hari tu perasan darjahlapan je dah bertukar.
December 3, 2010 at 2:56 PM
teknologi memang cool .. cuma orang yang menggunakannya je yg tak cool sbb ikut mood. Hari nie ceria .. elok la bahasanya .. esoknya pulak .. entah apa2 .. hehehe!

me, anastasyea
emm-ai-en said :
December 3, 2010 at 2:57 PM
sejuk.(kool)
sekarang kerja dari rumah lah?
Baca@LRT 5hb follow?
famia said :
December 3, 2010 at 3:34 PM
ieba: teknologi memang cool :)

nana: eh, taklah lambat. baru je juga tukar ni :)

anastasyea: begitulah jadi manusia :)

min: eh, tak. Dah ada opis. hehe. Baca@LRT dah berhenti join sebenarnya. Rasanya kat Facebook dah keluar pun dari group tu. Tak mampu nak join dah kot :p
Cinta Super said :
December 3, 2010 at 10:02 PM
ahahaha. ops. gelak dulu..

salam.

apa yang kamu taip ini mmg cool. haha. erm, tapi bila baca tadi terus jadi teringat tentang zaman sebelum kahwin-busy-dan-terus-ada-anak. bunyi macam tak bersyukurkan? tak. bukan tak bersyukur tapi jadi teringat pada zaman itu betapa kalau nak duduk depan pc 24/7 pun takkan ada orang nak heran.

rindu juga sekali sekala. sekarang tidak lagi ;p
5 minit pun kalau tak kena gaya akan mendatangkan masalah yang BESAR. kekekeke
Anonymous said :
December 4, 2010 at 7:18 AM
Saya baru-baru datang di blog Anda dan telah membaca bersama. Saya pikir saya akan meninggalkan komentar pertama saya. Aku nggak tahu apa yang harus kukatakan kecuali bahwa saya telah menikmati membaca. Nice blog.
famia said :
December 4, 2010 at 9:50 PM
cinta super: hahaaha. waalaikumsalam wbt. boleh, gelak sahaja. ya. perempuan kalau masuk line IT ni biasanya tak boleh lama2. lebih2 lagi kalau dah berkeluarga.

anon: wah, anda dari seberang? terima kasih menyinggah ke blog tidak berfaedah ini.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.