Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, February 19, 2010


_Cuba bayangkan.

Suatu hari.

Diramalkan seorang pakar geologi.

Pada tahun 2040. Bumi bakal kehabisan sumber padi, gandum dan segala jenis bijiran lain. Penyumbang utama karbohidrat bakal pupus. Kitaran makanan manusia turut terjejas.

Hasilnya.

Sekalian manusia bertungkus lumus menyiap sediakan bekalan untuk menghadapi hari yang mendatang. Hari di mana bermulanya kitaran makanan tanpa bekalan karbohidrat. Tanpa padi, masakan manusia dapat lagi merasa beras. Dan tanpa gandum serta bijiran lain, masakan manusia dapat merasa roti dan sebagainya.

Hari demi hari.

Kerahan tenaga dimulakan. Bekerja keras siang dan malam. Demi menghadapi tahun 2040. Tanpa padi. Dan gandum. Dan bijiran lain.

Demi ramalan seorang pakar geologi.
Yang belum tentu pastinya.

Hah.
Cuba bayangkan.

Walaupun tak berapa nak logik, tapi cuba sajalah bayangkan. Walaupun aku tak pasti kenapa ahli geologi yang ramal pasal padi, tapi cuba sajalah bayangkan. Walaupun padi bukan termasuk di dalam kategori mineral bumi, tapi cuba sajalah bayangkan. Ah, jangan banyak cakap.

Dah bayang ke belum?
Dah?

Hah.
Apa rasa?
Tak logik?

-_-"

Tsk, fine.

Ini lebih logik barangkali.

Tertulis di dalam Al-Quran tentang wujudnya hari kiamat. Hari kebangkitan manusia. Alam barzakh. Hari perhitungan iman dan amal manusia. Semuanya tercatat lengkap di dalam Al-Quran. Dan semua itu pasti. Bukan ramalan. Tapi, pasti.

Dan.

Pada tahun entah bila. Bumi bakal hancur. Bergoncang kuat. Sehinggakan terkeluar segala isi perutnya. Lalu, manusia pun bertanya kepada bumi kenapa sebegitu rupa jadinya. Maka, bumi pun mengkhabarkan kepada manusia. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan yang sedemikian kepadanya. Dan pada hari itu, manusia akan keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam. Supaya diperlihatkan kepada mereka dengan apa yang telah dikerjakannya semasa hayatnya masih ada.

Dan lagi.

Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah pun nescaya dia akan melihat balasannya juga.

Begitulah lebih kurang seperti yang diceritakan di dalam surah Al-Zalzalah.

Allah dah bagitahu siap-siap bumi bakal hancur. Hari kiamat itu pasti. Manusia bakal dihisab dan dihitungkan amalannya. Semua itu pasti. Cuma 'bila' itu semua rahsiaNya. Yang penting itu semua bukan ramalan. Bukan cobaan. Tapi pasti. Dan benar-benar bakal terjadi.

Hari demi hari.

Kerahan amalannya untuk ke akhirat sana langsung tidak dihiraunya. Bekerja keras siang dan malam. Demi menghadapi tahun 2040 saja. Tanpa padi. Dan gandum. Dan bijiran lain. Mana boleh hidup. Yang dirisaunya cuma dunia. Yang mungkin esok lusa bakal hancur tiada. Akhiratnya tiada pula digambarkan di dalam kepalanya.

Kita lebih suka melebihkan sesuatu yang tak pasti.
Berbanding yang pasti.

Lebih daripada yang pasti.

Manusia memang begitu.

Andai Allah mengkhabarkan Jumaat depan bumi bakal bergoncang kuat, pasti kita semua sudah gelabah ayam mengumpul amalan. Pasti semua kerja di dunia terbengkalai begitu saja. Masjid-masjid dipenuhkan manusia. Segala kejahatan dilenyapkan begitu saja.

....

Sekejap.

Lama sangat aku simpan karangan ini di dalam Notepad.
Sehari sebaris. Lama-lama tulisnya tetap tak habis.
Sampaikan aku dah lupa apa point-nya.

Tsk.

....

Tak ingat sudah apa nak sambung.

Minta maaf.
Kesimpulannya faham-faham sendiri sajalah_

Kategori:

3 Responses to "Lebih Daripada Yang Pasti"

BasicCX said :
February 19, 2010 at 8:14 AM
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Bila kiamat? bila terjadi? apakah kita akan mati dan dihidupkan semula?

Inilah yang biasa keluar daripada mulut manusia dan dengan jelas diulang-ulang di dalam Al-Quran.

Tidak perlulah ditunggu bila terjadinya kiamat, kerana kita yang menghampirkan diri kita kepadanya (Ya! kiamat yang menunggu kita) - itulah MATI.

Apa yang seWAJIBnya perlu ditanya kepada diri kita ialah apakah persediaan yang telah kita lakukan untuk menghampiri kiamat? Apakah sudah cukup mahupun kurang? Apakah sepanjang umurku dari akhil baligh hingga ke hari ini, aku gunakan umurku untuk mendapatkan dunia dan akhirat sama rata. Apakah aku melebihkan dunia dan mengurangkan akhirat? atau sebaliknya? atau aku melakukannya secara wasatiah menyeimbangkan dunia dan akhirat? Apakah rujukanku untuk mengetahui dunia & akhirat seimbang? Apakah Al-Quran serta sunnah Rasulullah S.A.W. atau yang lain?

Sama-sama kita bermuhasabah diri dan memperbaiki amalan.


Salam...
azka said :
February 19, 2010 at 12:27 PM
kat mana jumpa artikel ini. menarik. tak perlu tunggu benda ni, masa beras naik baru² ni dah kalut ribut semua.
famia said :
February 21, 2010 at 2:39 PM
basic: waalaikumsalam wbt. ye. terima kasih.

azka: kat mana? er, kat sinilah kot? hehe. artikel rekaan je tu.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.