Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, November 10, 2010


_Anda di dalam kategori yang mana satu?

Eh... eh tiba-tiba pula.

Ah, ini perihal kesesakan jalan raya. Macet menggila di Kuala Lumpur, terutamanya. Tahukah anda faktor-faktor kesesakan jalan raya sekiranya ditulis di atas kertas A4 dalam lapan kajang kertas pun belum tentu lagi habis. Panjang berjela lagi menceceh-ceceh. Dan salah seorang penyumbangnya adalah anda. Oklah... dan saya juga. Dan mereka juga. Ah, kita semualah pendek katanya.

Baiklah.

Mari senaraikan faktor-faktor kesesakan jalan raya... samada yang logik atau pun tidak logik, atau juga tidak bernas lagi tidak masuk akal. Ah, sinonim semuanya. Sama tetapi tidak serupa. Barangkali tidak serupa dari segi ejaannya. Barangkali juga dari segi bacaannya. Ya... barangkali. Dan mungkin juga tidak serupa dari segi....

Huzaimatus!

Ah, maaf ya... maaf.
Menulis dalam keadaan yang bersimpang-siur.
Tabiat buruk yang liat mahu tertanggal sejak azali.

Baiklah.

Senarainya seperti di bawah.

  1. Memandu pada kelajuan 60km ke 80km di laluan kanan. (Weh, bajet laju ke apa! *hantuk kepala ke stereng)

  2. Memperlahankan kenderaan sekiranya terdapat kemalangan. (Weh, takat nak tolong tengok je nak buat apa. Kalau concern sangat, pergilah tolong hantar ke hospital ke apa. Serabut ayam jalan itu dibuatnya)

  3. Polis trafik pelatih tidak cekap mengawal kesesakan lalulintas. (Sebab kerja tidak cekap, jadi kita cop saja polis itu sebagai polis pelatih. Aku tetap berperasaan yang lampu trafik adalah polis trafik yang terbaik berbanding manusia)

  4. Teragak-agak menukar laluan dari kanan ke kiri. (Bacalah bismillah. Aduhai)

  5. Menghalang laluan dengan cara memandu di atas dua laluan. (Tamak macam ayam! Macamana boleh lepas ujian memandu entahnya)

  6. Memandu sambil menjawab telefon atau membalas SMS. (Kalau tak boleh multitasking tu janganlah buat, ayam!)

  7. Tersesat jalan. (Kalau dah tau sesat tu tukarlah ke laluan paling kiri! Kurang kesedaran sivik betul)

  8. Tidak menepikan kenderaan apabila terlibat di dalam kemalangan yang kecil. (Woi, takat tercuit sikit je bumper depan pun nak kecoh! Bukannya calar. Hak alah. Kecoh macam ayam)

  9. Menunggang motor tengah-tengah di laluan kanan. (Ni lagi satu nak kena. Sengal macam ayam. *sambil menumbuk tanah bertubi-tubi)

  10. Bas dan lori memandu 20km/j ke 60km/j di laluan kanan (.... *tidak dapat terima kenyataan lalu terus berlari laju-laju sambil melanggar dinding)


Hah.

Maaf untuk segala ayat di dalam kurungan di atas. Nampaknya syaitan dan masyarakatnya telah berjaya menggenggam erat saya ke dalam pelukan mereka. Hangus terbakar sudah aku dibuatnya. Fu... fu. Kasihannya imanku yang lebih nipis daripada kulit Amoeba ini. T___T

Kiranya.

Saya beranggapan hampir semua penduduk di Kuala Lumpur berpotensi tinggi hampir 800% untuk menghidap penyakit darah tinggi, sakit jantung dan masalah keguguran rambut yang kronik. Ah, ya. Ini semua gara-gara tidak lain dan tidak bukan faktor-faktor kesesakan jalan raya yang tidak logik dan mungkin sekali-sekala logik di Kuala Lumpur ini. Masing-masing perangai macam ayam! Dan kebanyakan pemandu (bukan semua) yang plat kenderaannya bermula dengan 'J'... memang memandu macam syaitan. Salah seorangnya adalah saya.

Jadinya.

Anda di dalam kategori yang mana satu?

Saya yakin 800% anda dan saya termasuk di dalam golongan di atas_

Kategori:

9 Responses to "Ketidaklogikan dan Kelogikan Kesesakan"

al-lavendari said :
November 10, 2010 at 12:11 PM
dan saya ingin menambah

di sini:

http://al-lavendari.blogspot.com/2009/12/9-lagi-spesis-drebar.html


juga di sini:

http://al-lavendari.blogspot.com/2009/11/11-spesis-drebar.html
muna said :
November 10, 2010 at 2:37 PM
ehhhh aku plat j tak pandu macam syaitan ponnn :P

tapi selalu mengamuk sorang diri bebel2 sambil memandu sebab marahkan orang lain.

selalunya yang lesen 'p' laa paling aku hangin..dahla teragak2 nak duduk lorong kanan pehtu pelan2 plak tu, shesshhh!
emm-ai-en said :
November 10, 2010 at 7:23 PM
hah.
berjanggut tunggu entri.
lagi satu,
pemandu² yang pendek jari kelengkengnya a.k.a tukar laluan tiada memberi isyarat.
November 11, 2010 at 12:20 AM
Banyak la pulak ayam .... hah nak tambah satu lagi ..

ayam berjalan tengah jalan ... punca kesesakan jalan raya .. huhu....

Kalau nak baca cerita skima .. meh pi kat profile saya and klik iskandarinperson ...
famia said :
November 11, 2010 at 11:55 AM
pakcik laven: haha. baik. terima kasih kembali.

muna: haahaha. bukan semualah pemandu plat J tu drive macam syaiton.

min: bejanggut eh. haha. tang tak nak bagi signal tu memang boleh tahan bengkek jugaklah. lagi satu jenis yang suka main himpit bila nak masuk. bagila signal. miskin akhlak betul perangai. hisnhsajdhiahdiah

Iskandar: hehe. terpaksa cursing pakai ayam saja. baik. insyaAllah akan menyinggah. terima kasih menyinggah ke blog tak berfaedah ni.
azka said :
November 11, 2010 at 5:47 PM
aku lebih suka naik lrt atau komuter kat kl, tak larat buang masa ats jalan. satu lg faktor: kontraktor suka benar korek jalan sana sini, takde kerja lain kah.
Sarimin said :
November 12, 2010 at 8:54 PM
Wow
Ezad said :
November 13, 2010 at 10:21 PM
oo.. kami dah terkeluar dari senarai.
tapi termasuk dalam senarai penyumbang kesesakan di melaka di hujung minggu..

hmm..

jgn lupa, warga KL juga penyumbang kepada kesesakan di melaka ketika hujung minggu dan musim perayaan.

pendekata, pemandu plat W & B adalah peyumbang terbesar kesesakan lalulintas di malaysia..

logik?
famia said :
November 16, 2010 at 9:21 PM
azka: hehe. tapi bukan semua tempat boleh dicapai dengan LRT/komuter/bas/dan sebagainya. T__T

sarimin: wow?

ezad: W dan B? haha. no komen. semua plat pun merata je ada.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.