Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Saturday, April 03, 2010


_Aku rasa.

Pengunjung blog juga ibarat gas oksigen.

Tidak kelihatan bayangnya.
Tidak diketahui IP dan lokasinya.
Tidak dapat dipastikan jantina dirinya.
Tidak meninggalkan jejak pada setiap lawatannya.

Tetapi.

Wujudnya tetap ada. Dan pada setiap ayat yang ditulis mengikut rentak hati penulisnya pasti dibaca mereka. Anggap sahajalah walau apa pun yang kau sampaikan di blog, masih tetap akan ada seorang pembaca iaitu diri sendiri. Itu sudah lebih daripada mencukupi. Makanya, aku rasa agak kurang patut bagi mereka yang menulis blog dengan berharap (atau kadangkala menyuruh) setiap pelawatnya memberi komen di atas setiap apa yang kau tulis. Macam tidak berapa ikhlas. Bukankah?

Bukan mereka tidak mahu memberi komen, cuma tiada apa yang perlu dikomenkan. Cukuplah sekadar dapat membaca dan memahami segala tulisan rentak hati penulis itu. Takkan nak paksa. Er, tiada perasaan malukah? Lagi satu, aku pun tergolong di dalam golongan yang melawat tanpa meninggalkan jejak. Aku rasa tulisan yang baik, mudah dibaca dan senang diserap ke dalam kepala lebih berganda kebaikannya daripada membaca tulisan yang 'suka hati akulah nak tulis apa saja ini blog aku tapi jangan lupa tinggalkan komen ok'.

Haah.
Suka hati engkau mahu menulis apa saja.
Tetapi, suka hati aku jugalah tiada mahu memberi komen ke apa.

Ironi betul kau ini. Jangan begitu. Dalam berblog ada juga adabnya. Ada juga pantang larangnya. Dan negeri kita juga ada hak dan kebebasan untuk bersuara. Dunia ini bukan berputar di sekeliling engkau semata. Ingat itu Huzaimatus.

-_-"

Ya, baiklah.
Telah disemat ingatan di kepala.

Adab Berblog

  1. Semua orang ada hak kebebasan bersuara. Jadi menulislah apa sahaja yang kau suka asalkan tidak melanggar hak orang lain.
  2. Adat menjadi manusia, jika kau mengutuk manusia di dalam blog kau, kau juga bakal dikutuk oleh manusia lain di blog mereka atau di luar alam maya. Maka, berhentilah kutuk mengutuk. Nabi Muhammad SAW yang bersifat maksum pun tidak mengutuk umatnya ini kan pula engkau manusia hina yang banyak dosa dan belum pasti syurga itu jaminannya.
  3. Setiap manusia yang mempunyai blog adalah jiran. Kita semua ini hidup berjiran di alam maya. Makanya, sila baca dan fahamkan adab berjiran. Sebelum masuk rumah orang, bagi salam. Selagi tuan rumah tak benarkan masuk, tak boleh masuk. Dan kepada empunya blog, jika dilawat pengunjung sila fahamkan adab menerima tetamu. Jangan mengasari tetamu sebaliknya muliakanlah mereka.
  4. Jika kau dikritik, dengar dahulu butir bicara pengunjung yang melemparkan bau busuk itu, jangan cepat melatah lagi menggelabah setiap kali dikritik. Kalau manusia, kritik mengkritik dan hina menghina itu perkara biasa. Terimalah dengan hati yang terbuka. Mungkin ada benda yang terlepas pandang boleh diperbetulkan. Kau bukan manusia sempurna.
  5. Melawat blog bukan ibarat berkunjung ke rumah jiran tetangga dan sanak saudara di musim hari raya Aidilfitri. Kau lawat rumah aku, aku lawat rumah kau. Kalau kau tak lawat rumah aku, aku pun tidak mahu ke rumah kau. Hoi, siapa ajar macam itu? You follow me, I follow you. You link me, I link you. Hoi, siapa ajar macam itu. Jika blog kau banyak nota agama macam blog Kereta Mayat contohnya, itu lain cerita. Sila dapatkan cermin di kedai-kedai berdekatan.
  6. Adab menulis sila patuhi. Percayalah. Apa yang tertulis di blog itu mencerminkan peribadi penulisnya secara tidak langsung. Kalau blog kau dipenuhi dengan segala maki, mencarut, sumpah seranah dan sebagainya, kau tidak rasa seperti miskin akhlakkah?Sesungguhnya akhlak kau itu adalah pantulan apa yang diajar oleh kedua ibu dan bapamu. Tidak baik menconteng arang ke muka mereka. Sesungguhnya pintu syurga kau di tapak kaki bonda.
  7. Kadangkala apa yang kau tulis boleh mengubah hidup seseorang walaupun kau bukan orang yang berpengaruh. Jadi, sampaikanlah hati itu dengan sebaik-baiknya. Jika kau tulis sesuatu yang buruk, buruk jugalah pemikiran pembaca. Dan jika yang tertulis itu baik belaka, baik jugalah pemikiran pembaca.


Ingat itu, Huzaimatus_

Kategori:

12 Responses to "Adab Berblog... Mungkin"

Nadya ©™ said :
April 3, 2010 at 12:58 PM
Wahh..suka sangat dengan post ni..btw saya tetamu baru..Boleh masuk tak ni tuan rumah?hihihihi
nananye said :
April 3, 2010 at 1:57 PM
secara jujur..aku mungkin ada buat yg no. 2 tu.
Nooreena said :
April 3, 2010 at 2:46 PM
Salam. Jika di sini ada butang khas seperti di Facebook untuk 'like', saya sudah tekannya beberapa kali. Sangat suka dengan gaya penulisan kamu! :)
fatin said :
April 3, 2010 at 8:03 PM
bagus entri ni :)
memberi kesedaran kepada para blogger lain supaya lebih beradab dalam menulis blog yang mungkin dibaca oleh ramai orang..

walaupun blog adalah hak masing2, tapi tak perlulah sampai luahkan perasaan marah sehingga tertulis segala perkataan yang tak elok..nak marah pun biarlah berlapik sikit..
famia said :
April 3, 2010 at 8:27 PM
nadya: salam. hehe. terima kasih menyinggah ke blog tak berfaedah ni. banyak entri merepek saja dalam ni.

nananya: ya. aku pun. sangat banyak.

noreena: waalaikumsalam wbt. ish, semua entri dalam ini merepek saja cik. maaflah. jika ada gunanya, ambillah. segala yang buruk itu harap ditinggalkan ye. terima kasih menyinggah ke blog tak berfaedah ni :p

fatin: hehe. entahlah. human rights itu sudah ke mana perginya. tapi mereka juga ada hak menulis. cuma kadangkala terlangkah lebih daripada hak yang sepatutnya ada mungkin.
zida said :
April 4, 2010 at 2:54 PM
wah wah. blogging pun ade adab ye?
haha
;)
bagus betul.
famia said :
April 4, 2010 at 9:35 PM
zida: salam. hehe. ya dik. segala perkara pun ada adabnya :)
honeychumey said :
April 7, 2010 at 6:55 PM
salam famia...
kite suke ape saje yg awak post...hehehehe...sgt2 suke ngan ape yg d luahkan...sungguh tulus lagi mulus...hehehe
April 7, 2010 at 9:25 PM
saya suka entry ni.. entry lain pun suka.. tp sejak susah nak online ni, banyak yang tak dapat dibaca..

saya lebih suka jadi silent reader.. tp pada blog tertentu saja saya akan meninggalkan komen.. tak tahulah knp.. mungkin bergantung kepada artikelnya jugak.. blog saya pun bukan bagus mana..

tp saya mmg tak mengharapkan org komen pd blog saya.. sebab tu blog saya mmg xbnyk komen..

tp bg saya, tak semestinya blog yg banyak komen tuu adalah blog yg terbaik,atau artikel nya terbaik.. sbb kadang2 kalau kita tengok komen diorg entah apa-apa.. ada yang sampai jadi siri mengutuk org dekat ruang komen..

ehehe.. terima kasih.. komen panjang pulak sbb lama tak komen kat sini..
Anonymous said :
April 8, 2010 at 2:15 PM
assalamualaikum cik famia, terima kasih kerana berkongsi. saya bukan seorang blogger cuma seorang reader. pada kebiasaannya menjadi silent reader. cuma pada keadaan tertentu pada blog yang menarik saya akan meninggalkan komen. memang saya tidak meninggalkan jejak kerana pada saya, saya bukan sesiapa untuk diketahui dalam dunia maya ini.
melawat rumah orang hanya sekadar untuk membaca kerana inti yang enak dihadam. jujurnya sesekali saya ke sini untuk membaca dan jarang-jarang saya meninggalkan komen.
pernah satu ketika dulu saya meninggalkan pesan di dalam satu blog apabila saya menyedari saya mengenali namanya. saya mula sukakan dia. saya gembira melihat entri yang gembira ditulis olehnya. sehinggalah satu ketika dia dan temannya menyalah tafsir komen saya lantas menyalahkan kewujudan saya di situ. sungguh saya amat menyesal. tidak diberi peluang untuk membetulkan keadaan. saya tidak berdendam cuma kali ini saya terasa untuk berkongsi apa yang terpendam.
terima kasih kerana memberi ruang. terima kasih untuk tulisan2 di sini. saya mungkin akan datang lagi jika ia tidak mengganggu gugat tuan rumah.

-ilmaa-
famia said :
April 8, 2010 at 2:47 PM
hanicomel: waalaikumsalam wbt. terima kasih ye menyinggah ke blog tak berfaedah ini. ini semua entri merepek je. kalau ada gunanya, ambillah sila. kalau tiada, tinggalkan je semua untuk saya :)

ainkarim: hehe. dah lama tak nampak ye cik adik.

anon: waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. terima kasih menyinggah ke blog tak berfaedah ini. hehe. begitu rupanya. tak apalah. insyaAllah di sini segala cerca maki, umpat keji, fitnah dan sumpah seranah bagai pasti dilayan. tapi bukan pujian. dilarang meninggalkan kata2 puji. saya pun bukan siapa-siapa. hehe. ok. jaga diri. semoga kamu diberkati Allah selalu :)
arabella said :
May 10, 2010 at 6:53 PM
salam.first time sy bace blog awk then sy terus rase nak follow.bile bace entry ni baru nak tersadung sebab i make a mistake to ask u folo my blog.he ya,i'm new and i learn from that. btway sy sukakn blog awk dan sila abaikn sje psanan sy di box itu.hi x salah jika org nak appreciate blog awk dan jika awk lihat sebagai merapu,mungkin org lain tengok dari sudut yg berlainan =)

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.