Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, April 01, 2010


_Usaha semut jika dibandingkan dengan manusia, pasti semut pemenangnya.

Memang benar.

Rajin dan tidak berputus asa sudah tertanam lama di dalam badan mereka. Jika tidak percaya, cuba kau lihat di dinding. Pasti dalam masa dua saat nanti akan muncul seekor semut atau seangkatan semut. Jika tidak muncul tiba, kau tunggulah lagi sehingga muncul. Siang dan malam kelibat mereka tetap terpacul baik disedari manusia atau tidak disedari manusia.

Ah, manusia memang leka perangainya.
Selalu sahaja terlepas pandang semua perkara.
Malas dan usaha pun tidak pernah mencecah seribu daya.

Makanya.

Cuba bandingkan dengan semut. Seandainya terlintas seekor semut di hadapan retina, cuba kau tahan semut itu dengan jari. Pasti terhenti perjalanannya. Dan di saat kau melepaskannya dari tahanan jari, pasti ia laju menyambung semula perjalanannya. Sambil mengusung makanan, sambil berzikir mulutnya. Dan jika rebeh bahunya mengangkat makanan, perjalanannya juga diperlahankan. Dan zikirnya juga tetap jalan.

Terkadang terasa malu juga dengan semut. Saiznya kecil tetapi semangat berjuangnya luar biasa tinggi. Terasa aneh. Semakin mengecil saiz badan, semakin besar dan tinggi semangat juangnya. Walaupun mereka tidak punya akal secerdas manusia (rasanyalah), namun kerajinan dan sikap tidak berputus asa mampu pergi lebih jauh mengatasi kecerdasan akal manusia. Tambahan pula, bukan semua manusia cerdas akalnya.

Mari contohi semut.
Dan jangan kau bunuh mereka.
Jika dan hanya jika mereka tidak mencederakan kita.

Selitkan sedikit belas kasihan buat mereka, wahai manusia. Jangan diputuskan zikir-zikir yang terlepas daripada sesungutnya. Tidak baik. Jangan menzalimi sesama makhluk, dikhuatiri nanti mengundang kemurkaan Allah. Tetapi, jika dan hanya jika mereka menyerang manusia di atas sebab-sebab yang tidak dapat dipastikan mengapa, maka bolehlah mengasari dan membunuh mereka (aku rasa ayat ini tidak sesuai untuk bacaan kanak-kanak bawah 15 tahun).

Baiklah.

Perlu berterus-terang. Rumah aku sedang ditakluki masyarakat semut. Mujur kami sekeluarga tidak diapa-apakan dan tidak menjadi tahanan di rumah sendiri. Dan mujur juga mereka bukan semut merah yang kuat menggigit atau semut hitam yang busuk atau semut halus yang suka melepaskan angin berbau aneh kepada musuhnya.

Kiranya....

Ah, faham-faham sendirilah_

Kategori:

2 Responses to "Jika Aku Bukan Semut Merah, Engkau Lagilah Bukan Semut Merah"

Anonymous said :
April 2, 2010 at 12:40 AM
Asaalamualaikum,

"Tetapi, jika dan hanya jika mereka menyerang manusia di atas sebab-sebab yang tidak dapat dipastikan mengapa, maka bolehlah mengasari dan membunuh mereka (aku rasa ayat ini tidak sesuai untuk bacaan kanak-kanak bawah 15 tahun)."


Adik-adik tengok kak huzai buat cerita lucu... maksud kak huzai untuk ayat di atas ialah ambil satu balang isi semut banyak2 dalam tu.. kemudian belalah... insyaAllah tak mati semut....

^_- :P
famia said :
April 2, 2010 at 9:37 AM
waalaikumsalam wbt. hahahahaha. terima kasih membetulkan situasi. terbuat lawak lucu yang ganas pula :p

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.