Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Saturday, September 18, 2010


_Nuffnang.

Anda tahu apa itu Nuffnang?

Tidak. Ia tiada kaitan dengan saudara Saiful Nang, seorang jurugambar perkahwinan yang popular itu. Nuffnang ini... aku pun tidak tahu. Tetapi, aku teka Nuffnang ini adalah iklan yang boleh diletakkan di laman sesawang anda dan kemudiannya jika diklik secara kerap oleh pelawat, anda akan memperoleh money... money... money.

Agaknyalah.

Suatu hari itu ayah dan emak bertanya.

"Zai pernah dengar Nuffnang?"

Eh, hairan pula ayah dan emak boleh tahu perihal ini.

"Pernah, ayah. Dia iklan-iklan je. Kenapa?"
"Kau tak ada ke Nuffnang ini?"
"Ada emak. Tapi serabut nak letak iklan di blog."
"La, cubalah letak. Buat website elok-elok biar berfaedah lepas itu letak."
"Er, kenapa kena letak mak?"
"Yelah. Kan boleh dapat duit. Yang buat Nuffnang ini pun budak je."
"Oo. Alahai mak. Macam leceh je nak letak iklan itu."
"Yang kau ni buat blog tulis benda-benda tak berfaedah. Macamana nak elok."

Tergelak besar aku dengar perkataan 'tulis benda-benda tidak berfaedah' itu. Hebat emak ini. Memang tidak berfaedah pun blog ini. Cuma itulah. Perihal Nuffnang ini sampaikan mak dan ayah pun tahu. Hairan juga. Aku sendiri pun tidak berapa arif tentang Nuffnang ini sebenarnya. Akaunnya ada. Cuma serabut ayam mahu meletakkan papan iklan di blog. Lagi satu, macamlah ada orang yang nak klik nanti kan (mentaliti negatif ini... adik-adik jangan tiru di rumah ya).

Tetapi kan.

Betul-betul kaya ke kalau ada Nuffnang itu? Dapat ke duit beratus-ratus? Dan soalan terakhir yang paling pentingnya... apa bendalah si Nuffnang ini sebenarnya ek? Musykil lagi mengelirukan sungguh. Lepas itu, apa maksud Nuffnang itu? Lepas itu lagi, kenapa Saiful Nang tiada kaitan dengan Nuffnang? Lepas itu lagi dan lagi, kenapa emak dan ayah aku boleh tahu perihal Nuffnang ini tetapi aku tidak tahu pun?

Hah.

Cuba tolong jawab sikit sesiapa di sana_

Kategori:

6 Responses to "Kisah Syawal 1431H (Bahagian 3)"

Anonymous said :
September 18, 2010 at 12:06 PM
maybe mak ayah u bc psl nuffnag dlm paper. i pon ade bc br2 ni kt dlm paper kosmo. klu rajin, g lar bc online... :)
September 18, 2010 at 12:10 PM
selamat hari raya kak famia..maaf zahir batin..
nananye said :
September 18, 2010 at 1:47 PM
comelnya mak ayah mung, fami.
famia said :
September 18, 2010 at 9:23 PM
anon: ooo haah. diorang tengok NST haritu kot. I dah baca nuffnang banyak kali. sampai dah buat akaun dia. cuma tapaham kenapa dengan klik iklan je boleh dapat duit. bukan semua orang suka klik iklan pun kan. konpius jugak tu.

ain: hehe. sama dengan ek.

nana: hehe. sebab tu mereka jadi mak dan bapak.
Sham Hassan said :
May 16, 2012 at 7:43 PM
mungkin, mak dan ayah anda ada blog diorang dan diorang ada Nuffnang account... 
May 18, 2012 at 9:51 AM
spekulasi boleh membunuh.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.