Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, March 26, 2010


_Pemandu kereta dan penunggang motorsikal.

Perbezaannya.

Di jalan raya, pemandu kereta terpaksa menjaga dua nyawa. Satu nyawanya sendiri dan satu lagi adalah nyawa penunggang motorsikal. Manakala, penunggang motorsikal pula cuma menjaga nyawanya sendiri sahaja. Nyawa pemandu kereta tidak berapa dipedulikannya. Mereka sibuk menyelit ke sana sini dan menunggang motor di laluan kereta. Dengan laju yang menggila kadangkala. Ya, bukan semua penunggang motorsikal memandu begini tapi kebanyakannya beginilah.

Laluan paling kanan, laluan laju.

Kerapkalinya.

Dipenuhi lori, bas, motorsikal, basikal dan kereta. Masing-masing memandu dalam keadaan yang boleh tahan menggila. Dan ada juga yang memandu dengan kelajuan 60km/j di laluan laju. Ada juga kelajuan 140km/j. Dan ada juga yang pegun saja di situ sehingga menyebabkan kenderaan-kenderaan lain beramai-ramai membusut di jalan tidak bergerak.

Ah, nanti.
Ada surat nak bagi ini.

Kepada penunggang motorsikal,
Cukai jalan pun pemandu kereta bayar juga,
Tapi tolonglah jaga nyawa kita semua sama-sama,
Menyelit ke sana sini dan memandu di laluan laju,
Tanpa mempedulikan semua pengguna jalan raya yang ada.

Apa kejadahnya.

Nanti keluar berita. Penunggang motorsikal tersepit di bawah lori. Hancur badan bercerai nyawa. Akibat merempit dan menyelit ke sana sini. Kadangkala, di laluan laju mereka merempit bagai nak gila kemudiannya apabila sebuah kereta menukar laluan ke laluan kanan dengan menyalakan lampu tanda mahu ke kanan, penunggang motorsikal terpaksa memperlahankan motornya sambil memberi pandangan, "Lu apa hal. Buta ke?"

Hek eleh.

Lu apa hal_

Kategori:

5 Responses to "Sekeping Nyawa di Jalan Raya"

pu3sakura said :
March 26, 2010 at 10:13 AM
hmm...kadang kala tak faham dengan mereka yang menunggang motosikal dengan melulu ni, kalau mereka tak peduli tentang nyawa mereka sekalipun, sila la hargai nyawa orang lain, jalan raya bukan mereka saja yang punya....
poj said :
March 26, 2010 at 10:50 AM
betul! betul! betullll!!
Kelbros said :
March 26, 2010 at 2:46 PM
niat di hati mahu jadi pemandu berhemah, namun kekadang mulut tak henti2 nk menyumpah..huhu
adLedash said :
March 30, 2010 at 6:37 AM
macam x paham sangat. huuu! tapi penah la tengok vidio lelaki naik moto kene gilis dengan lori. kesian. moto tu x besalah. lori tu yang pegi gilis x pasal2. err...tetiber tercerita benda ni lak. huu~
famia said :
March 30, 2010 at 2:22 PM
pu3: kan. itulahnya.

poj: hm. sebahagian saja mungkin yang betulnya.

kelbros: hehe. sabar. kesabaran manusia memang terletak di stereng kereta.

adledash: uff, ngeri.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.