Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, August 16, 2010


_Pernahkah anda terjumpa buku ini?

Cik, tajuknya mana?

Oh, maaf.
Terlupa pula saya.
Ingatkan anda serba tahu.

Tajuk buku itu, 'Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps'.

Kalau pernah terbaca... pinjamkan saya boleh?

Merata-rata cari di kedai BookExcess, tiada pula. Maklumlah, kalau beli di Kinokuniya itu harganya macam boleh dapat berpuluh-puluh komik Jepun terjemahan ke Bahasa Melayu keluaran Gempak Starz. Jadinya, lebih baik beli buku secara murah di kedai BookExcess kan. Kata, 'Buy More For Less' kan. Tetapi, kalau tiada pun apa ada hal. Tidak mengapa. Itu bukan isunya.

Isunya adalah ini.

Kenapa perempuan tidak pandai membaca peta?

Oh, ya sebelum itu.
Aku tahu bukan semua buta peta.
Tetapi golongan yang buta peta itu salah seorangnya aku.

Ya ALLAH hai.

Aku rasa aku memang dilahirkan semulajadi mempunyai kurang deria mengesan arah. Atau lebih tepat lagi, hilang terus deria mengesan arah. Tetapi, alhamdulilah deria mengesan arah petunjuk dan cahayaNya masih lagi terbuka. Semoga masih dikasihaniNya. Semoga masih diberi petunjuk dan hidayahNya. Sangat ngeri kalau kekurangan deria yang itu. Ngeri... ngeri.

Ah, berbalik kepada isu peta.

Aku memang tidak tahu baca peta.
Dah pernah cuba berkali-kali membacanya.
Tetapi, memang tetap kecundang dengan deria sendiri.

Kompas?

Hm... belum pernah cuba lagi. Tetapi, aku rasa kompas pasti lagi senang. Sebab ada empat arah petunjuk sahaja. Utara, Selatan, Timur dan Barat. Agaknyalah. Belum pernah tengok rupa kompas yang sebenarnya. Selalu yang aku tengok itu cumalah kompas yang melekat di atas sejadah. Tetapi memang belum pernah sesat lagilah kalau tengok kompas di atas sejadah itu. Er, entahlah maksud di sebalik ayat itu. Kita abaikan sahaja ok.

Ah, berbalik kepada isu peta tadi.

Selasa lepas. Ke Putrajaya. Dari rumah. Lalu tol Sungai Besi dan terus ke Putrajaya. Memang terasa mudah. Sangat mudah seperti memetik jari saja. Cuba petik jari... cuba petik jari. Namun begitu, sifat ujub memang sentiasa membawa padah. Ujub itu bermaksud merasa kagum dengan kehebatan diri sendiri ya adik-adik. Jauhilah sifat ujub ini.

Dan ketika mencari jalan pulang, memang sampai ke sudah tidak jumpa. Letih berlegar-legar dalam Putrajaya itu. Dari situ masuk ke Maju Express Highway (MEX). Ingatkan sudah selamat disebabkan terjumpanya papan tanda Kuala Lumpur berwarna biru, rupanya memang hujan di petang hari. Masuk MEX, nampak South Klang Valley Express Highway (SKVE). Lepas itu, keluar pula papan tanda Kuala Lumpur berwarna hijau.

Aduhai.

Papan tanda Kuala Lumpur itu memang buat aku cuak setiap kali masuk mana-mana lebuhraya terutamanya lebuhraya di sekitar Putrajaya yang kadangkala lengang semacam padang jarak padang tekukur itu. Sekejap warna biru. Sekejap warna hijau. Aku rasa warna hijau itu PLUS. Warna biru itu boleh jumpa Lebuhraya Persekutuan. Entah. Teka saja.

Selepas masuk SKVE, keluar ke Putrajaya semula. Nampak IOI Resort punya papan tanda. Lepas itu aku jumpa balik papan tanda Kuala Lumpur biru. Aku ikut. Aku masuk SKVE balik. Keluar dari situ terus jumpa papan tanda IOI Resort. Tak guna. Tiga ke empat kali pusing-pusing dalam kawasan itu. Sampai pening nak menangis.

Siapa reka papan tanda Kuala Lumpur itu, hah!

Tolonglah reka banyak-banyak sikit untuk orang yang sudah mencapai tahap dungu tidak pandai lagi tidak cekap mengenalpasti arah pulang ini. Lepas itu, tolonglah letak petunjuk pada papan tanda Kuala Lumpur yang berwarna biru dan hijau itu. Masa ujian teori memandu dahulukala tiada pula diajar mengenal peta ini. Wajib masuk silibus ini. Mohon ambil perhatian ya pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kesudahannya aku nampak papan tanda Kajang dan Damansara.

Tanpa segan silu memang laju-laju aku ikut arah itu. Letih melayan MEX dan SKVE sampai setengah jam. Berpusing-pusing. Itu kalau tujuh kali pusing sudah boleh baca talbiyah 'LabaikAllah humma labaik' dah itu... 'Aku memenuhi panggilanMu ya Allah... aku memenuhi panggilanMu'. T____T

Akhirnya.

Setelah berputus asa dengan MEX dan SKVE, terus aku jumpa Lebuhraya Damansara Puchong (LDP). Dia punya rasa lega itu ibarat memakan gula-gula Hacks hitam ketika hujan turun dan penghawa dingin adalah pada suhu 19 darjah selsius. Sejuk. Nyaman. Dingin walaupun kepala terasa berasap. Sangat... sangat alhamdulilah.

Akhirnya pulanglah ke rumah dengan nyawa-nyawa ikan.

Pergiku ke Putrajaya dalam 40km, kembaliku ke rumah dalam 60km lebih-lebih. Jumlahnya seratus lebih kilometer. Tambah lagi sikit kilometer sudah boleh sampai Kluang. Aduhai. Mujur sedang berpuasa. Kalau tidak, sudah lama stereng kereta itu digigit-gigit.

Itu baru cerita hari Selasa.

Khamisnya pula aku ke Shah Alam mencari seksyen 23. Pertama kali mengikut peta di Google Map. Pusing punya pusing punya pusing sampai terlajak ke Padang Jawa seterusnya berpatah balik dan terlajak ke Subang Heitech. Subang Heitech ke Kampung Subang entah. Menangis betul. Di antara seksyen 19, 20 dan 24 semuanya ada papan tanda. Seksyen 21 dan 22 pun ada. Tetapi seksyen 23 hilang entah ke mana. Separuh mati mencari. Sejam sesat di Shah Alam bermain-main bulatan. Sudahlah Shah Alam kaya dengan bulatannya. Menangis betul.

Sebenarnya saya memang tidak pandai baca peta.

Tahukah anda contoh peta yang saya fahami?
Contohnya adalah seperti di bawah.
Mari saksikan sama-sama.

1. Jalan sampai lampu trafik pertama.
2. Nampak selekoh ke kiri dan belok.
3. Ada papan tanda Wangsa Melawati.
4. Ada kedai-kedai berhampirannya.
5. Belok ke kanan sehingga jumpa sekolah agama.
6. Ya, di situlah lokasinya.

Faham?

Ya. Peta adalah dikecualikan dari konsep visualisasi saya. Walaupun gambar-gambar visual adalah lebih mudah terpahat di dalam kepala, namun tidak bagi peta. Mereka adalah terkecuali. Jadi, mohon beritahu saya bagaimana cara termudah membaca peta kerana kejadian begini bukan sekali. Malah, wajib berkali-kali dan tidak pernah tidak terjadi. Sentiasa sesat jalan.

Dan lagi satu.

Selain Kajang, Puchong, Klang dan Shah Alam, Putrajaya/Cyberjaya adalah termasuk dalam kawasan-kawasan gelap yang dilarang pemandangan visual saya. Itu semua laluan yang bakal tidak dijumpai jalan pulangnya. Dan minta maaf, cadangan seperti membeli GPS bersuara adalah tidak berguna kepada saya kerana masih lagi terdapat bacaan peta di dalamnya. Sungguh tidak berguna Huzaimatus ini. Bukankah bagus jika peta dilukis seperti peta minda. Senang sedikit aku nak memahamkannya.

Aduhai.

Letih betul dengan diri sendiri_

Kategori:

13 Responses to "Kisah Ramadhan 1431H Bahagian 1"

nickmenza said :
August 16, 2010 at 1:41 PM
Allen Pease yang tulis buku tu kalau tak silap. Saya ada 'jumpa' dengan dia waktu National Achievers Congress 2003.

Memang banyak perbezaan lelaki dan perempuan.
lt col dop mustang said :
August 16, 2010 at 1:46 PM
beli gps la huzaimatus
cacah said :
August 16, 2010 at 3:44 PM
fami, kalau ke putrajaya, dan agak2 sesat, kol aku okay, lain kali?

aku kalau ada peta, insyaAllah jumpa. tapi aku suka juga orang bagi direction macam yang kau tulis tu. sms lagi bagus. satu-satu...kan?

kajang, alhamdulillah aku dah boleh faham. shah alam, aku rasa aku tak pernah boleh dengannya. hehe.

good luck fami. sesat atas dunia takpe lagi. kan.
famia said :
August 16, 2010 at 4:03 PM
nickmenza: best tak buku tu?

Dope: Kalau GPS itu berguna (untuk aku), dah lama aku beli. Hehe.

cacah: haahlah. U kan Putrajaya. Lupa. Punyalah menggelupur ayam I tak jumpa jalan keluar. Menangis betul huhu. Fobia sebenarnya kalau kena pergi Putrajaya tu. Tapi kalau pergi insyaAllah ok kot. Cuma nak baliknya tu memang belum pasti sampai ke tidak. T____T
buttet said :
August 16, 2010 at 4:29 PM
hahahha sungguh ku tak sangka Huzai...aku tak tau plak...cara aku membaca peta akan aku cuba ingat landmarknya dan kawasan sekitarnya ...itu aja

mudah bukan wkakakaa
nananye said :
August 16, 2010 at 6:31 PM
kau sorang ke fami?

err..kalau bawak teman, sama2 buta peta, lagi parah...contohnya mcm kau bawak aku dulu...
hihihi.
Destinasiku said :
August 16, 2010 at 10:11 PM
wahai huzaima, igt slalu kata2 ini "malu bertanya sesat jln"
sesat jalan tu lah peta asli lagi original. faham ke? :)
Destinasiku said :
August 16, 2010 at 10:11 PM
wahai huzaima, igt slalu kata2 ini "malu bertanya sesat jln"
sesat jalan tu lah peta asli lagi original. faham ke? :)
shahsulong said :
August 17, 2010 at 9:25 AM
famia, maafkan ida kerana tertawa.. adoi. lenkali call sahabatmu ini ya. senang direct jln kat putrajaya balik kl :)
famia said :
August 17, 2010 at 10:08 AM
butet: ahkahkas. baru tau ke. Oo landmark. Haah aku pun ingat macam tu jugak. Tapi tak selalulah berkesan :p

nana: of kos. ahkahkas. tapi kalo aku bawak kawan... mana2 kawan pun... tak ramailah yang tau jalan dan tau baca peta. ahkahkahkas.

destinasi: hehe. tak berapa nak faham. tapi takpe. hehe. selamat berpuasa (er, kalau boleh panggil huzai/huzaimatus/famia lagi best kot :p ... nama selain dari tu agak tak berapa er nak menyahut sebab hanya mak ayah saje boleh panggel macam tu. maap ek)

Ida: hehe. takpe. dah biasa kena gelak. Baik. Nanti lainkali kalau sampai Putarjaya memang ecah kay orang terbaik nak ditanya. Putarjayeeee.
Ezad said :
August 17, 2010 at 11:08 PM
tak pe..tak pe..

boleh cuba lagi..

kalau dah tgk map google tu, cuba2 la lukis sendiri map tu pulak..

kalau lukis sendiri, lagi faham kot..

aku la.. perempuan aku tak tau.. keke
famia said :
August 21, 2010 at 12:22 AM
ezad: hahaha. ko kena tanya kawan2 aku apa jadik kalo aku lukis map. hahahahaha. dah penah lukis pun.
nuaeman said :
August 24, 2010 at 11:23 AM
Buku tu saya beli sewaktu di Indonesia.. agak murah berbanding jika beli di sini..

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.