Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, November 24, 2010


_Mungkin aku sahaja yang terperasan.

Atau.

Mungkin aku ini memang Homo Sapiens yang tipikal serta berfikiran sedikit tradisional kadangkala agaknya. Andai sepasang retina ini cekap memerhatikan sesuatu, pasti sereberum aku laju menghasilkan sebuah teori. Yang mana kadangkalanya logik dan kadangkalanya tidak logik. Terpulang kepada jenis dan corak pemerhatian retina itulah.

Hah.
Sudahkah anda perasan sesuatu?
Aku memang suka hidup dengan teori.

Iya, kan?

Mari kita lihat teori 'suka-suka tidak suka sudah' yang terbaru....

1. Secara majoriti, pemilik kereta yang mempunyai bantal di bahagian belakang cermin keretanya adalah berjantina perempuan.
Namun, aku adalah golongan minoriti yang tidak menggunakan bantal sebagai aksesori kereta. Yang aku ada cumalah seekor naga hijau bersayap.

2. Kebiasaannya, lelaki cuma akan mengambil dua jenis lauk sahaja (atau kurang) di kedai makan nasi campur.
Manakala, perempuan pula akan mengambil sekurang-kurangnya dua jenis lauk (kebiasaannya lebih dari dua) di kedai makan nasi campur. Ya. Disebabkan sembilan nafsu itulah.

"Sambal udang letak sikit. Eh, tapi sayur masak lemak itu pun macam sedap. Telur masin pun nak juga. Ikan keli goreng bercili ambil yang kecillah macam ini. Em, apa lagi ya. Semua pun macam sedap."

Kesudahannya bukan habis makan pun. Syaitan pun gelak ketawa keriangan.

3. Kebiasaannya, golongan 'lama' lebih suka memakai pakaian yang berwarna cerah dan kadangkala bercorak besar.
Dari sebatu pun sudah boleh nampak pemakainya. Manakala, golongan muda pula lebih suka memakai pakaian yang berwarna sedikit suram dan kegelapan. Kadangkala tiada corak atau bercorak kecil.

4. Segelintir golongan yang mempunyai paras rupa subhanAllah kacak dan cantik, biasanya bilik dan rumahnya kelihatan seperti baru ditimpa tsunami skala 8.8.
Ya. Paras rupa manusia tidak berkadar terus dengan paras rupa bilik dan rumah.

5. Memandu dalam keadaan cuai dan teragak-agak kebiasaannya adalah perempuan.
Ada juga yang memandu seperti syaitan terbang. Aku, contohnya.

6. Memandu seperti syaitan terbang dan suka mencucuk kereta di hadapan kebiasaannya adalah lelaki muda.
Cara paling mudah untuk menghadapi golongan syaitan terbang ini adalah dengan cara menekan brek berkali-kali. Had memandu di jalan itu adalah 90km/j contohnya... tetapi mereka memandu 140km/j ke 160km/j. Memang syaitan.

Tetapi, jika tiba-tiba dari jauh di belakang sana muncul kereta yang rekabentuknya seperti dihempap bangunan iaitu kereta Batman, Hyundai atau Porshe ke kan... bagi sahajalah laluan kepada mereka. Tidak perlu cakap banyak.

7. Kebiasaannya, lelaki akan mandi dengan begitu kerap setiap hari.
Namun, tidak bagi perempuan.Ada yang mandi cuma sekali sahaja dalam sehari. Ada juga yang tidak mandi langsung. Sesetengah perempuan memang sedikit liat mahu mandi. Bukanlah tidak mandi langsung. Cuma sedikit liat. Lebih liat daripada dodol.

8. Jika seorang lelaki itu berkata, "Tidak."... memang tidaklah maksudnya.
Tetapi jika seorang perempuan itu berkata, "Tidak."... maksud sebenarnya adalah, "Ya.". Perempuan memang penuh kesenian. Serba-serbinya halus belaka. Tersirat belaka. Dan sesungguhnya, aku ini salah seorang manusia yang penuh dengan simpulan dan siratan belaka.

Ok.
Habis.
Akhirnya.

Disebabkan ini cumalah teori 'suka-suka tidak suka sudah', jadi aku tidak ambil kisah pun jika perkataan pertama yang keluar dari mulut anda berbunyi, "Eh, apa pula. Aku tidak macam itu pun." Aku tidak kisah.... aku tidak kisah. Ada aku kisah? Eh... eh garangnya. Maaf, ya. Maaf.

Iyalah. Sebab itu aku cuma letakkan perkataan-perkataan seperti 'kebiasaannya', 'secara majoriti' dan lain-lain. Bukan perkataan-perkataan seperti 'semua lelaki', 'semua perempuan' dan yang sekutu dengannya. Kan? Kan? Kan?

(senyum... senyum)

Ok.
Habis.
Akhirnya_

Kategori:

12 Responses to "Teori Suka-Suka Tidak Suka Sudah"

n.n. said :
November 24, 2010 at 8:26 PM
aku mandi banyak kali je.
lt col dop mustang said :
November 24, 2010 at 8:26 PM
8. Jika seorang lelaki itu berkata, "Tidak."... memang tidaklah maksudnya.
Tetapi jika seorang perempuan itu berkata, "Tidak."... maksud sebenarnya adalah, "Ya.".

Disebabkan ini cumalah teori 'suka-suka tidak suka sudah', jadi aku tidak ambil kisah pun jika perkataan pertama yang keluar dari mulut anda berbunyi, "Eh, apa pula. Aku tidak macam itu pun." Aku tidak kisah.... aku tidak kisah. Ada aku kisah?

---

sebenarnya, kisah. zzzzz.
famia said :
November 24, 2010 at 8:34 PM
nn: ye. kawan aku yang nama suhaila pun akan cakap ayat yang sama.

dope: ini bukan 'if-else statement' wahai Dope. Serius. Aku takesah. Haha.
citahrudin said :
November 24, 2010 at 8:39 PM
memandu ala syaitan terbang?
kah3..kita geng lah!!!
November 24, 2010 at 9:00 PM
ini membuatkan saya gelak.saya suka :)

p/s:saya mandi kerap.hehe
famia said :
November 24, 2010 at 10:06 PM
citah: sama? haha. berhati2 di jalan ye.

iza: hehe. bagus. mandi selalu ya.
emm-ai-en said :
November 25, 2010 at 1:10 PM
hahahaha.
sangat suka.
tentang nombor 2,
saya termasuk golongan luar biasa.
tunas lidah yang tamak.hahahaha
K.A.K said :
November 26, 2010 at 1:43 AM
KAH!KAH!KAH!KAH!
kelakau nyee..
famia said :
November 26, 2010 at 1:08 PM
min: takpe. tu normal Min :)

KAK: anda ni biar betik.
sayasuhaila said :
November 26, 2010 at 11:02 PM
ko sebut name aku ke??

eh.. err skang aku pon cam dah x jumpe jln nk ke bilik air... hahaha.. ok what.. leh jimat bil air+sabun+syampu+pencuci muke... lgpon aku wangi.. kuar umah masuk keta terus masuk opis.. xde kuar peluh.. hahahhahahahahahhahahah....

btw.. aku pon slalu amik lauk 2 je... sayur ngn ikan/ayam.. err sedikit sambal sudah pasti.. ;)

** agak sudah lame tidak mengomen disini kan...
December 3, 2010 at 3:01 PM
anastasyea pernah jugak jumpa perempuan yg bawa kereta macam pelesit kat highway .. entah apa yang dikejarnya pun tak tahu. Alih2 dah menyelit kat sebelah kiri jalan. Terus hon .. dalam hati giler ke pe budak nie .. =)
famia said :
December 4, 2010 at 9:51 PM
suhaila: hehe. kau normal.

anastasyea: hehe. mesti saya pun salah seorang dari pelesit tu :p

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.