Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, August 06, 2010


_Tahukah anda?

-_-"

Belum diajukan soalan, pastilah tidak tahu bukan.

Patut disekeh sahaja Huzaimatus ini.

Eh... eh, awak janganlah garang sangat.
Bulan Ramadhan sudah dekat ini.
Bermaaf-maafan ya.

Ulang soalan.

Tahukah anda apakah yang paling ringan di dalam dunia ini?

Apa?
Oksigen?
Oksigen berjisimlah.

Apa?
Kapas?
Berat itu.

Apa?
Amoeba? Protozoa? Planaria?
Apa kau fikir mikroorganisma tidak berjisim ke?

Alahai.

Tahukah anda apakah yang paling ringan di dalam dunia ini?

Tepat sekali.
Meringankan solat.
Kan? Kan? Kan? Kan? Kan?

Dan sesungguhnya di antara perkara yang terasa susah untuk dijaga adalah menjaga solat. Tahukah anda menjaga solat bukan sahaja menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Sebaliknya, sentiasa menunaikan solat di awal waktu. Dan percayalah, untuk bersolat di awal waktu bukan kerja mudah. Bukan kerja mudah. Bukan kerja mudahhhhhhhh.... (sambil melaungkan suara ke serata alam)

Bagai nak gila jugalah bertarung dengan hawa nafsu ini.
Semata-mata untuk menjaga tiang iman yang satu ini.
Bukan kerja mudah... bukan kerja mudah.

Dan sehingga sekarang aku masih bertarung separuh nak mati melawan hawa nafsu untuk menunaikan solat di awal waktu. Bukan kerja mudah woh. Untuk jaga tiang iman yang satu ini, kalau terlambat nanti 'simen' habis, 'batu-bata' habis, 'tangga' nak panjat pun tiada dan... ah, macam-macam lagilah akibatnya kalau terlambat pendek katanya.

Dan setiap tahun, bila perbaharui azam kononnya, pasti terselit juga bab menjaga solat ini. Bukan kerja mudah. Tetapi, hendak seribu daya bukan. Kalau belum seribu, jangan diputuskan asa itu. Hah, tahukah anda apa itu asa? Mengikut Kamus Besar Utusan, asa bermaksud hasrat atau kehendak atau harapan. Makna lainnya juga adalah pendapat, sangka atau sengaja.

Ah, biasalah.

Sekali sekala perlu diselit unsur-unsur nahu bahasa dan pengertian perkataan. Sambil menyelam perlu minum air. Barulah badan akan terhindar dari dehidrasi. Ah, ya. Ini kita selitkan pula unsur pendidikan jasmani dan kesihatan ya adik-adik. Baiklah. Cukup sahaja selingan sampai sini. Meroyan pula nanti adik-adik di sana.

Perihal menjaga solat.

Sewaktu darjah lima di Sekolah Kebangsaan Taman Muda, Ampang dahulu kala, ada seorang ustazah yang bernama Zaleha. Comel. Orangnya agak renek dan berkaca mata. Dalam banyak-banyak ilmu pendidikan Islam yang beliau ajarkan di samping sentiasa membebel menyuruh kami itu dan ini, satu sahaja yang kuat terbenam dalam serebrum kepala ini.

Pesannya, bersolatlah di awal waktu. Dan salah satu cara yang beliau ajarkan adalah untuk menjaga solat Isyak di mana beliau akan menunaikan solat sebelum jam 10 malam. Waktu di mana... sebelum beliau beristirehat di hadapan televisyen. Beliau berpesan untuk membuat jadual waktu sebagai teknik pertama untuk menjaga solat. Aku rasa memang betul dah teknik beliau itu.

Contohnya.

Macam aku yang suka tengok KBS World Channel 303 tepat jam 9 malam setiap malam. Lepas habis Korean drama yang ini, Korean Drama lain pula bermula pada jam 10.10 malam. Dan kalau itu hari Rabu dan Khamis, selepas jam 11.30 malam ada Korean TV Show Star Golden Bell Challenge dan Happy Together. Dan selepas itu, boleh layan Youtube pula mencari Korean TV Show lain atau video klip artis Korea. Menangis betul dengan kehidupan yang lagha ini T______T

Fuh.

Dengan memori kepala yang tidak begitu kuat ini, alhamdulillah pesanan beliau masih tersimpan rapi sebagai artifak di dalam kepala ini. Dan bagai nak gila jugalah aku mencuba untuk menjaga solat. Dan jujurnya, masih banyak tergelincir dalam menjaga solat ini. Bukan masih banyak... sebaliknya sentiasa tergelincir. Geram betul dengan hawa nafsu sendiri dan bisikan satan ini. Ah, satan juga disalahkan. Ke mana lagi mahu ditumpahkan kegeraman jika tidak ke satan kan.

Tetapi, tidak apa.

Perlahan-perlahan kayuh.
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Dan kemudiannya berusaha untuk cuba beristiqamah.

Dan aku rasa.
Adalah satu keperluan besar untuk buat jadual menjaga solat.
Alah, macam sekolah rendahlah... kan kita ada jadual waktu kelas.

Sama dengan.

Dan yang paling penting.
Sebelum memulakan apa-apa urusan, ikat hawa nafsu itu dahulu.
Dan kemudiannya selepas laungan azan, terus laju-laju capai sejadah.

Er, itu kalau iman mantap gilalah.

Aku belum sampai tahap itu.
Jauh lagi ini.
-_-"

Akhirnya sebab tertekan nak menjaga solat, aku buat jadual.
Yang mana sampai sekarang pun bagai nak gila aku cuba ikut... ikut.
Bukan kerja mudah... bukan kerja mudah... bukan kerja mudah... bukan mudah.

Fasa Pertama

1. Solat Zuhur - sebelum jam 3.00 petang
2. Solat Asar - sebelum jam 6.00 petang
3. Solat Maghrib - sebelum jam 8.00 malam
4. Solat Isyak - sebelum jam 10.00 malam
5. Solat Subuh - sebelum jam 7.00 pagi

Bila dah boleh ikut, bila iman sudah terasa tinggi sedikit... ubah sikit jadual.
Istiqamah... istiqamah.

Fasa Kedua

1. Solat Zuhur - sebelum jam 2.00 petang
2. Solat Asar - sebelum jam 5.00 petang
3. Solat Maghrib - sebelum jam 7.45 malam
4. Solat Isyak - sebelum jam 9.00 malam
5. Solat Subuh - sebelum jam 6.30 pagi

Bila dah boleh ikut, bila iman sudah terasa tinggi sedikit... ubah lagi.
Istiqamah... istiqamah.

Fasa Ketiga

1. Solat Zuhur - 10 saat selepas azan
2. Solat Asar - 10 saat selepas azan
3. Solat Maghrib - 10 saat selepas azan
4. Solat Isyak - 10 saat selepas azan
5. Solat Subuh - 10 saat selepas azan

Istiqamah... istiqamah.

Lama-lama insyaAllah boleh punya. Dan bagai nak gila, aku masih di fasa kedua dan biasanya terjelepuk di fasa pertama. Bukan kerja mudah untuk jaga tiang iman yang satu ini. Bagai nak gila juga berusaha untuk cuba. Tidak apa. Bergila-gila dahulu, berwaras-waras kemudian.

Berus... sahalah.

Hah.

Semoga anda semua sentiasa dalam peliharaanNya dan sentiasa memelihara tiang iman yang satu itu. Ingat. Bergila-gila dahulu, berwaras-waras kemudian. Dan jika aku selalu tergelincir dan tersasar menegakkan tiang iman yang satu itu, mohon tegur dan ingatkan selalu.

Sesungguhnya.

Aku memang selalu kalah di tangan hawa nafsu yang tidak bertangan ini_

Kategori:

3 Responses to "Tiang Yang Tidak Bertiang"

August 9, 2010 at 3:59 PM
Info yang sangat berguna! Sebab diri sendiri pun selalu macam tu. Hee.

Yang penting kena Istiqamah.

Anyway, selamat menyambut bulan Ramadhan!

Ajaja faiting! ^_^
nananye said :
August 9, 2010 at 7:44 PM
ok, tengs ye fami bagi tips gini.
famia said :
August 9, 2010 at 8:14 PM
nurhuda husna: selamat menyambut Ramadhan kembali :)

nana: sama dengan. tengs juga.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.