Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, November 17, 2010


_Memang betullah orang kata.

Kalau ikut perut, memang boleh binasa.

Bukan lidah sahaja yang perlu dijaga. Malah, perut itu pun turut sama berada dalam tahap keutamaan seperti lidah. Mana tidaknya, apa yang ditelan semuanya bukan akan keluar semula menjadi tinja atau bahan kumuh yang lain. Malah, ada juga yang akan menjadi sebahagian daripada keluarga darah dan daging. Bersatu teguh, bercerai roboh di dalam sistem tubuh Homo Sapiens.

Tadinya.

Aku terjumpa artikel lama dari blog seorang kawan di sini.

Ish....

Mulai dari hari ini, aku rasa perihal makanan memang wajib dijaga betul-betul. Sebab apa yang dimakan semuanya akan menjadi sebahagian daripada darah dan daging. Yang mana darah dan daging itu kemudiannya akan turun pula kepada keturunan dan generasi aku... er insyaAllah.

Mungkin sedikit tipikal.

Tetapi, aku rasa aku ada hak untuk memberi peringatan dan menyampaikan pesanan lebih-lebih lagi kepada saudara-saudara seIslamku ini. Bukan bertujuan untuk mendatangkan kerugian kepada syarikat-syarikat atau premis makanan ini.

Cumanya, sekadar mahu mencalitkan kesedaran yang berlipat ganda ke dalam serebrum saudara-saudara seIslamku ini. Mahu ambil peduli atau tidak, terpulang kepada anda. Dan apa yang aku cuba sampaikan ini bukan gosip atau berita palsu. Ini berdasarkan semakan di dalam direktori halal JAKIM dan sumber-sumber laman lain. Sorry, I don't gossip and spread false rumours.

Semak dahulu, baru sebarkan. Jangan buta-buta main forward sahaja berita-berita yang belum pasti kesahihannya lebih-lebih lagi di dalam email. Menyampah betul kadang. Belum tentu iya atau tidak, main sebat sahaja forward kepada orang lain. Majoritinya fitnah belaka pula itu. Periksa dahulu ya rakan-rakan. Peringatan untuk aku dan anda juga.

Jadi di bawah ini aku senaraikan premis makanan yang aku pernah pergi suatu ketika dahulu sebab aku kurang kesedaran tentang kehalalannya. Huah... insaf... insaf.

Maklumlah, kalau kau singgah ke mana-mana dan nampak sijil halal JAKIM tergantung di premis tersebut... pasti kau sejuk hati untuk menelan makanan-makanannya bukan. Dan dengan kesedaran yang nipis, mungkin juga sijil halal JAKIM itu sebenarnya sudah lama tamat tempoh ke apa ke kan. Siapa yang tahu. Aku cuma manusia biasa yang senang bersangka buruk dengan premis makanan yang kelihatan seperti halal tidak halal ini.

Dan selepas ini, insyaAllah tiada lagi makanan-makanan daripada premis makanan ini yang terlepas ke dalam perut aku. Harap-harapnyalah. Walaupun kadangkala terngiang-ngiang kembali kesedapan makanan-makanan itu suatu ketika dahulu... ah, jangan pusing belakang Huzaimatus! Jalan terus. Halalan toyyiba, itu yang kita mahu.

1. Sushi King

Mula-mula aku ragu-ragu, kemudiannya selepas mendapat tahu premis ini pernah mendapat status halal JAKIM dan aku sendiri pun pernah ternampak sijil Halal JAKIM (wallahualam kalau itu sijil yang sudah tamat tempoh... sesungguhnya aku tidak tahu), aku pun ke sini. Siap ada kad keahlian, ok. Setiap kali ada promosi RM2 sushi atas Kaizen Belt itu memang jaranglah terlepas peluang. Tidak patut betul berasa bangga dengan perkara ini. Ish. Astaghfirullahalazim.

Dan kemudiannya dalam tempoh itu, aku dapat tahu perihal mirin yang digunakan dalam membuat inti salmon pada sushi. Ini disahkan oleh adik aku sendiri sebab pekerja yang membuat sushi (Melayu) itu yang cerita sendiri. Katanya, jangan makan sushi yang ada unagi dan salmon sebab ada campuran mirin. Yang lain-lain boleh sahaja. Jadinya, jika benda tidak halal menjadi subset kepada premis yang kononnya telah mendapat status halal... apakah maksudnya ini?

Anda sendiri fikirlah.

Merujuk kepada salah satu komen daripada Ikmal Ibrahim di sini....

"aku sebagai kuli masak-masak nak bagitau sikit la…
sebenarnya, dalam masakan jepun terdapat banyak bahan-bahan yang tidak halal…seperti contoh, sushi, beras sushi tu dimasak dan diseason dengan sake (kalau ikut resipi traditional)…miso soup (sup tempe jepun), dibuat dengan stok babi (juga mengikut resipi asal)…sume jenis sauce dan ketchup dari brand K*kkom*n termasuk kicap soya untuk sushi itu adalah tidak halal kerana menggunakan white wine sebagai flavour enhancer…aku sampaikan semua ni in sense of responsibility sesama muslim…dan anda juga harus berhati-hati dengan makanan jepun di mana-mana food court…"

Aku pun baru tahu.

Jadinya.

Anda sendiri fikirlah, ya.

2. Chili's

Hah. Aku pernah tiga kali ke sini. Cawangan KLCC dan Bangsar. Terus terangnya, aku berani ke sini sebab ternampak saudara-saudara seIslam yang lain sedap-sedap makan di sini. Perangai sentiasa mengikut orang atau mudah terikut orang ini memang perangai orang kekurangan pendirian hidup. Lain kali jangan mudah mengikut orang, Huzaimatus. Peringatan ini.

Sesungguhnya, teramat nipis betul kesedaran dan kelogikan aku perihal premis ini. Selepas tiga kali pergi, baru aku tersedar ada unsur alkohol dalam menu-menu lainnya. Jadinya, jika benda tidak halal menjadi subset kepada premis yang tidak diketahui status halalnya... apakah maksudnya ini?

Anda sendiri fikirlah.

Lagi satu. Nama sebenar premis ini adalah Chili's Grill and Bar Restaurant. Jika difikir balik dalam keadaan yang waras dan normal, perkataan 'bar' itu sendiri sudah mencerminkan alkohol, gelas tinggi lutsinar, tempat yang kekurangan lampu sebab mahu menjimat tenaga elektrik, mabuk di sana-sini dan sebagainya... wallahualam. Aku memang tipikal.

Jadinya.

Anda sendiri fikirlah, ya.

3. Manhattan Fish Market

Pernah sekali aku menjejakkan kaki ke sini. Begitu naif. Sebab aku fikir cuma ikan yang wujud di sini. Jadinya, mana ada penyembelihan ikan bukan? Dan kesedaran menimbul selepas aku baca sebuah buku tebal yang best gila, 'Garde Manger: The Art and Craft of the Cold Kitchen'. Hampir semua masakan mereka (makanan barat) dipenuhi dengan kandungan wine dan sekutu dengannya. Pendek katanya, di mana-mana tempat yang ada masakan barat... berhati-hatilah. Lebih-lebih lagi masakan di hotel.

Jadinya.

Kesimpulan yang aku buat daripada buku itu... kalau boleh jangan menjejakkan perut ke restoran-restoran atau premis makanan yang menghidangkan makanan barat. Kalau terjejak juga, berhati-hatilah. Kenapa? Eh... eh degilnya. Sebab kau sudah pasti betul ke daging itu bukan datang daripada binatang yang mati akibat terkena renjatan elektrik? Dan kau pasti ke bahan-bahan lain seperti rempah, sos dan sebagainya itu datang dari sumber yang halal? Dalam kes-kes begini, prasangka buruk itu adalah diperlukan kehadirannya.

Jadinya.

Anda sendiri fikirlah, ya.

*Tambahan pada 1 Febuari 2012*

Aku periksa di direktori JAKIM. Dan Manhattan Fish Market ini ada lesen halal JAKIM. Boleh cuba periksa Direktori Halal JAKIM dan taip Manhattan Fish Market jika ingin tahu lebih lanjut.

4. Subway

Tsk. Percayalah. Buat masa ini, memang premis ini salah satu tempat kegemaran aku. Roti Honey Oat. Terbaik, woh. Tetapi, selepas aku baca artikel dalam blog ini... aku cuba semak dalam direktori halal JAKIM. Tekalah. Ya. Tepat sekali. Tiada keputusan carian melainkan dua sahaja di bawah produk di dalam direktori halal JAKIM. Anda boleh semak sendiri jika mahukan kepastian.

Percayalah.

Aku ke sini sebab aku ternampak sijil halal JAKIM terpampang di premis Subway Sunway Piramid hari itu. Rasanya sudah dua kali ke sini. Dan selepas aku tengok Subway tiada status halal daripada JAKIM, terus rasa macam arghhh... kenapa! Tetapi selepas kewarasan kembali, aku fikir logik juga. Sebab dalam menunya ada ham. Ah! Kenapalah aku tidak perasan. Aku pernah makan meatball dan tuna. Itu pun sebab hidangan untuk hari Selasa dan Rabu. Dan bila aku buat carian lanjut lagi perihal Subway ini... barulah aku betul-betul lega sebab Subway ini memang aku pasti 800% tidak halal. Tidak halal, ya kawan-kawan.

Tidak syak lagi.

Cuba skroll bawah dan semak bahagian Ingredients di sini. Anda akan jumpa dua bahan secara terang, jelas dan nyatanya iaitu Pork dan Wine. Tulisannya sedikit kecil. Mohon pakai kanta pembesar jika kabur. Itu salah satu menu yang terdapat di Subway, Italian BMT.

Astaghfirullahalazim... apa bendalah yang aku makan ini.

Jadinya, jika benda tidak halal menjadi subset kepada premis yang tidak diketahui status halalnya... apakah maksudnya ini?

Anda sendiri fikirlah, ya.

5. Johnny's

Ok. Aku akui suatu masa dahulu aku suka ke sini. Sebab ada seaweed. Ya. Aku peminat tegar seaweed. Dan juga mi hijau bayam. Sedap. Tetapi, selepas aku periksa dalam direktori halal JAKIM, tiada keputusan carian yang dijumpa. H to the A to the L to the A to the L is not there. Dan macam biasa, aku terasa sangsi selepas tengok hidangan mi hijau ayam BBQ mereka. Ini adakah ayam-ayam yang mati terkejut akibat terkena renjatan elektrik juga atau apa?

Jadinya, jika benda yang tidak dapat dipastikan status halalnya menjadi subset kepada premis yang tidak diketahui status halalnya... apakah maksudnya ini?

Sebab JAKIM pun tidak kata OK.
Aku pun tidak OK.
Anda pula?

Anda sendiri fikirlah, ya.

6. Kedai Mamak

Haha. Maaflah. Aku bukan clean freak. Tetapi, aku memang jadi tidak selera kalau ke kedai mamak. Lagi satu, aku memang was-was sebab aku tidak pasti premis makanan itu adakah hak milik orang Islam atau bukan Islam. Senang cerita, ini kedai mamak India atau kedai mamak Muslim. Kadang-kadang kedai itu pasang radio Melayu, terpampang bingkai gambar Mekah, nama Allah dan Nabi Muhammad SAW di dinding dan nama kedai pun berbunyi nama kedai Melayu tetapi hampir semua pekerjanya (bukan hampir, kadangkala semua) adalah India.

India... Muslim atau India yang memang India?

Lagi pula, ada yang tukang masaknya tidak pakai sarung tangan dan penutup kepala. Bulu roma di tangan punyalah lebat. Kadangkala peluh menitik dan terjatuh ke dalam... ah, hilang selera makan. Maaflah. Aku ulang semula. Aku bukan clean freak. Tetapi, aku memang kurang selera kalau ternampak tukang masaknya tidak mementingkan kebersihan. Sudahlah pula, masakan mereka kekurangan santan. Dengar kata, jika ada kuah kari yang terlebih... semuanya akan dicampur untuk masakan kuah kari esoknya. Ergh. Mungkin jika terpaksa ke sini, aku cuma mampu menelan air sahaja agaknya.

Tips untuk anda.

Cuba periksa ada ke tidak hidangan daging lembu di kedai mereka. Jika ada... mohon pertimbangkan pula pada kebersihannya dan sebagainya. Jika tiada... saya yakin itu kedai India tulen. Mana mungkin mereka menyediakan Tuhan mereka sebagai hidangan bukan? Tetapi, wallahualam jika ada yang selamba ayam sahaja meletakkan daging lembu sebagai hidangan masakan walaupun mereka adalah India tulen.

Ah, apa-apa pun.

Anda sendiri fikirlah, ya.

TAMAT.

Baiklah. Buat masa ini, aku senaraikan enam sahaja sebab aku bukannya suka sangat makan. Selera makan memang sebesar kacang soya sahaja. Oh, ya. Mari aku senaraikan pula premis-premis makanan yang aku memang sudah pasti kehalalannya... Halalan Toyyiba. JAKIM pun sudah bagi lampu hijau dengan tersenyum simpul sambil berkata, "Ok, baca bismillah dan boleh makan".

  1. McDonald - aku tipikal... degil tidak mahu menjejakkan perut ke sini.

  2. 1901

  3. Secret Recipe

  4. Chicken Rice Shop

  5. Coffee Bean - pure double chocolate ice blended adalah pujaanku.

  6. KFC

  7. Kenny Rogers Roasters - JAKIM letak halal cuma pada cawangan Negeri Sembilan. wallahualam

  8. Big Apple Donuts & Coffee

  9. Pizza Hut Restaurants

  10. Masakan mak saya

  11. Masakan saya


Ah... cukup itu Huzaimatus!

Baiklah.

Saya harap apa yang saya sampaikan ini kena pada fikiran dan perut anda, ya. Anda boleh semak pada direktori halal JAKIM atau pada senarai pemegang sijil halal terbaru.

Makan itu biar berpada-pada.
Berhenti sebelum kenyang.
Dan pastikan halal.

Ok, bahagian saya sudah selesai. Terpulang kepada anda untuk menyampaikan kepada yang lain atau menyampaikan kepada perut sendiri. Dan... jika dan hanya jika ada di antara premis-premis di atas yang mungkin telah mendapatkan status halal daripada JAKIM tetapi di luar pengetahuan saya... mohon sampaikan pada saya ya. Terima kasih daun keladi.

Calo beti_

*Tambahan pada 20 Januari 2012*

Aku dah lama tak jenguk entri ini. Dah terlupa pun ada entri ini. Tapi sejak kebelakangan ini banyak pula yang komen dan menyinggah ke sini. Terima kasih ya sudi menjenguk ke blog tak berfaedah ini. Huauahuahuahauhua.

Ok, perihal Subway. Macam kena jelaskan sikit. Sebab aku rasa ada sangat ramai peminat tegar Subway di sini yang tidak berapa puas hati dengan artikel ini (agaknyalah... aku teka).

Subway. Dulu aku pernah makan 2 kali. Di Sunway Piramid. Tetapi lepas itu aku selidiklah apa sebenarnya menu 'so called sihat penuh nutrient' ini dalam Internet. Jadi aku pun jumpalah link tersebut. Yang mana adalah link franchise Subway di luar negara. Memanglah akan tertulis ham dalam itu kan. Dan memang ada tertulis dalam itu yang pihak Subway memang akan customize menu untuk negara franchise yang amalkan pemakanan halal... yang mana salah satunya Malaysialah kan.

Tapi aku tetap musykil. Bukan sebab daging saja. Dan kalau betullah ham itu ayam-based kan... kau pasti 100% ke penyembelihannya halal. Supplier dari mana apa bagai semua. Maaflah tapi aku memang sedikit musykil kalau premis makanan itu tiada halal JAKIM. Walaupun memang tidak semestinya kalau ada sijil halal JAKIM 100% itu memang 100% halal... tetapi sekurang-kurangnya aku tahu JAKIM itu recognized body.

So, aku ragu... aku tinggalkan dan aku sampaikan keraguan aku di sini. Kalau anda masih nak makan dan masih pasti kehalalannya... makanlah. Apa ada hal kan. Aku tidak menghalang pun. Mungkinlah ada menghalang sedikit kan. Sebab tiba-tiba anda semua terasa ragu dengan kehalalan Subway. Walau apa-apa pun... makan itu sentiasalah beringat. Subway bukan the only premis makanan yang ada dalam Malaysia ini. Come on. Makan sederhana saja sudah. Belajar hidup dengan besederhana.

Ada satu video perihal serbuan JAKIM yang melibatkan beberapa premis makanan termasuklah Subway di sebuah pusat membeli-belah terkemuka (terkemuka di kawasan itu sajalah). Boleh tengok di sini

Lain-lain pesanan... makan itu jangan membuta-tuli. Jaga sikit hawa nafsu makan. Aku tengok kalau di KLCC itu masih berduyun lagi orang Islam makan di Chillis. Ingat-ingatlah kawan-kawan. Satu lagi kedai makanan Korea. Kalau tidak silap aku ada satu di Sunway Piramid yang kononnya dapat lesen halal daripada International Islamic Food Research. Ramailah juga orang Islam yang bedal makan di situ sebab tekak teringin nak merasa makanan Korea kan.

Kalau masakan Cina, Korea, Jepun ini... tahukah anda kebanyakannya pakai sup renehan (broth). Dan kalaulah itu makanan vegetarian pun... tidak semestinya tiada renehan sup ba alif ba ya... hah eja sendiri. Masak banyak pakai stok. Stok2 (macam renehan dalam bentuk pepejal itu hah... ke paste entah panggilnya) ini semua kalau tidak stok ikan bilis mesti stok ba alif ba ya atau pun stok wallahualam-lah kan. Pandai-pandailah beringat makan.

Kalau nak cerita pasal makanan ini memang panjang lebar. 8 hari pun belum tentu habis. Tetapi sebab ada hamba-hamba Allah yang sudi berkongsi artikel aku ini... jadi aku pun rasa sedikit terpanggillah kan nak jelaskan sedikit perihal ini. Dan terakhirnya... aku dah sampaikan tanggungjawab aku. Lain-lain itu anda pandai-pandai sendirilah.

Wallahualam.

Kategori:

52 Responses to "Makan Tanpa Was-Was"

faizal said :
November 17, 2010 at 11:44 PM
salam..
terima kasih untuk info yang bermanfaat.kita terlalu banyak terdedah kepada makanan yang diragui kehalalanya.sebab tu kena hati-hati, jangan main bedal je nak makan

p/s:dalam senarai yang halal tu,saya nak rasa masakan no 11, boleh?hehe
Ezad said :
November 17, 2010 at 11:48 PM
semoga selepas ni, kita lebih berhati2 ketika memilih makanan..
azka said :
November 18, 2010 at 12:16 AM
aku baca satu artikel, makanan mentah antara punca utama kanser perut
Nadya said :
November 18, 2010 at 8:21 AM
Makanan zaman sekarang ni dah dicampur macam²..Kalau tak berhati²,memang terkena ahh..

Cinta sangat Big Apple Donuts & Coffee♥♥♥♥
November 19, 2010 at 12:03 PM
terima kasih cik huzai... info yg amat berguna..
emm-ai-en said :
November 19, 2010 at 4:41 PM
nombor sebelas macam menarik.
famia said :
November 20, 2010 at 6:53 PM
faizal: waalaikumsalam wbt. hehe. no 11 tu tak sedap pun.

ezad: insyaAllah

azka: oo yang pasal sushi raw tu ke. hehe. tu tak masak langsung kot tu.

nadya: Big Apple best kan :)

dboy: hehe. makan kena beringat2 kan :)

min: haha. nambe sablas tu tak sedap.
cik EPAL said :
November 22, 2010 at 12:07 AM
nice info. laaa subway tak halal ke? dah la suka makan dekat subway. huhu
famia said :
November 23, 2010 at 10:10 AM
cik Epal, emmm... saya check dalam direktori JAKIM memang tak ada kehalalan Subway tu. Dan bila saya tengok ingredients sebenar Subway tu (eventho dia kata ingredients tu depends ngan religion n country of the franchise Subway... but still tak pasti halal ke tak) memang rasa macam kena pikir balik 8 kali sebelum makan. :)
Okay said :
November 25, 2010 at 12:30 PM
Banyak orang keliru tentang perkataan 'Ham' pada 'Hamburger'. Makanan 'burger' adalah kependekan daripada nama 'Hamburger'. Dan asalnya Hamburger adalah daripada Hamburg di Germany. Begitu juga dengan sosej 'Frankfurter', ia datang daripada bandar Frankfurt juga di Germany. Jadi perkataan 'Ham' di nama 'Hamburger' itu tak semestinya bermaksud daging babi.
famia said :
November 25, 2010 at 2:45 PM
Okay: Hehe. Ok. Tapi kalau itu bukan daging khinzir pun... dan mungkin daging ayam... kita belum pasti lagi penyembelihannya betul ke tidak kan :) Saya ragu2 jadi sebab itu saya tinggalkan. Tapi kalau ada di antara premis di atas yang sudah mendapatkan lesen halal dari JAKIM, mohon beritahu. Terima kasih ye.
December 3, 2010 at 3:03 PM
Kalau nak makan .. jangan was2. Bedal je! hehehe!
me, anastasyea
famia said :
December 3, 2010 at 4:39 PM
Kena hati-hati juga tu :)
Nak jadi darah daging kan.
Jangan main bedal ye saudara seIslamku.
pnstoberi said :
December 27, 2010 at 1:45 PM
Salam,
Akak jalan2 BW, terjumpa lak pasal ni. Nak mohon share kat belog akak juga boleh?

Gud info neh. dan luckily suma tpt tu akak penah makan sbb akak mmg kureng makan2 camtu :))
famia said :
December 28, 2010 at 11:17 AM
Waalaikumsalam wbt. Ye boleh. Ambillah :)
yantie said :
May 19, 2011 at 10:14 AM
Salam.. Mohon share jugak ye... Terima Kasih...
famia said :
May 31, 2011 at 11:02 AM
Waalaikumsalam wbt. Ya boleh je. Ambiklah artikel tak berfaedah ni ^_^
Anaqah_81 said :
August 11, 2011 at 4:08 PM
salam.. mohon share ek... tajut la jadi darah daging... banyak sangat benda syubhah sekarang
August 11, 2011 at 4:32 PM
Waalaikumsalam wbt. Boleh je. ^_^
Azimahsharipuddi said :
January 19, 2012 at 11:18 PM
salam, sila check balik link link yang awak bagi tu, sebab most of it you may get it from overseas. sekarang Malaysia dah beli. so dah jadi francais  Malaysia. takkan nak jual pork secara terang terangan sedangkan ini negara islam. post awak ni mungkin mewujudkan kekeliruan bagi ramai pihak
Am said :
January 19, 2012 at 11:29 PM
betul tu. takkan lahh subway malaysia terang2 nak guna ham. padahal sekarang chicken ham ada ja kan utk substitute ham yang western ppl guna. siasat betul2 tanya subway malaysia bukan just random checking on the internet which might be used in western countries. 
random said :
January 19, 2012 at 11:48 PM
salam .. nk ckap pasal subway tuh .. HAM yg dimaksudkan tuh bkan mksud nya ham as in haiwan babi, ada je turki ham or chicken ham yg jelas halal dimakan oleh org islam .. dan ingredient yg digunakan sperti kak sebut tuh, itu adalah di luar negara itulah sebab diaorg guna pork n wine , TAK HALAL.. but in M'sia, franchise kita yg tersendri , cara pembuatan dan ingredients yg digunakan mestilah disesuaikan ngan majoriti penduduk negara ini selaras dengan perjuangan subway ingin mewujudkan premis makanan yg halal ?
Unknown said :
January 20, 2012 at 6:51 AM
Makanan je ke yang kita patut bimbang? Bukan kah Islam wajib mencari yang halal? Habis tu kita pergi supermarket tu, dia jual arak jual daging khinzir, takde pun orang nak bising2?  Jual barang yang berasas kan khinzir, tapi dijual juga kan? takde pun tulis, barang tak halal sahaja dijual disini, orang islam tak boleh masuk. Tapi kenapa bila satu makanan tak halal atau dikhuatiri cara masakannya, terus di cop semua tak halal. Apa beza? Orang pakai tudung juga kerja di supermarket itu, dapat gaji lagi dari syarikat tersebut, kira makan gaji haram lah kan? Tapi, semua tempat macam tu? Jusco, carrefour, giant, semua ada jual benda yang haram. Macam mana kita nak menghidarkan diri dari semua bnda ni kalau satu Malaysia ni jual benda haram? Kerajaan dapat hasil dari semua ini, kita dapat duit dari kerajaan so maksudnya, kita semua terlibat dgn benda haram lah. Macam mana nak lari dari haram ni? Pindah tempat lain? Memang bagus saudari berkongsi maklumat pasal makanan di malaysia ni, tapi saudari sepatutnya melihat dari skop yang lebih besar. Bukan sahaja makanan, kehidupan seharian kita penuh dengan benda yang haram. Yang pizza hut tu? Halal ke? Kan baru keluar tabasco haram yang selama ni digunakan oleh pizza hut. Ada logo halal kan selama ni? So maksudnya, tak semestinya dikeluarkan logo halal oleh pihak Jakim, saudari boleh terima bulat2. Jangan komen apa kita tak faham. Secret recipe tu halal ke? Tiramisu kalau di luar negara, diperbuat dari alcohol. Apa yang membuat kan saudari rasa yang kat malaysia ni tak buat benda sama? sama juga seperti subway itu, link yang saudari dapat itu adalah dari luar negara. So apa beza? ham di luar negara ye daging babi. Tapi di Malaysia mungkin tidak. so nampak nya saudari kenalah memasukkan secret recipe dalam kategori was2 seperti subway. :) Buat kajian sebelum menulis, jgn timbul kan ketidaksenangan dalam kalangan orang ramai slagi tak diumumkan haram. Takde sijil halal oleh pihak jakim, tapi kenapa pula pihak jakim tak buat sijil haram untuk mereka tetapi masih membiarkan umat islam pergi ke tempat yang haram itu? Fikir sejenak. :)
Putihsalju79 said :
January 20, 2012 at 7:19 AM
tp tetap x halal kalau ham ayam pun sebab sah2 sijil halal bukan halal jakim..halal swasta..sedih tgk org islam makan kat situ..
Putihsalju79 said :
January 20, 2012 at 7:21 AM
tgk sijil dia..bukan hlal jaim..halal jakim ada perkataan malaysia..halal subway xde..logo halal tiak sah..dah kena serbu dah subway tu..
January 20, 2012 at 10:33 AM
waalaikumsalam wbt. 

"takkan nak jual pork secara terang terangan sedangkan ini negara islam."

Ni realiti wahai saudari. Tak ada yang mustahil dalam Malaysia ni. Islam tu kadang pada nama saja. Ada saja yang namanya Islam tapi togok arak. Saya periksa ingredient dan saya rasa ada kandungannya yang saya ragu2. Tak kisahlah ada sijil halal Jakim atau pun tidak. Jadi saya kongsikan di sini. Baca dan fikirkan. Saya tak suruh baca dan telan bulat2. Sekarang ni kalau dah ada sijil halal JAKIM pun belum tentu halal. Salah satu cara lagi kenalpasti dulu isi kandungan makanan tu. Kalau was-was tak payah makan. Tapi kalau awak musykil dan tiba2 rasa ragu2 sebab saya tulis artikel ni... awak cuba tepuk dada tanya iman. Saya tak suruh percaya. Saya suruh berjaga2. Harap maklum.
January 20, 2012 at 10:38 AM
Kalau awak rasa Subway halal... teruskan makan. Saya tak ada halangan. Saya dah berhenti makan sebab saya ragu2. Kalau awak tak ragu2... awak teruskan makan. 

Contohnyalah kan Sushi Kin. Dah terang2 takde logo halal JAKIM atau mana2 badan halal yang lain. Dan terang2 pekerjanya bagitau Sushi yang ada telur ikan dan unagi (belut) tu dicelup dengan mirin. Ada orang kisah? Takde. Orang kita rilek je makan.

Maaflah kepada semua die hard fan Subway. Kalau anda tak ragu2... makanlah. Hanya kerana saya tulis artikel di atas keraguan saya... sekaligus membuatkan anda rasa ragu2 nak makan Subway kegemaran anda tu. Holoh. Macam tak ada makanan lain je.
January 20, 2012 at 10:39 AM
Dik/Kak, sekarang ni ada sijil halal JAKIM ke sijil halal lain ke memang kena berjaga2. Semak ingredients dan rajin2 periksa di Internet tentang ingredients yang tak dikenali. Contohnya emulsifier dari 400-500 (agaknyalah kalau tak silap... dah lupa)
January 20, 2012 at 10:58 AM
Memanglah ada banyak benda kena bimbang. Awak tulislah perkara2 lain tu. Dalam artikel ni saya fokus perihal makanan je. Allahuakbar dia ni. Nak bagi pendapat pun janganlah baling batu sembunyi tangan. Berani kerana benar. Lain kali tulis nama. 

"Tapi kenapa bila satu makanan tak halal atau dikhuatiri cara masakannya, terus di cop semua tak halal. Apa beza?"

Ada beza. Premis makanan dan pasaraya adalah 2 perkara berbeza. Awak bukak premis makanan. Semua makanan yang disediakan akan pakai periuk + kuali + sudu + sudip + dan semua peralatan masak yang sama. Awak masak, awak sediakan dan awak jual. Prapp... jadilah produk makanan dari premis awak. 

Kalau pasaraya tu dia dapat bekalan dari tempat lain dan jual di situ. Kalau Giant/Carefour... mana ada jual daging babi tengah2 alam dalam tu. Carefour mana awak pergi ni. Kalau Carefour Wangsa Maju tu kan ke jual belah luar. Terang2 lagi cakap tak halal. Lainlah kalau jual botol2 arak. Tu memanglah ada. Kalau Carefour tu Cina punya memanglah jual je benda tu.

"Orang pakai tudung juga kerja di supermarket itu, dapat gaji lagi dari syarikat tersebut, kira makan gaji haram lah kan? Tapi, semua tempat macam tu? Jusco, carrefour, giant, semua ada jual benda yang haram. Macam mana kita nak menghidarkan diri dari semua bnda ni kalau satu Malaysia ni jual benda haram? Kerajaan dapat hasil dari semua ini, kita dapat duit dari kerajaan so maksudnya, kita semua terlibat dgn benda haram lah. Macam mana nak lari dari haram ni? Pindah tempat lain? "

Haha. Mentaliti macam ni pun ada. Apa kata awak bukak blog dan tulis macamana nak improve tahap keIslaman dalam Malaysia ni. Kalau setakat cakap kat sini menyembur2 pakai nama samaran memang tak payahlah sedara/sedari.

Buat kali ke 8 juta... saya ulang. Saya tulis artikel ni atas kesedaran sendiri. Saya ragu2. Saya berhenti makan. Tak kisahlah ada sijil halal JAKIM ke atau pun mana2 badan halal yang lain. Kalau anda semua nak teruskan makan... makan sajalah. Lagi satu... macamlah Subway ni je makanan yang ada dalam Malaysia. Punyalah banyak makanan lain. Allah hai.
January 20, 2012 at 11:00 AM
waalaikumsalam wbt. Betul. Ham yang ada dalam Subway Malaysia ni bukan ham as in pork. Tapi saya ragu2 nak makan. Saya sampaikan kenapa saya ragu2 nak makan. Kalau awak nak makan... makan. 

Sekarang ni ada sijil halal ke tidak ke... sentiasa hati2. Periksa isi kandungan tu. Jangan main hentam je bedal masuk perut.

"cara pembuatan dan ingredients yg digunakan mestilah disesuaikan ngan majoriti penduduk negara ini selaras dengan perjuangan subway ingin mewujudkan premis makanan yg halal ?"Tak semestinya. Berhati2 dalam makan apa saja. Assumption can kills you. 
January 20, 2012 at 3:14 PM
begitulah nampaknya.
Maonao_yoshi said :
January 23, 2012 at 7:43 PM
Astagfirullah , jadi sekarang Kehalalan Subway masih lagi menjadi persoalan. Seriously , isit halal or non halal ?
January 24, 2012 at 12:58 PM
According to Subway... they are still in the midst of applying the Halal Cert from JAKIM. So, awak tunggu jelah kot. Kalau dah dapat, teruskanlah makan di situ.
Fadz Lina said :
January 30, 2012 at 1:08 AM
salam~ bagi saya entry awk ni sgt bermanfaat kpd kite sesama muslim, kata² seperti "you are what you eat" begitu sinonim dgn cara permakanan kita, saya suka entry ni kerana ia secara tidak langsung memberi kesedaran kepada saya, =) izikan saya share entry awak yang penuh bermanfaat kepada rakan² saya diluar sana.,tq
January 30, 2012 at 2:08 AM
waalaikumsalam wbt. Terima kasih sudi menyinggah ke blog tak berfaedah ni. Kalau artikel ini dapat membantu, sebarkanlah ^_^
Terima kasih banyak2.
ayuqie2003 said :
February 21, 2012 at 10:22 AM
assalamua'laikum...maaf tumpang tanya..agak2 if seaweed dari korea tu halal tak..expectation saya sebab ia rumpai laut kering,especially utk buat sushi or kimbap..sape2 penah beli seaweed kering dari korea tak???
February 22, 2012 at 12:04 PM
waalaikumsalam wbt. Hmm, kalau yang roasted biasa tu insyaAllah halal sebab kalau saya tak silap seaweed tu digoreng dengan minyak bijan dan ditabur garam je. Tapi kalau yang seasoned punya tak pastilah pula. Dulu saya pernah makan jugak seaweed goreng ni. Macam keropok. Lepas tu dah berhenti beli. Tapi itu yang dijual di malaysia. 

tapi kalau dari korea... seaweed yang kering tu rasanya tak ada apa2. Sebab kalau google merata-rata pun cuma keringkan seaweed tu bawah mentari je. Kalau nak goreng baru sapu minyak bijan. Kalau beras sushi tu mungkinlah boleh suspect kan. Tetapi penyediaan sushi dari Jepun dan Korea memang berlainan. Korea punya dia tak dip dalam benda yang tak halal macam Jepun buat. Ini terbaca dari mana tah. Tapi wallahualam. Saya tak pasti.
Ayzie Aziz said :
May 11, 2012 at 3:18 PM
salam. sebagai peminat subway, memang terasa ragu selepas serbuan JAKIM dan diikuti penjelasan kehalalan dari pihak subway sendiri yang pada saya gagal mengikis rasa was-was. Google, baca sendiri kenyataan dari Subway, pada saya kenyataaan tersebut tidak menyakinkan.

Perkara halal haram bukan mainan. Kalau halal, halal, kalau tidak, kesannya panjang, kalau was-was, lebih baik tinggalkan.

Jadi saya kini berstatus BEKAS peminat tegar Subway.
May 11, 2012 at 3:32 PM
waalaikumsalam wbt. Hm. Harap2nya suatu hari nanti Subway dapatlah status halal yang dengar katanya sudah dimohon lama daripada pihak JAKIM tu. 
Isha Aleeya said :
June 9, 2012 at 11:01 PM
minta maaf yaaaa...subway tu...website subwat bukan malaysia...xbaik nak main lekat jee terpampang kat sini jaga makan jaga dosa sndiri tapi jgn sampai menjatuh kan perniagaan orang....saya pemilik k*z*uku shushi dan peminat subway...Untuk pngtahuan anda salah satu subway di TIMES SQUARE BUKIT BINTANG DAN SG WANG saya xnak jelas kan di mana namun salah satu adalah hak milik francais ayah saya...kami islam dan kami melayu... ITALIAN BMT adalah kepingan ayam dan daging...ianya halal...dan sushi...bukan semua beras di adun begitu..bukan smua salmon dan unagi di adun begitu...unagi di malaysia selalu nya direndam dalam nira gula...(air gula rebus+garam) dan nasi beras diadun dengan cuka makan sedikit minima...untuk rasa masam.. dan salmon direndam dalam cecair seperti cuka boleh didapati di kedai2 runcit...gambar mangga... untuk membuat kan salmon tidak berbau hanyir dan tidak loya...... jgn lah sedap2 je post...tersentuh hati saya kerana saya pengusaha shushi di salah sebuah shopping mall di kuala lumpur...dan juga ayah saya seorang pemilik subway.... fikir kan perasaan orang dahulu...dan tolong lah jgn menjatuh kan perniagaan org dgan post2 sebegini.... sekadar informasi its okay...tapi bila ada je wors " korang fikirlah sendiri" nampak mcm hina sngt apa yg kami perniaga kan..... kami miliki sijil perniagaan,dan sijil halal sah... 
salwa said :
June 14, 2012 at 3:55 PM
kedai awak kt mana? sebab terbukti halal ye tak? teringin makan sushi dan subway yg halal...sebab dah keluar tv3 ckp subway dgn sushi tk halal...
June 14, 2012 at 4:44 PM
:)


Pemilik, pengedar, pengimport, pembuat, tukang masak dan lain-lain tidak sama. Harap maklum. Just because you owned it doesn't make the whole food processing a to z pun halal. Please state your sushi shop and the halal subway (especially meat) so that we can come n visit. Saya pun die hard fan sushi :)

Kalau betul awak punya kedai pun halal, apa kata share di sini... boleh juga kami beramai-ramai menguntungkan perniagaan awak. Apa kata ^_^
July 12, 2012 at 3:24 PM
 I
Anonymous said :
November 25, 2012 at 9:29 PM
Yerrr mana kedai awak...kongsila boleh pergi beramai2
just share je said :
December 19, 2012 at 5:42 PM
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، أَنَّ قَوْمًا قَالُوا : " يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّ قَوْمًا يَأْتُونَنَا بِاللَّحْمِ ، لَا نَدْرِي أَذَكَرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ أَمْ لَا ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : سَمُّوا اللَّهَ عَلَيْهِ وَكُلُوهُ "


'Aisyah r.a menceritakan: Sekumpulan sahabat berkata: Ya Rasulullah. Sesungguhnya ada satu kaum memberikan kami daging. Kami tidak tahu sama ada mereka menyebutkan nama Allah atau tidak (ketika menyembelihnya). Lalu Rasulullah s.a.w menjawab: Sebutlah nama Allah (bacalah bismillah) dan makanlah.
[Sahih al-Bukhari: 1927]

soaljawab.wordpress.co...l-makanan/

Rasulullah s.a.w yang mengajarkan kita hadis syubhat, dan Rasulullah s.a.w yang menyebutkan hadis di atas. Apakah kita kira kita lebih memahami maksud syubhat daripada Rasulullah s.a.w sendiri? Jika memakan makanan yang tidak dipastikan kehalalannya itu satu syubhat, hadis di atas telah menafikannya.

Rasulullah s.a.w makan daging yang dihulurkan oleh perempuan Yahudi yang mahu meracuninya, bahkan selepas sahabat diracun perempuan Yahudi itu pun, nabi s.a.w tidak pula pernah menyalahkan sahabat r.a yang memakan daging tersebut.

Jika makan makanan yang non-Muslim beri itu syubhat, memakan makanan tidak diketahui kehalalan itu syubhat, nescaya hadis di atas tidak wujud. Rasulullah s.a.w lebih memahami maksud syubhat itu daripada kita, dan kita tidaklah pula lebih alim dan bertakwa daripada Rasulullah s.a.w dan para sahabat.

Wallahua'lam
Anonymous said :
February 27, 2013 at 8:50 PM
Apa kata mohon status halal dr jakim...lagi ramai org pakat2 pergi makan...lagi maju perniagaan ayah awak...
suzi said :
March 22, 2013 at 5:15 AM
jadi, seaweed snack yang kering tu bole la makan ea???sure??yeay..huhu..tQ :D
Lini Lias said :
March 26, 2013 at 2:19 AM
Agak2 komugi bakery yg dekat midvalley tu halal tak? Sbb kedai tu baru. My fren kenalkn n tringin nak makan.
jamil said :
July 25, 2013 at 9:05 PM
Org concern bab ni sbb jadi darah daging. 1 lg kalu xle wat suma jangam tinggal suma. Wat dlu mana termampu. Tuan blogger just mention apa yg dia ragu je pon bukan dia suruh org len boikot pon xyah makan situ sini. Kalu u nak makan go ahead lah
mike said :
October 19, 2013 at 1:21 PM
Just because they claim its pork-free or " no pork no lard" ...it doesnt mean its true ...any tom dick and harry can claim the same. Malays are either gullible to belive it or just want that as an excuse to be able to eat it. I just dont understand ...there are so many halal choices in Malaysia compared to other countries ...that it is so hard to abstain urself from eating it. As if you will die if you dont eat it.
Cikgu Sue said :
April 3, 2014 at 5:17 PM
Setuju..^_^
Cikgu Sue said :
April 3, 2014 at 5:17 PM
Banyak manfaat blog ni...tq

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.