Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, March 16, 2010


_Hai adik-adik.

Dengar khabar, minggu lepas keputusan SPM sudah keluar.

Soalan pertama, ok tak?
Soalan kedua, berkilat ke keputusannya?
Atau pun bercoreng dan berkarat keputusannya?

Apa-apa pun.
Jangan putus asa.

What doesn't kill you will make you stronger.

Kan.

Percayalah. Kalau kita rasa kita dapat keputusan yang teruk, ada lagi orang lain yang dapat keputusan yang lebih teruk daripada kita. Sesungguhnya, tak ada perkara yang senang di dalam dunia ini. Untuk bernafas pun bukan kerja mudah. Macam nak gila jugalah si jantung itu mengepam darah keluar masuk. Kalau terberhenti walau sesaat saja kerja-kerja mengepam darah itu, memang nyawa di hujung tanduklah nampaknya. Satu saat itu sudah cukup lama untuk membuat manusia nyawa-nyawa ikan.

Ah, macam biasa aku pergi buat U-turn jauh.

Baiklah.

Buat mereka yang memperoleh keputusan yang kurang memberangsangkan, mari sini aku kongsi sedikit cerita aku semasa mengambil keputusan SPM dahulu kala. Terpaksa membahasakan diri sebagai 'aku' agar kelihatan seperti seorang kakak yang bergaya dan selamba bersahaja. Dan cool. Ya. Saya kakak yang cool. Ehem.

Tahun 1998.

Angka giliran SPM, RA032 B147 (tak sangka masih boleh ingat). Aku ambil SPM di Beseri, Perlis. Percayalah. Aku tak belajar sangat pun. Dan keputusan SPM pun memang setimpal dengan usaha yang ada. Memang adillah kan. Kalau usaha berlipat ganda, insyaAllah berlipat ganda juga hasilnya. Dan begitulah sebaliknya. Allah memang Maha Adil. Dia tak akan mensia-siakan usaha, doa dan tawakal hambaNya. Makanya, nak seribu daya kan. Lain-lain itu faham-faham sediri.

Detik mengambil keputusan SPM.

Serius aku berat hati. Sebab dah boleh agak dapat berapa. Zaman aku SPM dulukala masih lagi pakai agregat. Kiranya kalau tak ada A langsung dalam mana-mana mata pelajaran pun kira tak apa asalkan masih lagi agregat satu. Itu yang penting. Memang meriah satu kampung. Buat adik-adik yang tak pernah dengar perkataan agregat, agregat itu kira macam pangkatlah.

Eh, cop!

Salah konseplah pula.
Agregat itu macam nombor.
Pangkat itu macam kastalah tapi nombor.

Faham ke entahnya.

-_-"

Haih, susah rupanya nak terangkan.

Macam ini... macam ini.

Agregat 9 sehingga 25 itu dikira pangkat 1.
Agregat 25 sehingga berapa entah itu pangkat 2.
Dan begitulah juga seterusnya sampai ke pangkat 3.

Dan alhamdulillah aku dapat juga pangkat satu. Cuma agregatnya memang teruk gila. Dapat agregat 19 ke 20 berapa entah. Tapi bukan 25 lah. Memang sangat teruk. Masa itu rasa macam sangat tertekan. Rasa macam tak layak masuk mana-mana universiti. Rasa menyesal gila sebab tak belajar betul-betul. Memang patutlah orang selalu cakap, "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian memang useless."

Dan.

Jika dibandingkan dengan semua MRSM di Malaysia ini, agregat aku itu memang tak patut jatuh dalam pangkat satu. Baik jadi pangkat dua terus. Sepatutnya budak-budak MRSM memang tak patut dapat keputusan macam itu. Lebih baik pergi sekolah biasa saja. Budak-budak sekolah sains pun lebih hebat. Menghabiskan duit mak bapak saja. Siap boleh dapat P6 dan P7 dalam semua mata pelajaran sains.

Semua tahu!

Biologi.
Kimia.
Fizik.

Aku minat tapi tak mampu score. Cuma Matematik saja masih gagah di dalam genggaman. Aku rasa P6 dan P7 itu macam C5 agaknya. Entahlah. Tak ingat dah semua itu. Yang aku tahu masa itu keputusan SPM ibarat keputusan Sijil Pergi Mati. Memang kecewa betul hati kedua-dua ibu dan ayah saya. Kasihan mereka. Hati suci kedua-dua ibu dan ayah telah dirobek dan diconteng arang. Sampaikan aku pun terkena tempias kecewa mereka. Ya. Semasa malam konvokasi. Kes sulit ini. Maaf. Sampai sini saja.

Lagi satu.

Aku rasa sepanjang aku belajar di MRSM Beseri itu, memang dua tahun itu aku belajar main-main saja. Apa yang aku dapat cumalah keberanian dan kemahiran berkomunikasi. Serius. Itu sajalah yang boleh dibanggakan. Hasil belajar di MRSM selama dua tahun, aku cuma dapat seketul guts. Dan tak lupa juga kawan-kawan. Ya. Aku dapat kawan-kawan yang ramai. Dan aku selalu dapat buli kawan-kawan dan adik-adik junior. Tak apa. Itu cara aku berkasih sayang.

Kemudiannya.

Detik-detik memohon borang UPU pun tiba. Zaman aku dahulu kala semuanya pakai manual. Segalanya pun masih kaki dan kertas. Pemohon-pemohon semua harus pergi membeli borang UPU. Sekarang ini aku rasa online saja kan? Memang malas betul anak-anak muda zaman PSP (Play Station) ini.

Dan ketika itu.

Aku sangat minat biomedic. Sangat-sangat. Sebab diajar cara-cara merekacipta jantung palsu dan segala-segalanya yang palsu untuk tujuan perubatan. Bunyi pun sudah menarik hati. Apatah lagi kalau turut serta kursus itu kan. Namun begitu, disebabkan keputusan Sijil Pergi Mati aku tak begitu memberangsangkan, aku pun tak tahu nak mohon kursus apa.

Lepas itu, aku terfikir Sains Sosial.

Sebab aku sangat berminat mahu jadi seorang Homicide Psyhologist. Ya. Aku sangat terpengaruh dengan cerita Homicide di kaca televisyen tidak lama dahulu. Terasa macam sangat menarik bila kita boleh kaji bagaimana sesuatu kes pembunuhan itu terjadi dengan menggunakan kuasa psikik.

Best kan... best kan?
Sangat cool.

Malangnya. Mendapat bantahan daripada mak. Katanya kursus merepek macam itu mana ada peluang pekerjaan di Malaysia. Walaupun jiwa dan raga sangat memberontak mahu memohon apa-apa kursus yang menawarkan subjek psikologi, akhirnya terpaksa juga melepaskan dengan rela. Setiap kata-kata seorang ibu itu adalah doa. Jangan membantah. Nanti buruk padah. Dibalas tunai lagi itu.

Akhirnya.

Nak tak nak aku ambil saja kursus IT di ITM. Dan seterusnya aku sambung di UTM pula. Belajar memang menyeronokkan. Tapi, cukup sampai satu tahap bila rasa tepu itu sudah tiba memang wajib berhenti. Maksud aku, berhenti belajar di mana-mana universitilah. Berapa banyak hutang MARA perlu dilangsaikan. Banyak itu. Bukan berhenti belajar terus. Selagi kita hidup, selagi itu setiap perkara yang kita lakukan itu adalah satu pembelajaran.

Walau bagaimana pun, di atas kegagalan SPM bolehlah juga aku hidup dan berjaya macam manusia lain. Akhirnya, terbentuk juga untuk menjadi seorang manusia. Memang tidak sempurna. Tapi, alhamdulillah masih cukup jugalah sifatnya walaupun masih berterabur mazmumahnya. I used to learn the hard way. And still learn the hard way. Zaman kecil sehingga besar, dugaan sangat banyak.

Tapi.

Setiap yang jadi ada hikmahnya.
Dan Dia yang menentukan segalanya.
Dan Dia tahu apa yang baik untuk hambaNya.

Itu janji Dia.

Dan untuk berjaya memang WAJIB dipertemukan dengan kegagalan. Kalau tak jumpa kegagalan, masakan kamu boleh berdiri di tapak yang sedang kamu berdiri ini. Kan? Lagipun. Apa yang kita inginkan itu tak semestinya baik untuk kita. Dan boleh jadi apa yang kita cuba jauhkan itu pula baik untuk kita. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Makanya.

Hiduplah secara sederhana dan bersahaja.

Jalan terus.
Jangan toleh belakang.
Setiap perkara buruk yang terjadi itu dugaan saja.
Anggap saja semua itu ibarat kesesakan lalu lintas ketika menuju ke destinasi.

Fuh, boleh tahan juga konsep hidup aku.

Sudahlah.

Terasa seperti televisyen pendidikan saja entri ini. Maaflah. Sudah seminggu tidak menulis. Kemahiran menulis secara kurang rasional sudah agak berkurangan.

Terakhirnya.

Buat adik-adik yang terasa seperti gagal di medan perang, berusahalah. Untuk berjaya kena gagal. Kalau kita berjaya tanpa kegagalan, itu bukan berjaya. Itu tipu belaka. Dan percayalah, hanya orang hebat saja yang mampu bangun dari sebuah kegagalan. Makanya, kalau mahu jadi orang hebat bangunlah dan berjuang sampai ke titisan terakhir. Dan setiap umat Islam itu memang seorang pejuang. Pejuang hawa nafsu. Maka, berusahalah.

Kalau tidak mahu,
kau duduk sajalah di situ sampai mati.

Belum cuba pergi berperang lagi sudah mengaku kalah.

Membazir betul jadi manusia_

Kategori:

16 Responses to "SPM Bukan Sijil Pergi Mati"

ieba said :
March 16, 2010 at 8:46 PM
terasa bermotovasi seketika baca tulisan kak famia kali ini..ieba pun salah seorang yg suka memandang rendah pada dr sdri :( (dsbbkan result SPM yg kurang memberangsangkan) tapi kini bersyukur masih mampu berjaya juga..

(faham ke ? x faham buat2 faham lah yer huhu..)
etyobek said :
March 16, 2010 at 9:00 PM
pangkat 1 sampai 24 jela kak...
March 16, 2010 at 9:45 PM
owh. gitu ceritanye. kna letak dalam page about me baru best den bace. skang da sukses kan? den oke ckit dr result puan.

tapi result yg oke tue sebenarnya hancur jugak kalau komunikasi lebur.

maka apa yg puan dapat saya tak dapat, apa yg saya dapat puan dapat.

puan sgt beruntung dpt berkomunikasi lancar :)
Anonymous said :
March 16, 2010 at 10:07 PM
sy pun mcm puan....terharu sy membacanya..... :p

semang
Daun Bidara said :
March 16, 2010 at 11:20 PM
bagus entry ni daun pun setuju dugaan itu yang mematangkan kita
famia said :
March 17, 2010 at 1:28 AM
ieba: hehe. learn the hard way is the best. simple way macam shortcut tu tak best. tak mengajar jadi manusia sejati. Sijil Pergi Mati itu kalau dapat teruk pun takpe. Itu bukan pengakhiran. Tapi titik mula untuk suruh kerja kuat. Berusahalah. :)

suhaila: hehe. alah 1 je. takde beza :p

ET: hehe. berusahalah selagi jantung masih berdenyut :)

semang: cool kalau macam tu.

daun: ya. dugaan itu mematangkan manusia. dan yang membezakan antara satu manusia dan manusia lain adalah cara manusia itu menghadapi dugaan :p
kel@mbu said :
March 17, 2010 at 3:11 AM
mana ada p6. cuma ada p7 dan p8 untuk pass dan f9 untuk fail. 6 masih kredit=c6.

tapi sistem agregat ni bersyarat. walaupun pangkat 1 dikira antara 9-24, tapi mesti kredit 4 subjek teras (bahasa melayu wajib kredit) dan 2 elektif.

contoh: walaupun agregat 19, tapi kalau BM tak kredit atau tak cukup 6 subjek kredit (termasuk 2 elektif), agregat dikira jatuh gred 2.

sekadar maklumat untuk adik-adik. hehehe..
Anonymous said :
March 17, 2010 at 8:12 AM
patut mcm confuse p6 rasanya dulu saya dapat c6. mmg betul usaha tangga kejayaan. saya dulu masa form 4 ok lagi naik form 5 malas blajar. time nak start class QS, tak hafal surah cpt2 pg toilet. at the end org lain majoriti dapat a1, saya cuma dapat c3. tp nasib la dapat pangkat 1 dgn agregat yg ok tu pun bm a1 menyelamatkan segalanya. ^_^

MA061
March 17, 2010 at 1:38 PM
Rasanya apa yang famia lalui sama dgn saya.. result SPM yg tak memuaskan hati tapi akhirnya berjaya jua ke menara gading dan berjaya dlm alam pekerjaan..

itu adalah ujian untuk kita lebih menghargai apa yg ada di hadapan..mana tahu kalau kita dah berjaya masa SPM, kat Uni main2 pula kan..ramai yg saya tengok jadi mcm tue..

oklah, stop kat sini, takut jadi entry baru pula
paiseh said :
March 17, 2010 at 3:18 PM
terima kasih kakak!!
kakak sgt kool! kakak sgt motivatif!!
mintak sain~
M-I-N said :
March 17, 2010 at 6:27 PM
terima kasih kak fami.
kak fami memang coollah!
akma said :
March 17, 2010 at 7:06 PM
mcm sama je kite ye kak...
hehee....
dlm idop yg pntg percaya diri sndri...
azka said :
March 18, 2010 at 12:17 AM
sistem online skrg bagus jgk, aku sendiri pernah tersalah isi borang UPU.

betul kata famia, sistem agregat ni merapu macam sistem kasta.
nananye said :
March 19, 2010 at 4:05 PM
fami, dulu-dulu

agregat 6 - 24 adalah pangkat satu.
25 dah masuk pangkat 2.

kalau aku tak silap la.

sepupu aku dapat 6. sbb tu aku tau pangkat 1 mula dr 6.
echah_syed said :
March 19, 2010 at 9:55 PM
sgt syahdu sbb situasi yg sama mcm combi jugak :(

apapun tuah ayam nmpk dikaki tuah manusia siapa tahu kan.
Failure said :
June 25, 2010 at 5:06 PM
HAHAHA EPIC FAIL

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.