Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, April 16, 2010


_Baiklah.

Baru terperasan.

Ada seorang hamba Allah telah menyuruh saya menjawab tag. Oh, mungkin terlalu keras. Beliau meminta saya menjawab tag. Ya. Perkataan meminta lebih sopan sedikit berbanding menyuruh. Dan walaupun saya tidak suka membuat tag, saya beranggapan sahaja tag itu sejenis kasih sayang saudara Islam. Maka, layankan sahajalah.

Baiklah, encik Jam Berputar.
Ini jawapannya.

  1. Siapa diri anda semasa di rumah?
    Di rumah, saya adalah anak sulung merangkap kakak yang paling degil, sengal dan suka buang tabiat.

  2. Siapa diri anda semasa bersama kawan-kawan?
    Saya adalah seorang kawan yang sentiasa menggunakan perkataan 'Tak apa', degil, tak suka disuruh, kerek, suka merepek dan suka bertanya soalan yang tidak masuk akal. Contohnya soalan "Jika modem P1 itu diletak bersama pokok-pokok renek di tepi tingkap, adakah pokok-pokok itu akan mati akibat terkena gelombang daripada modem tersebut?" dan juga soalan "Adakah kertas yang dimasukkan ke dalam mesin faks akan dihantar sekali ke tempat penerima?". Maaf. Saya pun tidak pasti apa yang berlaku di dalam kepala otak ini.

  3. Sebutkan lima impian anda yang masih belum tercapai?
    Hm. Ada banyak tetapi mahu lima sahaja ya. Baiklah. Satu, mengembara seluruh dunia sambil mengambil gambar. Dua, menjadi pemilik kamera EOS 5D Mark II. Tiga, mempunyai rumah sendiri yang serba-serbinya putih dan dilengkapi dengan perabot-perabot yang juga berwarna putih. Empat, dilimpahi duit yang mencurah-curah supaya senang diagih-agihkan kepada mana-mana saudara saya yang hidup di dalam kesusahan. Lima, er... pastilah menjadi seorang isteri yang solehah, suri rumah sepenuh masa dan ibu mithali. Manis bukan? Haha.

  4. Bila tengah menunggu sesuatu, apa yang anda selalu buat bagi mengisi masa itu?
    Biasanya saya membaca buku atau bermain Sudoku. Kadangkala, saya bermain permainan menguji otak di dalam Corby kuning saya. Sampaikan terbakar kadangkala otak saya ini. Dan kalau buku, Sudoku atau Corby tiada di dalam tangan, saya cuma melihat alam dan berfikir tentang dunia dan manusia sambil bermantera kepadaNya di dalam hati.

  5. Pernah ke anda tersesat di dalam shopping mall? Nyatakan dimana?
    Oh, ini bukan perkara luar biasa. Sebaliknya, ini perkara biasa dan normal bagi saya. Jika tidak sesat ke mana-mana, itu bukan Huzaimatus. Kah kah kah. Apakah maksud ayat tersebut. Entahlah, tidak dapat saya pastikan. Kiranya, untuk menjawab soalan tersebut saya rasa jawapannya pernah dan di semua pasaraya yang wujud di Malaysia ini pendek katanya.


Selesai.

Peramah juga saya ini rupanya. Sedikit pun tidak terpacul rasa mahu naik angin menjawab soalan tag. Hai, Huzaimatus pandai pula kau masuk bakul dan angkat sendiri. Tidak beratkah? Ahai, minta maaf. Saya terlupa pula saya bencikan pujian. Barangsiapa yang memuji saya itu adalah musuh. Anda seorang Nemesis. Haha. Terasa keras pula. Beginilah. Puji sahaja Allah Yang Esa. Kau puji saya pun bukannya dapat apa. Sekotak Choki-Choki mungkinlah kan. Belilah sendiri. Murah sahaja di kedai runcit Taman Melawati. Harga sekotak, RM10. Boleh dapat 24 peket Choki-Choki. Eh, banyak sangat itu. Entahlah berapa. Yang pastinya lebih daripada 12 peketlah pendek kata.

Baiklah.

Ada sesiapa lagi mahu ajukan soalan_

Kategori:

10 Responses to "Tag - Beri 5 Terima 5"

RieNa said :
April 16, 2010 at 3:07 PM
err. tumpang tanya (sambil angkat tgn parah bahu.)

cik huzaimatus pakai jam tangan kiri ke tangan kanan?

terima kasih.
(tak tau apa relevannya tanya soalan tu.mungkin cuma mahu beramah mesra.hehe.)
RieNa said :
April 16, 2010 at 3:07 PM
*(angkat tangan *paras bahu)
famia said :
April 16, 2010 at 3:10 PM
Riena: Hehe. Saya pakai jam tangan kanan. Ada orang kata, itu tandanya seseorang itu keras kepala.
Anonymous said :
April 16, 2010 at 3:29 PM
klu smua dlm rumah wane putih..senang nak cari tuan rumah wlpon nyorok bwh meja..:D
whoami? :D said :
April 16, 2010 at 8:39 PM
utk cth soalan pelik pada point no.2 itu.. rsnye cam saya berada ditempat kejadian pada waktu itu.. rasenye macam baru smlm kejadian itu berlaku...

ohhh.. yela... mane taknye... rupe2nye saya la mangsa a.k.a org yang diajukan soalan itu sehingga saya terkedu nk menjawap sampai terpaksa dibantu jwp oleh en.junior programmer kami... hahahaha...
whoamiagain? :D said :
April 16, 2010 at 8:42 PM
oo nak tmbh sket...

pelik2 anda pun.. saya tetap suke berkawan dgn anda kerana anda menceriakan hari2 saya di opis itu.. so jgn tukar tempat duduk ye.. [eh tetiba] hahahahhaa...
famia said :
April 16, 2010 at 9:14 PM
anon: KAH KAH KAH. Cekap anda buat lawak. Terhibur saya. hahaha.

fauzi: ahkahkahakhaks. JANGAN! Malu aku kat Faiz. Wuuuuu... nasib baik tak seteruk Take Over bodo tu.
Kelbros said :
April 18, 2010 at 9:19 AM
hehehe sori ye kalo ayat tu agak keras. niwei, thanks!

tak terpk pun pasal modem P1 tu+pokok2..ade relevannye

Corby tu apa?

minat choki2 pun xpenah terpk nak beli 1 kotak. mmg gempak siap tahu ada 24 peket

tq sis sudi menjawab
etyobek said :
April 18, 2010 at 7:18 PM
aku tetap suke kejadian "alamak! bateri laptop aku tetinggal kat melaka!"

hahahahhaha... itu sgt2 x leh blah.. x leh byg ko mengendong laptop tu seharian kehulu kehilir... kekekekek
nananye said :
April 19, 2010 at 2:57 PM
hai ratu sesat.
(sekarang, aku pun dah berjangkit , selalu sesat)

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.