Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, February 24, 2010


_Ada satu soalan.

Yang sudah ssangat (lebihkan huruf 's' agar kelihatan lebih bersungguh) lama teringin untuk ditanya. Ini di antara perkara-perkara yang terpacul di dalam kepala ketika sedang menghadap rezeki. Sesi 'sambil makan sambil berfikir bersama Suhaila' namanya. Kalau disenaraikan semua perkara-perkara yang terpacul di kepala kami itu memang boleh tahan berkajang juga kertasnya.

Ok.

Anda habis makan.
Mahu bayar makanan.
Dan malas membangunkan diri.
Maka, anda mengangkat tangan.
Sambil menggayakan muka dan tangan.

Di antara cara 1 dan cara 2 di bawah.
Sila pilih gaya anda.

Cara 1
Membuat gaya memegang pen sambil menandatangan di udara. Haah. Aku buat gaya macam ini.

Cara 2
Menggunakan jari telunjuk dan melukis bentuk segiempat seperti kertas(bil kononnya) di udara. Ini gaya Suhaila.



Hah.
Pilih.

Ke ada gaya lain yang lebih kacak, mudah difahami dan lebih bergaya?

Sertakan, mari_

Kategori:

14 Responses to "Bagaimana Gerak Tangan Anda Membayar Makanan di Kedai Makanan?"

Tijah said :
February 24, 2010 at 6:01 PM
ada...

peewit peewit jer kat waiter tu..
Anonymous said :
February 24, 2010 at 6:38 PM
bangun..p kaunter..bayar..senyum kat dia n cakap kt dia klu tak nak kire,tulih kat meja "arini free"..
:D
paiseh said :
February 24, 2010 at 6:43 PM
ciuuppp..!! ciuupp..!!
*mulut muncung2~
famia said :
February 24, 2010 at 7:39 PM
tijah: hehe. tak baik weh panggil manusia macam tu.

anon: ai, bagusnya. anak siapalah ni.

jiran: tak baiklah jiran. manners man. sabar jelah lu ni.
Anonymous said :
February 24, 2010 at 9:18 PM
Huzaimatus Saadiah Zulkefli...:D
Ezad said :
February 24, 2010 at 10:08 PM
aku buat cam ni...


mamak!!
bill please:)
nana, the lomoholic said :
February 25, 2010 at 8:22 AM
aku panggil. (sambil angkat tangan mcm nak jawab soalan, masa sekolah2 dulu..)

~ ala2 melambai lembut.

(heh, kau faham kah?)
famia said :
February 25, 2010 at 9:03 AM
anon: apakah? kenapa diseru nama tu.

ezad: hehe. bro semua tempat ko panggil mamak ke. sabar jelah.

nananya: oo. biasanya aku pun buat macam tu. cuma lepas angkat tangan tu kena bagi signal dari jauh. tu yang aku lukis ala2 sign bil tu (gaya macam bayar pakai kad kredit je lagaknya)
Anonymous said :
February 25, 2010 at 11:03 AM
baru tau name penuh kamu..:D
name diatas :P said :
February 25, 2010 at 12:27 PM
xai.. tu ko lukis ombak.. bukan sain tu.. ke sain ko cam ombak?? hahaha..

aku tetap ngn lukis bentuk kertas gak... kertas=bill... yg cam sain2 tu amik order la kak... ape daaaa...

p/s: cube wat perbincangan bhgn 2 lak.. kaedah bersuci oleh kaum kafir.. ni sesi perbincangan dlm toilet.. muahhahaha
February 26, 2010 at 10:57 AM
Buat sebijik macam Paiseh, itu cara terbaik kalau tak nak menjerit melaung di tengah ramai.

Bila dia pandang;

Jika adik:
- Lambai-lambai tangan.
Jika abang:
- Buat muka berdehem sambil tunjuk-tunjuk pada pinggan.
M-I-N said :
February 26, 2010 at 2:41 PM
dua kaedah;

a) pergi sendiri ke kaunter.tak nak menyusahkan waiter tu.nak layan aku,nak ambil pinggan cawan lagi.

b) macam kaedah che' nana.angkat tangan macam nak jawab soalan di sekolah.

bergaya ke tu?
buzzybug said :
February 28, 2010 at 9:53 PM
saya buat cara sebut BIL kat orang tu, walaupun tau dia x dengar, tp, rasanya dia paham gerak mulut tu. :P
famia said :
March 1, 2010 at 11:17 AM
anon: oho, itu macam. ok.

suhaila: hahaha. isu toilet itu tak berapa sopanlah tanya kat sini. aku yang segan.

khairulhak: hehe. jeritlah panggilan ke. mencucut-cucut macam panggil tikus bukan ke tak bagus. tak sopan pulak tu.

min: oo. cool. sopan2.

buzzy: hehe. macam tu ek. lain orang lain juga gerak mulut sebutan Bil :p

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.