Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, March 22, 2010


_Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.

Itu tajuk karangan yang sering mendapat tempat di hati penyedia soalan.

Tak lain tak bukan memang tajuk itulah. Zaman aku PMR. Zaman SPM pula apa entah agaknya karangan yang ligat jari berlari. Tak ingat. Dan setiap kali ternampaknya tajuk karangan 'Pengalaman yang tidak dapat dilupakan' itu memang automatik aku mula mengarang. Sebab selalunya tajuk karangan macam itu memang kau tak payah nak fikir format dan rangkanya secara teratur. Boleh larikan saja jari itu selaju mungkin. Asalkan jalan ceritanya ada.

Tulis dan tulis dan tulis sampai waktu habis.

Dan selalunya kalau ikut gaya aku menulis, memang di dalam itu adalah juga kisah bertemu makhluk asing atau dikejar hantu dengan penuh cabaran. Yang mana kebiasaannya diakhiri dengan jatuh katil dan terus terjaga daripada tidur. Ya, semuanya mimpi belaka. Kisah khayalan semata-mata.

Habis takkan kau nak kata itu kisah benar.

Tak baik menipu. Tak pernah jadi pun semua kejadian itu. Mana ada makhluk asing kepala sebesar buah tembikar dan kaki sehalus ranting kayu. Pinggang pula bersaiz 15cm. Ramping sungguh. Matanya pula besar tanpa kelopak. Sehari sekali saja matanya berkedip. Sebab itu matanya sentiasa merah. Badannya pula berwarna hijau pekat. Ah, kalau cerita dengan orang tua mesti dikatanya itu si toyol. Tidak mistik betul atuk ini.

Ehem... ehem.
Cukup-cukuplah Huzaimatus.
Kita kembali semula ke pangkal jalan.

Baiklah.

Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Anggap saja aku tengah menulis karangan SPH. Iaitu, Sijil Perempuan Hebat. Ini terjadi kira-kira beberapa tahun dahulu yang tidak saya ingat tahun kejadiannya. Tetapi seumur hidup saya, memang inilah satu-satunya pengalaman yang sehingga jasad dibenam di bawah tanah pun pasti tidak dapat dilupakan.

Ya.
Kisah tidur di bawah tangga.
Saya memang suka ulang cerita berjuta kali.

Repetition makes perfect.
Hah hah hah.

Sejak kejadian itu, saya rasa saya boleh faham bagaimana mudahnya jadi seorang pengemis bila kefakiran itu datang mendekat. Di dalam keadaan yang terdesak, apa-apa pun boleh jadi. Apa-apa pun mampu dibuat. Sebab rasa terdesak itu sudah berdiri tegak di atas rasional. Dan bila rasional jatuh terduduk dikalahkan rasa terdesak, memang bergasaklah jiwa.

Ah, ya seperti yang dinyanyikan Alarm Me - Harapan Tidak Buta.

Berusaha hindar keculasan,
Waspada kefakiran,
Jerumuskan kekufuran.


Memang betul kena waspada kefakiran.

Waktu itu bas baru sampai di Puduraya. Jam 4 lebih pagi menghampiri ke jam 5 pagi. Dari Kedah. Dan macam biasa, saya tak suka nak kejutkan ayah minta tolong ambil. Dan macam biasa, dengan sekeping keberanian dan perangai suka perasan hebat seperti seorang hero saya pun berjalanlah dari Puduraya menuju ke Masjid Jamek. Dengan harapan pintu pagar masjid itu terbuka. Boleh juga menumpang diri.

Namun.
Harapanku tipis.
Dirantai ketat pintu pagarnya.

Nak tak nak memang duduk saja tercorok di sebuah mesin ATM stesen LRT Masjid Jamek. Ah, ya. Setia menunggu perjalanan LRT pertama jam 6 pagi. Duduklah saya bersila di dalam kesejukan embun pagi. Oh, dinihari. Sepi sekali.

Tiba-tiba....

Telinga saya tertangkap bunyi bising. Mata yang baru memulakan perjalanan mimpi pertama terus tersentak jaga. Ada lebih kurang empat ke lima orang remaja. Masing-masing sibuk cuba memecahkan mesin ATM yang berjarak dalam tiga buah mesin ATM dari tempat saya menyorok. Ah, ya. Saya kira saya sedang menyoroklah itu. Ngeri, woi! Belum Subuh. Seorang diri pula. Kawasan 'hitam' pula itu.

Hormon Adrenalin saya mula merembes keluar.
Jantung saya mula berdenyut laju.
Dag dig dug.

Tiba-tiba.

Salah seorang remaja lelaki itu datang menjenguk saya. Terkejut bukan kepalang saya dibuatnya. Namun saya tetap cuba berlagak bersahaja agar kelihatan seperti seorang pengemis. Bimbang juga jika diapa-apakan. Waktu itu apa jenis seni pertahanan diri pun tidak muncul tiba. Walaupun saya suka tonton cerita seperti Fong Sai Yuk, Shaolin Temple Kids, Bruce Lee, Jackie Chan dan Stephen Chow Sing Chi, namun satu pun tidak terpacul di kotak fikiran saya.

Eh, tak.
Chow Sing Chi bukan dalam kategori ini.
Ah, waktu itu saya cuma gantungkan hati kepada Allah saja.

Entah berapa banyak kali baca ayat Qursi.
Hati sudah berlari tidak menentu.
Mencemaskan sungguh.

Apa kerjalah budak-budak ini pergi mencuri sebelum Subuh hari.

Tiba-tiba.

Lagi dua orang remaja lelaki itu pula menjenguk. Waktu itu saya rasa saya sudah tidak selamat. Sebelum beramai-ramai mereka menjenguk dan mengapa-apakan saya, saya pun angkat kaki secara perlahan-lahan dan menuruni tangga Masjid Jamek itu. Dengan sepantas kilat saya berjalan laju menuju ke bank berwarna coklat yang berbentuk seperti bumbung Minangkabau. Bank apa entah itu. Bank Islam agaknya.

Saya pandang kiri kanan.
Mencari kawasan persembunyian.
Namun tiada langsung yang sesuai sebagai persembunyian.

Seluruh kawasan bank itu dipenuhi dengan sinaran lampu. Terang benderang pula itu. Habislah jika bayang-bayang saya kelihatan di mana-mana. Pasti senang dijerkah budak-budak itu. Tiba-tiba, saya terpandang sebuah tangga menuju ke laman bank itu. Cuma beberapa tapak saja tangga itu.

Dan kesudahannya.

Saya pun menyorok di bawah tangga itu. Disebabkan tangga itu tidaklah besar mana, saya pun terpaksa duduk berbentuk sesiku L menyorokkan diri. Namun, sekali sekala terasa sinaran lampu itu terbias ke muka. Saya menyelitkan diri ke dalam lagi. Sangat sempit tangga itu. Letih menahan tulang-tulang agar setia berada di dalam posisi sesiku L. Tak guna. Terasa seperti sedang membuat eksperimen kemahiran hidup pula. Bersabar sajalah.

Dan tiba-tiba.

Kelihatan dari atas saya ternampak budak-budak tadi keluar mencari saya. Melilau-lilau ke sana sini. Wah, mencemaskan sungguh! Benar-benar terasa seperti drama polis Gerak Khas di TV1. Ah, ya. Rancangan pilihan atuk saya.

Dan akhirnya.

Dalam menahan diri itu tertidur-tidur juga saya dibuatnya. Akhirnya azan berkumandang. Tersentak saya seketika. Bimbang jika tiba-tiba budak-budak tadi terpaculkan muka di bawah tangga. Saya pandang sekeliling dan keluar dengan berhati-hati.

Jam sudah menghampiri 6 pagi. Saya pun pantas ke stesen LRT. Tertidur-tidur juga di dalam LRT. Kepenatan yang amat. Mana tidaknya, pagi-pagi buta lagi sudah terpaksa membuat eksperimen kemahiran hidup. Terasa bagai disumpah menjadi si Tanggang di bawah tangga saja lagaknya.

Sejak kejadian itu.

Saya tetap tidak serik dan masih lagi perasan diri seorang hero.

Dan kali ini saya tidak jatuh katil lagi kerana kisah ini benar-benar terjadi. Dan memang ia merupakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sehingga kini.

Ah, tak apa.

Sekurang-kurangnya sewaktu kedutan kulit sudah berkampung di muka dan sudah punya cucu nanti boleh juga aku berlagak dengan cucu sendiri.

Kan.

Tak sedar diri betul orang tua ini.
Adik-adik, jauhi sifat berlagak nanti Allah marah.

Ingat itu_

Kategori:

11 Responses to "Karangan SPH - Pengalaman Yang Tidak Dapat Dilupakan"

keiroro said :
March 22, 2010 at 8:20 PM
Isi = 44.9 Markah
Bahasa = 35 Markah
Teknik = 20 Markah

Markah keseluruhan = 99.9%

Tahniah anda lulus dengan cemerlang. hehe. :)
keiroro said :
March 22, 2010 at 8:20 PM
This comment has been removed by the author.
nananye said :
March 23, 2010 at 7:50 AM
bank muamalat kot, kat jalan melaka kan?
Anonymous said :
March 23, 2010 at 7:59 AM
pergh berani gile ni.
saya suka statement ni 'saya cuma gantungkan hati kepada Allah saja.' dan kerana itu cik huzai selamat dan masih ada utk berkongsi cerita. memang gerak khas. apapun moga berani bertempat lepas ni ok.
etyobek said :
March 23, 2010 at 9:25 AM
lenkali ko join je dorg korek atm tu.. kunun2 cam nk belajar teknik ke ape.. hahahahah...
famia said :
March 23, 2010 at 10:21 AM
keiroro: haha. cikgu BM sekolah mana ni?

nananya: oh, itu jalan Melaka ke nama dia? hahahah. aku dari dulu tak pasti itu jalan apa. Mungkinlah kot Bank Muamalat. Macam rupa kampung sikit bank tu.

anon: tak adalah berani mana. Mungkin hati sedikit kering kontang agaknya.

suhaila: hehe. nanti kalau kau TERalami benda macam ni kau cuba dululah. Nanti aku belajar dari kau oke :p
Kelbros said :
March 23, 2010 at 12:59 PM
advanture!!
RieNa said :
March 23, 2010 at 1:29 PM
ehem. gerak khas kat TV2. peberet mak mentua aku.

kalau aku jd ayah kamu, teruk kamu kena marah. tunjuk hero konon. dah sampai tak reti2 nak telepon umah????

mujur aku bukan ayah kamu. hehe
famia said :
March 23, 2010 at 2:13 PM
kel: ya. the adventure of kera sumbang.

riena: oh, ayah aku dah biasa dengan perangai anak dia yang seorang ni.
M-I-N said :
March 24, 2010 at 1:54 AM
rasa macam baca novel R.L Stine.
famia said :
March 24, 2010 at 9:50 AM
min: haha. exaggerate tu.

Post a Comment

Salam,

1. Terima kasih kerana menyinggah.
2. Harap dapat mengeja molek-molek.

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.