Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, September 30, 2010


_Hai... hai.

Bertemu kita sekali lagi dalam rancangan memasak 'Keletang Keletung'.

Bersama pengacara anda yang tidak asing lagi untuk minggu ini, iaitu tidak lain dan tidak bukan adalah... sayalah. Iyalah. Pastilah saya. Siapa lagi kan. Tidak mungkinlah anda pula kan. Tetapi jika anda berminat untuk menyertai rancangan memasak 'Keletang Keletung' bersama saya untuk hari-hari lain, hah marilah... dipersilakan juga.

Baiklah.

Sebelum itu, kita perlu memasang lagu latar untuk rancangan memasak ini ya para penonton. Untuk minggu ini, saya perdengarkan lagu nyanyian IU bertajuk Marshmallow. Comel lagu ini. Marshmallow... marshmallow... nomu chua... chua! Sudah itu, Huzaimatus. Beradab sedikit.

Ah, maaf ya.

Baik, mari mulakan.

Hari ini saya mahu berkongsi resipi kek batik ibu saya. Sepertimana yang anda tahu, resipi kek batik ini ada pelbagai cara dan bahannya. Ada yang tidak perlu dimasak dan terus dikeraskan di dalam peti sejuk. Dan ada juga yang perlu dimasak. Ikut kreativiti masing-masing ya para penonton.

Tiada garis panduan khas yang perlu diikuti dalam membuat kek batik. Semua resipi kek batik di seluruh dunia ini adalah betul. Tetapi, bukan semuanya sedap. Ya, ini perlu diambil perhatian ya para penonton. Bukan semuanya sedap. Oleh itu, marilah kita berusaha membuat kek batik yang sedap.

Oh ya.

Selain daripada itu, kek batik yang terhasil ini bergantung juga kepada cara anda memakai kain batik, kualiti kain batik dan teknik membasuh kain batik ya para penonton. Ok. Tanpa melengahkan masa yang memang sudah lama terlengah ini, saya mahu berkongsi resipi kek batik ibu saya yang sangat sedap sepertimana yang digembar-gemburkan oleh rakan-rakan saya. Saya harap sedaplah. Sama-samalah kita berkongsi ya.

Bahan-bahannya

- 5 biji telur ayam.
- 3 senduk gula pasir
- 3 senduk butter
- 4 senduk Milo
- 3 senduk serbuk koko
- 1/2 tin susu pekat
- 1 sudu kecil esen Vanilla
- 1 peket besar biskut Marry (telah dipatah empat setiap satu)
- 1 bekas besar (telah dialas plastik dalamnya)

Cara-caranya

  1. Masukkan kesemua butter, gula, telur, serbuk Milo, serbuk Koko, susu pekat dan esen Vanilla ke dalam satu periuk besar.
  2. Pukul, kacau dan ratakan semua bahan-bahan tadi.
  3. Panaskan atas api yang kecil atau sederhana lebih kurang 3 minit.
  4. Masukkan biskut Marry yang telah dipatahkan dan kacau sehingga rata.
  5. Kacau kesemua bahan-bahan itu lebih kurang seminit dua (jangan lama-lama).
  6. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam bekas.
  7. Ambil satu plastik dan ratakan bahan bancuhan tadi dengan tangan anda.
  8. Ratakan dan tekan-tekan sehingga mampat di dalam bekas tadi.
  9. Simpan di dalam peti sejuk, tunggu sehingga sejuk dan keras.
  10. Keluarkan, potong dan makan.


Bahan-bahan itu anda boleh 'trial and error'. Jika tidak mahu terlalu manis, kurangkanlah sukatan gula. Kalau saya, serbuk Milo memang saya lebihkan. Haha. Maklumlah, saya adalah hantu Milo. Sedap betul kalau ada serbuk Milo yang terlebih dalam itu.

Oh, ya.

Bekas itu saya letakkan plastik supaya mudah anda mahu keluarkannya untuk dipotong. Jangan anda pergi potong dalam bekas itu macam yang saya selalu buat. Habis berbirat bocor bekas itu nanti. Lagipun kalau anda letakkan plastik, lebih senonoh dan bersih sedikit bekas itu. Sedikit sememeh jika anda main longgokkan sahaja di dalam bekas itu. Teknik ini, ibu yang ajar. Kalau anda tidak berminat nak ikut, apa ada hal. Saya tidak kisah. Haha.

Oh, ya.

Nana, kek batik yang kau makan tempoh hari itu aku rasa aku terkurang letak gula. Sebab rasa butter dan telur itu agak kuat di hujung lidah aku ini. Haha. Sejak minat menggila nak memasak ini, memang deria rasa lidah ini agak sensitif. Laju juga ia mengenalpasti apa yang kurang dalam sesuatu masakan itu. Ini semua gara-gara sudah terbiasa dengan masakan ibu yang tiada tandingan.

Ah, ya.

Sebab itulah saya jarang makan di luar. Lagipun kadangkala sedikit kembang tekak menyinggah ke kedai yang kurang bersih. Mahal pula kadangkala. Rasa makanan itu tidak setimpal dengan harganya kadangkala. Ya... ya. Sebab itulah kena belajar masak sendiri ya para penonton. Berikutnya mahu mencuba ddeokboggi (Korean spicy rice cake) pula. Macam senang. Cuma gunakan kueyteaw saja. Sama-samalah kita nantikan keberkesanannya ya.

Oklah.
Lagu latar pun sudah lama habis.
Selamat mencuba dan rajin-rajinlah memasak.

Bertemu lagi lain kali dalam rancangan memasak 'Keletang Keletung'_

Kategori: ,

19 Responses to "Keletang Keletung - Kek Batik"

Dani neh said :
September 30, 2010 at 6:20 PM
pengkomen pertama... dapat kek batik free
Rain Ahmad said :
September 30, 2010 at 6:58 PM
Oh! kek batik. Memang menjadi kegilaan saya masa raya lepas. Mak hidang untuk tetamu, saya curi-curi makan. Padahal ada lagi yang belum dihidang.
Ezad said :
September 30, 2010 at 8:05 PM
kek batik...

hmm.. rasanya ko ada buat kek ni ngan ida masa menawan rumah pak cik zul dulu nih..


hmm
famia said :
September 30, 2010 at 8:18 PM
dani: mestila. I owe u man. Big owe. hehe. Ngeri je bila teringat balik.

rain: ha lepas ni boleh buat sendiri kalau dah duduk sorang2.

ezad: penah. yang tumpah atas lantai tu. tapi tak ingat pun resipi kek batik cicak tu.
nananye said :
September 30, 2010 at 8:23 PM
fami. ok je rasa. aku tak kuat manis.
eh tapi biskut marie mak kau tak rasa biskut. aku sebenarnya tak rajin makan kek. apetah lagi berkoko dan bercoklat semua. echah ckp, "kak nana, ini kek batik" baru aku tahu tu kek batik. aku kagum la biskut kau tak keras. tu nak kena rendam dulu kat mana2 ke?

lagi satu, boleh tak tukar butter dgn benda lain? aku sebenarnya tak mkn sgt butter. tapi hari tu butter kau tak rasa butter sgt. kau guna jenama apa?

susun biskut camne? serius tak rasa biskkut. rasa kek je.
famia said :
September 30, 2010 at 8:53 PM
nana

aku rasa biskut tu kena masukkan dalam periuk kot. ada sesetengah orang, bancuhan tu yang dia tuang kat bekas yang ada biskut. maybe kalau buat macam tu biskut tetap keras. ko cube masok dalam periuk biskut2 tu pastu kacau2 masa tengah panas baru tuang dalam bekas.

satu lagi, kalau nak lembutkan... masa nak mampatkan dalam bekas tu... masa tengah2 panas tu ko tekan kuat2. memang panas sikit tapak tangan. kena tahan. hehe. sebab tu aku suggestkan guna plastik.

selain butter, boleh je pakai marjerin. takde hal pun. biskut tak susun pun. kau campak je dalam periuk tu masa tengah kacau2 bancuhan. mungkin rasa dia lain sikit sebab ada esen vanila barangkali. aku belum jumpa orang buat kek batik letak esen vanila. cubela.
azka said :
September 30, 2010 at 8:55 PM
bila baca post ini rasa macam tengok channel 703 plak..haha
famia said :
September 30, 2010 at 9:46 PM
azka: haha. diorang tu jalan2 carik makanan. yang paling best tu jalan2 makan makanan yang bizarre. sape tah nama host dia yang botak2 tu.
LediAgli said :
October 1, 2010 at 12:46 AM
apasal secret ingredients tak letak????? (cicak!)
nananye said :
October 1, 2010 at 1:56 PM
fami letak cicak ke??
fami!!!!!
emm-ai-en said :
October 3, 2010 at 6:09 PM
erk?
cicak?
nananye said :
October 4, 2010 at 9:06 AM
eh, nama baru (cara baru) min.
emm-ai-en said :
October 4, 2010 at 1:15 PM
nanaya :hehehe.terspontan keluar cara tu.
Anonymous said :
October 5, 2010 at 11:13 AM
mesti sedap kan...
dboy said :
October 5, 2010 at 11:13 AM
mesti sedapkan..
diamonds said :
October 15, 2010 at 3:58 AM
nice'
thanks you for info n giving me ideas...








jobs:diamonds.........
famia said :
October 18, 2010 at 8:26 PM
Ida: haha. memori katak pisang. rindu.

nana: (angkat kening sebelah)

min: (angkat kening sebelah lagi)

dboy: insyaAllah sedap :p

diamonds: (spammer kah?)
Sham Hassan said :
May 16, 2012 at 7:38 PM
jenama butter tuh pun kadang2 boleh mempengaruhi rasa kek batik tu kan... selain dari buttercup, brand apa lagi yg elok?
May 18, 2012 at 9:52 AM
tak pasti. cuba try test.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.