Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, September 16, 2010


_Tidak tahulah mengapa.

Yang namanya kalau berbunyi Huzaimatus sahaja memang begini.

Ada sahaja kejadian-kejadian yang tidak berapa logik yang akan terjadi kepadanya. Kemungkinan besar agaknya disebabkan itulah aku belum pernah jumpa Homo Sapiens yang sama nama macam aku. Barangkali perangai pun sama pelik. Sudahlah makna Huzaimatus pun tidak diketahui.

Ah, abaikan perihal itu sebentar.

Ini kisah pada satu hari di bulan Syawal.

Hari itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kluang, kedua-dua belah tayar hadapan kelihatan seperti suam-suam kuku sahaja dia punya mengembang. Mata kasar yang memandang akan nampak seperti tayar itu mengempis. Mata halus yang menjeling pula akan nampak seperti tayar itu mengembang.

Akhirnya, ayah menggesa tayar itu dipam angin lagi.

Dengan tekanan 220, aku buka punat angin tayar itu. Aku pam. Kset... kset... kset. Selesai. Aku tukar tayar berikutnya. Ayah memandang pelik di sebelah sambil bersuara.

"Eh, belum bunyi ting lagilah dia punya tayar itu."
"Tapi dah berbunyi angin keluar ini, ayah."

Ayah memandang aku. Aku pun memandang ayah.

"Ya Allah budak ini, tunggu sampai ada bunyi ting barulah angin penuh."
"Laaa ya ke? Selama ini saya pam angin sampai bunyi angin keluar je."
"Astaghfirullahalazim budak ini. Patutlah kempis je tayar ini."

Ayah menggeleng sahaja.

La, selama ini aku pam angin memang macam itu sahaja. Patutlah terasa pelik macamana orang pam angin boleh keluar bunyi ting. Aku tak pernah dengar pun bunyi itu selama mengepam tayar ini. Aduhai. Patutlah selama ini tayar kereta itu nampak kempis sahaja. Belum cukup angin rupanya. Hah. Bukan takat belum cukup. Tapi memang tidak pernah cukup rupanya angin dalam tayar itu. Maknanya selama tiga ke empat tahun berkereta ini memang salah rupanya cara aku mengepam angin.

Hak alah hai si Huzaimatus ini.

Akhirnya sampai ke hari ini ayah asyik membahan sahaja perihal mengepam angin tayar itu. Isk... isk. Mujur ayah ada hari itu nak memperbetulkan cara mengepam angin. Kalau tidak, sampai mati pun aku pelik kenapa tidak pernah ada bunyi ting keluar semasa mengepam angin.

Hak alah hai si Huzaimatus ini.

Foul betul_

Kategori:

8 Responses to "Kisah Syawal 1431H (Bahagian 1)"

Rain Ahmad said :
September 16, 2010 at 7:25 AM
ishh.. ishh. kesian sungguh kena bahan dengan ayah ye. sekurang-kurangnya kakak huzaimatus belajar perkara baru cara mengepam tayar dengan betul. jika tidak.... hehe. :D
nananye said :
September 16, 2010 at 10:53 AM
fami...fami...
ishh..ishh..
Mur said :
September 16, 2010 at 11:08 AM
aduh.mmg fail betul.wanita perlu belajar asas penjagaan kereta -_-
M-I-N said :
September 16, 2010 at 12:18 PM
xpe.
sekurang kurangnya belajar satu benda baru kan?
Ezad said :
September 16, 2010 at 3:37 PM
eh...
ting??

haha.. kalo ko tau la kan, buku akaun ASB (amanah saham bumiputera),ada tulis perkataan ting..

tu dia ambik konsep pam tayar kereta gamaknya:)

heh!
famia said :
September 16, 2010 at 9:51 PM
rain: hahahahaha. terasa agak ngok jugaklah kan pasal tak reti pam tayar.

nana: Takpe. Kes2 macam ini barulah namanya aku. haha.

mur: Sangat fail kan. hahahaha.

min: hahahahaa. ye. baru tak barulah jugak.

ezad: -_-"
azka said :
September 19, 2010 at 1:07 AM
haha.. ada juga lagu ni, klu moto boleh picit2 tayar tu. mungkin tak baca abis buku manual keta tu
N Athiqah01 said :
August 23, 2011 at 8:46 AM
hahaha buat lah sampai kempis sikit.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.