Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, March 01, 2010


_Mari belajar Matematik.

Buat semua pecinta Matematik.
Ini teknik mencongak mengalahkan kalkulator peringkat pertama.

Sebelum itu.

Aku memang tak suka pakai kalkulator. Dulu di ITM masa belajar subjek Kalkulus, memang merangkak betul nak menaip pakai kalkulator. Serius, aku rasa pakai kalkulator itu sangat susah. Dia jadi semakin lembab mengira. Bukan dia. Aku sebenarnya. Dan serta merta aku boikot kalkulator. Lebih baik ambil pensel dan kertas, kemudian congak secara laju. Walaupun agak lambat daripada kalkulator, tapi bolehlah dari tak ada. Kan.

Tapi.
Itu dulu.
Sekarang tidak lagi.

Aku jumpa boleh tahan banyak jugalah teknik mengira dengan laju. Sesuai untuk semua golongan umur dan bangsa. Dengan syarat, anda masih belum nyanyuk dan masih boleh berfikir dengan baik. Tahap berfikir lembab atau tidak itu kita kira kemudian.

Baiklah.
Instant multiplication, go!

Pra-kondisi:


  1. Teknik ini sesuai untuk semua nombor yang didarabkan dengan sebelas (11) SAHAJA.

  2. Untuk peringkat permulaan, kita mulakan dengan semua nombor dua digit didarab sebelas.


Contoh:
35 x 11 = ?

Kaedahnya:
3 + 5 = 8

Maka, jawapan 35 x 11 adalah 385.

Dapat?
Tambahkan kedua-dua digit itu dan letakkan di tengah-tengah.

Cuba lagi.

54 x 11 = ?
Tambahkan 5 dan 4, iaitu 9 dan diletakkan tengah-tengah.
Maka, hasil 54 x 11 adalah 594.

Dapat?
Ok, cuba ini pula.

87 x 11 = ?

8 + 7 = 15.
Disebabkan hasil tambahnya adalah dua digit, maka tambahkan satu pada angka lapan.
Maka, hasil 87 x 11 adalah 957.

Cuba lagi.

68 x 11 = ?
Tambahkan 6 dan 8, hasilnya 14.
Kemudian, tambahkan satu pada angka 6.
Maka, hasil 68 x 11 adalah 748.

Dapat?
Dah pening?
Ah, sila dapatkan sendiri buku itu di bawah ini.



Buku ini aku jumpa di BookExcess, Amcorp Mall.

Macamana nak pergi Amcorp Mall?
Ambil Putra LRT dan berhenti di stesen Taman Jaya.
Dan jalan dalam tiga puluh tapak, anda akan jumpa bangunan tinggi berkembar dua.

Dan BookExcess ada di tingkat, er....

Ok, kalau anda jumpa Watson, naik lagi eskalator.
Ok, kalau anda jumpa Popular di atasnya, naik lagi eskalator.
Hah, di situlah letaknya BookExcess. Tingkat tiga ke empat entah.

Harganya dalam RM19.90. Memang terbaik. Untuk nerd Matematik freak yang sukakan kehalusan seni Matematik, anda memang digalakkan dapatkan buku ini di BookExcess. Aku tak rasa boleh dapat harga yang sangat murah macam ini di mana-mana kedai buku serata Malaysia. Lagi pula, kulit bukunya sangat suci berwarna putih. Rekaan buku yang menarik. Simple and minimal design.

Ya... ya.

Aku memang suka baca buku yang macam ini.

Yang sebenarnya, aku rasa aku ini suka menyeksa otak. Tapi, kalau kita seksa otak, otak akan jadi lebih bagus bukan? Lagi pula, otak cuma diseksa secara tidak langsung saja. Contohnya, pastikan tiga puzzle Sudoku habis dibuat di dalam perjalanan dari Terminal Putra ke Kerinchi. Atau pun, baca buku Matematik di sepanjang perjalanan. Atau pula, sambung buat puzzle Kakuro di rumah atau sewaktu makan tengahari seorang diri. Oh, sungguh dorky dan Math freak.

Ah, pedulikan saja pasal otak itu.

Yang penting, dapat tak teknik itu?
Cubalah kalau mahu tahu keberkesanannya.

Ok.

99 x 11 = ?

Cuba jawab dalam masa 1 saat_

Kategori:

11 Responses to "Mental Matematik"

ieba said :
March 1, 2010 at 11:21 AM
x dpt jawab dlm 1 saat pun huhu..dlm 8-10 saat ..huhu..nmpk sgt otak agak slow aish...
Daun Bidara said :
March 1, 2010 at 11:56 AM
huh bagus ni, memang otak daun dah berkarat bab mengira ni
M-I-N said :
March 1, 2010 at 1:15 PM
seribu lapan puluh sembilan.
itu bukan menyeksa otak.
melatih otak.
bagus apa.
keiroro said :
March 1, 2010 at 4:49 PM
hehe.. tau lama dah cara ni.. masa sekolah rendah dulu.. sifir 9 guna jari cik famia tau ?
Ezad said :
March 1, 2010 at 10:28 PM
pergh.. baru sekarang nak bagitau..

kalau dr dulu aku tau kira2 ni, tak la aku dok asyik repeat paper math je..

tau adiputra ni, sah2 aku kena gelak
paiseh said :
March 2, 2010 at 12:52 AM
buku...?
haih~
famia said :
March 2, 2010 at 6:31 AM
ieba: hehe. takpe. boleh asah lagi tu.

daun: hehe. teknik basic je tu.

min: hehehe. ye. melatih otak. Matematik memang cool.

keiroro: uiyo, mantapnya cikgu tu! tak pernah belajar pun kitorang teknik ni. Sebarang sifir memang tak pandai pakai jari. Pakai otak je :p

ezad: siapa suruh tak rajin cari teknik2 macam ni. memangla tak jumpa.

jiran: hehe. lu ni. nanti Pesta buku bulan 3 ni cubalah rajin2kan diri pergi tengok. hulur sikit kasih sayang kat buku sepetik dua.
abangpit said :
March 2, 2010 at 3:30 PM
member aku masa sekolah dulu ada beli buku maths magic.. tp member aku ni memang genius tahap gaban la.. siap buat formula sendiri apa bagai.. skrang dh jadi professor dh..
Anonymous said :
March 5, 2010 at 2:47 PM
orang yg mmg xsuke maths - bg ape pon formula,otomatik diaorang akn mental..bg org yg suke maths - da ade formula paling senang tp susah nak ingat tetap akn mental..hehehe
famia said :
March 6, 2010 at 11:29 PM
maoi: hehe. aku belum khatam lagi buku biru Math Magic tu. Buku tu memang terbaik.

anon: hehe. mungkinlah. tapi saya percaya, nak 1000 daya.
Anonymous said :
March 31, 2010 at 6:40 AM
bertuah aku singgah kt blog ni..blh lh aku ajar anak tiri aku ni..dia lembab sangat macth ni..aku pula yang sekolah xhabis tingkatan 6...xnak diaorang jd mcm aku pula...sambil guide dia aku juga blh belajar balik hehehe..thx so much

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.