Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, April 23, 2010


_Jalan-jalan di dalam Internet, sekali tersadung batu.

Terjumpa pula entri perihal gangguan seksual.

Ha, sebelum itu.

Mungkinlah entri ini tidak sesuai untuk adik-adik di bawah 15 tahun. Jadinya, bacalah sahaja (aik, sepatutnya dihalang). Ini kita panggil teknik reverse psychology, ya adik-adik. Tidak apa. Bacalah. Nanti kakak Huzaimatus sedaya upaya cuba menapis ayat-ayat luar biasa di dalam entri ini. Tetapi, sekiranya terkeluar juga ayat-ayat luar biasa itu, anggap sahajalah manusia hanya mampu merancang. Allah sahaja yang menentukan. (Hoi, salah konsep itu Huzaimatus!)

Ah, tidak apa.
Kita perlu terapkan nilai-nilai murni bermula daripada peringkat rebung.
Cuma Menara Rebung (Menara TM) sahaja yang sudah tidak mampu dilenturkan.

Baiklah, mari kita mulakan.

Bagi adik-adik yang tidak berapa faham maksud gangguan seksual, mari sini telinga sebelah kanan. Kalau ikut pemahaman kakak Huzaimatus (sebab malas nak tanya pakcik Google, hari ini hari Jumaat, dia duduk lama sikit di masjid sebab mahu mendengar khutbah), maksud gangguan seksual itu bererti gangguan yang diberikan oleh jantina yang berlainan.

-_-"

Wahai kakak Huzaimatus.
Definisi macam itu budak darjah satu pun pandai terangkan.

Baiklah, sekiranya ada kakak-kakak atau abang-abang yang lebih arif tentang definisi sebenar gangguan seksual ini, marilah ke hadapan mohon diperbetulkan.

Ok, teruskan.

Sebenarnya adik-adik, gangguan seksual itu tidak bagus sebab nanti bila adik-adik dah besar, adik-adik mungkin akan berubah menjadi seorang yang fobia kepada lelaki atau juga dikenali sebagai androphobia. Ya, seperti kakak Huzaimatus. Tambahan pula, perkataan gangguan itu juga sudah menunjukkan perasaan yang tidak baik. Begitu jugalah dengan gangguan seksual.

Tetapi kan adik-adik. Sekiranya ada kawan lelaki adik-adik yang mengambil buku latihan garis satu dan menyorokkannya di bawah meja guru, itu bukan dipanggil gangguan seksual ya. Jangan salah faham dan menuduh sebarangan. Kasihan kawan adik itu nanti. Tetapi, orang nakal harus dihukum. Maka, gunakan pembaris kayu sahaja untuk mengetuk jarinya.

Tetapi.

Sekiranya kawan lelaki adik-adik itu mengacau adik-adik dengan cara duduk bersebelahan dan mencuit tangan adik-adik sambil cubaan mahu berkenal-kenalan dengan lebih rapat (atau pun kita panggil sebagai mengurat pada zaman PSP ini), itu adalah gangguan seksual namanya. Er, rasanyalah. Tak berapa pasti. Tetapi, gangguan seksual yang paling ekstrem adalah er, mencabul dan sebagainya. Rasanyalah.

Alahai, sudah jadi rumit pula penerangan itu.

Baiklah, adik-adik. Abaikan sahaja. Cuma kakak Huzaimatus mahu memberitahu, di zaman PSP, Iphone dan Wii ini memang semakin berleluasa gangguan seksual yang terjadi kepada kanak-kanak seperti adik-adik. Maklumlah, muka masih comel dan bergetah. Bergetah? Ah, maksud kakak Huzaimatus adalah mukanya selalu terkena palitan gula-gula getah. Walaupun adik-adik tidak seanggun kakak-kakak lain di luar sana (ini tidak termasuk kakak Huzaimatus ya adik-adik), tetapi adik-adik yang bermuka suci ini tetap masih comel dan menarik.

Ya.
Maksud kakak Huzaimatus, gangguan seksual tidak mengenal usia.
Berhati-hatilah wahai adik-adik kerana keperawananmu begitu berharga.

Sewaktu kakak Huzaimatus di bangku sekolah rendah, kakak Huzaimatus kerap terasa diganggu. Kakak Huzaimatus memang tidak secomel adik-adik pun sewaktu kecil dahulu, entahlah mengapa diganggu begitu. Kejadian yang sama berlaku sewaktu kakak Huzaimatus bersekolah menengah dan juga di universiti. Gangguan seksual memang tidak mengenal bangsa. Kadangkala, bangsa India dan orang Indonesia pun suka buang tabiat.

Terasa bagai mahu menyepak sahaja mereka semua ini. Ah, maksud kakak Huzaimatus adalah menyepak batu-batu di tepi jalan supaya nanti orang lain tidak tersadung. Itu sekecil-kecil sedekah ya adik-adik. Ingat ya. Kakak Huzaimatus juga pernah terbaca, ada pepatah Arab yang mengatakan, 'Setiap ruas daripada tulang kita itu adalah sedekah pada setiap waktu fajar yang terbit'. Lebih kurang begitulah ingatan kakak Huzaimatus yang tidak berapa bagus ini.

Pernah suatu ketika sewaktu kakak Huzaimatus menuntut di ITM, kakak Huzaimatus terjumpa seorang lelaki yang tidak berapa betul mentalnya. Lelaki jenis ini suka mencari mangsa dan kadangkala berkelakuan tidak senonoh di hadapan mangsanya. Motifnya mungkin untuk menakut-nakutkan mangsa atau pun mungkin mahu memuaskan nafsunya sendiri. Lelaki jenis ini kita panggil sebagai flasher, ya adik-adik. Sekiranya adik-adik terjumpa lelaki jenis ini, mohon disepak dan dibelasah sahaja. Er, maksud kakak Huzaimatus adalah dengan cara menjerit sekuat hati agar mereka yang bertimbangrasa boleh datang tolong selamatkan adik-adik.

Dan sehingga kini.

Kakak Huzaimatus masih terasa ngeri dengan lelaki. Mungkin disebabkan trauma yang dipendam suatu ketika dahulu tidak berjaya dilepaskan sehingga hari ini. Dan terlahirlah seorang lagi manusia androphobia yang mampu mengganas apabila terasa ketenteramannya diganggu. Ya. Ringan sahaja kaki dan tangan kakak Huzaimatus ini. Seringan gas oksigen jika dipertemukan lagi dengan lelaki-lelaki yang tidak berapa betul mentalnya ini.

Ah, satu lagi.

Kakak Huzaimatus rasalah, mereka ini mungkinlah sangat ketagih kasih sayang dan mahu memuaskan nafsu sendiri tetapi dengan cara yang tidak betul dan sangat keji. Oleh itu, kakak Huzaimatus mahu meninggalkan sedikit pesanan buat adik-adik di luar sana sebagai persiapan sekiranya berhadapan dengan manusia begini.

1. Mohon jangan memakai baju yang terdedah di sana sini.
Tutup aurat ya adik-adik. Daripada situ, mungkin boleh mengurangkan sedikit nafsu lelaki yang melihat adik-adik. Sesungguhnya, wanita itu sebaik-baik perhiasan dunia. Perhiasan yang terbaik. Sekiranya dibuka-buka perhiasan itu, kucing yang melintas di hadapan adik-adik pun mampu menerkam apatah lagi lelaki. Emas, berlian dan ikan kering pun kalah di tangan perempuan.

2. Sekiranya berjalan, tundukkan sedikit pandangan.
Sedikit pandangan, sedikit jugalah pertembungan mata adik-adik dengan mata lelaki yang melihat adik-adik. Percayalah, daripada mata memang wajib akan turun ke hati. Sesungguhnya, syaitan atau juga dipanggil cupid kononnya itu mampu membisikkan kata-kata halus ke dalam hati manusia. Sekiranya terdetik kecantikan dan kecomelan adik-adik di dalam hati lelaki itu, kerja syaitan tadi telah berjaya nampaknya. Jadi, berhati-hatilah adik-adik dengan kuasa mata. Itu pintu hati manusia.

3. Sekiranya adik-adik menaiki mana-mana pengangkutan awam, pastikan adik-adik berada di dalam kawasan yang selamat.
Sepertimana yang adik-adik ketahui, setiap kali kita naik LRT atau pun bas, pasti bersesak-sesak bukan? Maka, bergeraklah ke tempat yang kurang bersesak agar dapat mengurangkan berlakunya pergeseran badan. Namun begitu, seandainya terjadi juga pergeseran, pastikan adik-adik meletakkan benteng di belakang adik-adik (sekiranya adik-adik sedang berdirilah). Benteng ini boleh jadi beg, buku, fail yang tajam, payung, pisau atau apa-apa sahaja. Maaf. Kakak Huzaimatus memang agak kejam. Abaikan peralatan yang merbahaya itu. Cumanya, kalau naik LRT duduklah di perut LRT atau bersandar di dindingnya jika tidak mendapat tempat duduk. Dan jika di dalam bas, pastikan adik-adik berjaga-jaga jika mahu meletakkan beg di belakang adik-adik. Awas peragut dan penyeluk poket ya.

Baiklah.
Setakat itu sahajalah yang mampu kakak Huzaimatus sampaikan.
Cuma ke mana sahaja adik-adik pergi, bacalah ayat Qursi dan tiga surah Qul.

Buat kakak Huzaimatus pula, biarlah dia dengan dunianya. Entah sampai bila mahu jadi begitu. Ganas, kejam, keji, kera sumbang, tidak senonoh dan tidak comel langsung muka dan perangainya. Walaupun begitu, di dalam hati kecilnya yang kudus tetap mendambakan syurga. Fuiyo, kakak Huzaimatus. Tinggi melangit impian. Dosa masih menggunung ini wahai kakak Huzaimatus. Tidak apalah. Berusaha untuk cuba.

Baiklah adik-adik.

Jari kakak Huzaimatus sudah terasa kebas. Sudah lima ribu patah perkataan ke belum ini. Baik tamatkan sahaja riwayat entri ini di sini. Kakak Huzaimatus memang suka bercakap memakai jari. Jika terjumpa di depan mata, ibarat dinding sahaja lagaknya. Bisu. Jika di dalam blog, seperti bertih jagung yang sedang masak pula jarinya. Apa nak jadilah kakak Huzaimatus ini.

Ingat ya adik-adik.
Jangan jadi macam kakak Huzaimatus.
Prevention is better than cure, ok? Ok? Ok?

Ingat Allah selalu ya adik-adik.

Ok, jika ada soalan boleh ajukan terus ke telinga kanan kakak Huzaimatus_

Kategori:

13 Responses to "Pesanan Gangguan Seksual di Zaman PSP, Iphone dan Wii"

dik nananye (-.-) said :
April 23, 2010 at 4:52 PM
ok kakak.
tengs.
azyan azilah said :
April 23, 2010 at 6:02 PM
great tips. selalu rasa macam dicabul esp masa naek ktm. putra xsangat sebab putra org xsesak2. kalo nek ktm,tunggu sampai 2 jam baru dtg 1 tren. mane tak bersesak. rasa cam nak menangis je bile terpaksa naek ktm yg sesak. stresss!!!!
shahsulong said :
April 23, 2010 at 8:25 PM
Kak Huzaimatus aka KH,

nampaknya entry KH telah ditapis indah, kanak2 sekolah rendah pon boleh baca. takde graphical illustration, takde exact description of what happened.

but then, memang Sexual harrassment (SH) ni a taboo (and difficult) subject to describe.

saya pon mangsa SH jugak. so saya tahu perasaan kejam dan susah percaya lelaki yg lahir dari SH tersebut.

KH aka Kak Huzaimatus,
terima kasih atas sharing is caring ini. at least, i don't feel like i'm alone in the world filled with sexual predators di sana-sini..

oh ya, selain daripada membaca ayat suci yang dicadangkan KH, sentiasa lah betulkan niat apabila keluar rumah (atau berada dalam rumah). doa dan minta lah pada Tuhan agar Dia menutup kita dari pandangan orang-orang yang berniat jahat~
famia said :
April 23, 2010 at 8:49 PM
nana: hehe. adiklah sangat :p

azyan: hm, hati2lah ya. kadangkala mereka memandang orang yang berpakaian seksi sampaikan terasa lain macam, tetapi orang lain pula yang jadi mangsa tempat melepas nafsu mereka.

Ida: itulah. sampaikan dulu rasa macam tak nak pun muka cantik2. biar buruk. saja je nak burukkan muka. nanti tak ada orang nak kacau. dulu sangat takut. sebab pernah kena sangat teruk. sob... sob... sob. mana2 pergi pun ada orang gila sepsual. sekarang pun sama. sadis betul. waemah tak adalah pakai seksi. orang lain yang seksi, kita yang kena. miskin akal (bodoh) betul diorang tu.
Faridrashidi said :
April 23, 2010 at 9:02 PM
Assalamualaikum,

Tiba-tiba ulu hati saya sedikit tercuit bila membaca penerangan semacam guru matematik sekolah saya dahukala.

Apapun, terima kasih atas link urlnya. Saya dapat kesan, terus ke sini.
Anonymous said :
April 24, 2010 at 12:52 PM
kejahatan ade dmane2..di mane salahnyer klu perempuan bertudung bulat pregnant luar nikah..lelaki kopiah dr thfiz 1 slimut dgn bkn muhrim..Iman xkukuh??pengaruh teknologi??kehendak sendiri??atau kejahatan itu mmg sengaja djemput? byk gak gua tanyer..:D
April 26, 2010 at 11:50 PM
menarik blog nie..saya terhibur dengan cara penyampaian awak..gangguan seksual memang ada di mana-mana, pokok pangkalnya..jagalah pakaian dan pergaualan kita dengan orang ramai..insyaallah..
famia said :
April 27, 2010 at 12:44 PM
farid: waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Oh, tuan rumah asal sudah ke sini rupanya. Terima kasih menyinggah ke blog tak berfaedah ini. Minta maaf saya meletakkan link tanpa kebenaran empunyanya.

anon: Hehe. Perempuan bertudung bulat dan lelaki berkopiah juga seorang manusia. Masing2 bernafsu dan tidak bersifat maksum rasa saya kan? Makanya, adakah jika kepala sudah ditutup secara automatiknya di sebelah kiri tidak tertulis lagi kejahatan diri? Rasanya tidak begitu kan? :) Setiap umat Islam itu kan pejuang. Dan perjuangan yang paling besar itu adalah melawan hawa nafsu. Berus... sahalah. Iman itu memang ada pasang surutnya. Jagalah iman baik2. Itu antara aset penting nak bawak ke 'sana'. Kalau ditegahNya, berusaha untuk cuba tinggalkan. Kalau disuruhNya, berusaha untuk cuba sempurnakan. Pendek kata, jangan paksa diri. Tapi berusahalah untuk cuba pegang ikrar 2 kalimah syahadah itu dan beristiqamahlah. Sesungguhnya istiqamah itu bukan kerja mudah. Perlahan-lahan kayuh :)

Plaza: Terima kasih menyinggah ke blog tak berfaedah ni. Ya. Tapi bukan semua orang yang menjaga pakaian mereka. Sebaliknya yang mendapat tempis gangguan itu tak lain tak bukan orang yang tak sepatutnya ada kaitan. Fuh, dugaanNya memang thrill sekali.
April 27, 2010 at 2:50 PM
fuyoo!!!
terasa ngeri dengan lelaki!!
wakakaka
akuvision said :
May 4, 2010 at 4:08 AM
oic begitu gamaknya
akuvision said :
May 4, 2010 at 4:08 AM
oh saya nampak pembetulan ayat sms oic, begitu gamaknya
famia said :
May 4, 2010 at 3:47 PM
hakim: hehe. jadinya kenapakah ek? tak kacau anda kan?

kamuvision: ya. begitulah gamaknya.
BUJANG SUSAH said :
May 11, 2010 at 8:00 PM
Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.