Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Saturday, August 21, 2010


_Hah.

Tajuk seperti nama sejenis influenza pula. Pedulikan... pedulikan.

Akhirnya.

Usia di dunia.
Semakin berjauhan.
Semakin berkurangan.

Ucapan untuk diri sendiri, peram sendiri di dalam hati.

Dan macam biasa, sepasang batu nisan sudah terbayang lagi. Entah bila namaku bakal gugur untuk dijemputNya. Yang penting, mati itu pasti untuk dunia. Dan hidup yang kekal diteruskan di akhirat sana. Namun. Apa jenis tanah dan di mana terletaknya tanah itu semua ketentuan Allah.

Dan juga macam biasa....

Sudilah kiranya hulurkan doa semoga bahagia dunia akhirat untuk saya, ya. Itu adalah hadiah yang paling ddaebak! Memang ddaebak. Sangat ddaebak. Apa-apa pun tidak mahu. Sepotong doa saja sudah cukup untukku. Tetapi, kalau sudi bagi doa yang berpotong-potong lagilah sungguh bagus. I'm a simple but a very complicated person. Kah kah kah. Ayat memang sentiasa mahu mengelirukan Homo Sapiens sejagat. Maaflah. Saya memang sengaja.

Oh, ddaebak ek?
Maksudnya... terbaik.
Sebutan huruf 'D' sebagai 'T' ya.

Baiklah.

Ini koleksi entri 21 Ogos dari tahun 2006 sehingga 2009. Aku pun tidak pasti berapa lama entri-entri itu bertahan dalam simpanan. Baca sajalah kalau punya keinginan. Ah, satu lagi. Sepuluh jari dihulur siap-siap ya. Sesungguhnya, nahu bahasa aku suatu ketika dahulu memang sangat... sangat cacat dan sumbing. Macam tulisan orang kurang upaya saja. Maaf. Walaupun maaf itu tidak berguna, tetapi maafkan sajalah senang cerita.

21 Ogos 2009

21 Ogos 2008

21 Ogos 2008 (hacked by Dani)

21 Ogos 2007

21 Ogos 2006
(Mohon skroll bawah-bawah sedikit)

Tamat tahu.

Baiklah... baiklah.

Itu sahaja ucapan tidak berapa berunsur ucapan untuk tahun 2010 yang entah kenapa terasa gila laju menginjak ke B12 ini_

Kategori:

11 Responses to "H21 B8"

nananye said :
August 21, 2010 at 12:29 AM
29 yo!
tapi kenapa mcm 19 je baru?

happy birthday!
Dani neh said :
August 21, 2010 at 1:19 AM
aaaaaaaa.. semakin lama aku semakin tak faham entry ko xai.. apakah kita semakin jauh (script Sembilu, Erra & Awie)

eniweeeeeeei..
Hepi berfdeeeeeeeey..

aku tunggu pkol 12... tapi aku terperasan yang aku terlajak pkol 1..

dan ko suda tidur..

hoho... sori xaaai
rain ahmad said :
August 21, 2010 at 5:56 AM
Selamat hari kewujudan ke dunia. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan dipermudahkan segala urusan.

Ddaebak!! :)
August 21, 2010 at 6:44 PM
Tukar link, link sudah dipasang dengan nama Al-Kisahnya ^^
famia said :
August 21, 2010 at 8:14 PM
nananya: ahkahkahkahakahks. eceh ceh ceh... ayat tak boleh blah ni. macam 19 je kau kata? ahakhakhaks. aduhai.

dani: haah aku dah tertidur. sorry ek. hehe. tengs banyak2 Dani :p

rain: hehe. Komawayo ne.

Komgue: salam untuk orang seberang :) (eh, benarkah anda dari seberang)
August 24, 2010 at 4:53 AM
Salam

Saya menyukai bahasa anda and amat menyokong usaha anda memartabatkan bahasa ibunda kita. Saya cadangkan anda padamkan sahaja komen yang menggunakan bahasa SMS.

Terima kasih. Ini hanya satu cadangan.
shahsulong said :
August 24, 2010 at 1:19 PM
famia,

happy belated birthday.. saya cuba nak memBMkan ucapan, tapi the most appropriate words tak sudi menjengah ke jemala otak.

takpe la ek.. saya ikhlas mendoakan semoga impian Famia tercapai dan Famia sekeluarga dalam lindungan Allah sentiasa. Amin~

(jangan padam komen saya ni tau, walaupun tak sempurna, hihi)
famia said :
August 24, 2010 at 8:26 PM
Ayus: Waalaikumsalam wbt. Terima kasih ya menyinggah ke blog tak berfaedah ni. Er, padam terus itu agak ganas juga. Hehe. Tak apalah. Perlahan-lahan kayuh. Tak boleh nak paksa semua orang. Yang penting diri sendiri yang kena cuba tunjukkan contoh yang sopan sikit kot walaupun taklah sopan mana. hihi

Ida: Hehe. Terima kasih ek Ida. Semoga Allah berkati Ida sekeluarga.
Fakeh said :
August 28, 2010 at 3:19 PM
Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA
August 29, 2010 at 10:48 AM
Baiklah baca doa untuk kamu
famia said :
August 30, 2010 at 10:43 PM
fakeh: haih -_-"

FM: baiklah. Semoga anda dirahmati Allah selalu.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.