Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, September 03, 2010


_Ucapan raya sudah bermula.

Selamat hari raya... selamat hari raya.

Syawal 1431H

Ehem... ehem.

Bilakah anda mula bercuti raya?
Berapa lama pula anda memohon cuti raya?
Saya... Rabu hadapan baru pulang ke Kluang, insyaAllah.

Pulang ke Kuala Lumpur kemungkinan besar hari Isnin berikutnya. Tengoklah. Kalau malas nak balik ke Kuala Lumpur... duduk sahaja sehingga puas. Boleh mengejar angsa, itik dan ayam lagi. Kah kah kah. Tahun ini dengar khabar orang-orang tua di kampung semua sudah kurang kerajinan mahu merebus ketupat. Sedih.

Kerana....

Ini memang perkara yang paling menyedihkan buat saya. Ini kerana saya adalah seorang penganyam tegar ketupat nasi dan ketupat palas. Burasak pula sudah dua tahun rasanya tidak buat. Bekalan daun pisang muda sudah tiada. Jadinya terpaksa memesan dari saudara di Benut sana. Haih, makin tidak berseri acara memasak tahun ini.

Tidak mengapalah.

Jika anda memerlukan khidmat menganyam daun ketupat, call me~~

Eh... eh gediknya si Huzaimatus ini.

Baiklah.

Saya rasa ini entri terakhir sebelum Syawal menjelma. Jadinya, sepuluh jari yang alhamdulillah sempurna ini saya hulurkan kepada anda sebagai tanda memohon maaf di atas segala kesalahan, keterlanjuran kata, terpukul, terkeluarkan ayat keji dan sebagainya samada disengajakan atau memang tidak disengajakan. Saya harap saya tidak membawa pengaruh buruk di dalam kehidupan anda ya.

Ah, ya.

Saya berharap juga agar saya tidak akan dapat duit raya lagi pada tahun ini. Malulah. Sudah besar seperti gajah masih boleh dapat duit raya lagi.

Ah, ya lagi satu.

Jika anda mahu beraya ke rumah saya nanti, call me~~

Ya Allah, gediknya si Huzaimatus ini.

Baiklah... baiklah.
Saya akhiri ucapan dengan pantun di bawah.

Pecah kaca,
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap balas.

Maaf zahir batin ek_

Kategori:

8 Responses to "10 Jari Sempena Aidilfitri 1431H"

ymn said :
September 3, 2010 at 2:53 PM
slmt hari raya.aidlifitri.semoga ceria selalu.
pu3sakura said :
September 3, 2010 at 4:16 PM
salam aidilfitri...dan selamat bercuti ....berhati-hati di jalan raya ye...
Nooreena said :
September 3, 2010 at 5:54 PM
Salam Famia.

Saya mula bercuti Khamis depan. Isnin mula kerja semula. Semua orang gembira balik kampung. Saya pula rasa biasa-biasa saja. Sebabnya tahun ini beraya di bandar! Tak best!! -_-"
September 3, 2010 at 9:17 PM
selamat hari raya, gua maafkan segala dosa-dosa lu pada gua...

memenuhkan soalan di formspring contohnya, keh keh keh
nananye said :
September 4, 2010 at 8:20 AM
fami.. nanti bleh la ye, dtg umah? ok.. insya allah.
famia said :
September 6, 2010 at 10:36 AM
yaman: ya. sama dengan.

pu3sakura: ya. sama dengan ek. selamat hari raya juga.

noreena: waalaikumsalam wbt. Oo yeke. Hehe. Selamat bercuti dan selamat hari raya.

deus: hehe. macam budak2 lu ni. lain kali gua tak tanya soalan dah. kesian culture shock :p

nana: nak datang umah aku? boleh. sila je. roger dulu ek. aku tak buat open house dah. tapi pintu sentiasa je terbukak kalau ada yang nak datang makan kuih raya. hehe.
Ezad said :
September 10, 2010 at 8:56 PM
oh.. ada buat bisnes anyam daun ketupat ke?

order seratus, boleh??

:)
Anonymous said :
September 13, 2010 at 8:40 PM
bopibjugljpuuabcjtle, justin bieber baby, jruppuj.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.