Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, June 10, 2010


_Ini sedikit percubaan encryption.

Ambil sebuah periuk.

Letakkan sedikit garam dan gula. Kemudiannya, simbahkan lima sudu besar kicap Kipas Udang. Letakkan air suam sebanyak lapan gelas dan perahkan limau kasturi. Kacau semua bahan tadi sehingga mencapai takat lebur. Setelah kering sehingga terhasilnya hablur-hablur garam dan gula, perahkan secawan air asam jawa ke dalam periuk tersebut. Tambahkan satu sudu kecil serbuk cili kering Babas dan dua sudu kecil serbuk kari. Kacau bahan-bahan tersebut sehingga kering.

Kemudiannya.

Jemur periuk tersebut di bawah sinaran cahaya matahari yang paling terik selama lapan hari sembilan malam berselang-seli dengan hujan lebat dan kilat yang sabung-menyabung. Angkat periuk tersebut setelah genapnya hari yang ke dua belas. Dan seterusnya, tanamkan hablur-hablur yang terdapat di dalam periuk tersebut dengan tanah Laterit.

Ya.
Itulah saya sekarang ini.
Walau bagaimana pun, masih ada orang yang lebih kasihan berbanding saya.

Bersyukur, Huzaimatus bersyukur.

Hm....

Sebenarnya terasa sangat susah jika semua perkara, jawapannya adalah 0. Angka 0 dan 1 biasanya digunakan dalam pengaturcaraan sebagai nilai Boolean. Nilai 0 bermaksud tidak. Manakala nilai 1 pula adalah ya. Jadi, jika semua perkara jawapannya adalah 0 memang sangat terasa menyusahkan. Tsk, macamana nak cakap ek (orang Johor memang suka letak 'ek' di hujung perkataan).

Itulah.
Bukan kerja mudah mahu jadi Huzaimatus Sa'adiah.
Sudahlah maksud nama sendiri pun tidak diketahui, meluahkan rasa pun susah.

Baiklah, cuba.

1. Melebihkan manusia yang tiada pertalian darah berbanding yang bertali darah. Ini adalah sangat 0. Ini adalah di antara salah satu perkara yang membencikan.

2. Dulu, 'single not available' adalah 1. Sekarang, 'single and available' adalah 1. Ya Allah, di manakah kesopanan dan kesusilaan si Huzaimatus ini? Tsk, kita buang laju-laju point nombor dua ini. Tetapi... ah, jangan banyak cakap. Buang sahaja laju-laju.

3. Sangat sukar menjaga hak manusia. Tetapi, lebih sukar lagi untuk menjaga hak sendiri. Ini adalah 1. Ini memang bukan kerja mudah. Ini juga adalah di antara salah satu perkara yang membencikan.

4. Menolak secara baik bukan kerja mudah. Sebenarnya, saya sedang cuba meletakkan 0 pada jawapan ini dan menghulur sepuluh jari meminta maaf. Walaupun maaf dan peluang kedua tidak berguna, namun tidak bagi saya. Sedangkan nabi pun sentiasa mengampunkan umat. Dan Allah juga sentiasa memberikan hambaNya peluang yang infiniti, inikan pula kita manusia hina. Berilah peluang sehingga infiniti jika mampu. Kita bukan sempurna bukan.

5. Agak penat menghadapi kerenah orang yang kekurangan fahaman bahasa Melayu. Dan lebih memenatkan adalah saya bukan seorang yang jenis memberontak dan berkasar serta mengeluarkan kata-kata kesat menghalau manusia keluar daripada lapisan ozon ini. Jadi, maksud di sini adalah... emm... sangat penatlah pendek katanya.

6. Kengerian menulis blog terasa apabila golongan yang tidak sepatutnya membaca blog ini wujud membaca secara terbuka di sini. Menakutkan. Terasa seperti di Sparta, "This is madness".

7. Facebook, Twitter, Formspring and Blog, I loathe you... temporarily. Ya, ini adalah 1. Mungkin boleh jadi selama-lamanya. Siapa yang tahu kan. Wallahualam.

8. Dulu, Dani adalah benchmark saya. Sekarang, beliau sudah membina masjid. Jadi, rasa sedikit cemas perlu diletakkan 1 sekarang ini. Namun... namun, mahu membuka pintu hati bukan kerja mudah. Mungkin jika kena pada manusia yang sukakan cabaran, tembok China juga pasti runtuh. Androphobia sejati ini. Tsk, kita serahkan pada Allah sahajalah.

9. Retina mata sudah hampir rosak melihat sebilangan orang Islam yang semakin jauh menyimpang berjuang melawan cahaya dan kembali ke dalam kegelapan. Orang-orang sebegini patut dihantar ke Palestin yang penuh dengan 'kegelapan'. Ingat. Melayu, tidak semestinya Islam. Ya, ini adalah 1.

10. Alangkah beruntungnya jika bermulanya 12 Jun 2010 ini, semua umat Islam mula berjaga malam dan bertahajud sambil mendoakan saudara-saudara Islam di Palestin. Nah, senang bukan orang kafir menarik kita ke arah mereka. Masing-masing khusyuk dan sibuk mahu berjaga malam menonton bola sepak Piala Dunia Afrika Selatan. Tersangat senang bukan? Ya, ini adalah 1. Dan buat masa ini, bola sepak Piala Dunia Afrika Selatan adalah perkara yang paling membencikan. Dari iklan tv, status Facebook, entri blog dan sebagainya... semuanya tersusun huruf B,N,E,I dan C secara tidak tersusun.

11. Tiada point penting di sini. Entri ini adalah ayat rojak semata-mata. Sengaja mencari titik perhentian pada angka ganjil. Itu lebih kena pada tempatnya. Ya, ini adalah 1.

Hm....

Nampaknya, encryption ini tidak menjadi_

Kategori:

5 Responses to "Kesulitan Membalut Ayat"

Daun Bidara said :
June 11, 2010 at 3:30 PM
terbaik
KFunC said :
June 11, 2010 at 11:20 PM
dua kali aku baca!
tak faham..haha
famia said :
June 12, 2010 at 8:21 PM
daun: eh, tidaklah. entry merepek ni.

Kfunc: bagus! itu tujuannya. nampaknya encryption menjadi.
June 28, 2010 at 4:01 PM
susah ek nak meluahkan rasa hati..
tapi terluah juga..
syabas encryption anda berjaya..



:)



.
famia said :
June 28, 2010 at 4:16 PM
azman: aik, benar2 dapat decrypt ke? hebatnyaa. sugoi!

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.