Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, February 23, 2010


_Selalu juga aku dengar.

Pening-pening lalat.

Setiap kali membaca di dalam kenderaan yang bergerak. Tak terbayang di kepala macamana perasaan pening lalat di dalam kenderaan bergerak. Sebab aku tak pernah merasa. Dan aku jenis terbalik. Kalau tak membaca atau buat apa-apa di dalam kenderaan bergerak, aku yang terasa pening-pening lalat. Sebab aku tak suka bau hawa dingin. Boleh muntah darah.

Lagi pula.

Aku rasa pening lalat itu bukanlah seratus peratus disebabkan kenderaan itu sedang bergerak. Tapi, pening lalat itu lebih disebabkan keadaan sekeliling di mana manusia itu berada di dalam sebuah kotak tertutup yang dipenuhi dengan penghawa dingin. Dan kotak yang tertutup itu merujuk kepada kenderaan yang bergerak.

Dan.

Apabila suhu badan kotak itu mulai sejuk, badan kotak itu dipenuhi dengan gas yang dikeluarkan oleh alat penghawa dingin (hah, gas apa itu?) dan ditambah pula dengan gas karbon dioksida yang dihembuskan manusia berkali-kali. Ini sekaligus menyebabkan kandungan oksigen semakin berkurangan di dalam kotak tersebut.

Hasilnya.

Manusia terasa mual di tekak. Dan apabila tekanan diberi kepada mata untuk membaca, manusia semakin terasa tidak selesa. Aku syak sebab oksigen dah berkurangan. Dan suhu badan manusia pun semakin rendah. Sebab itu kalau kita membaca, bila kepala terlalu ditundukkan mata akan jadi mengantuk dan leher menjadi sakit. Tambahan pula, kecerahan cahaya untuk membaca di dalam kenderaan bergerak agak suram dan suam-suam kuku.

Dan lagi.

Uish.
Macam subjek Sains Tingkatan 3 pula.

Dah, diam.
Jangan kacau.

Maaf.

Dan lagi.

Apabila tekak sudah terasa mual, mata pula sudah mengantuk, ditambah pula dengan tekanan kenderaan yang bergerak-gerak, mata sudah tidak dapat menangkap dengan jelas perkataan yang dibaca. Sekaligus kepala terasa seperti pening lalat. Lagi sekali, aku syak semua ini disebabkan kekurangan oksigen diangkut ke otak (tak pastilah ke mana, aku teka otak).

Ini bukan kajian mahupun teori.
Ini cuma sangkaan dan syak wasangka aku saja.
Tolong perbetulkan syak wasangka itu sebab aku rasa salah.

Makanya.

Untuk membolehkan anda berusaha untuk cuba membaca, ada sedikit saranan aku boleh bagi. Nak cuba, boleh cuba. Kalau tak nak mencuba, itu orang kalah namanya. Belum cuba lagi dah menyerah. Tak mencabar betul (saja bakar lebih).

Ok, ini saranannya.

1. Pastikan anda ada tempat untuk menyandar.
Duduk dalam posisi tegak. Penting untuk perjalanan darah. Kalau di dalam LRT, sila bersandar pada tempat duduk atau pun pada dinding LRT itu. Kalau di dalam kereta, bersandarlah. Dan jika anda kena duduk di dalam bonet kereta pun masih boleh bersandar. Baring dan bersandarlah. Apa susah.

2. Apabila membaca, pastikan bahan bacaan itu setinggi paras mata.
Untuk mereka yang lebih mual dan cepat pening, lebih tinggi paras bahan bacaan daripada mata lagi bagus. Kalau ikut eksperimen aku, jika kita membaca dengan menundukkan kepala, mata lebih cepat mengantuk. Pencahayaan yang masuk ke dalam mata pun kurang. Tapi kalau bahan bacaan itu ditinggikan, rasa mengantuknya berkurangan. Dan kadangkala tak sempat kunjung tiba pun.

3. Cari bahan bacaan yang lebih banyak mengandungi gambar dan berwarna-warni.
Atau juga bahan bacaan yang ringan. Sebenarnya, walaupun surat khabar itu mengandungi laporan berita yang berhelai-helai, surat khabar tetap jatuh di dalam kategori bahan bacaan ringan. Contoh lain bahan bacaan ringan termasuklah komik dan majalah. Teks yang terlalu banyak kadangkala memberi tekanan yang tinggi pada mata. Kalau mata tak berupaya, memang pening jadinya kepala.

4. Pastikan bahan bacaan anda mempunyai saiz tulisan yang besar.
Lebih besar lagi bagus. Tulisan yang bersaiz kecil berpotensi tinggi dalam memberi tekanan kepada mata. Dan macam biasa, jika mata tak berupaya memang pening jadinya kepala.

5. Setiap sepuluh minit ke lima belas minit membaca, rehatkan mata seketika.
Maksudnya, lepas sepuluh ke lima belas minit membaca sila cuci mata. Tengok muka orang sebelah ke. Atau pun tengok pokok-pokok ke. Atau pun cari sesuatu yang berwarna hijau. Tak silap aku, warna hijau elok untuk mata. Relevannya, sudilah berkongsi jika ada. Aku pun tak tahu kenapa.

6. Jenis kertas bahan bacaan.
Aku tak tahu kenapa, tapi jenis kertas memang boleh mempengaruhi rasa pening di kepala dan mual di anak tekak setiap kali membaca di dalam mana-mana kenderaan yang bergerak. Kalau paperback punya kertas, perasaan mual itu tak berapa nak ada. Surat khabar itu pun kategori paperback. Kertas-kertas dikitar semula. Tapi, kalau kertas jenis A4 memang lain macam sikit perasaannya. Dia punya bau itu lain macam betul. Kalau dah biasa bau, mungkin tak datang peningnya. Tapi, kalau orang yang tak biasa memang pening dan mual dibuatnya. Kalau tak percaya cuba buat eksperimen sendiri.

7. Sebelum naik kenderaan bergerak, jika berhajat untuk membaca, pastikan anda telah mengambil sebarang jenis makanan berunsur gula.
Coklat contohnya. Ambil dalam kuantiti yang sedikit pun tak apa. Dan pastikan perut tak kosong. Dan tak terlalu penuh. Ini aku tak tahulah berkesan pada semua orang ke berkesan pada aku saja. Haha. Cuba sendirilah kalau nak tahu keberkesanannya.

8. Cari posisi membaca di luar kawasan gangguan.
Jauhi kawasan-kawasan yang dipenuhi dengan mulut manusia yang suka 'pot pet pot pet' berborak benda tak berfaedah tak tentu hala dengan nada suara yang luar biasa melampau tinggi. Ambient noise pun salah satu sebab kenapa boleh jadi tertekan dan pening ketika membaca di dalam kenderaan begerak.

9. Terakhirnya, nak seribu daya.
Kalau tak nak, sendiri-sendiri fahamlah ya. Aku kira, semuanya itu songeh saja. Hehe.

Ok.

Saranan di atas itu semua yang aku pernah buat. Tapi aku tak tahulah berkesan untuk semua orang ke tidak. Mungkin boleh cuba dulu. Dan bila sudah boleh membaca di dalam kenderaan bergerak dengan lebih hebat, mungkin boleh main Sudoku atau pun melukis. Atau pun juga main game PSP ke. Main cop tiang pun boleh juga. Tapi kalau rasa nak kena pelempang dengan orang ramai di dalam itu cubalah. Lebih sopan kalau main congkak di perut gerabak LRT. Apa sajalah yang berfaedah pendek katanya.

Lagi pun.

Sebenarnya, daripada melanguk tengok orang di dalam kenderaan bergerak, lebih baik tengok buku. Pandangan mata pun terjaga juga kan. Kalau pandangan mata sudah terjaga, nafsu pun susah sikit nak keluar. Sebab mata itu ibarat pintu hati. Dan bila pintu hati sudah kena kunci, hati pun berpotensi tinggi untuk berubah menjadi putih suci macam susu HL perisa Vanilla. Sedap dan menyelerakan.

Hah.

Cubalah_

Kategori:

8 Responses to "Eksperimen Mengurangkan Pening Lalat Ketika Membaca di dalam Kenderaan Bergerak"

etyobek said :
February 23, 2010 at 4:35 PM
aku x membaca pon tetap pening kalau naik lrt.. dan skang aku fdah fobia naik lrt.. camne??
paiseh said :
February 24, 2010 at 9:07 AM
gua naik pening kalu mebaca lama2.. tak kira dalam kotak ataun atas katil. memana lah.. mcm elejik pun ada~
Anonymous said :
February 24, 2010 at 3:27 PM
ermm..gua klu bace,gua suke gentel bucu2 buku.kadang2 naik hayal dok gentel..otometik tarak kesah org ngumpat ke..kentut ke..gaduh2 ke.. :D
famia said :
February 24, 2010 at 6:05 PM
suhaila: heheh. takpe. mungkin ko terkecuali tu.

jiran: ok. gua tau ubatnya. lu kena get married.

anon: hahahha. ni macam orang EQ3.
nana, the lomoholic said :
February 25, 2010 at 8:25 AM
wah, aku bg satu teori, kau balas 8?
ok, baik cikgu.. nanti saya buat mcm ni ye cikgu.
famia said :
February 25, 2010 at 9:00 AM
nananya: hehe. aku suka buat eksperimen ke atas diri sendiri sebenarnya. dari hari tu aku nak buat entri ni. pasal bersepah sangat aku dengar orang pening2 lalat bila baca buku dalam keta/lrt/lain2.
Nooreena said :
February 27, 2010 at 1:58 PM
Selalu diganggu bunyi-bunyi bising sekeliling. Kena membaca sambil memasang earphone gamaknya. Hm, nanti tak fokus pula. Hadoi!
M-I-N said :
March 4, 2010 at 11:41 PM
alhamdulillah,
tiada masalah membaca dalam LRT/kereta/komuter.
kadang kadang orang tanya,"ko tak pening ke?" (raut muke mase tanye tu macam aku ni freak je.haih~)
tapi aku rasa macam kelebihan bagi aku.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.