Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, January 11, 2010


_Opp... opp.

Sekejap.

Sebelum bertukar menjadi angin. Kena cerita satu perkara. Boleh tahan lama juga simpan cerita ini. Sejak minggu lepas. Tapi selalu tiada nafsu mahu mengarang. Memandangkan sepanjang minggu ini kerja aku buat write up saja, maka aku karanglah sekejap. Lapan saat saja pun. Bukannya lama.

Ok, lapan saat.
Bermula.

Masa aku tingkatan empat dan lima, aku ada sebiji bantal. Bukan bantal Dunlop. Dan bukan juga bantal 'Support Pillow' sepertimana yang terjual di Smart Shop itu. Ini bantal keluaran pasaraya Giant. Murah-murah punya. Aku rasalah. Apa-apa pun, bantal itu menarik sebab lembut dan tak keras. Aku tak suka bantal keras.

Asbabnya, kepala ini sudahlah keras. Mengalahkan besi keluli pula kerasnya. Jadinya. Kalau kepala yang keras beralaskan bantal yang keras, sudah jadi apa agaknya nanti kepala ini kan. Ah, apa-apa pun bantal itu memang satu-satunya bantal yang wujud selama dua tahun aku di Perlis dulukala. Memang pendakap kepala yang terbaik.

Tak pernah dibasuh.
Agaknya sudah jatuh kategori bantal busuk ini.

Aku memang jenis setia tak bertempat. Kalau aku minat suatu benda itu, sampai mati pun aku minat je. Susah sikitlah nak terasa bosan. Saya setia orangnya Makanya, sampai habis belajar pun aku pakai juga bantal itu. Sampai lunyai bantal itu. Sampai warnanya sudah bertukar menjadi kekuningan. Lemak berkrim. Disukai ramai.

Heh.

Lepas itu.

Dalam tiga ke empat tahun selepas itu, pendakap kepala itu hilang. Puas aku cari merata-rata. Di bawah jambatan. Di bawah tangga. Di bawah jejantas. Di 7-eleven. Di Sungai Wang. Di dalam bilik air. Di bawah katil. Tetapi, tetap tidak terjumpa. Mak kata bantal yang aku cari-cari itu memang ada di bilik. Aku pun percaya saja bulat-bulat. Sebab kemungkinan besar mak sudah tolong basuhkan pendakap kepala itu. Itu sebabnya rupa dia macam tilam. Sedikit keras dan tidak menenggelamkan kepala bila ditiduri.

Seperti luar biasa dan peliklah pula ayat itu.
Ah, abaikan.

Hah.
Kemudiannya.

Selepas beberapa tahun. Aku pun hidup dengan pendakap kepala palsu. Perkhidmatan yang diberinya memang boleh tahan memuaskan. Walaupun tidaklah puas mana, tetapi masih lagi boleh bersyukur sekurang-kurangnya. Sehinggalah pada suatu hari itu, iaitu pada dua minggu yang lepas. Semasa kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan. Masa itu tengah khusyuk memvakum di bilik adik teruna. Vakum punya vakum, tersorong bawah katil.

Biasanya di situlah wujudnya istana hama dan bakteria.
Serang... serang!

Tilam pun menjadi mangsa mereka. Semasa tengah sedap menyelak tilam, tiba-tiba ternampak dua buah biji bantal yang telah selamat menjadi lempeng. Dan salah satu bantal itu tak lain tak bukan adalah si pendakap kepala. Aku punya.

Wah!
Si pendakap kepala.
Telah bertukar menjadi pendakap tilam.

Sedih... sedih.

Mampu meraung di dalam hati saja. Mak tipu rupanya. Sampai hati emak. Sejak terjadinya jejak kasih antara kami, aku dah tak pandang pun pendakap kepala itu. Tak sampai hati. Kenapalah dia tak jerit kuat-kuat. Sedap saja adik-adik lelaki aku lenyekkan dia. Boleh tahan menyayat hati juga. Ini memang salah satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Sampai bila-bila.

Sampai sekarang tak boleh lupa.
Apalah nasib bantal itu.

Eleh, mengada-ngada.

Hoi, sedihlah.

Ok, sekarang boleh bertukar menjadi angin_

Kategori:

5 Responses to "Si Pendakap Kepala"

abangpit said :
January 11, 2010 at 7:44 PM
selamat jadi angin!
etdebek said :
January 11, 2010 at 9:00 PM
"angin laluuu..
membawa dirikuuu..
sepintas laluu..
kuterkenangkan muu...
memori silam......bla bla bla [tak ingat..kekkeke]"


ahahahahahha.. sangat Feminin...

muahahahhaha..
Ezad said :
January 11, 2010 at 9:38 PM
mak kata,

bantal tu memang ada dalam bilik..

mak tak kata

bantal tu memang ada dalam bilik ko..

technically, mak tak tpu..

tapi ko yg kurang periksa

hehehe
famia said :
January 12, 2010 at 2:01 AM
maoi: baik!

suhaila: hehe. dulu zaman kecik-kecik, dia punya koreografi tarian lagu Angin Bayu tu memang aku hafal. gila ah ding dong.

ezad: oho. ada logik juga.
Anonymous said :
January 13, 2010 at 12:23 PM
lebih lapan saat..:D

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.