Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, June 02, 2010


_Benar bukan.

Sesungguhnya yang paling sukar itu adalah beristiqamah.

Istiqamah bukan kerja mudah.
Perlu berterusan.
Berpanjangan.

Kadangkala kecundang juga. Sekejap buat sekejap tidak. Beristiqamah dalam menjaga solat juga teramatlah sukar. Memang bukan kerja mudah. Semalam iman pasang naik. Selepas azan Zuhur berkumandang sahaja, terus berdua-duaan denganNya. Hari ini pula iman pasang surut. Lagi setengah jam menghampiri solat Asar baru solat Zuhur ditunaikan. Tsk, wahai iman.

Benar bukan.

Istiqamah bukan kerja mudah.
Perlu berterusan.
Berpanjangan.

Sama juga dengan isu semasa.

Jangan minggu ini kita sibuk memulaukan McD, menukar avatar Facebook dengan warna hitam, memaki sumpah seranah mencarutkan Israhell Israel dan menadah 10 jari ke langit mendoakan keselamatan saudara-saudara Islam di sana tetapi minggu depan pula sibuk melaungkan FIFA World Cup 2010 dan terus melupakan isu Gaza dan saudara-saudara Islam di sana. Memang tidak berapa berguna betul perangai sebegitu rupa.

Benar bukan.

Istiqamah bukan kerja mudah.
Perlu berterusan.
Berpanjangan.

Menyorot kembali Gaza Strip Massacre suatu ketika dahulu, macam nak gila juga masing-masing memulaukan McDonald. Aku rasa waktu itu memang McDonald mengalami kerugian juga walaupun tidak banyak. Tetapi bila masuk saja musim bunga di kala isu Gaza mula menyepi, segala unsur pemulauan pun lenyap begitu saja. Ke mana entah hilangnya semangat berjihad itu. Seperti sudah ditiup angin.

Fiiuhh.... (bunyi meniup angin)

Benar bukan.

Istiqamah bukan kerja mudah.
Perlu berterusan.
Berpanjangan.

Demi Gaza dan rakyat Palestin, jika anda seorang activist... buatlah apa sahaja cara pun untuk membantu mereka. Tidak kisahlah secara langsung atau tidak langsung. Menyelitkan doa untuk mereka lima kali sehari pun sudah cukup bagus. Janji doa itu berterusan diselitkan. Janji segala jenis usaha itu sentiasa berterusan. Jangan pula minggu depan sibuk menyelitkan doa untuk pasukan bola Brazil atau Argentina untuk memenangi FIFA World Cup. Itu memang sangat berlipat ganda macam haram jugalah perangai.

Isu Gaza dan Palestin bukan seperti Iklim Monsun Tropika.

Benar bukan.

Istiqamah bukan kerja mudah.
Perlu berterusan.
Berpanjangan.

Dan.

Jika ada di antara mereka yang gigih cuba membantu Palestin dengan cara memulaukan apa-apa jenis produk yang berkait rapat dengan Israel, janganlah dipandang enteng dan direndah-rendahkan pula. Boleh tahan agak menyakitkan telinga saja dengar ayat-ayat tidak bermotivasi seperti, "Kau pulaukan pun bukannya ada efek pada ekonomi. Orang lain yang merana sebab tak ada kerja." Atau pun, "Hantar duit dan sumber makanan serta ubat-ubatan ke Palestin pun bukannya lepas. Disekat. Strategi tak bagus. Buang masa saja."

Memang betul.
Tapi sekurang-kurangnya ada inisiatif daripada tak ada langsung kan.

Pernah dengar tak kisah burung-burung yang cuba memadamkan api besar? Itu ibarat cubaan memadamkan api bersemarak yang menjilat sebuah kilang dengan sesudu air. Sesudu demi sesudu. Walaupun kedengaran dan kelihatan seperti tidak berguna atau membuang masa atau tidak memberi kesan, sekurang-kurangnya ada usaha untuk cuba menolong daripada tiada langsung bukan.

Apa-apa pun.
Berhentilah membuat kerja-kerja demotivate manusia lain.
Jika anda cuma senang berdoa saja untuk Palestin, teruskan.

Tetapi.

Jangan cuba demotivate orang lain. Jangan merendah-rendahkan usaha mereka. Jangan memperkecilkan usaha mereka. Maaflah, tetapi aku betul-betul menyampah dan sakit mata serta telinga setiap kali terdengar atau ternampak ayat-ayat yang tidak memberangsangkan yang berbau seperti perut ikan yang sudah satu jam disiang.

Usaha untuk Palestin belum sampai seribu daya ok_

Kategori:

3 Responses to "Monsun Gaza"

Anonymous said :
June 3, 2010 at 4:13 PM
apa yg Israel ade dan ape yg negara Islam tak de???
famia said :
June 11, 2010 at 12:26 AM
anda rasa?
Anonymous said :
August 3, 2010 at 11:25 PM
sikap

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.