Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, April 20, 2010


_Pernahkah anda dimain-mainkan oleh teknologi?

Saya pernah.
Selalu saja pula itu.
Sampai hati teknologi.

Ah, ya.

Teknologi yang paling kerap mempermainkan saya tidak lain tidak bukan adalah si palang automatik. Ya. Palang automatik. Tidak syak lagi. Sewaktu awal kelahiran palang automatik ini, saya selalu terfikir bagaimana palang ini terbuka. Adakah dengan cara mengesan haba kereta? Atau pergerakan kereta? Atau pun mengesan manusia di dalamnya?

Ah, pedulikan si palang automatik itu buat seketika.

Malam tadi. Sewaktu pulang dari kerja, saya menuju ke kawasan tempat letak kereta. Dan ketika saya menuju ke arah palang automatik itu, tiba-tiba palang tersebut pegun tidak beraksi. Pelik. Padahal kereta sebelum saya berjaya saja melepasi palang itu tetapi tidak saya. Mahu tidak mahu, saya pun mengundur ke belakang lima gelekan tayar kereta dan ke hadapan semula. Berulang-ulang kali. Macam aksi di sarkas saja. Tidak bijak betul.

Namun begitu, tiada apa-apa yang berlaku.

Berulang-ulang kali saya mengundur dan maju semula ke hadapan. Tetapi, palang tersebut tetap tidak bergerak. Kelihatan di belakang saya, kereta-kereta sudah berbaris menunggu giliran mahu melepasi palang automatik tersebut. Pasti mereka menggaru kepala dan berasa pelik dengan aksi saya di hadapan palang automatik tersebut. Tak guna palang automatik ini. Malu, saya.

Akhirnya, saya sudah termangu dan terputus asa.

Saya pun menukar gear mengundur ke kembali. Selepas beberapa saat, sebaris kereta belakang saya turut sama mengundur dan beramai-ramai menuju ke laluan masuk. Berkerut-kerut muka penjaga-penjaga kereta melihat kami. Dan kelihatan kereta di belakang saya seakan-akan memberitahu penjaga kereta tersebut bahawa ada sebuah kereta putih yang sengal bermain-main di hadapan palang automatik yang tidak berjaya melepasi palang itu.

Tiba-tiba saja saya ternampak sebuah kereta lain meluncur laju ke arah palang automatik itu. Dengan tidak semena-menanya palang tersebut terbuka. Saya ternganga. Mahu tergelak pun ada juga. Laaaa....

Kiranya.

Adakah palang tersebut sebenarnya berfungsi? Dan adakah disebabkan kereta saya bergerak menjauhi alat pengesan, maka palang tersebut tidak terbuka? Dan adakah secara tidak sengaja telah menyebabkan terjadinya 'prank' kepada satu barisan kereta di belakang saya?

Hm, tidak dapat saya pastikan asbabnya.

Yang saya tahu, perasaan malu itu sudah meresap ke seluruh badan. Sehingga memenuhi seluruh ruang di dalam kereta saya. Tak guna... tak guna... tak guna. Saya syak ada syaitan yang mempermainkan saya di waktu senjakala itu. Mungkin motifnya mahu melambat-lambatkan saya menunaikan solat Maghrib barangkali.

Ah, rasa mahu sekeh saja palang itu.

Makanya.
Pernahkah anda dipermainkan teknologi?
Jika iya, anda silap.

Sebenarnya anda yang mempermainkan diri sendiri_

Kategori:

6 Responses to "Dipermainkan-mainkan Teknologi"

Kelbros said :
April 21, 2010 at 8:12 AM
pernah juga..pintu lif terbuka. masuk then tunggu..tapi lif tak gerak2..pintu dh tutup..mau risau dibuatnya..stuck ke ape ni..lama2 baru terfikir yang aku tak tekan butang nak ke tingkat brape..mcm ape je.
sweet-luv said :
April 21, 2010 at 1:04 PM
salam..

saje jer kot palang otomatik tu buat gitu.. dah penat turun naik hari2, sekali buat perangai daa..

kira okey lagi kes ni.. tak melibatkan kerosakan harta benda..

lagi haru kalau palang tu tetibe jer turun masa kete tengah lalu.. uish, kitorang penah ader experience tu dulu.. dah la kereta bau kedai lagi, kemek jugak la kat depan sebelah cermin tu..

melayang jugak 300 nak ketuk balik.. adeh..
Anonymous said :
April 21, 2010 at 1:15 PM
takde experience tp kalau nak melalui sesuatu palang tu rasa berdebar je gusar tak sempat melintas kena ketuk dek palang sebab my sis kata dia penah dok q line ada satu keta yang malang telah diketuk palang yang tak bertimbang rasa.
etdebek said :
April 21, 2010 at 2:48 PM
aku rilek je palang ketuk atas kepala aku.. hahaha.. biul gak la 5 hari kot.. kakakakka
famia said :
April 23, 2010 at 4:44 PM
amir: hehe.

cinta manis: waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. itulah pasalnya. 300 kena? huish, kasihan. Anggap sahajalah kena dam ya.

anon: hehehe. ya? kawan saya pun ada je kena macam itu.

suhaila: sebab itu kau jadi macam tu. hahaha. kau cuma waras bila sakit je. skima ayam jadinya.
nurdin abu said :
December 23, 2011 at 8:07 PM
hehehe...palang tersebut menggunakan sensor loop iaitu..gegelung wayar yang di tanam dalam tanah dekat dengan palang otomatik.kadang -kadang gate itu gagal berfungsi...atau sensor gagal berfungsi..(terutama jenis murah)maka sama ada gate tidak naik atau tidak turun.

ps..kami pembekal palang otomatik-sewa pun ada-my hp no-013-4525252(email-0134525252@napest2u.com)

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.