Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, December 01, 2010


_Tidak perlu taip panjang-panjang, Huzaimatus.

Ya, kan? Kan?
Aku suka taip panjang-panjang kan?
Terlalu panjang dan sangat menjengkelkan kan?

Asbabnya mungkin begini. Seorang technical consultant. Bertemu seorang designer. Dan bertemu seorang photographer. Yang mana akhirnya bertemu pula dengan seorang penggila Korea. Ah, itulah asbabnya. Dan terhasillah aku. Hah, ini sepatutnya dalam ruangan 'About Me'. Kita tinggalkan. Ini menjengkelkan.

Sebenarnya.

Idea untuk menulis. Sangat kering. Tetapi, aku tetap ada satu idea. Yang boleh digunakan ketika kekeringan idea. Berbunyi ironi kan. Begini... begini. Tulislah apa sahaja yang terlintas di dalam kepala anda. Dalam masa lima minit.

Apa?
Lima minit?
Cukup ke itu?

Memang cukup. Tetapi, sebelum itu. Izinkan aku ke bilik wanita sekejap....

( lima minit )

....

( lima belas minit )

....

( tiga puluh minit )

Baiklah.
Kita sambung semula.
Apa sahaja yang tergendala.

Lima minit, mula.

Bunyi derap selipar rumah. Tsek... tsek... tsek. Kami pakai dalam pejabat. Tidak perlu berkasut. Cool kan? Macam clean room. Di mana-mana syarikat elektronik. Tiba-tiba, suasana sepi. Terfikir seperti mahu balik. Baru jam 6.17 petang. Kalau balik sekarang, pasti jadi ikan sardin. Bad traffic. Macam haram.

6.18 pm. Bunyi laci berdentam-dentum. Sarina (bukan nama sebenar) sudah lapar agaknya ini. Krak kruk bunyi biskut (aku teka) digigit. Ah, tulang bahu aku sudah sakit. Lama sangat menaip. Lagu nyanyian siapa entah ini kedengaran seperti... oh, hujan sudah berhenti rupanya.

Bunyi plastik kedengaran. Rasanya Sarina sudah membuka bungkusan makanan lain agaknya. Mungkin beliau terasa lebih lapar. Aku pula sebu mahu memakan apa-apa. Terasa mahu pulang sahaja sekarang ini. Bunyi geseren dan brek lori kedengaran di telinga. Pergh, macamana boleh sampai ke telinga aku ini. Sungguh ultrasonik.

Cung (bukan nama sebenar) sedang menjawab telefon. San... san de. Emmm... ciao trafik light. Na ke mei you shenme. Cuan pian. Ah... kerja mengarut pula aku pergi rakamkan segala perbualan beliau. Lagu Backstreet Boys - Shape of My Heart sedang ke udara. Lama doh tidak dengar lagu ini. Looking back on the things I've done... I was trying to be someone.... lalalala~

Hah! 6.23 pm. Sudah terlebih dari lima minit nampaknya.

Cukup.

Ok.

Jika punya sedikit kerajinan, mohon tuliskan lima minit di dalam kepala anda pada ruangan komen di bawah ya. Pasti kreatif gila ah dingdong. Steve Jobs pun tidak akan terfikir idea tidak berfaedah macam aku ini. Mahu sangat aku baca lima minit di kepala anda (struktur ayat ditimpa tsunami).

Tulislah... tulislah_

Kategori:

6 Responses to "Lima Minit Titik Pendek"

ifah said :
December 1, 2010 at 6:51 PM
arghhh 5 minit. lame sgt nk komen. sudah. x de idea.
huhu
Rain Ahmad said :
December 1, 2010 at 7:27 PM
wohha... blog sudah berwajah baru. blog DD pun baru. cun cun.. :D

komen x de kena mengena dengan entri. :D
emm-ai-en said :
December 2, 2010 at 2:43 AM
lima minit?
lama tuh.
nanti panjang komen dari entri tuan rumah;bagai sudu lebih dari kuah.
layout yang indah.
famia said :
December 2, 2010 at 7:55 AM
ifah: laa. hahaha.

rain: hehe. takla cun pun kot. sikit2 je nampak kemas sikit kot. rindu nak buat web programming. tu yang blog jadik mangsa :p

min: alaa, 5 minit kejap je. apela.
December 3, 2010 at 2:54 PM
anastasyea kalau menulis kadang2 sampai berjam2. Nak cari idea je sejam .. tulis sejam .. edit sejam .. lepas tu baru publish. Tapi bila dilihat balik .. hehehe .. karang tu pendek bebenar!
famia said :
December 3, 2010 at 11:15 PM
begitulah menulis :)

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.