Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, August 05, 2010


_Boleh juga kalau mahu membeli selambak.

Tetapi biasanya orang beli sekotak.

???

Ini bukan cerita perihal buah kurma untuk bulan Ramadhan yang sudah sampai terperuk di tepi pintu menunggu namanya dipanggil minggu hadapan. Ini cerita... paku tekan. Sesungguhnya paku tekan ini ada kaitan rapat dengan bulan Ramadhan. Seperti saudara yang berbau bacang.

Eh, anda pernah merasa buah bacang?

Tahukah anda bagaimana rupa dan rasanya? Apa? Tidak tahu? Apa yang anda tahu, hah? Useless betul. Tidak mengapa, nanti jemput singgah ke Kluang ya. Aku kenalkan. Itu pun kalau buah bacang sudi. Biasanya buah bacang malas mahu melayan orang yang tidak dikenali. Ya. Kedengaran seperti perangai yang sama bukan. Kera sumbang. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Baiklah.

Boleh juga kalau mahu membeli selambak.
Tetapi biasanya orang beli sekotak.
???

Sabar. Kau kena faham gaya aku menulis memang begini. Kalau sebulan sudah tidak menulis, lagi 'astaghfirullahalazim' hasil tulisannya. Semoga kau tidak terpengaruhlah ya. Hidup jangan terlalu mudah dipengaruhi. Nanti orang kata kau tiada pendirian hidup. Eh... eh pandainya mengata orang si Huzaimatus ini.

Baiklah.

Pertama kali kenal si paku tekan ini sewaktu di sekolah rendah. Maklumlah, zaman itu stapler belum digunakan secara berleluasa. Mereka yang berstatus cikgu sahaja yang kerap bersama dengan stapler. Kehidupan mereka dihujani dengan kertas-kertas murid-murid sekolah. Murid-murid sekolah pula... kehidupannya paku tekan sahajalah. Kita lekatkan paku tekan ke atas papan putih di belakang kelas.

Sesungguhnya paku tekan juga mengalami proses matang yang sama seperti manusia. Bila menginjak dewasa sedikit, kita letakkan pula paku tekan di dalam kasut kawan-kawan. Bila mereka terjerit sambil memaki sumpah seranah, kita gelak ramai-ramai. Kah kah kah.

Demi Allah, aku tidak pernah buat macam itu.

Berdosa itu. Jangan buat ya kawan-kawan. Yakuza pun tidak pakai taktik keji sebegitu rupa. Oh, ya. Sekiranya anda mahu bersumpah, elakkan daripada menggunakan perkataan, "Sumpah, aku tak buat." Sebaliknya gunalah, "Demi Allah, aku tak buat." Tidak elok bersumpah-sumpah begitu. Sebutlah 'Demi Allah' adalah lebih bagus. Sudah lupa terbaca di mana. Faham-faham sahajalah masalah memori ini kan.

Ah, ya.
Si paku tekan.
Kisahnya bersambung.

...
...
...

Alahai.

Kejap, tadi macam ingat mahu menulis apa.

...
...
...

Tsk.

Begini... begini. Sebenarnya pagi tadi Dani mengantuk. Jadinya, di Google Talk, beliau mengirimkan cabaran buat kami berdua. Tulis apa sahaja dalam masa satu jam setengah (bermula dari jam 10.30 pagi tadi) dan siarkan entri tepat jam 12 tengahari. Dan yang menjadi mangsa cabaran kami, tidak lain tidak bukan adalah si paku tekan. Kasihan, menjadi kambing hitam.

Jadinya.

Fahamkah anda situasi di sini?

Apa? Tidak faham? Ya Allah, kejinya anda. Ini tiada belas kasihan namanya. Tidak mengapalah. Alang-alang berbaju, biar lengkap menutup seluruh badan. Peribahasa apakah ini. Tidak mengapa. Pihak DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) tidak akan menyaman saya.

Baiklah.
Kita letak penutup sahajalah terus.
Kah kah kah... ini menyerah kalah peringkat awal.

Kaitan paku tekan dan bulan Ramadhan adalah begini, ya adik-adik. Sewaktu bulan Ramadhan nanti, kurangkan mengeluarkan kata-kata yang boleh menikam orang-orang di sekeliling. Ketahuilah anda, sesungguhnya setiap kata-kata yang terkeluar daripada lidah itu mengandungi sebiji paku tekan. Sudahlah lidah itu ibarat pedang tajam. Kata-kata pula keluar bersama paku tekan yang tidak terkira banyaknya. Ganas bukan?

Filem Predator yang melawan Alien itu pun tidak sekejam ini. Di sebalik wajah Predator yang kacak tidak berapa kacak itu cuma tersembunyi mulutnya yang berbentuk sesungut. Comel seperti mentadak mentadu. Barangkali kemudian nanti kita boleh tanya mulut Predator itu bagaimana Alien tidur.

Makanya.

Jika telah tercacak di badan orang dan terluka badannya akibat kata-kata yang kita keluarkan, percayalah kata-kata maaf itu tiada gunanya sudah. Berparut luka itu. Kalau maaf berguna, hendak polis buat apa. Memang useless. Mungkin FRU sahaja yang berguna agaknya.

Tetapi kan.

Seeloknya bukan sewaktu bulan Ramadhan sahaja. Dalam bulan-bulan Islam yang lain pun, kalau boleh jagalah pertuturan dan kata-kata yang dikeluarkan. Keluarkanlah kata-kata yang baik dan manis didengar. Kata-kata yang jika didengar... perasaannya ibarat, "Hai, manis dan lembutnya. Sejuk perut ibu yang mengandungkannya." Kalau tidak mampu, diam adalah jalan yang terbaik atau pun berjalanlah secara menunduk. Sesungguhnya, menunduk ke bumi bukan erti kau menyerah kalah ya. Tebarkanlah ayat itu seluruh jiwa sebagai air conditioner.

Paling tidak pun, tulis atas kertas. Atau pun, keluarkan kata-kata yang mengandungi berjuta paku tekan sambil memandang ke lantai. Sekurang-kurangnya tiada mangsa yang disakiti. Kalau mahu tahu sakit atau tidak terkena tikaman paku tekan, kau baca bismillah dan cuba benam sebiji paku tekan di jari kelinking.

Ah, lagi satu.

Kurangkan pengaruh paku tekan di dalam kehidupan seharian anda. Elakkan daripada suka menyusahkan hidup orang lain. Kurangkan memberi tekanan terhadap Homo Sapiens sejagat. Jika dan hanya jika... anda mahu dikasihi oleh seluruh Homo Sapiens di muka bumi inilah. Ah, termasuklah dikasihi Allah SWT sekali.

Baiklah Dani.

Aku boleh tulis merapu gila nak mati sampai sini sahaja. Ahakahakhaks. Ya, kawan-kawan tidak perlu bermata hijau. Inilah contoh persahabatan melebihi sepuluh tahun. Aku adalah paku tekan Dani. Dan Dani juga adalah paku tekan aku. Kami sama-sama menekan di antara satu sama lain. Kah kah kah. Aku pun tidak faham maksud ayat itu.

Ok.

Macam biasa.

Sekiranya, anda tidak faham dengan tulisan saya, jangan segan silu untuk tekan tanda pangkah di hujung pelayar (browser) anda ya.

Lalalala (ini lagu tema paku tekan)_

Kategori: ,

8 Responses to "Cabaran Entri Rawak JeMia [1] PAKU TEKAN"

Dani neh said :
August 5, 2010 at 12:00 PM
Ahahahah...

tak tahu aku nak komen apa..
sangat erm...

METAFORIK

ahahah.. okeh.. nantikan cabaran selanjutnya dimasa-masa hadapan..
August 5, 2010 at 12:01 PM
Assalamualaikum tuan punya belog, Huzaimatus! ^_^

Suka baca susunan ayat kamu. Merato-rato but kelakar. Hehe.

Nak tanya, camne nak buat read more yg macam kamu punya ye? Yang keluar kat page yang sama.

K. Trimas~
famia said :
August 5, 2010 at 12:26 PM
dani: ahkakahaks. metaforik. linkinpark betol ko ni.

siti nurhuda: waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. panjangnya nama. sedap. hehe. ok kalau awak nak tengok tutorial Read Me tu boleh lawat ke sini ye http://rubbertapperz.blogspot.com/2009/08/untuk-sahabat-bloggers-pengunjung-blog.html
ymn said :
August 5, 2010 at 1:21 PM
hahahahaha
yAtie -sB- said :
August 5, 2010 at 2:52 PM
like this part~
"Hidup jangan terlalu mudah dipengaruhi. Nanti orang kata kau tiada pendirian hidup."
he he he
famia said :
August 5, 2010 at 3:04 PM
yaman: :)

yatie: er... tapi memang senang juga untuk terpengaruh sebenarnya :p
nananye said :
August 9, 2010 at 7:54 PM
Jemia tu, ape kah?
famia said :
August 9, 2010 at 8:13 PM
jemia = jemputz + famia :)

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.