Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, April 15, 2010


_Minta maaf banyak-banyak.

Tetapi, sudah lama saya mahu tanya.

Benarkah orang bukan Islam bersuci tanpa menggunakan air? Benarkah mereka menggunakan tisu semata-mata? Jika benar, barangkali kata-kata, "Orang **** bertinja tidak bercebok." sewaktu saya sekolah rendah dahulu kala memang turut sama benar belakalah kiranya. Kan.

Maka, imaginasi pun mula meliar.

Tetapi, badan mereka tidak berbaukah?
Benar-benar hilangkah bau, warna dan rasa najis itu?
Mereka tidak pernah kena penyakit kulit gatal-gatalkah?

-_-"

Ah, tidak senonohnya.

Maaf.

Mari kita bercerita perihal bersuci menggunakan teknologi moden yang tidak asing lagi iaitu, bidet. Tahukah anda apa itu bidet? Ya. Saya pun tidak tahu maksud sebenarnya. Tetapi, saya yakin Abang Wikipedia dan Pakcik Google ada jawapannya jika anda bekalkan sedikit kerajinan anda kepada mereka.

Saya rasa.

Pertama kali saya ternampak penggunaan tandas bersama bidet adalah di dalam drama Korea. Ya. Jepun pun ada juga. Teknologi mereka lebih berkembang maju berbanding teknologi di barat. Tepuk tangan untuk negara-negara Asia. Tepuk... tepuk. Tetapi, teknologi Islam lebih awal maju berbanding mereka ya adik-adik. Tepuk... tepuk untuk teknologi Islam.

Apa itu teknologi Islam?

Emm....
Maaflah kawan-kawan, saya pun tidak pasti.
Abang Wikipedia dan Pakcik Google, mari tolong saya!

"Ya, marilah", kata Abang Wiki dan Pakcik Goog.

Baiklah, perihal bidet.

Mari saya sertakan potongan pendek (shortcut) untuk penjelasan bidet ini. Bidet adalah sejenis alat untuk bersuci secara automatik di mana air akan keluar laju seperti pili bomba melalui saluran dari dalam mangkuk tandas. Maka, dapatkah anda bayangkan sekarang? Cuba bayangkan pili bomba dan bayangkan pula mangkuk tandas. Kemudian, letakkan paip bomba itu di dalam mangkuk tandas. Air pasti akan meluncur laju. Ya. Begitulah bayangannya.

Tetapi.

Jika dibandingkan dengan bidet dari Barat, bidet dari Korea dan Jepun ini tampak lebih maju. Lebih automatik, tidak berpaip dan lebih tsunami. Siap ada volume control. Cuma pilih kelajuan air dan posisikan diri anda dalam keadaan yang selesa. Maka, kuranglah sedikit rasa cemas saya kerana kelajuan air seperti paip bomba itu mampu dikawal dengan hujung jari sahaja. Begitu mudah rupanya teknologi yang saya sangkakan susah ini. Ya. Subjek Change Management teramat penting untuk dipelajari manusia. Dan selitkan juga motto, 'Mahu seribu daya' serta bacaan Bismillah.

InsyaAllah, pasti yang sukar menjadi mudah.

Jika bernasib luar biasa baik, mungkin anda boleh mandi sekali menggunakan bidet itu. Ya. Nikmatilah kelajuan air dalam pelbagai peringkat. Sila gunakan kelajuan peringkat 1 untuk menikmati air yang turun dari bukit. Gunakan kelajuan peringkat 2 untuk menikmati air yang turun dari empangan. Gunakan kelajuan peringkat 3 untuk menikmati air yang turun dari awan. Gunakan kelajuan peringkat 4 untuk menikmati air yang keluar dari pili bomba. Gunakan kelajuan peringkat 5 untuk menikmati air laut yang dilanda tsunami.

Sangat luar biasa 'mudah' dan 'menyeronokkan'.

Ha... ha... ha.

Ini contoh bidet dari Korea.
Lebih kurang sama rekaannya seperti di pejabat baru saya.
Kami hampir-hampir mencuci muka dengan menggunakan bidet.



Ya. Sangat mudah alih. Boleh dicabut dan dipasang pada mana-mana mangkuk tandas. Cuma tenggekkan sahaja alat itu dan buatlah apa sahaja yang patut. Bidet Barat yang ditunjukkan gambarnya oleh Pakcik Goog biasanya mempunyai kepala paip kecil di tepi mangkuk tandasnya. Anda boleh rujuk Pakcik Goog ya untuk gambaran jelas. Jangan malas.

Tahukah anda?
Ya, saya tahu anda tidak tahu.

Cubaan pertama saya menggunakan bidet adalah seperti muka sedang dilanda tsunami. Sungguh mengejutkan dan menakutkan. Sampai ke pintu besar tandas ia menyembur. Padahal kami cuba pusing kelajuannya ke peringkat 0.78. Belum sampai 1 pun lagi. Perasaannya benar-benar seperti diludah ke muka sendiri. Agak kurang sesuai untuk golongan usia 50 ke atas. Melainkan nenek atau datuk tersebut pernah tinggal lama di Barat atau di Korea atau di Jepun, itu tidak mengapa.

Baiklah, saya mengaku.

Saya sangat kekampungan. Makanan barat pun saya tidak suka, apatah lagi bidet ini. Seperti dilanda tsunami bilik air tersebut. Saya rasa di KLCC atau di Midvalley belum pernah lagi diletakkan bidet aneh automatik ini. Jika tidak, pasti dilanda tsunamilah agaknya pasaraya besar tersebut.

Bidet... bidet, saya sudah di'tsunami'nya.

Anda bila lagi_

Kategori:

12 Responses to "Muka Di'tsunami'kan Bidet"

stiletyobekforeverhihihih said :
April 15, 2010 at 12:31 PM
nak paip getah gakkkk.. bendasing itu semacam tidak berapa suci lagi menyucikan... huhuhuh...
nananye said :
April 15, 2010 at 12:34 PM
aku rasa mcm penah jumpa benda ni.
yg aku jumpa mcm automatik keluar sendiri.

aku pun org kampung. rela jalan jauh untuk carik tandas yg ada getah paip.
landaklaut said :
April 15, 2010 at 1:03 PM
urm.. aku pernah jumpa ni selalu ada kat hotel2. tapi aku rasa macam tak hygiene je. hahaha.. ergh.. aku sanggup lagi tahan masuk wayang sebab toilet kt gsc adelah menggunakan hos getah. atau bawak botol kosong isi air di luar dan bersuci di dalam. lagi satu sebab aku baca kat mana eh perempuan adelah sepatutnya mencuci dari depan ke belakang. err.. too much info ni. abaikan plis famia. hahaha.
Darkk said :
April 15, 2010 at 1:42 PM
Baru tahu apa itu bidet lepas tengok drama siri korea judul You're Beautiful. Kelakar pada awalnya, tapi masih belum habis tonton.

:)
famia said :
April 15, 2010 at 1:43 PM
suhaila: hahahaha. tak bolehlah bidet tu. fobia aku. dahlah laju menyembur. tu pun nasib baik takde Hot and Cold punya control. Aku google gambar2 bidet tu siap ada yang cold ngan hot. canggih gila. isk, tak boleh bayang pakai yang hot tu.

nana: yang tu selalu ada pili kat sebelah. kat mana2 shopping kompleks pun pakai tu. manual. kalau automatik ni macam tekejut ayam sikit bila pakai. isk, tak boleh bayang.

landak: huuu baguslah. bidet tu wujud di office baru kitorang. jadi macamana nak elak. semua tempat dalam kawasan ni pakai bidet korea tu.
famia said :
April 15, 2010 at 1:44 PM
Abrakadabra: Aik, dah keluar tv atau download? Hahaha. Cerita tu best. Tapi sebenarnya ada je artis korea sendiri yang terbasuh muka pakai bidet tu. Mereka punya lagi canggih. Elektronik habis. Ah, ya artis korea tu datang daripada kampung. Pertama kali bertembung dengan bidet elektronik. Kasian.
Anonymous said :
April 15, 2010 at 3:35 PM
1st time nenek gua gune tandas pancut2 ni..nyerit org tu..adik gua yg same2 ikut dlm toilet xleh genti ktawe..tu la pertama&terakhir dia ikut p soping2..dia sanggup solat kt rumah sb xyakin da besuci ngn sempurna...
Anonymous said :
April 16, 2010 at 8:23 AM
oh namanya bidet ke. 1st time guna masa sesi brainstorming di royal adelphi. memang tak selesa. tp bidet tu better lagi klu pegi renaissance hotel melaka toilet dia dah la takde paip, takde bidet cuma ada tisu semata, kena bawa botol air klu nak bersuci.
poj said :
April 16, 2010 at 10:22 AM
dlu gi singapore, masuk tandas awam or even tandas lam hotel dorang maner de paip.. bidet ni pon xde!! hampehhh.. terus xde selera aku nk 'ter_be' ahaks!
famia said :
April 16, 2010 at 3:42 PM
anon: kasian neneknya. Itulah. Kadangkala musykil juga. Tapi untuk kesucian abadi, gunalah cebok. Bawa saja ke mana-mana mungkin

anon lagi: kalau tandas itu tak ada paip, bidet dan tisu semata-mata, memang tak guna betul nak bersuci. Tahan sajalah walaupun hampir2 terkena batu karang. Sabar sajalah ada rekaan macam tu untuk tandas. Memang boleh tahan menganiaya juga tu.

poj: haah. kadangkala ada paip belah tepi. pusing dan air akan keluar dari dalam mangkuk tandas. tapi kalau tak ada langsung tu tahan sajalah kemahuan bersuci.
Anonymous said :
April 17, 2010 at 1:56 PM
klu cebok tu blh dilipat2 kompem nenek gua bawak...hehehe
lt. col. dop mustang said :
May 6, 2010 at 6:50 AM
lamanya x mengomen. di blog huzaimatus hehe.

komen psl bidet, xde. tp komen psl cara basuh *ehem* tu, utk org pempuan mmg dr dpn ke belakang.

sbbnya - struktur bukaan organ perempuan di bahagian hadapan lebih besar dan tidak boleh dialihkan, maka ditakuti sisa buangan dr saluran belakang itu termasuk ke saluran hadapan dan memungkinkan perpindahan bakteria.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.