Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, September 17, 2010


_Berapa ringgit anda (yang layak) memberi duit raya pada tahun ini?

Lima ringgit?
Sepuluh ringgit?
Lima puluh ringgit?

Saya... lagi banyak.

Lima puluh sen dan lima puluh sen. Hah. Berat bukan?

Untuk budak-budak kecil sahaja pun. Suka-suka bagi. Apa ada hal. Tetapi kan, semasa zaman saya setinggi anak pokok pisang dahulukala, jika peroleh duit syiling sebagai duit raya memang sudah terasa seperti dunia di hujung jari. Boleh beli apa sahaja. Maklumlah, duit syiling bukankah berat berbanding duit kertas yang senang hilang melayang jika ditiup angin bayu. Itu zaman Tora dan cokelat DingDang pada suatu masa dahululah.

Kaya doh!

Eh... eh tidak boleh cakap macam itu. Terlalu hip hop dan kelihatan seperti miskin akhlak pula. Tarik balik. Gunakan ayat itu di belakang tabir sahaja, ya Huzaimatus. Harap dapat tunjukkan contoh tauladan yang sedikit molek untuk mereka di sini. Baiklah... baiklah. Sambung. Duit syiling memang sedikit disanjung tinggi oleh saya sewaktu zaman Tora dan cokelat DingDang pada suatu masa dahulu.

Tetapi kan.

Jika dibandingkan zaman Tora dan cokelat DingDang dengan zaman PSP serta Wii ini memang jauh benar perbezaannya. Memang tidak boleh lawan. Bagai langit dan bumi. Bagai cuka dan keju. Bagai daging ayam dan daging lembu. Bagai mayonis dan cincalok. Bagai ikan kering dan....

Hoi, sudah itu sudah!

Ah, maaflah.

Terleka pula saya. Hah perihal duit raya. Tahun ini hampir semua sepupu sepapat yang kecil-kecil dan anak-anak saudara yang kecil-kecil juga saya hulurkan duit syiling. Ya. Duit syiling ini tidak lain dan tidak bukan adalah duit syiling seplastik yang beratnya hampir mencecah sepuluh kilogram. Seplastik duit syiling yang tidak berjaya diusung ke mana-mana bank berdekatan ketika bulan Ramadhan yang lalu. Ini adalah disebabkan er... kesuntukan masa dan kekurangan kudrat untuk mengusungnya ke bank. Alasan... alasan.

Walau bagaimanapun, saya mendapat pelbagai jenis respon yang saya yakin memang seratus... dua ratus... tiga ratus peratus positif ketika memberi duit raya pada tahun ini. Hah. Tahukah anda apa respon mereka? Mari kita sama-sama saksikan petikan di bawah.

"Apa? Duit syiling? Alaaaaaa...."
"Alahai, duit syiling je?"
"Alah, tak naklah duit syiling."
"Tak bestlah duit syiling."
"Seringgit je? Syiling pulak itu."
"Beratlah."

Hah.

Boleh tahan positif kan_

Kategori:

3 Responses to "Kisah Syawal 1431H (Bahagian 2)"

Rain Ahmad said :
September 17, 2010 at 12:25 AM
Tahun ni masih lagi dapat duit raya yeay! Jika diberi duit syiling tu pada anak sedara saya, confirm ta banyak respon. Dia sambar terus. Asalkan dapat duit raya.
Ezad said :
September 17, 2010 at 10:13 PM
kira nasib baik la beraja ngan famia dpt seringgit walaupun duit syiling

dengan ezad??

sorry!! no duit-duit raya.. hahaha
famia said :
September 18, 2010 at 9:17 PM
rain: haha. cool tu.

ezad: hehe. tak salah pun pacik ezad kalau nak sedekah duit kat budak2.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.