Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, March 24, 2010


_Kepalaku digigit.

Yang tinggal cuma tulang mandible.

Cuba tepuk pipi, ada rasa tulangkah? Ya. Itulah dia si mandible. Dulu sekolah rendah cikgu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) suruh menghafal segala jenis tulang pada rangka badan manusia. Dan disebabkan nama-nama tulang itu memang luar biasa pelik dan tidak begitu saintifik bunyinya, maka boleh tahan sedikit mudahlah juga untuk aku lekatkan dalam kepala. Maklumlah, aku kan macam Dory.

Tapi itulah.

Kepalaku digigit. Bak kata Sang Pelangi, semua itu satu metafora saja. Kiasan. Ah, ya. Berkias lapan lapik memang cara aku. Dan selalu disalah sangka gara-gara lapiknya tak mengena. Haha. Jangan tembak. Cuma aku tak pandai nak muntahkan rasa. Tapi sekali kalau termuntah... ah, ngeri. Ya. Pernah sekali dibanjiri muntah sendiri di dalam kereta Daineso. Haih, minta maaf. Esoknya terus masuk tahun baru. Kiranya seperti memuntahkan segala perkara buruklah kononnya.

Hinf... hinf.

Tak baik mengeluh.
Tapi tak boleh nak elak.
Ok, cuba telan... cuba telan.

Ah, terlupa pula.

Mulut kan dah tak ada. Yang tinggal cuma tulang mandible. Hai, manusia. Setiap kali dilanda kesusahan, keresahan dan kepala digigit-gigit barulah mahu mencari Dia. Ini salah satu contoh manusia yang sedikit keji dan lupa diri. Akulah itu. Hmm. Kan aku dah kata aku nak jadi oksigen.

Izinkanlah, oh_

Kategori:

7 Responses to "Kepala Digigit Lalu Terus Berubah Menjadi Gas Oksigen Seperti Proses Pemejalwapan Yakni Seorang Manusia Pepejal Menjadi Wap"

nananye said :
March 24, 2010 at 9:52 AM
hahahaha..
kalau manusia semua jadik wap, selalu la hujan turun ke bumi.
nananye said :
March 24, 2010 at 9:57 AM
aku pengikut ke 218 rupanya.
bak choki-choki!
famia said :
March 24, 2010 at 9:58 AM
nananya: kalau aku ini penulis cerita dongeng, dah lama aku cakap semua manusia yang meninggal telah menjadi wap. sebab itu bila hujan turun ada bau :p
famia said :
March 24, 2010 at 9:59 AM
nananya: kah kah kah. adakah kau sengaja? ahakhakhakahkahks. takpe. wajib tuntut. aku mesti bagi punya. wahoo!
nananye said :
March 24, 2010 at 10:25 AM
kau tak cakap pun secara sengaja atau tak, kan?
famia said :
March 24, 2010 at 10:34 AM
nananya: hehe. tak wahai nana. aku suka je kalau tu kau. tak ramai kawan2 aku yang suka makan Choki CHoki. nanti aku bagi ya :p
Nana CS said :
March 24, 2010 at 10:59 AM
takyah la pos. bulan depan kan ada Baca@LRT lagi. hihi.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.