Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, July 05, 2010


_Tahun bila ek.

Mungkin Julai 2005 rasanya.

Kali pertama menulis blog. Banyak juga entri lama telah dihapuskan. Tutup. Buka baru. Tutup baru. Buka lama. Tutup lama. Tutup baru. Terasa sedikit senpai jugalah kan. Sudah lima tahun rupanya menulis blog. Beruntung kau blog ada tuan yang setia macam ini. Tidak terasa bosan langsung dengan kau ini kan blog. Huish, beruntung kau.

Astaghfirullahalazim.
Tidak malunya up diri sendiri.
Jangan tiru perangai ini ya adik-adik.

Tidak bagus.

Walau bagaimanapun.

Berblog memang lebih banyak mendatangkan kesusahan walau dalam apa gaya sekali pun. Side A or Side B. Dua-dua pun bakal mengundang keruh. Aku bukan jenis suka nak privatekan blog. If you want to make it private, why bother to write at the first place. Lagi satu, aku pun bukanlah big fan of 'Sharing is caring'.

Tetapi... andai kata suatu hari nanti bila anda ke sini dan tertulis "Page Cannot Be Displayed" ke kan... maaflah. Aku memang takkan bagi notis. Mungkin aku dah berhenti berkongsi barangkali. Mungkin sudah terputus silatulrahim kita barangkali. Mungkin aku betul-betul dah bertukar jadi Amoeba barangkali. Banyak lagi blog yang lebih hebat, bermanfaat dan menarik berbanding di sini. Hairan gila kenapa anda ke sini.

Ah, tak perlu hairan kenapa aku nak tahu. Perempuan memang hidup bertunjangkan 'KENAPA'. Segala perkara hal ehwal luar dan dalam pun mesti disediakan asbabnya. Jawapan tak logik pun tak apa asalkan diberitahu sebabnya. Perempuan memang pelik kan. Aku pun tak faham kenapa perempuan macam itu. Why do you like me? Why do you come here? Why do you eat that? Why did you do that? Why... why... why. Tell me why... (nyanyi lagu Backstreet Boys - I Want It That Way)

Apa-apa pun....

It's okay.
Don't bother.

Lepas tidur, bangun mesti dah lupa semua.

Semogalah weh_

Kategori:

8 Responses to "Entri Ulang Tahun Kononnya Ini"

shahsulong said :
July 6, 2010 at 1:12 PM
famia ni...

:)
Dani neh said :
July 6, 2010 at 6:49 PM
dah lama tak jadi pengkomen pertamaaa!!!
Dani neh said :
July 6, 2010 at 6:53 PM
eh tadi aku komen.. tapi counter masih 0..

kene epruv dulu da ke.. waah maju
famia said :
July 7, 2010 at 9:48 AM
Ida: hehe. drama queen kan.

dani: hoho. blogspot selsema kot. orang dah komen tapi tak nampak.
nananye said :
July 9, 2010 at 11:42 PM
uiiii fami. i minat BSB.
abu muaz said :
July 19, 2010 at 5:26 AM
Salam kenal.
Norasikin said :
July 20, 2010 at 2:16 PM
mcm tak suka org melawat blog ni je..
famia said :
July 27, 2010 at 10:49 PM
nana: zaman2 muda... hampir semua gadis minat BSB termasuk aku. Haha. KRU dan 4U2C jangan lupa.

abu Muaz: waalaikumsalam wbt. Terima kasih menyinggah ke blog tak berfaedah ini.

norasikin: hehe. Salam. Ya. Lebih kurang kot. Tak ada apa2 pun di sini.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.