Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, June 21, 2010


_Mungkin saya sudah sampai tahap matang.

Atau.

Mungkin sebenarnya sudah lama masak dan matang. Tetapi, baru hari ini tercelik mata dan mula mendapat kesedaran sivik. Walau bagaimanapun, saya sudah matang. Saya yakin saya sudah matang. Ha ha ha gembira... gembira. Memang beginilah agaknya perangai seorang yang telah matang. Walaupun sudah matang, ABC dan Choki Choki masih menjadi sebahagian daripada keperluan hidup.

-_-"

Kalau ikut takrifan aku kan....

Matang itu bermaksud mengambil serius hampir semua perkara dari dunia sehinggalah ke akhirat. Jadinya, walaupun masih ada sebatang lagi gigi bongsu yang langsung tidak nampak batang hidungnya dan tiga batang lagi yang tumbuh secara 'main-main', aku rasa aku sudah sedikit matang. Pada aku, mungkinlah kan tahap kematangan itu bergantung kepada bilangan gigi bongsu yang tumbuh mekar pada gusi. Tetapi alhamdulillah sebab telah ada gigi bongsu akhirnya.

Ya.
Ini adalah perkara yang sangat menggembirakan.
Terasa seperti air mata boleh merembes sebanyak lapan baldi.

Akhirnya, gigi bongsu sudah lahir!

T____T

Baiklah.
Cukup... cukup.
Kesat air mata dan air hidung.

Sebenarnya terdapat berjuta-juta benda asing sedang bermarathon di dalam kepala saya. Eh, tiba-tiba bertukar kata ganti nama kepada saya pula. Ah, pedulikan sahajalah. Yang penting cumalah benda-benda asing tersebut. Begitu bersemarak semangat mereka bermarathon di dalam kepala saya. Sungguh mendatangkan kegusaran dibuatnya.

Sekarang saya baru terfikir, mengapa saya bekerja ek?

Duit?
Kepuasan bekerja?
Pangkat dan status diri?

Atau... apa?

Saya rasa tujuan saya bekerja adalah kerana 'atau... apa?'. Saya rasa ini pertama kali saya terasa agak kosong dalam meletakkan tujuan melakukan sesuatu. Kebiasaannya, setiap yang saya kerjakan pasti ada tujuan walaupun tujuannya agak membuang masa. Itu tetap dikira sebagai tujuan juga.

Baik, mari kita buat imbasan sejarah.

Sewaktu bersekolah menengah, saya bercita-cita mahu menyambung pelajaran dalam bidang psikologi atau pun biomedic. Itu tujuan saya. Namun, disebabkan keputusan SPM yang berbau cikun dan sedikit masam, saya terpaksa menukar kepada tujuan lain. Lalu, Teknologi Maklumat adalah kursus pilihan selayaknya.

Sewaktu di UITM, saya tiada tujuan yang konkrit. Agak abstrak dan sukar dilihat tujuan itu. Ya, seperti amoeba. Dan selama empat tahun, saya cuma belajar dan belajar sahaja. Er, sebenarnya lebih banyak bermain-main berbanding belajar. Dan disebabkan itu, CGPA sentiasa terbang berwarna hitam dan tidak terbang berwarna-warni.

Sehinggalah suatu ketika.

Kelas malam pada semesta terakhir di PPP UITM. Seorang pensyarah luar mengajar kelas kami. Beliau bekerja di UMW. Waktu itu, saya sangkakan UMW itu tidak jauh beza dengan kilang kereta BMW dan Volkswagen. Tsk, sangkaan saya sangat meleset. Inilah akibatnya tidak mengambil tahu alam sekeliling. Dan malam itu, pensyarah saya telah membuatkan saya berfikir sehingga terlahirnya berbakul-bakul tujuan. Saya kagum dengan beliau dan semangatnya.

Semangat saya datang kembali.

Kursus Software Engineering Real Time di CASE UTM KL, saya pegang kuat. Kali ini saya kurang bermain-main. Ini memang pertama kali saya rasa seronok sungguh menuntut ilmu. Dan segalanya terasa mudah. Selepas hampir dua tahun bertarung membesarkan otak, tujuan demi tujuan lahir dengan begitu pesatnya. Saya terfikir selepas belajar, saya mahu mengambil kelas CISCO pula. Mahu pegang kuat CCNA. Yang mana, sampai sekarang pun masih belum habis. Tsk... apalah.

Tidak mengapalah.
Yang penting, 'tujuan' itu masih hidup berterusan.

Kerjaya di tempat pertama, agak samar dan kabur. Saya minat sesuatu yang abstrak. Kemahiran tidak berjalan seiring dengan kemahuan. Agak tersasar juga. Kadangkala stabil. Kadangkala terpelecok. Dan kemudian saya menukar kerja di tempat kedua (tempat kerja sekarang). Yang mana samar juga. Agak abstrak. Lama juga saya mencari arah kiblat. Petunjuk ke jalan yang sepatutnya. Dan akhirnya tergenggam erat juga kemahiran dan kemahuan itu. Berjalan juga mereka dalam landasan yang sama.

Dan sekarang.

Seperti dilanda tsunami, di sekeliling saya kelihatan serba abstrak. Semuanya tidak jelas. Dan landasan yang sama itu telah sedikit rosak dan bengkang-bengkok. Kini sudah tidak mampu diperbaiki. Tujuan terakhir yang tinggal cumalah untuk pencari arah yang baru. Oksigen semakin berkurangan di sini. Nekad dan tekad mahu mencari arah baru. Kemahiran ada. Namun, kemahuan tetap berkeras tidak mahu berjalan seiring dengan kemahiran. Tidak pasti apa yang saya cari.

Dan di saat ini.

Semakin banyak benda asing di dalam kepala. Masing-masing sibuk bermarathon tanpa mengambil endah penat dan lelah yang bakal datang. Dan saya pula, seperti kepala di Jordan dan hati di Korea.

Anda tidak faham bukan?

Haha.

Alhamdulillah_

Kategori:

7 Responses to "Matang Suam-suam Kuku"

June 21, 2010 at 1:56 PM
Saya belajar dalam bidang IT sebab saya tak tahu nk pilih apa masa isi borang pendaftaran.
Saya belajar bersungguh2 sehingga berjaya sebab tak sanggup tanggung malu apabila mendapat keputusan yang mengecewakan ibu bapa.
dan sekarang saya bekerja untuk menyara hutang kereta. haha!
Rain Ahmad said :
June 21, 2010 at 2:37 PM
Saya yang tengah study ni pun masih samar-samar lagi sebenarnya. Sebabnya tak tahu nak kerja apa nanti lepas habis study. Belajar saja IT. Aigo.. aigo~

Haa.. Sebenarnya profesional certificate itu untuk apekah ?
famia said :
June 21, 2010 at 2:44 PM
intoxicated: hehe. ya? semoga kamu beroleh kepuasan dalam bekerja.

rain: hehe. biasanya macam itulah. Macam amoeba lagi. Esok lusa baru nampak lampu suluh sikit :) Professional certificate itu macam extra skill untuk me'Laku'kan diri di pasaran. Kalau universiti anda ada menaja untuk kursus Cisco atau Microsoft, jangan lepaskan. Ambil saja dulu dan kasik score berwarna-warni. Kalau di luar gila mahal woh cert tu. Cisco lebih mahal. Dalam rm4k lebih. Kalau ITM, mereka ada tawarkan juga Cisco ni, separuh harga saja. Dalam rm2k lebih. Sejuk hati sikitlah nak bayar.
nana nye said :
June 21, 2010 at 10:25 PM
aku konkrit.
kau abstrak.

ok, itu kau yg cakap.
Azreena said :
June 23, 2010 at 3:34 PM
Akak...... =)
Ingat saye lagi?
Azreena said :
June 23, 2010 at 4:00 PM
alamak,salah blog.kak su sudah silap link,ma...
famia said :
June 23, 2010 at 5:58 PM
nana: hehe. segala kata2 aku tu... dengar boleh... percaya jangan :)

azreena: er, haha. kan dah salah. tak apa. apa2 pun terima kasih tersinggah ke blog tak berfaedah ni.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.