Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, March 08, 2010


_Laju betul dia melintas semalam.

Tapi retina mata aku lagi laju.

Aku tahan dia tengah jalan. Aku suruh dia tunggu sekejap. Perlu sampaikan sesuatu. Lagipun penting ini. Ada kaitan dengan hidup dan mati. Dan lagipun, dengan siapa lagi aku nak sampaikan pesanan membebel-bebel ini kalau bukan kepada dia. Kan.

Makanya.

Aku pun mula membebel.

"Awak memang pendengar terbaik saya. Selalu kalau saya ada masalah memang saya cari awak. Sebab kadang-kadang awak yang bagi masalah dekat saya. Tapi, setiap kali saya baru nak keluarkan satu perenggan ayat je awak dah larikan diri. Awak dah tak suka ke dengan saya? Awak ada perempuan lain ke? Selalu awak sanggup je dengar walaupun awak tengah sibuk. Entahlah apa benda yang awak sibukkan. Ke hulu ke hilir usung perangai rajin tu. Dunia je semua tu."

Dia pun mula berpalingkan muka.
Laju-laju dia tinggalkan aku.

"Oo tak apa. Dah tak sudi dengar. Tak sopan betul perangai main blah je. Fine... fine. Saya ingat sampai bila-bila. Lain kali kalau saya nampak kelibat awak dan suku sakat awak siaplah. Saya takkan lepaskan. Ingat!"

Tak apa semut.
Tak nak kawan dah... tak nak kawan.

Dan busut di kepala makin membesar mengusung benda di dalamnya_

Kategori:

12 Responses to "Kaki Busut Yang Kudung"

keiroro said :
March 8, 2010 at 3:32 PM
cehhhh.. semut rupanya. ingatkan sape tadi. hehe.
abangpit said :
March 8, 2010 at 3:34 PM
kau ada hikmat bercakap dengan haiwan.. boleh cuba jadi dr haiwan..
el said :
March 8, 2010 at 3:35 PM
Famia faham bahasa semut rupanya...

sixth sense tuh ;)
nananye said :
March 8, 2010 at 4:00 PM
gile hebat fami ckp dgn semut.

aku jumpa semut, aku ridsect kan aje.padahal aku guna ridsect nyamuk.
Anonymous said :
March 8, 2010 at 4:22 PM
gua dah pandai kawal prasaan saspen gua..hahaha
famia said :
March 8, 2010 at 4:53 PM
keiroro: hehe. anggap sajelah ini macam prektis lateral thinking :p

maoi: haha. bila pula aku bercakap dengan dia. aku bercakap dekat dia. dia diam je :p

el: haha. semut tak bercakap. dia tak sempat tunggu pun. selalu orang bebel sorang2 dia ke hulu ke hilir nak blah. bengang betul.

nananya: laa ko pun boleh apa. ko tahan dia. ko grip kaki belakang dia mesti dia tak lari. pastu ko bebel la berbuih2. haha. mesti dia terpaksa dengar punya. tapi aku tak pernahlah grip dia. kesian woh.

anon: lu ni cepat lemah semangat ke apa. manjang saspen.
etyobek said :
March 8, 2010 at 6:05 PM
umah aku ade byk... nak? haa nnt aku suh dorg pindah masuk umah ko ek....

aku mmg nk halau je dorg tu.. sewa umah x pernah bayo.. kuang asam tul!!! dah la suke curik2 berenang sambil minum air masak aku.. pastu mati lemas masing2 wat bodo xnak kuburkan ke ape...

mmg dasar x tau diuntung dorg tu... huh..
faiz y. said :
March 9, 2010 at 9:30 AM
haritu cicak, skarang semut pulak!! ahahah
akma said :
March 9, 2010 at 1:36 PM
wahh..peliknyer kak fami....
M-I-N said :
March 9, 2010 at 9:31 PM
dah boleh buat novel ala-ala siri bercakap dengan jin.
heh. :)
SangPelangi said :
March 15, 2010 at 8:56 PM
Semut tu satu metafora saja. Sebenarnya memang Huzai yang memang sengaja sembunyikan sesuatu. Taktik... Taktik...
famia said :
March 15, 2010 at 10:47 PM
suhaila: semot tu banyak jasa weh.

faiz: haah. banyak binatang.

akma: imaginery friends.

min: aih, takkan tak ada manusia yang tak pernah cakap sorang2. hehe

irfan: hehe. otai bahasa tersirat ya tuan Irfan. memang cekap.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.