Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, February 21, 2010


_Haah.

Sabtu lepas terasa macam hari biasa ke ofis.

Waemah ada aktiviti membaca di dalam LRT bersama Baca@LRT. Tak ada beza. Perasaannya tetap sama. Macam pergi kerja. Dari Terminal Gombak ke Kerinchi. Hari-hari. Dan bulan depan pula dari Terminal Gombak ke Universiti. Terasa semakin mereput 'kruk krak' tulang kaki setiap kali naik LRT. Mana tidaknya. Tak pernah naik eskalator. Hari-hari panjat tangga seperti Spiderman.

Haah.
Naik eskalator tidak mencabar.
Eskalator hanya untuk mereka yang berat tulang saja.

-_-"

Woah!
Gurauan keras.
Jangan ambil hati.

Bukan macam itu. Kalau naik LRT bukan seorang, memang aku terpaksa naik eskalator. Tapi, kalau seorang diri tak payahlah. Lebih baik mencegah osteoporosis pada peringkat awal bukan. Lagi pula pagi-pagi memang elok bagi jantung bekerja. Dan pagi-pagi kita kena bakar lemak sehabis baik. Dan biarkan peluh meludah-ludah ke muka.

Eskalator hanya untuk mereka yang berat tulang saja.
Dan kalau tak pernah panjat tangga walau sekali kalau naik LRT.
Itu memang ada potensi kena osteoporosis sewaktu muda ini.

-_-"

Woah!
Gurauan keras lagi.
Silalah jangan ambil hati.

Hah.

Perihal Baca@LRT.

Kali ini aku rasa ramailah juga walaupun tidaklah ramai mana kepala yang ada di Terminal Gombak itu. Dan macam biasa, perasaan aku turut serta aktiviti itu macam perasaan nak pergi kerja. Biasa-biasa saja. Tak ada apa-apa yang istimewa. Barangkali sebab tak cukup tidur. Aku kalau tak cukup tidur memang segala tindakan jadi luar kawalan. Hah, siap menari Techtonic di Stesen Taman Jaya sewaktu menunggu tren pulang ke Gombak. Kan Nur Nana, Anisa dan Ida? Haha.

Dah.
Berhenti mengarut.

Perihal Baca@LRT.

Dalam jam 10 suku pagi kami pun naik tren 2 koc. Mungkin sebab menunggu tren 4 koc tak kunjung tiba. Itu sebabnya naik juga tren 2 koc. Aku rasa kena tunggu lama sikit. Sebab dalam jam 9.30 pagi itu tren 4 koc dah lalu di Terminal Gombak. Dan aku anggarkan tren 4 koc itu cuma ada di dalam 2 biji. Mungkin di dalam jam 11 pagi baru tren 4 koc datang. Aku cadangkan team Baca@LRT boleh cuba lagi 'riki' jadual waktu tren 4 koc untuk aktiviti bulan April nanti mungkin. Berusahalah.

Ok, sambung.

Di dalam tren itu, aku rasa tiga suku daripada isi perut tren itu terdiri daripada geng-geng Baca@LRT saja. Macam biasalah. Kami juga yang memenuhkan majlis. Em, lagi satu bukan apa. Barangkali sebab aku dah biasa naik tren jadi aku rasa kalau hari Sabtu, jam 10 pagi itu serius memang orang tak ramai keluar lagi. Kedai pun baru buka. Rata-ratanya orang KL ini bukan early bird. Bangun awal mungkinlah iya. Tapi kalau keluar jalan-jalan awal tak berapa nak mungkinlah.

Aku cadangkan aktiviti lain kali boleh lewatkan ke jam 10.30 pagi atau 10.45 pagi mungkin. Dan biasanya orang mula beramai-ramai naik tren di Wangsa Maju dalam jam 11 pagi. Apa-apa pun terpulanglah kepada rakan-rakan Orga (organizer). Kami cuma mengikut saja.

Ok, sambung.

Kali ini. Geng-geng Baca@LRT ada juga yang menunggu di stesen-stesen lain. Di antaranya stesen KLCC, Masjed Jamek dan KL Sentral. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Kiranya konsep sebegini memang lebih bagus (aih, terasa macam ayat ini berbau struktur bahasa Indonesia pula). Molek jugalah macam ini. Tak adalah bersesak-sesak dari Terminal Gombak. Dan lebih semulajadi kalau dibuat macam ini.

Dan kali ini.

Stesen Taman Jaya menjadi destinasi terakhir kami. Ramai-ramai berkumpul di BookExcess, Amcorp Mall. Kedai buku itu memang terbaik. Wajib disinggah bagi semua penggila buku. Kalau Kinokuniya dan MPH menjual buku itu di dalam harga rm32.90, di BookExcess cuma boleh didapati dengan harga rm17.90. Gila kan? Ya. Harga itu memang gila. Tapi, bukan empunya kedainya yang gila.

Dan yang menariknya.

Kami dapat memohon keahlian secara percuma. Kalau waktu biasa, keahlian secara percuma boleh dimohon dengan pembelian rm100 ke atas. Kalau tak silap akulah. Tapi yang ini sudahlah percuma. Dihadiahkan pula dengan Book Thong yang comel dan cool. Benda-benda yang cool untuk mereka yang cool dalam menyertai aktiviti yang cool dengan menaiki LRT yang cool anjuran Baca@LRT yang cool. Memang cool.

Book Thong



Itu penanda buku 2 dalam 1 sebenarnya. Hari biasa boleh jadi penanda buku. Dan hari Sabtu Ahad boleh jadi wrist band. Siap ada ikan kering, kerang dan tapak sulaiman. Setiap kali pakai itu aku terasa macam nak pergi berenang. Bak kata Dory di dalam filem Finding Nemo, "Keep on swimming... swimming... swimming."

Selain daripada itu.

Bertemu mata juga akhirnya dengan kakak makwe seorang ini. Wartawan merangkap jurugambar. Terima kasih. Bertemu mata juga kita akhirnya.

Selain daripada itu.

Ramai juga jurugambar dan videoman serta pihak akhbar. Dan dengar kata ada TV3 membuat liputan. Iya ke? Tak perasan pula. Tak sempat nak meliarkan mata. Aku cuma nampak buku dan A&W saja di Amcorp Mall itu. Dan dengar kata juga ada masuk televisyen. Saluran Astro Awani. Hah. Lagilah aku tak tengok. Minta maaf. Aku cuma tengok channel 303 saja.

Selain daripada itu.

Habis sudah cerita kali ini.
Berjumpa kita acara Baca@LRT III pada bulan April nanti.
Dan jangan lupa Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC Mac ini.

Selain daripada itu.

Hari ini hari pra-Isnin.
Esok naik lagi LRT.

Tepu_

Kategori:

12 Responses to "Baca@LRT II - 20 Feb 2010"

Anisa Ahmad said :
February 21, 2010 at 7:21 PM
jgn lupe mimpi itu..
kuang kuang kuang~~
+P
siPenGaruT said :
February 21, 2010 at 8:09 PM
huhu..tu la...event semalam menarik...ia mengajar saya bahawa masa itu emas...bersama cik.payunCinta baca@LRT diteruskan walaupun terlewat..bookExcess dituju...huhuhu..
................................
moral: time is valuable thing...
................................

p/s: a&w sungguh sedapkan...lebih sedap jika dikongsi beramai-ramai
akimsensei said :
February 21, 2010 at 9:03 PM
ahah.. tahniah2, wah, dah 2 kali ya sertai baca@lrt.. saya baru 1st time, best2..
archiq said :
February 21, 2010 at 10:49 PM
famia sombong!! orang panggil dari belakang buat tak tahu saja.. haha.. kena terpacak kat depan blocking jalan baru nampak... T_T
famia said :
February 22, 2010 at 5:33 AM
anes: hehe. sengal ah

sipengarut: oo. pergi ek. tak terjumpalah pula.

akim: hehe. ya. 2 kalilah juga.

aciq: aik? bila pulak panggil dari belakang? tak perasan pun. sori.
Nana CS said :
February 22, 2010 at 8:45 AM
aku rasa kali ni mcm kurang kick. hmmm.. nanti aku fikir kan kenapa.
tapi itu lah, tak mcm rasa mula2 kita join Baca@LRT bulan lepas.

tapi A&W telah merawat luka hati ku. Hihi.
Nana CS said :
February 22, 2010 at 8:47 AM
fami, tapi aku sedikit tergezut kerana kau tetiba menari.

COMEL, OKEY!
paiseh said :
February 22, 2010 at 8:57 AM
thong..? wuuu~
famia said :
February 22, 2010 at 9:01 AM
nananya: hehe. sebenarnya aku lagi teruk. cuma ida, dani dan orang2 tertentu je dah biasa dengan perangai tu. hahaha. aku macam ada masalah public ignorant. tak kisah dengan masyarakat.
famia said :
February 22, 2010 at 9:04 AM
jiran: haha. nah clorox. bersihkan sikit kepala.
siPenGaruT said :
February 23, 2010 at 5:19 PM
bukan tak jumpe..cik.famia jer yang tak perasan..huhuhu...

...............................
moral: floot a&w sungguh mengancam...
...............................
M-I-N said :
February 24, 2010 at 9:25 PM
salam.
woh,terlepas BACA@LRT kali ni.
:(

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.