Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, March 03, 2010


_Betul.

Memang tak baik membenci antara satu sama lain.

Tapi kan.

Kalau dah badan itu sekeping. Tak menutup aurat. Perasan bentuk badan itu hot. Boleh menggoda orang. Berjalan seperti tidak berbaju ke sana ke sini. Lepas itu, mulut bising mengalahkan bertih jagung. Selalu mengiyakan segala cakap-cakap orang. Yang kadangkala entahkan ada ke tiada kebenarannya.

Lagi satu.

Bukanlah aku percaya dengan hukum karma. Tapi, kalau tak nak orang layan kita buruk, kita pun janganlah layan orang macam itu. Buat baik dibalas baik. Tapi itulah. Aku tak kacau kau pun. Kenapalah kau suka kacau aku. Paling tak boleh lupa masa tingkatan empat dulu. Kau lastik aku.

Lagi satu juga.

Memang tak elok kita berasa takut dengan benda lain selain Allah. Memang betul dah itu. Tapi entah kenapa, dengan kau saja aku rasa macam ngeri semacam. Terasa macam kau ini salah satu daripada my worst fear. Tapi memang kau ini my worst fear pun. Dan kau pula macam tahu-tahu saja aku tak suka kau kan. Perasan ada six sense. Pft.

Menggelikan.
Menyampah.
Benci betul.

Tak... tak.
Aku tak marah.

Cuma aku tak puas hati.

Kenapa kau halang laluan aku nak masuk dapur hah, cicak.

Macamana aku nak basuh tangan lepas makan. Nasib baik tak terlepas pinggan aku semalam. Terkejut ayam aku dibuatnya_

Kategori:

18 Responses to "Buat Kali ke Lapan Saya Ulang, Saya Tak Suka Awak"

Nooreena said :
March 3, 2010 at 10:56 AM
Tak suka cicak juga. Selalu jadikan laluan dapur sebagai highway mereka. Geli!
Anonymous said :
March 3, 2010 at 11:59 AM
cehhh....bikin gua saspen aje..
M-I-N said :
March 3, 2010 at 3:13 PM
hehehehe.
tergelak sorang sorang.
famia said :
March 3, 2010 at 3:26 PM
noreena: haha. at least dia tak pernah lompat jauh atas badan awak lepas itu lari 100 meter. erghh....

anon: bukan cerita hantu pun lu nak saspen. apakah.

min: nanti orang ingat gila sorang2 :p
etyobek said :
March 3, 2010 at 4:43 PM
dani rilek je anak cicak main lompat2 atas tudung ngn baju dia ms kat kuching dulu.. hahahahahahhahaa... xleh lupe... kakakakakak...
curX said :
March 3, 2010 at 9:14 PM
kalo cicak aku pon geli gaks. nak2 jatuh kat tgn masa selak langsir, eeeeee..
Anonymous said :
March 3, 2010 at 10:23 PM
saspen tak semestinyer tuk cete antu...;)
Kelbros said :
March 4, 2010 at 8:49 AM
sama jugak! xsuka cicak!! geli2

ingatkan citer pasal awek2 zaman skang..rupanya cicak..
landaklaut said :
March 4, 2010 at 11:16 AM
macam mana cicak tu lastik kau?

**tak suka cicak gak. eee!
famia said :
March 4, 2010 at 11:29 AM
suhaila: hehe. aku dah standby nak lompat je masa tu.

kurk: erghh.. itu belum lagi kalau cicak tuu berenang2 dalam tin susu pekat sebab dia terjatuh lepas itu mati lemas dalam tu. ewwww.

anon: hehe. tapi cerita ni tak saspen pun.

kel: hehe. sila baca dari sudut side B. ni macam lateral thinking :p

landak: hehe. dulu masa tengah study kat hostel aku baring kat lantai. sekali ada benda lompat dari siling. terasa kat belakang badan macam kena lastik. sekali aku pun kejung. lepas few seconds dia mencicit lari atas badan. seram sejuk aku terus lepas tu. gila geliiiiiiiii! dia ingat aku ni lantai ke. rabun betul cicak tu.
landaklaut said :
March 4, 2010 at 11:32 AM
warghh!! geli tu weh!!! aku yg membacanya turut meremang bulu roma.~
paiseh said :
March 4, 2010 at 1:56 PM
gua pecaya karma.. salah tak?
Tiey said :
March 4, 2010 at 3:21 PM
hahaha, ingat ape la tadi! x ske lipas n cicak!huu~
azka said :
March 4, 2010 at 4:57 PM
menate ni berak merata takde warning, kadang-kadang tu setongkol atas keybod
abangpit said :
March 4, 2010 at 8:23 PM
kesian cicak tu..
famia said :
March 5, 2010 at 10:27 AM
landak: ha geli kan.

jiran: hehe. gua tak rasa salah pun.

tiey: lipas ok lagi. boleh lumba lari dengan dia. cicak memang aiyooooooo

azka: uish. cicak tak kacau benda yang terbiar sekejap. tu mesti kibod tu terbiar lama kan.

maoi: zaman nabi dulu pun kena bunuh cicak apa.
March 5, 2010 at 11:19 AM
yup.. x suke cicak gak.. tp takut nk ckp direct kt any cicak cos takut cicak tu dtg malam2 n gigit kaki.. :D
famia said :
March 6, 2010 at 11:30 PM
mimpi: er, awak. cicak ada gigi ek? bukan lidah je ke.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.