Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, May 11, 2010


_Ini kejadian Ahad lepas.

Buka Facebook.

Perkara pertama sekali yang terpampang di depan mata adalah berita adik bongsu kemalangan dan tidak sedarkan diri.

Ya Allah.
Luruh jantung aku.
Menggigil sudah tangan kiri dan kanan.

Lahaula walaquwata illabillahil a'liyula'zim.

Hormon Adrenalin semakin banyak merembes. Hati sudah tidak keruan. Sudahlah telefonnya ditutup. Kawan-kawannya memaklumkan berita kemalangannya di Facebook pula itu. Kesudahannya, aku pun hantar mesej kepada beberapa kawannya yang melaporkan berita kemalangan itu. Sudahlah satu pun nombor-nombor rakannya di Penang tiada dalam simpanan.

Tik... tik... tik.

Seorang pun belum membalas lagi mesej itu.

Di rumah. Memang sudah tidak tenteram. Dengan berat hati, aku sampaikan berita itu kepada ayah dan ibu. Air muka mereka berubah. Siapa yang tidak sayangkan anak bukan? Suasana di rumah tiba-tiba menjadi cemas. Kami buntu. Tiada siapa yang boleh dihubungi. Sudahlah kami tidak tahu langsung butiran kemalangan itu. Cuma yang disampaikan rakannya, dia kemalangan motor dan tidak sedarkan diri.

Demi Alllah, jantung aku memang sudah gugur.

Lokasi kemalangan tidak tahu. Hospital mana dia dimasukkan juga tidak tahu. Nombor telefonnya juga tidak dapat dihubungi. Kesudahannya, aku google dan cari semua nombor telefon hospital di Pulau Penang. Lebih kurang enam ke tujuh hospital. Semua pun kami telefon. Adik gadis yang tolong telefonkan. Aku tak mampu nak telefonkan. Rasa tak sedap tersangkut di tekak.

Masing-masing sudah susah hati.

Sesekali terjeling tengok emak. Matanya kemerahan. Aku pun. Tapi aku cuba buat macam tidak ada apa-apa yang terjadi. Anak sulung konon-konon kena lebih tabah sikit aku rasa. Kan. Akhirnya semua hospital pun memberi respon negatif. Lagilah kami terpinga-pinga dan susah hati. Siap ayah sudah meminta tolong seorang rakannya tanyakan kepada mana-mana hospital swasta di Pulau Penang. Juga tidak berhasil. Kesudahannya, aku cuba cari di Internet nombor polis trafik Butterworth.

Hampir-hampir menelefon cawangan polis trafik Butterworth.
Sangat hampir-hampir.
Memang hampir.

Sehinggalah seorang kawan adik aku membalas mesej di Facebook mengatakan adik aku sudah mengirim SMS memberitahu keadaannya. Katanya, dia ok. Aku pun sepantas kilat telefon budak itu tapi handphone itu masih ditutup. Kesudahannya, aku pun hantar SMS bertanyakan keadaannya dan di hospital mana.

Sejurus selepas itu, dia pun telefon.

"Adikkkkk, adik dekat mana ni?"
"Adik examlah hari ini. Akak tak ingat ke adik kata adik exam."
"Ya salam. Habis tu kawan adik cakap adik pengsan tak sedar diri."
"Kawan-kawan adik besarkan cerita je tu. Adik memang pengsan pun."
"Habis tu masuk hospital sebab naik motor ke apa?"
"Mana adalah. Adik kena gigit ada kumbang besar ni. Lepas tu pengsanlah."

Ya rabbi.
Nak tergolek aku dekat situ.
Terasa ringan je tangan nak sekeh kepalanya.

Terasa macam kena punked macam dalam rancangan tv Ashton Kuchter itu. Nasib baik aku belum telefon cawangan polis trafik Butterworth. Penat saja telefon semua hospital kerajaaan di Penang. Semua hospital tahu aku telefon. Isk... kejilah siapa yang main-main itu.

Dan rupa-rupanya kumbang yang menggigit adik aku itu sebenarnya memang kumbang bahaya. Agaknya semasa sedang tidur adik aku terpukul kumbang yang melekat di badannya lalu terkeluar asid dari dalam badan kumbang tersebut. Hasilnya memang luka besar pada lengan kanannya dan merebak ke bahagian lain yang terkena tempias asid dari badan kumbang tersebut.

Namanya macam Charlee Bee ke apa entah.

Aduhai adik bongsu. Dah gugur jantung aku. Sayang gila rupanya aku dekat adik yang bongsu ini. Pengajarannya, jangan harap adik nak dibenarkan belajar naik motor ok. Mak dan ayah mesti tak kan bagi punya. Ok. Ini sahaja laporan keguguran jantung yang ingin disampaikan kepada anda.

Fuh.
Baiklah.
Alhamdulillah.

Sudah boleh letak jantung dan hati di posisi semula_

Kategori:

18 Responses to "Keguguran Jantung"

RieNa said :
May 11, 2010 at 8:18 AM
eh, adik kamu ni yg blajar kat uitm png ke?

kalau iya, kat sini mmg byk charlie tu. kalau kena ketit mmg bahaya lah,boleh dpt MC.

itulah, suruh adik kamu dtg berkenalan dgn aku. boleh jgk aku tgk-tgkkan dia.
nana nye said :
May 11, 2010 at 9:27 AM
digigit kumbang?
haha, comel.
d33lah said :
May 11, 2010 at 10:39 AM
salam....

kalau kat area2 uitm n poli penang tu mmg banyak binatang nama charlie tu........tp ni la first time dengar kena gigit sampai pengsan.....sblm2 ni kalau member2 yg kena hanya tinggalkan kesan merah2 ja tmpt yg kena gigit tu.
famia said :
May 11, 2010 at 10:47 AM
Riena: ye ke sana banyak binatang tu? budak tu pergi tepuk kumbang tu sampai penyek kot jadi luka melepuh macam terbakar semua tangan kanan dia. sebab dia kata kumbang tu pecah pastu terkeluarkan macam asid.

nana: itulah budak tu.

d33lah: waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. oo memang betullah banyak ek. budak tu pergi crush kan kumbang tu. tu yang terkeluar isi perut macam asid tu kot. tangan dia melepuh2 macam terbakar.
Nooreena said :
May 11, 2010 at 11:56 AM
Kat USM Penang pun ada. Alhamdulillah dah duduk 4 tahun sana, tak pernah kena lagi. Harap-harap takkan jumpa la.. huhu
Cinta Hatiku said :
May 11, 2010 at 1:00 PM
sabo jer la..org susah hati..haih~ sekeh je kepala dia..hahaha
cacah said :
May 11, 2010 at 1:40 PM
salam famia,
saya ada bagi kamu award, kalau ada masa (dan tiada idea mahu kemaskini blog) jemputlah melayannya.

terima kasih. :)
tunbegia said :
May 12, 2010 at 2:26 PM
muger adik cepat sedar,

salamm,
anonymous said :
May 13, 2010 at 6:40 AM
hish sape laa budak tuh,
baru 10 ekor tepuk serentak kat badan,
belom lagi queen charlie tuh dtg xDD
azka said :
May 15, 2010 at 1:05 PM
kumbang pon sakit jgk klu kena sengat, tapi tak lah sesakit lebah atau tebuan.

ganas jgk asid kumbang tu..
lindosh said :
May 16, 2010 at 1:31 AM
salam famia.. carik wall kat fb tak jumpa pulak. tsk

adik bongsu kat uitm ke poli permatang pauh ek? dah dekat ngan ngan saya. ulang alik pi keja mesti lalu situ. apa2 hal meh nak tolong tgk2 kan ekeeke.

pasal bab charlie tu sebenarnya dia bukan besar mana pun kecuali ada bapak raja dia kot. sekecik2 dia pon sekali dia kencing abis lah kulit kita ni. memula macam gatal lepas tu garu lepas tu habisss. melarat berparut. pedih wooh. kesian kulit.

area sini memang banyak sangat spesis tu. mana datang ntah. dekat dengan hutan kot huhu.
ish..boleh plak memain.buat orang risau je.
tunbegia said :
May 18, 2010 at 2:00 PM
sungguh risau kanns,

salamm,
Ibu faheem said :
May 18, 2010 at 8:01 PM
naseb bek kejadian ni tak berlaku 1 april kan.. :)
syahza said :
May 19, 2010 at 1:30 PM
salam mia,

charlie, kt uitm arau berlambak.. dr generasi lama smpi generasi baru. kalo terkena mmg abisla parut.. huhuhu..

extreme punya kumbang
May 24, 2010 at 9:29 PM
Lu kena beb....keh keh keh
Viva La zuLL said :
May 27, 2010 at 1:39 PM
Macam digigit BIG BAD BETTLEBORG. kihkih. btw salam lawatan.... chiaow

http://ohserius.110mb.com/blog.php
famia said :
May 27, 2010 at 8:42 PM
noreena: uish banyak ek.

cinta: itulah. sabar jelah. macam kena punked!

cacah: waalaikumsalam wbt. yeke. insyaAllah nanti kalau ada kerajinan saya buat ek.

tun: waalaikumsalam wbt.

anon: haha. tengoklah adik siapa.

azka: betul ke lebah lepas menyengat dia terus mati?

lindosh: waalaikumsalam wbt. ye ke banyak? uish

naddy: haha. kan.

tun: hehe. ya. anda pula yang risau ek. sampai 2 kali risaunya.

ibu faheem: haha. tak elok menyambut 1 april tu kan.

syahza: waalaikumsalam wbt. ye ke kak? uish kenapa kita tak pernah terjumpa pun masa sekolah di Beseri dulu.

deus: Haha. Fine. Gelaklah. Suka lu kan.

Zul: haha. Kan. ya. Terima kasih menyinggah ke blog tak berfaedah ni.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.