Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, December 13, 2010


_UniFi.

Pernah dengar bukan?

High speed broadband. Menggunakan kabel fiber optik. Lebih pantas dan tuntas berbanding Streamyx yang menggunakan kabel copper. Pekej UniFi ini merangkumi Internet, video (IPTV) dan telefon pada kelajuan 5Mbps, 10Mbps serta 20Mbps. Dan ia terbahagi kepada dua kategori, VIP dan Business.

Ah, ya.

Sudah empat hari UniFi bermastautin di rumah saya. Perasaannya sangat seronok. Memuaskan hati. Sungguh. Memang terbaik. Sangat laju. Sangat pantas. Sangat cergas. Er... setakat inilah. Segala kemungkinan buruk, kita bersiap-sedia kemudian ok. Jangan risau. Saya tidak mendapat bayaran apa-apa pun daripada pihak TM. Disebabkan UniFi sangat memuaskan hati saya, jadi saya mahu berkongsi hati dengan anda semua.

Baik.

Berikut adalah soalan-soalan biasa tentang UniFi.

1. Perlukah bertukar daripada Streamyx ke UniFi?
Jika anda seperti kad Touch and Go, 'We live in a fast lane.'... jadi mungkin anda mahukan kelajuan luar biasa untuk Internet anda. Tetapi. Jika anda adalah pengguna biasa Internet (bukan hardcore), mungkin ini bukan keperluan anda. Mungkin sekadar kehendak sahaja.

Aku bertukar kepada UniFi ada asbabnya. Ini adalah kerana... tujuh orang pelayar tegar Internet dalam sebuah rumah pada satu masa akan membentuk duka nestapa. Ga... ga... ga.Tambahan pula, Internet di rumah aku memang sedang menggila. Jika satu video Youtube dibuka, mana-mana laman sesawang lain pasti tidak dapat dibuka. Mesej 'Page cannot be displayed' akan berlegar di udara terpapar di mana-mana sahaja dengan gembira. Memang sangat berduka dibuatnya.

2. Kalau berminat dengan UniFi, apa yang perlu dibuat?
Baiklah. Pertama sekali, sila layari laman sesawang UniFi. Lihat pada menu Services dan pilih Check availability in your area. Mohon semak untuk mengetahui kesesuaian UniFi di kawasan rumah anda. Sebab bukan semua tempat ada. Jika kawasan anda ada di dalam skop pemasangan UniFi, pilih pula pekej yang diminati.

Ada VIP5 (kelajuan 5Mbps), VIP10 (kelajuan 10Mbps) dan VIP20 (kelajuan 20Mbps) untuk pekej kegunaan rumah. Aku pakai VIP5. Sebab... paling murah. Kah kah kah. Oklah, jika anda mahu mengetahui perbezaan di antara pekej-pekej tersebut, semak di laman UniFi ya.

3. Jika benar-benar nekad mahu memasang UniFi, apa perlu dibuat?
Nekad? Anda pasti anda sudah nekad? Ok. Mohon dail nombor 1300881222 dan undi Huzaimatus. Baiklah, tidak kelakar. Mohon dail nombor tersebut untuk pertanyaan terus kepada pihak UniFi. Hari itu, aku telefon,"Saya berminat dengan UniFi, apa saya kena buat?". Seorang perempuan menjawab. Sopan dan lembut melayan. Tanya nama, alamat, butir akaun Streamyx lama dan sebagainya. Tup... tap... tup... tap sudah selesai.

Petangnya, beliau telefon semula untuk tetapkan tarikh pemasangan. Lusanya, seorang pegawai teknikal telefon lagi sekali untuk menetapkan butiran akaun Streamyx dan UniFi, lokasi pemasangan dan tarikh pemasangan. Dan kurang dari seminggu, pemasangan sudah selesai dibuat. Jangan lupa, anda akan terikat dengan kontrak UniFi selama dua tahun.

4. Apa pekej yang sesuai untuk dilanggan?
VIP5! Alah, jika ada rezeki lebih... anda langganlah VIP20. Apa ada hal. Kelajuan Internet 20Mbps yang berganda seperti kilat.

VIP5
- kelajuan 5Mbps
- RM149 sebulan
- Muat turun terhad sebanyak 60GB sebulan

VIP10
- kelajuan 10Mbps
- RM199 sebulan
- Muat turun terhad sebanyak 90GB sebulan

VIP20
- kelajuan 20Mbps
- RM249 sebulan
- Muat turun terhad sebanyak 120GB sebulan

Anda tahu Matematik? Baiklah, banding dan kira. Ya. Tepat sekali. VIP5. Alah, buat kali ke lapan ratus... suka hati andalah mahu pilih pekej mana. Jika berkemampuan, langgan sahaja VIP20. Pemasangan percuma jika anda memilih VIP20. Tetapi bayaran pemasangan RM200 akan dikenakan pada VIP5 dan VIP10.

5. Berapa banyak perlu dibayar?
There is no payment upfront. Semuanya akan dimasukkan ke dalam bil. Jika anda mengambil pekej VIP5, kira-kira untuk bil pertama adalah seperti di bawah.

Bil pertama= RM149 + RM149 + RM40
Bil kedua = RM149 + RM40
Bil ketiga = RM149 + RM40
Bil keempat = RM149 + RM40
Bil kelima = RM149 + RM40
Bil keenam = RM149

Bayaran RM40 selama lima bulan adalah untuk pemasangan. Ingat RM200 yang aku kata tadi? Ya. Itulah dia. Baiklah. Perhatikan. Pada bil pertama ada terlebih RM149 bukan? Menurut kata mereka, itu adalah seperti er... duit muka mungkin. Akan diperoleh semula duit itu apabila tamat kontrak UniFi jika anda mahu menamatkan kontrak... agaknya.

Boleh jadi aku tersalah anggap. Maaflah. Aku tidak ingat sangat jalan cerita perempuan itu tempoh hari. Nanti jika anda berminat untuk melanggan UniFi, jangan lupa tanya soalan mengenai bayaran kepada mereka.

6. Dengar kata, pemasangan UniFi ada drilling. Betul ke?
Ya. Betul. Lebih-lebih lagi jika pemasangan wayar di rumah anda sangat mementingkan konsep OHS (Occupational Health and Safety). Macam rumah aku kan, wayar-wayar semua berselirat di dalam dinding. Jadi, semasa technician itu sampai rumah... beliau sedikit keliru juga mahu membuat pemasangan UniFi. Lalu, pakcik Zulkefli mencadangkan satu idea. Dan hasilnya pemasangan kabel UniFi di rumah aku pun alhamdulillah berjaya. Ya. Sedikit tebukan telah dibuat. Mari aku cerita panjang sedikit.

Tiang telefon itu betul-betul di hadapan rumah. Kabel ditarik dari tiang telefon ke dalam rumah. Casing cable (bentuk segiempat) itu pula diletakkan di luar tingkap bilik tidur utama di tingkat atas. Ya. Mereka panjat bumbung sedikit. Dan kabel fiber optik (halus dan bewarna putih) itu pula akan dipasang di dalam rumah. Berselirat atau sebaliknya, itu terpulang kepada budi bicara anda. Ayah aku cadangkan tebuk dinding (sebesar biji mata).

Ok. Di dalam rumah pula, kabel fiber optik itu akan disambungkan ke televisyen, router dan telefon. Semuanya perlu diletakkan secara bersebelahan (biar mesra) dengan televisyen senang cerita. Akhirnya kabel fiber optik, router dan telefon telah diduduk letak bersebelahan dengan televisyen. Meriah jadinya. Kasihan ibu saya. Pasu-pasu bunga beliau di sebelah televisyen telah diturun taraf dan disimpan ke dalam almari.

7. Perlu sediakan apa-apakah untuk pemasangan?
Tidak. Memadai jika anda mempunyai sebuah televisyen dan komputer. Pihak UniFi akan membekalkan anda secara percuma Wireless-N Router, telefon wireless dan decoder IPTV.

(Ihsan gambar dari UniFi)


Ah, ya. Jangan lupa bekalkan multiple extension cord ya.

8. Berapa lama pemasangan UniFi dibuat?
Sebab dua orang technicians itu terpaksa menarik kabel pada pokok-pokok besar yang banyak kerengga, memanjat bumbung untuk ke tingkap di luar bilik tidur utama dan mengemaskini kabel fiber optik di dalam rumah... tempohnya adalah dari jam 9.45 pagi sehingga 3 petang. Sangat lama juga itu. Jangan lupa hidangkan tetamu air minuman dan sedikit pengalas perut ya.

9. Kalau sudah ada UniFi, macamana dengan Streamyx?
Buat pengetahuan anda, pemasangan kabel UniFi tidak akan mengganggu kabel telefon dan kabel copper Streamyx anda. Masing-masing mengikut haluan sendiri. Jadi, jika anda sudah melanggan UniFi, tamatkan sahaja akaun Streamyx anda.

10. Kalau sudah ada UniFi, macamana dengan telefon?
Buat pengetahuan anda juga, UniFi membekalkan telefon wireless cord di mana tiada bayaran akan dikenakan untuk panggilan nasional. Dan sepuluh sen seminit akan dikenakan untuk panggilan handphone. Bermakna, kini anda mempunyai dua telefon. Jadi, apa tunggu lagi. Tamatkan sahaja talian telefon yang sudah ada. Tetapi jika anda berkemampuan untuk membayar dua-dua apa ada hal bukan.

11. Bagaimana mahu membuat pembayaran bil UniFi?
Tiada beza dengan pembayaran telefon dan Streamyx. Melalui Maybank2u juga boleh. Anda akan diberi pilihan samada untuk menerima bil setiap bulan dalam bentuk pos ke rumah atau dalam bentuk email. Caj akan dikenakan sebanyak RM8 jika dihantar dalam bentuk pos. Harga kertas sudah naik barangkali. Manakala tiada caj akan dikenakan jika bil dihantar melalui email. Makanya. Buatlah pilihan yang bijak (sambil mengelipkan mata).

12. Kalau tiba-tiba nak tamatkan UniFi boleh tak?
Boleh. Jika kontrak dua tahun sudah tamat, tiada masalah. Tetapi. Jika mahu tamatkan sebelum kontrak, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM500. Ya. Denda.

Butiran lain, boleh baca pada Terms and Conditions di dalam laman UniFi. Gila? Gila tidak gila aku baca juga Terms and Conditions dari mula sampai habis tahu. Consumerism kononnya.

Tsk.

Banyak betul aku terangkan. Terasa seperti orang TM pula. Jangan risau. Ini bukan promosi mewakili pihak TM. Ini cuma er... testimonial (mungkin) sahaja. Dan sedikit maklumat tentang UniFi jika ada yang berminat. Aku harap segalanya terang, jelas dan nyata. Seperti hukum Izhar Halqi. Panjang gila. Penatlah menulis.

Ah, ya.

Testimonial. Kalau dahulu aku muat turun satu episod drama Korea (700Mb) selama tiga ke lima jam... kini dengan UniFi cuma 30 minit sahaja. Satu hari boleh muat turun drama Korea dengan lengkapnya jika gigih menghadap komputer. Anda tahu berapakah jumlah episod dalam drama Korea? Secara puratanya adalah 16 episod. Ya. Jika anda gigih memuat turun menggunakan Megaupload, cuma 30 minit sahaja diperlukan untuk satu episod.

Lagi pula.

Jika anda menonton video di Youtube... tiada lagi buffer atau tersekat-sekat. Kepuasan di tahap maksimum. Perjalanan darah anda akan lebih lancar. Tiada lagi darah yang naik dan turun akibat menunggu video yang tersekat-sekat. Dan terakhirnya, tidak perlu lagi ke Night Market Batu Feringgi Pulau Penang untuk mencari DVD Drama Korea RM4. Dan tidak perlu ke wayang juga. Torrent untuk Harry Potter Deathly Hollow sudah ada. Kah kah kah. Tengoklah. Kalau rajin nanti aku muat turun.

Akhir sekali.

Macamana? Teruja bukan_

Kategori:

39 Responses to "Apa Anda Perlu Tahu Tentang UniFi"

Ezad said :
December 13, 2010 at 7:58 PM
terima kasih

anda benar2 teruja dengan Unifi ni..

buktinya, segalanya anda ketahui..

hehehe..

kerja ngan tm ke ni? :)
famia said :
December 13, 2010 at 8:04 PM
ezad: tak adalah teruja sangat. Cuma dah lama review perihal UniFi ni sebab nak upgrade Internet di rumah. Itu yang sampai hafal biji butirnya :) Lagi pun... dah penat dengan condition Internet di rumah yang tak semenggah T___T
Mas2ra said :
December 13, 2010 at 8:22 PM
cm best je.mahal x
Izzat Aziz said :
December 13, 2010 at 8:28 PM
harap-harap jangan dibuat lah limit bandwith yang diura-urakan.. internet laju berlimit tak best gak.. tapi kepada yang duk dalam coverage wajib upgrade lah.. harga tak lah mahal sangat.. dah try memang laju.
azka said :
December 13, 2010 at 8:33 PM
tahniah unifi dah parking kt rumah anda. dan terima kasih ats info panjang lebar ni.

cuma aku tertarik dgn plan byr awal pemasangan, takder lah sekali gus mcm stremik ringan skit beban pengguna. ternyata telekom dah bijak.

satu lagi teknologi fiber optik ni antra pyelesaian kes kecurian kabel dlm jangka masa panjang.

aku mau2 kena tunggu 5 tahun lagi unifi baru sapa sini.. itu pun kalau sampai.
famia said :
December 13, 2010 at 9:19 PM
Mas2ra: Seperti tertulis dalam entry ni harganya :)

Izzat: Emm, dengar kata macam belum ada capping lagi. Tak pastilah kan kalau nanti tiba2 dah slow ke.

Azka: haah itulah. Tapi kalau pasang sebelum Oktober haritu... tak kena pun caj RM200. Sayangnya dah takde promosi tu. Hehe. Pelan2lah kayuh.InsyaAllah sampailah kot sana nanti UniFi :)
tehC said :
December 14, 2010 at 6:17 PM
haip! Unifi xde plak kat kawasan C..macam menarik unifi ni..hoho..memang menariklah penggayaan bahasa, boleh jadi promoter terbaik...hehe...salam perkenalan..
KizZ said :
December 15, 2010 at 9:05 PM
Wah..bestnya unifi nih..ni nak kena pujuk budak umah sewa tuka unifi nih..huhu


Btw,
Jemput ke Kiz Garden ya,pelbagai info untuk anda..kalau suke follow pastu bagitau member,kalau tak suke?

www.kizgarden.blogspot.com
ieba said :
December 16, 2010 at 10:17 AM
memang menarik tp sayang kawasan ieba xde lagi huhu...
life4hire said :
December 21, 2010 at 7:18 PM
problem ngan unifi atau secara umum nyer kabel optik adalah bila kabel tuh putus...bukan kabel yg ditarik dr line tipon tuh...tuh putus senang nak ganti..kalau dalam tanah tuh putus..amatlah sukar utk mencari point putus dan membuat pembaikian...leh makan 2,3 hari atau seminggu kalau TM malas..hehe...sekian dimaklumkan...
famia said :
December 23, 2010 at 7:31 PM
tehC: terima kasih ek menyinggah ke blog tak befaedah ni :)

kizz: haah best UniFi memang best. InsyaAllah. Terima kasih berkunjung ke blog tak berfaedah ni :)

ieba: hehe. lama2 nanti adalah kotnya insyaAllah.

life4hire: hehe. takpe. Masih belum mendatangkan masalah :)
buat duit said :
December 27, 2010 at 2:26 AM
bulanannya kureng mampu..mungkin sesuai pada merela yang menggunakan internet sepenuh masa
Anonymous said :
January 1, 2011 at 4:25 PM
kelakar la aku baca entry post ni..nk trgelak pn ada..pndai penulis wat lwk ea..ekekeke
Anonymous said :
January 1, 2011 at 4:25 PM
kelakar la aku baca entry post ni..nk trgelak pn ada..pndai penulis wat lwk ea..ekekeke
famia said :
January 1, 2011 at 10:24 PM
buat duit: hehe. itulahnya.

anon: terima kasih :)
Ali ridha said :
January 23, 2011 at 11:56 AM
bila dah terlalu laju..nak buat besar pun senang...orang luar berani melabur di malaysia ni.

# # Jiwa kacau bilau !# #

# # jika-aku-miliki-kamu !# #

# Mak Ana raffali suruh korek bakat !#
Ali ridha said :
January 23, 2011 at 11:57 AM
harap suatu hari nanti, unifi sampai juga di kampung halaman aku ni.

# # Jiwa kacau bilau !# #

# # jika-aku-miliki-kamu !# #

# Mak Ana raffali suruh korek bakat !#
Ali ridha said :
January 23, 2011 at 11:58 AM
main permainan dalam talian mesti seronok unifi ni.bila nak merasa entah la.

# # Jiwa kacau bilau !# #

# # jika-aku-miliki-kamu !# #

# Mak Ana raffali suruh korek bakat !#
Ali ridha said :
January 23, 2011 at 11:59 AM
inifi hasil kerjasama kerajaan kita.jadi ia tiada masalah sangat nak terus maju.

# # Jiwa kacau bilau !# #

# # jika-aku-miliki-kamu !# #

# Mak Ana raffali suruh korek bakat !#
Ali ridha said :
January 23, 2011 at 11:59 AM
teruja la orang yang dapat guna unifi ni...aku ni entah sampai nak ke tunggu inifi ni.

# # Jiwa kacau bilau !# #

# # jika-aku-miliki-kamu !# #

# Mak Ana raffali suruh korek bakat !#
Ali ridha said :
January 23, 2011 at 12:00 PM
harga unifi ni mungkin mahal.bagi aku pakej RM1++ tu dah berbaloi.dapat internet kelajuan tinggi ni.
Ali ridha said :
January 23, 2011 at 12:03 PM
sejak tahun lepas menunggu ketibaan unifi ni.internet dia memang laju gila.

# # Jiwa kacau bilau !# #

# # jika-aku-miliki-kamu !# #

# Mak Ana raffali suruh korek bakat !#
Ali ridha said :
January 23, 2011 at 12:03 PM
nanti bila dah penuh satu malaysia...senang la semua dapat guna unifi.

# # Jiwa kacau bilau !# #

# # jika-aku-miliki-kamu !# #

# Mak Ana raffali suruh korek bakat !#
Ali ridha said :
January 23, 2011 at 12:04 PM
harga persaing dekat sama dengan unifi ni.tapi unifi bakal jadi meneraju utama jalur lebar berkelajuan tinggi.

# # Jiwa kacau bilau !# #

# # jika-aku-miliki-kamu !# #

# Mak Ana raffali suruh korek bakat !#
Ali ridha said :
January 23, 2011 at 12:05 PM
bila dah kena bayar juga, walaupun talian internet terputus.itu yang sakit hati tu.haaa...

# # Jiwa kacau bilau !# #

# # jika-aku-miliki-kamu !# #

# Mak Ana raffali suruh korek bakat !#
Ali ridha said :
January 23, 2011 at 12:07 PM
kering la duit poket kalau bayar inifi setiap bulan ni.

# # Jiwa kacau bilau !# #

# # jika-aku-miliki-kamu !# #

# Mak Ana raffali suruh korek bakat !#
Ali ridha said :
January 23, 2011 at 12:08 PM
benar-benar berminat nak merasa unifi ni.suatu hari nanti sampai kot.

# # Jiwa kacau bilau !# #

# # jika-aku-miliki-kamu !# #

# Mak Ana raffali suruh korek bakat !#
Ali ridha said :
January 23, 2011 at 12:08 PM
nanti unifi bakal bertambah mantap.masa tu harga kasi la murah.tengok la kami ni bukan mampu sangat.

# # Jiwa kacau bilau !# #

# # jika-aku-miliki-kamu !# #

# Mak Ana raffali suruh korek bakat !#
Ali ridha said :
January 23, 2011 at 12:09 PM
aku ucapkan tahniah kepada sesiapa dapat merasa unifi.segala pengalaman kongsi la bersama.

# # Jiwa kacau bilau !# #

# # jika-aku-miliki-kamu !# #

# Mak Ana raffali suruh korek bakat !#
Ali ridha said :
January 23, 2011 at 12:10 PM
unifi masih diperingkat awal.tidak lama lagi bakal menambah siaran.senang nak tengok filem dirumah je.

# # Jiwa kacau bilau !# #

# # jika-aku-miliki-kamu !# #

# Mak Ana raffali suruh korek bakat !#
Anonymous said :
April 15, 2011 at 11:32 AM
Tkasih TM...unifi mmg mantap....
June 22, 2011 at 12:03 PM
Kalau tak silap yang tengok dulu tu... lebih kurang macam astro. Sukan ada. Tapi tak ingat itu EPL ke apa ke ^_^ Pastu dia banyak juga macam siaran2 tv Australia. Unsur2 travel channel, food channel semua pun ada je.
Hattaawang said :
June 22, 2011 at 12:03 PM
siaran hyypp tv tuh apa yang ada yer??...siaran sukan mcm epl ada tak??
November 15, 2011 at 1:32 PM
ketika mencari testimonial untuk dikumpulkan saya jumpa blog ini. 
Sesiapa nak register Percuma, bolehlah ke http://www.register-unifi.com 
Terima kasih.
Ija_insyirah said :
January 27, 2013 at 1:48 AM
saya nak tanya..kalu pakai unifi..setiap web yang dibuka,akan masuk ker kat dalam bil bulanan??
January 27, 2013 at 1:35 PM
Eh, tak. Itu browser level. Cuma browser history saja yang keep track setiap website yang dibuka. 
alan said :
March 26, 2013 at 9:03 AM
apa website utk download drama korea ye,, pls share,, hehe,,, tq
Laila Ade said :
May 19, 2013 at 7:29 PM
saya pakai streamyx yang bayar rm130 sebulan tu.saya hairan orang ramai asyik kutuk streamyx jer tapi saya pakai tak de komplen.saya pun peminat tegar cerita korea.setiap hari tengok cerita korea sambil downlad cerita terbaru melalui web tertentu (takder la lama pun buffering..laju jer/area rumah di kajang)suami saya tengok web yang dia sukai dan anak plak tgk kartun di utube. (astro jarang tengok walaupun ada pakej movie hu hu)...takde masalah pun.dan saya rasa kalau semua share satu line termasuk tengok tv tentu satu hari masalah akan terjadi.kirenya satu line kondem nak tunggu technician baiki makan masa 1 minggu at least ada astro kan..hmmm saya rase ler
ancoy said :
May 26, 2013 at 5:38 PM
caya lah hang punya cerita syok aku baca adehh mmg terbaik..Famia Huzaimatus

aku pakai streamyx 4mb aja pun ok jugak tk ada masalah..

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.