Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, February 02, 2010


_Betul.

Curi dengar memang tak baik.
Jangan buat.

"Dia kenal mana budak itu?"
"Alah, dalam Internet."
"Oo. Berapa lama nak bertunang?"
"Sekejap je kot. Tak sampai setahun."
"Hah, budak mana?"
"Macam Perak, tak pun Terengganu Kelantan."
"Oo, oklah itu."
"Nanti tak payahlah masak. Catering je. Tiga puluh orang pun cukup."
"Ha, moleklah itu."
"Budak itu pun dah kerja."
"Oklah itu. Hah, Siti itu pulak apa cerita?"
"Dia itu entahlah. Si lelaki itu dah ready je nak kahwin. Dia je belum."
"Lah, kenapanya?"
"Entah. Katanya tak ready lagi. Tunggu apa entah."
"La. Umur dah berapa dia itu?"
"Si lelaki itu dah kerja pun. Company besar jugaklah."
"Oo."
"Mulanya taknak. Lepas itu, tahu pulak nak cari lelaki itu balik."
"Pulak dah."
"Blablabalablabla, prong prang prong prang...."

Kalau dah duduk sebelah aku di dalam LRT sambil bercerita dengan suara paling kuat, orang pekak pun boleh dengar. Tak pasal-pasal aku ingat skrip makcik-makcik itu.

Benci betul.

Curi dengar memang tak baik. Tapi, kalau mengumpat sambil memaksa semua orang dengar lagi tak baik. Jangan buat.

Ingat_

Kategori:

10 Responses to "Meratah Daging Mentah Di Pagi Hari"

Anonymous said :
February 2, 2010 at 12:14 PM
tarak baik...tarak baik..hehe
deena awanis said :
February 2, 2010 at 2:07 PM
nak ngumpat pun tak agak2..huhu
M-I-N said :
February 2, 2010 at 3:55 PM
tajuk yang catchy. :) baik che' fami.
Cinta Hatiku said :
February 3, 2010 at 2:28 PM
bagus tu memory daun pisang..wakakaka..
paiseh said :
February 3, 2010 at 5:24 PM
mana pegi lu punya hedset..?
famia said :
February 3, 2010 at 5:42 PM
anon: -_-" ye tak baik. saya pun tak baik.

deena: emm, dia tak perasan kot suara dia kuat sangat.

min: catchy? catch it if you can. hehe

cinta: hehe. daun pisang ye.

pai: mp3 gua dah rosakk. kalau tak selalunya gua pekak je dalam LRT.
curx said :
February 4, 2010 at 8:14 AM
xleh cocok headset kat corby ker?
February 4, 2010 at 4:14 PM
jujurnya saya gagal.. kena mengulang semula nampaknya ni.

saya tertarik juga dgn singkatan "hah" itu kerana singkatan nama penuh saya juga HAH. apakah ini satu kebetulan atau suratan ?
famia said :
February 5, 2010 at 2:55 PM
kurk: handphone bukan mp3 player :p

pakcik HAH: hehe. HAH adalah initial. Tapi kalau 'Hah' saja, itu bukan pakcik rasanya. :)
Nana CS said :
February 8, 2010 at 11:21 AM
hmm. makcik-makcik...

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.