Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, March 05, 2010


_Hari ini kita kena buat pengakuan.

Mari berkata benar.
Walaupun tak best.

Benar. Benar. Benar.
Walaupun tak best.
Benar. Benar. Benar.
Walaupun tak best.
Benar. Benar. Benar.
Walaupun tak best.
Benar. Benar. Benar.
Walaupun tak best.
Benar. Benar. Benar.
Walaupun tak best.

-_-"

Kena tempeleng juga budak ini nanti.
Main-mainkan cakap orang tua.

Ok... ok.
Mari buat pengakuan benar.

  1. Cuti yang paling seronok buat saya adalah duduk di rumah bersama ibu bapa dan menghadap komputer sehingga terkeluarnya biji mata. Saya paling malas berjalan ke sana sini kerana Isnin sehingga Jumaat sudah keluar rumah. Sabtu dan Ahad sepatutnya untuk merehatkan kaki. Kan.

  2. Saya sudah panadi (kalau ikut kata Suhaila) pandai berkata 'TIDAK' pada sesiapa jika sesuatu perkara itu membelakangkan kemahuan saya. No... no... no! Tengok, senang saja. Cuba tanyakan apa-apa soalan mesti saya akan kata No.

  3. Saya tetap tidak berjaya mengikis perangai kera sumbang terhadap manusia. Penat saya cuba. I just can't get rid of it. Saya adalah kera sumbang semulajadi. An introvert, I am.

  4. Saya er... androphobia. Dan seorang ailurophobia. Tolong jangan trigger rasa fear itu.

  5. Dua kenderaan yang memang saya tak mahu naik sampai bila-bila adalah motorsikal dan basikal.

  6. Saya sangat degil. Lebih degil dan keras daripada batu kerikil dan batu konkrit.

  7. Saya tetap nekad mahu jadi oksigen berbanding homo sapien buat masa sekarang.

  8. Saya paling tak suka orang kenal saya. Lebih baik remain anonymous atau pun low profile. Lebih misteri lebih bagus. Konsep popular dan glamour itu tidak wujud. Manusia semua sama. Bezanya pada iman dan amal saja. Anda bukan idol seperti Nabi Muhammad saw dan sahabat-sahabatnya yang boleh dijadikan ikutan.

  9. Sewaktu zaman IRC dulukala dan di mana-mana forum yang ada, watak saya selalu disalah sangka sebagai seorang lelaki. Mungkin saya memang semulajadi kasar.

  10. Saya memang tak suka aksi-aksi perasan comel. Semua itu kelihatan agak gedik. Tak cool. Tapi kalau muka orang itu memang comel dan perangainya pula buat-buat comel itu lainlah. Memang kena pada tempatnya.

  11. Saya sukakan benda-benda yang orang tidak suka. Sesuatu yang kurang mendapat tumpuan orang ramai memang lebih menarik daripada sesuatu yang dihurung manusia.

  12. Saya senang naik angin. Mood saya selalu berubah dalam masa satu saat. Tapi riak di wajah jarang berkocak. Jadi, tak semua orang nampak mood saya.

  13. Saya selalu rasa mereka yang dikurniakan muka yang 'SubhanaAllah' kacak dan cantik, perangainya pasti kurang molek sedikit. Allah memang Maha Adil.

  14. Kawan-kawan saya selalu kata saya hidup di dalam dunia saya yang tersendiri.Mungkin sekarang saya berada di alam lain. Tininini... tininini (muzik misteri dari cerita Twilight Zone).

  15. Saya paling tak suka orang yang tak ada pendirian dan lebih suka mengikut saja mengkhinzir buta.

  16. Saya tak suka disuruh. Itu sangat membebankan. Dan biasanya saya berat untuk laksanakan. Saya memang tidak bertanggungjawab.

  17. Saya sangat obses dengan warna putih.

  18. Saya rasa di dalam satu perkahwinan, lebih baik jika si suami itu lebih tua atau sebaya daripada perempuan. Lelaki memang lambat matang. Percayalah. Agak menyakitkan hati juga menunggu tempoh matang seorang lelaki itu sampai.

  19. Terakhirnya, muka saya langsung tidak sama dengan Yuna. Saya rasa mereka yang selalu kata saya macam Yuna itu memang matanya rabun. Ya. Makcik dan pakcik saya pun jatuh dalam kategori ini. Saya lahir dululah. Ah, malas nak pertahankan diri sendiri dah.


Oh, mengarut... mengarut.

Ada lagi 99 pengakuan benar sebenarnya.
Tapi, ah siapa yang kisah kan.

Apa pula pengakuan jujur anda_

Kategori:

20 Responses to "Cuba Berkata Benar Walaupun Tak Best"

al-lavendari said :
March 5, 2010 at 9:30 AM
yang no. 18 tu pakcik tak setuju .. bahkan sebenarnya banyak lelaki yang pra-matang !
etdebek said :
March 5, 2010 at 9:55 AM
huzaiiiiiiii...... :(


huhuhuhuhuhu... :(


[apsal ko lmbt dtg opis ni? :(]
famia said :
March 5, 2010 at 10:28 AM
pakcik: hmmm. mungkin saya kot yang banyak terjumpa lelaki tak matang. tak ambil serius dengan hidup.

suhaila: ye. dah datang ni.
deena awanis said :
March 5, 2010 at 11:36 AM
saya suka orang comel tapi macam x sedar yang diri dia tu comel.
M-I-N said :
March 5, 2010 at 11:39 AM
yang no.3 tu walaupun diberi sebakul choki choki masih lagi berkata tidak kah? :)
Hajar said :
March 5, 2010 at 12:29 PM
oh, samadengan. saya juga androphobia. (-_-)"
pu3sakura said :
March 5, 2010 at 2:26 PM
hehehe....yang no 6 tu sangat sama dengan saya....
keiroro said :
March 5, 2010 at 4:56 PM
Dan sebenarnya, Yuna itu yang macam Cik Famia. Cik Famia kan lahir dulu. Hehe..
Anonymous said :
March 5, 2010 at 5:22 PM
mau komen pnjg arini..;)
1- benar
2- mungkin..sb tak kenal kamu
3- jgn penat klu tuk kebaikan
4- :)
5- mamat2 yg ade hati ngn dia ni,
tlg up sikit taraf idup anda..
6- Dunia da moden,zaman da maju.
Byk cara tuk lumatkan
batu..cara kene betul ;)
7- amin
8- Begitu juga org lain..
9- :)
10- Benar
11- benar tp paling tak best klu
masuk kedai ade org ikut..
sengal ajer.
12- bagus begitu..
13- Benar
14- mcm bunyi sms masuk..hehe
15- benar..
16- da blh pk dr skrg tuk keje
sendiri..;)
17- suci
18- matang mmg penting tp klu
ilmu& kesungguhan tuk
bekluarga kurang.. bederai gak
19- hahahaha
famia said :
March 5, 2010 at 5:50 PM
deena: hehe. setiap orang memang comel je kan :p

min: No... no! (sambil angguk kepala)

kakpu3: hehe. kita kan kembar.

pu3sakura: wuhu, susah juga itu kan. hehe. stubborn brat.

keiroro: haha. tak... tak. kami berdua tak ada kaitan. cuma saudara seIslam saja.

anon: haha. apekah. ini bukan pengakuan jujur anda wahai hamba Allah.
Anonymous said :
March 5, 2010 at 8:52 PM
tang mane bukan pengakuan jujur??;)
famia said :
March 5, 2010 at 9:43 PM
anon: woah garangnya. haha. okelah. ikut suka kamu.
etyobek_bat_nau.et.hom said :
March 5, 2010 at 10:04 PM
huzaiiiiiiiiiii..............


:(
Anonymous said :
March 5, 2010 at 11:10 PM
hahaha..tu la gua cakap maroon tu pojaan hati gua..nampak garang tp cool..;)
famia said :
March 6, 2010 at 12:23 AM
suhaila: hm. tarik napas dalam2. selawat2 cuba.

anon: hehe. putih tetap terbaik :)
azka said :
March 6, 2010 at 12:27 AM
banyak betul nombor, saya undi no 11.
famia said :
March 6, 2010 at 11:25 PM
azka: hehe. orang bukan suruh undilah encik.
March 9, 2010 at 7:34 PM
saya suka post ni..
bleh saya pinjam tajukpost nih jugak?
:D

nak buat pengakuan berani mati yg simpan dalam hati. hhu
SangPelangi said :
March 15, 2010 at 8:53 PM
Kau sudahlah fobia pada lelaki.
Kemudian, tak berminat dengan lelaki lagi muda darimu. Macam Yuna pula tu.

Lagilah jadi buruan lelaki. Hahaha.
famia said :
March 15, 2010 at 10:50 PM
anne: ya. ambil saja. bukan hak milik saya :)

irfan: hehe. menakutkannya statement itu.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.