Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Saturday, March 20, 2010


_Sari berita penting.

Ini laporan berita berkenaan Pesta Buku Antarabangsa KL.

Pertama sekali.

Hampir semua rakyat Malaysia memang gilakan buku. Walaupun mungkin tidaklah ramai mana yang membaca di dalam LRT seperti yang digembar-gemburkan oleh sebuah akhbar tempatan di dalam berita online-nya, tetapi memang jelas kelihatan rata-ratanya rakyat Malaysia memang cintakan buku. Memang terang lagi bersuluh, rakyat Malaysia gemar membaca walau di mana sahaja.

Ah, ya termasuklah di dalam tandas juga.

Jangan menafikan.
Ini realiti.
Kan.

Baiklah, kita mulakan laporan berita PBAKL 2010.

  1. Jika anda memandu ke PWTC, pastikan anda sudah berada di sana sebelum jam 10 pagi. Aku pun tak pasti sebenarnya jam berapa mereka semua sudah mula memenuhkan ruang legar pesta buku itu. Aku sampai sana jam 10 pagi pun sudah sesak gila trafik keretanya. Berpusu-pusu mencari parking. Waemah jam 10 pagi baru PWTC itu dibuka. Mungkin mereka sudah tunggu siap-siap di luar pintu agaknya. Lain kali parking saja di dalam The Mall. Tak adalah sesak kepala.
  2. Jika anda membawa anak-anak, pastikan anak-anak anda SENTIASA berada di samping. Paling teruk pun ikat tali pada tangan anak dan tangan sendiri. Tolonglah kasihan pada budak-budak kecil itu. Tempat-tempat yang dipenuhi manusia macam itu memang kanak-kanak lebih teruja sedikit. Lari sana lari sini sampai sesat. Mak bapak pula khusyuk melihat buku-buku. Kesudahannya terpaksalah pihak penganjur membuat pengumuman siapa yang ada kehilangan anak. Setiap tahun pun wajib ada anak hilang. Buku pun macam dadah rupanya. Membuat manusia khayal. Sampai terlupakan anak sendiri.
  3. Jika anda tidak berhajat untuk membeli buku dan lebih berminat untuk window shopping, sila pastikan anda membawa duit yang lebih. Ini kerana mereka yang tidak mempunyai senarai untuk membeli buku dan cuma window shopping saja adalah lebih cenderung untuk membeli buku. Nampak saja yang berminat kemudian terus ambil dan beratur panjang menunggu giliran. Tiba di kaunter bayaran, duit tidak cukup. Memang gigit jari sajalah di situ. Expect the unexpected, ok? Tadi ramai juga adik-adik yang meminjam duit kawannya. "Eh, kalau aku tak cukup duit, pinjam ya duit kau?" Tergelak aku. Sebab dulu aku pun macam itu dengan Dani.
  4. PBAKL kali ini memang lebih besar dan luas skalanya. Sila pastikan anda sudah melihat peta booth yang ada. Dan pastikan anda tahu kedudukan pintu keluarnya di mana. Aku pusing-pusing tingkat yang ada booth Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) berkali-kali sebab tak jumpa pintu keluar. Kesudahannya keluar saja di pintu masuk. Tahun lepas macam ada pengawal yang jaga. Tak boleh keluar di pintu masuk. Tahun ini macam tak ada pengawal sangat. Atau mungkinkah pengawal semua sedang undercover dan memakai baju biasa saja? Ah, entahlah. Yang penting aku dah keluar dari situ. Tahun ini lebih besar dengan kewujudan booth di tepi sungai. Yang memang gila meriah dan berwarna-warni. Ya adik-adik, PTS di situ. Aku siap pergi beli Koleksi Cerita Rakyat Jepun 2 sehingga 6. Dengan harga rm12.50 sebuah. Kau kiralah sendiri jika didarab dengan lima berapa harganya. Itu baru sebahagian. Ah, kayalah PTS!
  5. Sebelum memulakan perjalanan mengharung manusia di dalam pesta buku itu, sila pastikan anda sudah mengisi perut dengan sekenyang-kenyangnya. Situ memang confirm panas, haus dan lapar. Dengan rombongan budak-budak sekolah yang main tolak-tolak saja semua orang dewasa di sekelilingnya. Ai, sabar sajalah aku adik-adik ini.
  6. Bayi kecil belum pandai membaca. Bukanlah nak cakap apa. Tapi kan, serius kasihan bila tengok budak-budak kecil yang masih dalam stroller diusung ke pesta buku. Dengan bersesaknya. Dengan panasnya. Sekeliling mereka pun macam dipenuhi dengan pemandangan kaki-kaki manusia. Eye level mereka di situ bukan. Itu belum kira lagi bayi kecil yang baru beberapa bulan dan masih lembut tulangnya serta mudah terkulai didukung dan diusung sekali. Alahai ibu bapa.


Lain-lain.

Aku rasa tahun ini lebih menarik sebab banyak partition berbanding tahun lepas. Dan aku rasa design booth Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) pada tahun lepas lebih menarik berbanding tahun ini. Dan tahun ini, booth Dewan Bahasa dan Pustaka terasa semacam mengecil pula berbanding tahun lepas. Dan booth PTS memang teramat besar dan gila meriah berwarna-warni serta lebih tersusun rapi berbanding tahun lepas. Lain-lain booth memang aku tak sempat singgah. Oh, ya. Kenapa aku tak nampak pun booth Ameen Serve. Katanya berhampiran ITNM. Aduhai, misi mahu mencari buku-buku Faisal Tehrani tidak kesampaian.

Sabar Huzai, sabar.
Masih berbaki beberapa hari lagi sebelum 28 haribulan.

Lain-lain yang memang lain.

Singgahlah sendiri_

Kategori:

13 Responses to "Sari Berita Penting PBAKL 2010"

nananye said :
March 20, 2010 at 9:49 PM
aku ada skodeng buku2 ITNM,
adui, bajet lari la pulak.
ethom said :
March 20, 2010 at 9:57 PM
aku pnye la rambang mate tgk byk sgt booth sampai bace label pon dah x betul.. ms lalu kat booth kakinovel tetiba aku ternampak.. Promosi RM 4 lantas aku bekate kat anak2 buah aku..

"weh novek 4 rgt je?? gile babas murahhhh.. jom serbu.. tp apsal xde org sgt??"

anak2 buah aku wat muke tapaham.. lalu berkate..

"apekah?? mane ade novel 4ringgit.. tu dia kate 'diskaun potongan RM4' laaaaa... aparaaaaa...."

huhuhhu.. bodoh kejap terasa weh...
famia said :
March 20, 2010 at 10:07 PM
nana: hehe. itu ah. Last year aku sebat buku That's That. Buku puisi. Sangat best. Tahun ini macam semuanya pun rm40 ke atas. Huhu. Tak mampu nak sebat.

suhaila: hahahah. Tapi ada je jual buku2 latihan budak sekolah UPSR 50sen sebiji. Booth tingkat ITNM tu. Situ aku serabut ayam betul dengan orang Linguaphone. Tiap-tiap tahun pun mesti ada. Haha.
M-I-N said :
March 20, 2010 at 10:14 PM
terima kasih atas infomasi.
Daun Bidara said :
March 21, 2010 at 1:00 PM
ingat isnin baru pergi tunggu cikgu dan student semua masuk sekolah dulu,ramai sangat sekarang..tq info ni bagus
Hajar said :
March 21, 2010 at 2:16 PM
adoi, bile bace sari berita ni rasa melonjak2 nak ke PBAKL, tp ape kan daye. kerja berlambak2 lak masa nih. haish...
Ezad said :
March 21, 2010 at 5:38 PM
eheem..

sedikit komen..

kalo setakat nak jalan2, nak usyar awek, nak tengok pak we hensem, baik jgn gi PBAKL..
mereka ini yg menyesakkan jalan..

huhu..

nasihat dr orang melaka..

:)
famia said :
March 21, 2010 at 6:59 PM
min: ye.

daun: ya. silalah.

kakpu3: hehe. ada kesempatan singgahlah kak.

ezad: hm. zaman kau kot bro. sekarang ramai yang bersesak tu sebab masing2 pilih buku nak beli berjam2.
Anonymous said :
March 22, 2010 at 2:46 PM
gua naik lrt dr sri petaling..awat lengang smacam ajer smua station ni.sampai PWTC gua lg konpius, takkan gua+awek gua sampai awal. tgk jam da kul 2pm..sampai dlm gua pandang awek gua,idung awek gua da kembang smacam...erghhhhh!!!!gua rase nak bakau majalah ujang time tu gak sb dia tulis DARI 18-27 MAC2010...sengal gilerr ooo
famia said :
March 23, 2010 at 10:25 AM
anon: kiranya? apakah? gua tak dapat tangkap apa yang lu cuba sampaikan. betullah tarikh PBAKL tu.
Anonymous said :
March 23, 2010 at 12:50 PM
dlm ujang 18-27 tp kat banner dlm pwtc tu 19-28..time gua dtg tu diaorg tgh punggah buku..gua tanyer,ngn slambe diaorang jawab tangguh sehari..
famia said :
March 24, 2010 at 9:57 AM
anon: kiranya lu pergi awal ke apa ni? gua blank lagi ini.
Anonymous said :
March 24, 2010 at 11:40 AM
aiyooo...eyo cik mia.saya p sehari awal.pesta buku tu kan start Jumaat tp kitaorang p Khamis.. clear??hehehe

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.