Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, September 29, 2009


_Tajuk Bahasa Inggeris. Artikelnya Bahasa Melayu.

I'm sorry.

Petang hari lepas-lepas.

Dalam LRT. Bersama bos sekali. Bos yang berbangsa Cina. Sambil melayan LRT yang gedebak gedebuk itu, kami borak-borak sedikit. Perihal itu. Perihal ini. Gosip itu. Gosip ini. Dan salah satunya berbunyi begini....

"I was wondering. Can a Malay guy and girl who are not married yet actually hold hands and go out together?"

Fuh!
Soalan yang aku pun macam serba salah nak jawab macamana.

Tersengih aku dengar soalan itu.

Hah.

Apa nak jawab agak-agaknya ini?

Soalan yang sungguh terang, jelas dan nyata. Macam Izhar Halqi. Memang logik dan tepat. Terkeluar daripada mulut seorang yang bukan Melayu. Dan bukan penganut agama Islam. Tetapi, dari mulut seorang Cina yang suka belajar dan ambil tahu perihal semua kepercayaan dan fahaman serta hukum hakam dalam Islam.

Kagum ke tak kagum ini, hah.

Sebagai seorang Melayu, memang malu.
Sebagai seorang Islam, memang malu.
Sebagai seorang Muslim, memang malu.
Sebagai seorang Mukmin, err belum sampai situ lagi tapi tetap malu.

Hah.

Apa nak jawab agak-agaknya ini?

Sedangkan bangsa Cina pun alert perihal batas pergaulan seorang Muslim. Memang patut ada rasa malu sebenarnya. Sebab bukan semua orang Melayu tahu batas pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim ini. Bukan semua tahu. Tapi, ada juga yang tahu. Tapi buat-buat tak tahu.

Fuh.

Percayalah.

Sesungguhnya, mereka yang tahu tapi tetap buat tidak tahu itu wajib ditanya dekat akhirat nanti. Dan berat hukumannya nanti. Makanya. Takutlah engkau kepada Allah sebelum engkau ditakutkanNya. Berusahalah untuk cuba tinggalkan larangannya. Demi azabNya yang menakutkan itu.

Sesungguhnya.

Tidak ada satu pun kemalangan ngeri yang lebih ngeri daripada azab dan siksaan Allah.
Tidak ada satu pun kemalangan ngeri yang lebih ngeri daripada azab dan siksaan Allah.
Tidak ada satu pun kemalangan ngeri yang lebih ngeri daripada azab dan siksaan Allah.

Tidak ada satu pun yang setanding dengan kengerian azab dan siksaanNya.

Makanya.
Takutlah... takutlah... takutlah.
Kepada Tuhan.
Bukan Hantu.

Berbalik kepada soalan tadi.

"I was wondering. Can a Malay guy and girl who are not married yet actually hold hands and go out together?"

Aku pun fikir sekejap. Apalah agaknya jawapan untuk orang yang jahil macam aku ini patut bagi untuk orang Kristian macam bos aku ini.

"Actually, it is our obligation as a Muslim to practice Islam as a way of life. Sometimes, people just accept Islam as a religion only. And not as a way of life. But if you practice Islam as a way of life, surely you will practice whatever the God says. It just that sometimes people tend to practice Islam and sometimes not. That's why sometimes you will see there are some of the Malay women out there who didn't wear a veil and some wear."

Dia angguk.

Lebih kurang macam itulah aku cakap.

Aku pun tak tahu nak cakap macamana. Ilmu belum penuh di dada. Tak banyak yang aku tahu. Sekarang baru sibuk-sibuk mahu ambil tahu. Terasa menggelupur juga mahu menyakinkan mereka yang baru berjinak-jinak mahu mengenal Islam.

Percayalah.

Antara cara-cara mereka mahu mengenali Islam adalah dengan melihat gaya hidup dan peribadi seorang Muslim itu sendiri. Kalau kita berperibadi buruk, hari-hari maki hamun sana sini, perangai macam dirasuk Iblis, berpakaian pula mengalahkan orang kafir, agak-agak bagaimana agaknya pandangan tentang Islam di mata mereka.

Kelihatan seperti tak ada beza pun antara Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.

Ngeri itu kalau dah nampak macam tak ada perbezaaan.
Woah, ngeri... ngeri!

Bos aku kata lagi.

"You know, one of our Indian friends got married with the help of the family. Both husband and wife were introduced by the family. And they can only meet three times only before getting married. If they wanted to get to know each other, they can but the other family members must be there also. Plus, the old people will look at the stars to see the compatibility between the couple and set the date of the wedding. He cannot go out with the girl before they are married to each other. Not even SMS and talking to the phone. And now they are living happily ever after with kids."

Kagum aku.

Tiba-tiba teringat cerita hindustan Kuch Kuch Hota Hai.

Sebelum kahwin memang mereka tengok bintang dulu. Nak tengok sesuai ke tidak apa bagai. Lepas itu, tak boleh jumpa dan keluar sama-sama. Kena kahwin dulu. Lebih kurang macam itulah. Orang India yang memang berasal dari India itu pun amalkan benda-benda macam ini. Mereka sendiri pun arif dengan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Makanya.
Aku pun bagitahu dekat bos itu.

"Actually, we also have that kind of arranged marriage. But we didn't look on the stars like them. Once being introduced by the family, we will perform certain prayers to ask God whether that person is our match or not. We have to do it few times. And during the process we also are not allowed to go out together without bringing our family with us. Or a lady friend maybe. Something like that."

Dia pun angguk.

Sebenarnya kalau dengar perihal arranged marriage ini memang seronok. Nak pula kalau dengar cerita kawan-kawan. Tapi kalau jadi dekat diri sendiri aku rasa boleh tahan ngeri juga woh! Haha. Mulut mungkin selalu sebut mahu suruh mak ayah carikan. Tapi hati tak berani nak terima benda-benda macam itu.

Ngeri juga itu kalau kahwin dengan orang yang tak dikenali.

Tapi aku banyak je dengar cerita. Ramai je pasangan yang kahwin macam itu hidup bahagia ke anak cucu. Malah, lebih berkat dan berlipat ganda kerahmatan hidup mereka. Memang alhamdulillah. Yalah. Awal-awal lagi dah boleh jaga batas pergaulan bagai. Tak ada nak keluar sana sini. Senang sikit nak jauhkan zina.

Oh, ya.
Tentang zina.

Zina hati.
Zina mata.
Zina telinga.
Zina perbuatan.

Kiranya.

Kalau peluk sana peluk sini itu berzina tak?
Kalau cium tangan boyfriend itu berzina tak?
Kalau bermain hati sampai terlupakan Allah itu berzina tak?

Hmmm....

Agak-agak Allah murka tak kalau buat maksiat macam itu. Agak-agak Allah nak berkati dan limpahkan rahmatkah perkahwinan yang titik mulanya dari perbuatan maksiat macam itu.

Memang betul.

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.

Tapi kenalah jadi orang yang baik untuk dapatkan orang yang baik.

Kan.

Semoga kamu semua diberkati Allah. Jodoh dan maut itu rahsia Allah. Ada banyak cara je mahu mencari jodoh itu sebenarnya. Memanglah doa itu bukan the only usaha. Tapi, seeloknya jauhilah zina dalam proses mencari jodoh itu. Sesungguhnya setiap yang tersirat di dalam hati manusia itu memang tidak akan lepas dari pengetahuan Allah.

Nak main sorok-sorok dengan Allah?
Woah, silaplah.

Hehe.

Tapinya.

Sudikah kamu dengan arranged marriage_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, September 28, 2009


_Minta maaf kawan-kawan.

Tuai rumah saya minta awalkan makan-makan. Sabtu ini. Dari tengahari sampailah ke jam empat petang. Ya. Sehingga empat petang saja. Lebih daripada itu, pintu telah ditutup (Ya Allah, kejinya manusia yang bernama Huzaimatus ini).

Ulang suara.
Sabtu ini.

Sabtu ini?

Ya!
SABTU ini!

Bermula dari tengahari sehinggalah jam empat petang sahaja.
Ya! Sehingga empat petang sahaja.
Selepas itu ada urusan lain.
Maaf sangat banyak.
Maaf sangat-sangat.

Jemputlah datang.

Sabtu ini.
Nombor tujuh.
Wangsa Melawati.
Kuala Lumpur, Malaysia.
Tengahari sehingga empat petang.

Nanti email saya di harasxt_21@yahoo.com untuk maklumkan kedatangan ek. Nak kira kepala. Nanti saya bagi alamat penuh beserta telegram untuk hantar SMS. Jangan gusar dan gundah gelana. Saya tak makan orang. Saya cuma bagi makan saja. Lagi pula, rumah saya sangat banyak oksigen.

Ini kerana....

Ah, datanglah tengok sendiri nanti_

Sambung baca...

Kategori:

Saturday, September 26, 2009


_Ok... ok.

Saya ada satu pengumuman.

Saya nak jemput kawan-kawan datang beraya di rumah. Nombor 7, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Minggu terakhir Syawal. Sabtu, 17 Oktober 2009. Bagitahu dulu ek kalau nak datang. Jangan lupa. Terima kasih.

Ulang suara.

Sabtu.
17 Oktober.
Nombor tujuh.
Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Ulang suara.

Sabtu.
17 Oktober.
Nombor tujuh.
Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Ulang suara.

Oi, sikit-sikit dahlah.

Ok... ok.
Minta maaf zahir dan batin.

Kalaulah semua kawan-kawan aku dari semua ceruk networking menyinggah ke rumah macam dalam iklan KFC itu memang terkedu juga. Pernah jugalah dulu. Ngeri... ngeri. Haha. Tapi, tak apa. Setahun sekali. Aku dahlah sombong nak mati. Dah malas nak jemput kawan menyinggah ke rumah. Dah berapa tahun entah aku tak jemput kawan-kawan datang ke rumah.

Kiranya, sementara aku tengah mood bertenang dan ada hati nak jemput kawan-kawan habiskan makanan dekat rumah itu pun dah cukup baik. Apa punya kawanlah. Tak senonoh betul perangai. Jangan kawan dengan saya.

Tapi, jemputlah datang ke rumah beraya ya.
Saya tak makan orang.

Hi hi hi hi_

Sambung baca...

Kategori:

Friday, September 25, 2009


_Syawal 1430H ini.

Sangat alhamdulillah.

Serba serbi cukup. Serba serbi lengkap. Memang Alhamdulillah.

Perihal Syawal aku, begini kisahnya.

Jumaat lepas bertolak ke Kluang, Johor. Memang kereta penuh di jalanraya. Aku pun penuh juga kerja di tangan. Sibuk sambung menganyam ketupat bawang. Di dalam kereta. Sampai habis semua daun itu aku kerjakan. Terasa macam lain kali nak ambil tempahan menganyamlah. Sebiji ketupat bawang dalam dua puluh sen ke mungkin. Freelance. Haha.

Sesungguhnya, menganyam itu bisa buat aku ketagih.
Macam dadah pula hai.

Tahun ini, masak-masak tak banyak sangat. Sebab mak dah siapkan semua perencah dari rumah. Sabtunya itu tak adalah banyak sangat kerja kena buat. Bolehlah nak concentrate dekat ketupat palas pula. Kalau bab ketupat memang aku thrill semacam sikit. Terasa macam lain kali nak ambil tempahan buat ketupat daun palas jugalah. Sebiji ketupat daun palas dalam dua puluh lima sen ke mungkin. Lebih lima sen sebab dia punya bentuk itu tiga segi. Freelance. Haha.

Sesungguhnya, ketupat daun palas itu bisa buat aku ketagih.
Macam dadah pula hai.

Cis, lapan kali nak ulang ayat.

Tahun ini. Tak masak burasak. Sebab hampir semua pokok pisang atuk sudah kembali ke dalam tanah. Tujuh kaki ke dalam tanah. Rosak. Digigit serangga dan sebagainya. Pokok pisang atuk ini tak berapa banyak antibodi. Maka, daunnya pun togel sana sini. Mana mungkin mahu buat burasak dari pokok yang telah togel daunnya kan.

Ya, betul... betul.
Tak mungkin.

Eh, kejap.

Aku kena bagi penerangan sikit ini agaknya.
Setiap tahun mesti orang suka tanya perihal Burasak.
Malas betul nak terangkan. Mari sini aku terangkan.

Kebiasaannya, setiap tahun keluarga kami di Johor ini memang masak ketupat lebih dari dua jenis. Kami ada ketupat bawang, ketupat daun palas, ketupat lepat, ketupat lau dan juga burasak. Sebab kami ada campuran Bugis yang sudah tidak berapa Bugis sangat, makanya ketupat kami memang agak banyak sikit berbanding masyarakat Melayu yang biasa.



Nampaklah macam rare sikit kan.
Haha.

Ok.

Ketupat bawang itu dari daun kelapa.

Cara menganyamnya macam menganyam tikar. Bermula dari tiga gulungan kiri dan tiga gulungan kanan. Lepas menganyam, masukkan beras yang dah dibasuh dan sisipkan. Aku tak pandai nak ajar pakai mulut, kena duduk depan mata baru senang ajar menganyam. Boleh buat-buat garang sikit. Contoh ketupat bawang dan lain-lain contoh ketupat nasi boleh tengok di blog cik kak yang ini.

Ketupat daun palas itu pula dari pokok palas.

Cara membuatnya senang saja. Tak perlu anyaman. Lepas bentukkan ia menjadi segitiga, masukkan beras pulut yang sudah bercampur santan. Beras pulut dan santan itu perlu dipanaskan terlebih dahulu. Maksud aku, masak sampai separuh masak. Bagi santan itu meresap sampai pekat sedikit dalam beras pulut itu. Kadang-kadang boleh juga dimasukkan kacang soya. Ayah suka customize ketupat palas. Lepas itu, matikan ikatan ekornya. Ikat ketat-ketat.

Ketupat lepat itu pula dari daun kelapa.

Dihasilkan daripada lebihan daun kelapa yang belum digunapakai untuk ketupat bawang. Bentuknya macam silinder sikit. Panjang. Tak perlu anyaman. Panjang silinder itu lebih kurang panjang satu tapak tangan. Lepas bentukkan, masukkan beras pulut yang sudah bercampur santan. Bahannya sama macam ketupat daun palas. Lepas itu, ikatkan dengan tali rafia. Eh, bukan. Tali plastik yang warna merah itu. Tali apa itu hah?

Ketupat Lau itu pula dari daun pisang muda.



Ini antara ketupat orang Bugis. Ketupat ini perlukan acuan. Berbentuk trapezium. Macam piramid panjang. Acuannya itu menggunakan kayu. Tak tahulah ada jual lagi ke tidak sekarang ini. Dekat Pontian, Johor mungkin bersepah agaknya. Berasnya pula pakai beras pulut yang sudah bercampur santan. Macam ramuan ketupat daun palas. Lepas dah masukkan pulut, kumpulkan lima biji ketupat lau dan ikat berjemaah dalam satu daun pisang tua. Kemudian, ikatkan dengan tali plastik yang warna merah itu. Ini ketupat Lau. Makan dengan asam pedas atau pun serunding.

Terakhirnya, ketupat Burasak itu pula dari daun pisang muda.



Ini pun ketupat orang Bugis. Ketupat ini tak perlukan anyaman. Berbentuk segiempat tepat. Dan tidak tebal. Memang nipis. Tapi tetap bergegar dinding perut bila makan. Sebiji saja pun dah boleh mengenyangkan. Perut akulah yang cepat kenyang. Kapasiti kecil saja. Cara membuat burasak, aku pernah terang dekat sini. Kalau mahu tengok proses membuat burasak dan ketupat lau dari sumber lain, boleh juga tengok di sini. Burasak ini kebiasaannya dimakan dengan lauk ikan masak asam pedas. Tapi, kadangkala aku bantai saja makan dengan serunding dan kuah kacang. Sedap sehingga terlupa membaca Alhamdulillah. Ish... ish... ish.

Hah.
Itulah dia kisah ketupat-ketupat kami di musim perayaan ini.



Itu baru cerita perihal ketupat. Fuh. Oh, ya. Kalau teringin mahu merasa ketupat-ketupat yang rare itu bolehlah menyinggah ke Kluang, Johor. Aku tak pernah masak burasak dekat KL. Tempoh hayat ketupat-ketupat itu biasanya sampai hari raya ketiga saja. Maklumlah, saudara mara ramai. Sekejap saja dah habis. Kalau tak habis pun mesti basi.

Ok.
Itu perihal ketupat.
Next, perihal ziarah menziarahi pula.

Tahun ini. Memang seronok bila menyinggah ke rumah saudara mara. Hari raya pertama ke Pontian. Hari raya kedua pun sambung ke Pontian juga. Hari raya ketiga singgah ke Melaka pula. Dalam tujuh buah kereta kesemuanya. Meriah sungguh. Ramai-ramai berkonvoi. Bukan senang mahu berkonvoi. Ada etika dan adabnya. Kalau tidak nanti sesat. Maklumlah, masuk keluar kampung. Berderet-deret pula itu kereta sekali pergi.



Atara Etika Berkonvoi

  1. Kalau boleh, biar semua peserta konvoi turut sama menggunakan kad Touch N Go. Atau Smart Tag. Atau juga berkonvoi membayar tol secara tunai.

  2. Kelajuan kereta di lebuhraya haruslah berkonvoi juga. Jangan membawa terlalu laju. Bimbang nanti ada yang tertinggal. Atau terlalu perlahan. Bimbang nanti menyumbang kepada kesesakan jalan raya. Sepertimana yang terjadi di tol Air Hitam. Cis, berzaman mahu beratur.

  3. Kalau boleh, gunakan lane kiri saja. Atau lane tengah. Tak perlu merempit secara berkonvoi di lane kanan. Kelihatan seperti agak biadab pula.

  4. Kebiasaannya bila masuk kampung ini memang susah nak cari jalan. Tanah merah. Jalannya pula sebiji kereta je muat dalam satu masa. Maka, sila jangan berhenti di tengah-tengah jalan secara berjemaah. Berhemahlah kepada semua pengguna jalan raya. Kadangkala, lembu pun sibuk mahu melintas juga. Sila beri laluan. Berhemahlah sikit.



Hah.
Lagi... lagi.

Tahun ini, banyak pula anak-anak sepupu baru lahir.

Dan membesar bagaikan johan. Lepas itu macam biasalah. Semua makcik, pakcik, atuk, nenek dan sepupu sepapat sibuk tanya bila nak ehem... ehem. Tengok. Aku nak taip pun naik malas dah. Ini kan pula nak menjawabnya. Haha. Orang nak kahwinlah ini. Cuba bawa bertenang sikit. Aku pun rileks je bertenang. Orang lain pula yang susah hati. Sabar... sabar. Allah suruh sabar. Jangan gelojoh. Mungkin jodoh aku tak ada dekat dunia ke. Mungkin jumpa dekat syurga ke. Mana tahu kan. Dah. Sila bawa bertenang.

Hah.
Lagi... lagi... lagi.

Boleh pula sepupu sepapat, makcik dan pakcik bagai sebut-sebut pasal Yuna di musim perayaan yang bahagia ini. Muka macam Yuna. Pakai tudung macam Yuna. Cis! Lainlah. Sangat lain. Tak adil betul. Kecil hati emak saya. Hati saya pun macam dah nak kecil juga ini. Waemah aku lahir dulu tahu dari cik adik Yuna itu. Cis lagi sekali. Sudahlah. Tutup cerita.

Hah.
Lagi... lagi... lagi.

Tahun ini sangat banyak budak-budak kecil.



Terasa macam diri telah menjelma menjadi seorang mak angkat babysitter yang boleh tahan ada sikit baik hati. Disebabkan bilangan mereka telah bertambah dengan pesatnya, duit raya pun perlu dihulur dengan pesatnya. Jangan kedekut wahai Huzaimatus. Ini rezeki orang lain. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Lagi pun budak-budak kecil itu lebih mulia dari kau wahai Huzaimatus. Belum ada satu dosa pun yang dikerjakannya. Cuba sedar diri sikit.

Ya, baiklah!

Hah.
Lagi yang terakhirnya.

Hoi, cukup-cukuplah itu.

Ya... ya.
Cukup-cukuplah.
Karangan ini memang gila panjang.
Minta maaf banyak-banyak wahai kamu semua.

Tapi kan.

Orang yang baca sampai habis ini pun boleh tahan gila juga. Tak ada kerja ke baca karangan mengarut ini sampai habis.

Kan.

Gambar raya semua aku dah letak dekat Facebook secara pukal.



Kalau tak ada account Facebook itu minta maaf banyak-banyak. Tak ada rezeki nak berkongsi gambar agaknya. Tahun ini gambar tak berapa banyak. Lens standard aku rosak. Kena hantar servis nanti ini. Entah berapa ratus agaknya kena bayar. Aduhai. Yang ada ini pun semuanya pakai telephoto punya lens. Ada juga yang aku pakai kamera Lumix. Belasah sajalah asalkan ada gambar.

Hah.
Dah... dah.

Cerita tamat di sini_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, September 23, 2009


_Ini untuk aku.

Dan mungkin juga untuk kamu.

Antara panduan Imam Ghazali. Yang boleh digunapakai. Untuk aku. Dan barangkali juga mungkin untuk kamu. Agar kita tidak berlaku sombong dan angkuh antara satu sama lain.

  1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

  2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat berbanding kita.

  3. Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyaknya ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

  4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

  5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin pada suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya. Malah, mungkin akan menjadi insan yang lebih mulia berbanding kita.

  6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni Allah.


Dan....
Percayalah.

Pangkat dan harta bukan harga seorang manusia. Cuma iman dan amalnya saja yang membezakan antara kita. Selain daripada itu, kita tetap sama hina dan bakal kembali ke dalam tanah semula.

Pujian bukan untuk manusia. Pujian itu cuma untuk Allah semata. Jangan sekali-kali terasa riak dan angkuh dengan kehebatan dan kelebihan diri. Tiada satu pun yang boleh dibanggakan. Semoga kesombongan dan keangkuhan itu bukan milik aku dan bukan milik kamu juga.

Semogalah ya.

Pesanan saja-saja sempena musim perayaan.

Hi hi hi hi_

Sambung baca...

Kategori: ,

Tuesday, September 15, 2009


_Yalah.

Terpaksa selongkar arkib lama.

Semata-mata mahu buat entri bermaafan di hari raya. Walau bagaimanapun, tetap asli. Tiada sebarang peniruan yang dibuat ke atas orang lain melainkan cumalah diri sendiri semata-mata. Sekadar memudahkan kerja. Kita ulang pakai saja apa yang sudah sedia ada. Lebih jimat bukan.

Makanya.

Ini sesi bermaafan.

Minta Maaf ya

Ini cakap-cakapnya....

Sesungguhnya, bulan Syawal adalah bulan kegembiraan. Kerana telah berjaya melawan segala hawa nafsu. Dan sepatutnya lebih mudah mahu dilawan kerana syaitan dan sekutunya tiada di lokasi kejadian. Cumalah kita, kita, kita dan si hawa nafsu itu saja. Sebagai pejuang tegar sepanjang bulan Ramadhan.

Semoga tetap tegar.
Kamu juga.

Ok.

Walaupun bulan Syawal ini adalah bulan kemenangan, tetapi entahlah kenapa terasa sayu betul hati setiap kali terdengar takbir raya. Sob... sob. Tak berapa pasti. Harus dilayan sayu di hati atau tetap perlu bergembira di hari lebaran. Nanti terjatuh pula cecair jernih dari mata. Makanya.....

Cancel... cancel.

Ok, lagi sekali.

Bersempena menjelangnya Syawal pada 1430 Hijrah ini, tersusunlah sudah sepuluh jari tangan meminta ampun dan maaf. Di atas segala kekasaran dan keterlanjuran bahasa yang kadangkala memang disengajakan dan tidak disengajakan.

Maaf banyak-banyak.
Zahir dan batin.

Aku selalu perasan bagus. Degil macam keldai. Sombong gila. Tegur dekat YM pun kadangkala aku malas nak melayan. Tapi kadangkala aku memang tak ada dekat situ. Walau bagaimanapun masih tetap kena minta maaf. Terutamanya kepada semua kawan-kawan terdekat kiri dan kanan, kawan-kawan depan dan belakang serta kawan-kawan yang jauh. Oh, ya. Termasuk juga kawan-kawan yang aku tak pernah bersua mata.

Salahnya tetap ada.
Akulah pesalahnya.
He he.

Segala khilaf itu memang milik aku semata-mata.
Yang baik itu tiada langsung terlekatnya.

Berhati-hati ketika musim perayaan.

Kurangkan bakar duit (main mercun). Kalau boleh, tak payah bakar duit terus. Membazir. Lebih baik, sedekah dekat masjid ke anak-anak yatim ke atau anak-anak miskin yang tak cukup duit nak beli baju melayu baru tahun ini. Atau pun guna duit itu dan tolong belikan kuih batang buruk. Lepas itu, hadiahkan dekat aku. Mungkin itu lebih berfaedah.

Tahun ini, tak sempat mahu beli kuih batang buruk.
Dan kuih suji yang putih mulus.
Dan juga kuih putu kacang.

Kalau rumah kamu ada, jemputlah saya.
Hi hi hi.

Oh, sangat terkenang-kenang zaman beraya sewaktu kecil. Ada satu rumah saudara di Benut, Johor kalau tak silap. Airnya sirap. Dimasak dengan arang batu. Dia punya rasa, fuh sampai sekarang aku ingat. Sangat... sangat klasik. Tak berapa nak masuk tekak. Rasa macam minum air bau kemenyan. Tapi minum sajalah. Rezeki.

Lagipun, umur masa itu baru sembilan tahun. Dalam kepala tak hiraukan benda lain, melainkan satu saja.

Duit raya!

Dah besar ini, malu betul kalau dapat duit raya. Sangat malulah. Dia macam terasa, duit itu berkata-kata, "Kau ini dah besar panjang tak reti-reti nak kahwin ke? Patutnya kau yang bagi duit raya dekat orang. Ini orang pula bagi duit raya dekat kau. Cuba malu sikit."

Yalah, malulah ini!
Panjang pula skrip duit raya ini. Senyap-senyap saja sudahlah.

Apa-apa pun.
Aku mula cuti Khamis ini.

Ya!
Khamis ini.
Awal sungguh kan.

Ha ha.

Tiga hari saja aku cuti. Tak perlulah cemburu. Buruk perangai. Jumaat ini bertolak ke Johor. Sehingga Selasa depan. Rabu masih cuti lagi. Khamis dan Jumaat depan baru sambung bekerja. Sungguh nikmat. LRT pasti kosong. Jalan raya pun. Kedai makan pun. Gila seronok. Langsung tak ada traffic jammed.

Boleh duduk ofis sambil makan kuih raya woh!

Akhir sekali.

Andai kata sudah dipanggil Allah, tolong sedekahkan aku Al-Fatihah dan apa saja yang patut. Jaga diri baik-baik. Jangan nakal-nakal. Makan ketupat, kuah kacang, rendang dan kuih muih itu beragak-agak. Jangan sampai meletup perut.

Ingat.

Beragak-agak.

Ingat.

Yalah.
Tahulah.
Tak payah ulang berkali-kali.

Nabi Muhammad SAW pesan ulang tiga kali.
Lebih afdhal.

Ingat.

Ya! Tahulah!

Satu pertiga untuk makanan.
Satu pertiga untuk minuman.
Satu pertiga lagi untuk pernafasan.

Ingat?

Ingat!

Apa lagi ya?

Hah.

Selamat Menyambut Aidilfitri.

Mahu tabur semangat menganyam ketupat.
Hi hi hi.

Ok, giliran kamu pula_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, September 15, 2009


_Penat.

Letih.
Penat.
Letih.
Penat.

Sekurang-kurangnya, satu kali setiap hari pasti terkeluar perkataan penat. Dan letih. Dan penat. Dan letih. Terkeluar dari mulut akulah. Kadangkala terkeluar dalam hati juga. Samada sengaja atau tidak disengajakan. Akulah manusia yang menggelupur bila ditimpa ujian. Gedebak gedebuk tergolek.

"Tapi. Kenapa aku je yang kena. Bukan ke Allah itu Maha Penyayang." Kata hati kecil.

Wahai manusia, sebab Dia sayanglah dia bagi ujian.

Tapi....

Dah, jangan banyak cakap.

Sesungguhnya, Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan sesuai dengan kesanggupan hambaNya.

Ingat.

Tidak akan membebani.
Melainkan sesuai dengan kesanggupan saja.

Ingat.

Ok, ingat.

Makanya, cuba rileks sikit.
Bawa bertenang.
Senyum.

Tapinya.

Jika tak mampu juga mahu menahan kepenatan dan keletihan itu, ada caranya. Percuma saja. Tak perlu pakai pembantu rumah. Pergi rumah urut pun tak payah juga. Minum air tongkat Ali pun tak payah juga. Caranya teramatlah mudah saja.

Percuma saja.
Senang saja.

Iyalah, apa dia.

Percuma saja.
Senang saja.

Iyalah!
Apa dia!

Sabar itu separuh daripada iman. Cuba sabar sikit. Baru ulang dua kali dah mengamuk. Tahulah Syawal sudah melambai. Tak sabar-sabar nak lepaskan nafsu ke. Tak tahu ke segala angkatan syaitan pun bakal terlepas. Makin menggilalah hawa nafsu itu nanti.

Iyalah, faham.
Ok, apa dia.

Ha, macam itulah.
Bersopan kan lebih manis.

Hah.
Nak tahu ke rahsianya?
Sabar. Baca ini dulu.

Ini kisah mereka.
Kisah Ali bin Abi Talib dan Fatimah Az Zahrah.

Sesungguhnya, sewaktu Ali bin Abi Talib berkahwin dengan Fatimah Az Zahrah, hidup mereka memang diselubungi dengan keadaan yang serba dhaif. Cuma berbekalkan selimut, bantal, penggiling gandum, dua gelas dan beberapa botol minyak wangi saja.

Tidak ada satu pun perabot yang berharga di dalam rumah itu. Bahkan kerana kemiskinannya, Ali tidak mampu menggaji pembantu untuk membantu pekerjaan isterinya yang berat itu.

Akhirnya pada suatu hari.

Berkatalah Ali kepada Fatimah,"Kau begitu penat wahai Fatimah. Tidak sanggup hatiku melihatmu. Kiranya Allah telah mendatangkan beberapa tawanan. Cubalah kau minta satu untuk membantumu di sini."

Kesudahannya, dengan berat hati Fatimah menemui ayahnya.

"Kenapa kau wahai puteriku?" tanya Rasulullah SAW kehairanan.

"Tidak ada apa-apa wahai ayahku. Aku hanya ingin memberi salam."

Sesungguhnya, Fatimah teramatlah malu dan segan mahu mengutarakan keinginannya. Lalu, melangkahlah Fatimah pulang kembali kepada suaminya dengan hati yang berat.

Ali yang benar-benar kasihan melihat isterinya, mengajaknya kembali menemui Rasulullah SAW. Kali ini, Ali sendiri yang menyampaikan hajatnya sedangkan Fatimah cuma tertunduk malu.

"Demi Allah, tidak! Aku tidak akan memberi kamu satu pun. Tawanan itu sudah aku jual untuk memberi makan para ahli Suffa yang kelaparan dan ada 80 orang." jawab Rasulullah SAW menolak permintaan mereka.

Akhirnya.

Mereka berdua pun melangkah pulang setelah menyampaikan maaf dan rasa terima kasih. Namun begitu, sesungguhnya permintaan mereka itu telah mengetuk hati nurani Rasulullah SAW akan penderitaan mereka berdua.

Malam itu, Rasulullah SAW singgah ke rumah mereka.

"Mahukah kamu aku ajarkan sesuatu yang lebih baik dari permintaan kamu siang tadi?" tanya Rasulullah SAW dengan lembut.

"Tentu saja kami bersedia, ya Rasulullah SAW." jawab mereka serentak.

"Ini aku terima dari Jibril a.s. Setiap kali kamu selesai solat bacalah tasbih sepuluh kali, tahmid dan takbir juga sepuluh kali. Kemudian, ketika akan tidur bacalah tasbih, tahmid dan takbir masing-masing 33 kali." kata Rasulullah SAW.

Sesudah itu.

Rasulullah SAW pun bergerak pergi setelah mengajarkan kalimat untuk membekali mereka menghadapi kelelahan dan kepenatan. Tiga puluh lima tahun kemudian, Ali kemudiannya mengakui kemujaraban doa tersebut.

"Demi Allah, benar-benar mujarab. Setelah Rasulullah SAW mengajarkan itu kepada kami, kami tidak pernah sekejap pun meninggalkan doa itu hingga sekarang." kata Ali kepada para sahabatnya.

Nah.

Sekarang dapat tak rahsia mebuang penat lelah secara percuma?

Dapat tak?
Dapat tak?
Ke tak?

Rahsianya.

Setiap kali lepas solat.
Baca tasbih 10 kali.
Tahmid 10 kali.
Takbir 10 kali.

Tasbih itu SubhanaAllah....
Tahmid itu Alhamdulillah....
Takbir itu Allahuakbar....

Sebelum tidur pula.
Lepas main Facebook (akulah itu).
Baca tasbih 33 kali.
Tahmid 33 kali.
Takbir 33 kali.

InsyaAllah.

Penat pun tiada. Letih pun tiada.

Katakan TAKNAK pada PENAT LELAH.

Boleh tak_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, September 14, 2009


_Betul.

Demi Allah, aku sangat ngeri.

Ngeri bila tengok jumlah followers makin hari makin tambah satu di NetworkBlog Facebook itu. Minta maaf sangat-sangat. Aku harap kamu semua tak follow aku lagi. Blog tak berfaedah ini. Mengarut apa benda entah semuanya. Nanti habis rosak fikiran kamu semua. Sesungguhnya, aku sangat benci dikenali orang. Dah lama aku terasa macam ngeri bila ada blog.

Demi Allah, aku sangat ngeri.

Ngeri bila ditanya di akhirat nanti, apa yang aku serapkan dalam fikiran orang yang baca ini. Ngeri bila ditanya di akhirat nanti, apa tanggungjawab aku pada saudara-saudara seIslamku. Ngeri bila ditanya macam-macam di akhirat nanti. Diri sendiri pun tak betul lagi, ada hati nak betulkan orang. Cakap tak serupa bikin. Ilmu agama pun sekangkang ayam saja. Sangatlah cetek. Tak sampai paras buku lali pun.

Demi Allah, aku sangat ngeri.

Makanya....

Janganlah follow aku lagi ya. Blog tak berfaedah ini. Anggap saja ini semua koleksi peribadi memori aku khas untuk aku yang cepat hilang ingatan ini. Lebih kurang macam kenangan, nota dan pesanan untuk diri sendiri saja. Khas untuk diri sendiri saja. Macam pentingkan diri sendiri. Tapi sebenarnya berat mahu memikul tanggungjawab.

Demi Allah, aku sangat ngeri.

Tolonglah eh.
Tak payah follow dah.

Demi Allah, aku betul-betul sangat ngeri.

Mungkin lebih baik private kan blog saja. Aku dah pegang hasrat ini sejak awal tahun 2009 ini lagi. Cadangnya mahu katup pada 21 Ogos hari itu. Tapi, entah kenapa belum tergerak. Benar, sesungguhnya iman manusia itu ada pasang surutnya. Bila bergejolak, beginilah. Manusia, oh manusia! Hehe.

Nanti suatu hari, bila keluar "For invited readers only."
Minta maaf ya.

Saat itu, Alkisahnyalah memang khas untuk aku saja.

Maaf ya_

Sambung baca...

Kategori:

Saturday, September 12, 2009


_Ada suatu hari itu.

Sewaktu berbuka puasa.

Ada emak. Ada ayah. Ada kita. Dan adik Uya. Kira cukuplah juga keluarga induk kami. Walaupun ada lagi tiga orang adik kita tak ada sekali dengan kami, cukuplah yang dua orang ini memenuhkan rumah. Ini pun dah boleh buat mak kita pusing kepala. Memang banyak kerenah anaknya yang berdua ini. Seorang sulung. Seorang lagi bongsu.

Tapi.

Suatu hari, kalau semua anak-anak emak dan ayah sudah membina masjid memang sunyilah rumah. Automatik rumah itu akan bertukar menjadi rumah kampung halaman atuk dan nenek. Tapi, mencari tulang rusuk kiri mahupun pemilik tulang rusuk kiri itu bukan kerja mudah. Bukankah Nabi Muhammad SAW sendiri mengutamakan memilih pasangan yang beragama. Tapi kalau lengkap pakejnya cantik, kaya, molek perangai dan kuat beragama lagi baguslah kan.

Hari itu kita sempat pesan pada adik Uya.

"Adik, kak Jai warning awal-awal ini. Kalau nak cari perempuan, sila cari yang bertudung. Lepas itu, kalau dia datang rumah ini biar pakai pakaian yang sopan. Dan menutup aurat. Bukan t-shirt pendek. Seluar ketat bagai. Bukan kak Jai je tak suka. Mak ayah pun sama. Allah lagilah tak suka. Faham tak?"

Dia diam saja.

Kita harap mesej itu sampai.
Bukan senang mahu jadi kakak, bukan senang.

Dekat rumah ini pun hari-hari aku tegur jangan pakai seluar pendek yang pendeknya atas lutut. Nak saja aku kerat lutut budak ini. Hish. Kalau pakai kain pelekat ke seluar slack ke kan seronok sikit tengok. Minta maaflah. Aku meluat sikit tengok seluar pendek. Kalau pakai paras betis, lepas itu letak stokin itu tak apalah agaknya. Ini tak, sependek-pendeknya nak dipakai.

Penat betul nak jaga mata.
Kesianlah.

Tapi, aku cukup tak suka kalau tengok orang pakai baju t-shirt pendek2 atas punggung. Seluar jeans ketat gila pula itu. Tapi bertudung. Itu kalau bertudunglah. Ini kalau tak bertudung, lepas itu rambut warna macam pelangi. Adui, sakit jantung.

Itu bukan berpakaian.
Itu yang dinamakan berbaju tapi bertelanjang.

Malu woh.

Walaupun ada sejuta manusia dekat luar sana akan cakap, "Alah, kalau bertudung pun belum tentu lagi baik perangai." Memang betul. Tapi, sekurang-kurangnya dia baik sikit sebab ada hati mahu tutup kepala sepertimana yang disuruh Allah. Ikhlas tak ikhlas itu Allah punya urusan. Yang penting, tutup aurat.

Kalau nak tunggu sampai seru baru tutup kepala, aku takut tak sempat saja. Macamana kalau esok tiba-tiba tertiupnya sangkakala hari kiamat. Jadi gempa bumi dekat Malaysia ini sepertimana yang menimpa kaum-kaum terdahulu. Tak pun, hujan batu besar gila. Bila jatuh batu itu dekat kepala terus kepala menggelegak dan mati. Atau pun semua mati ditimpa banjir besar beserta tsunami.

Itu pun seru juga.

Seru itukah yang ditunggunya?
Harapnya bukan wahai saudara seIslamku.

Tapi, memang peliklah.

Boleh puasa, tapi tak solat.
Boleh solat, tapi tak bayar zakat.
Boleh bayar zakat, tapi err... err pergilah bayar.

Lagi satu.

Hari Raya tahun ini, entahlah kenapa semua baju kurung perempuan kainnya jarang gila macam langsir. Kain dalam pun tebal lagi weh! Setakat nak pakai inner dekat dalam, lelaki pandang pun masih boleh naik nafsu agaknya. Dahlah inner itu melekat rapi dekat badan. Itu belum lagi kalau ada yang pakai tube. Alah, baju ketat yang macam Mat Saleh suka pakai itu. Entahlah macamana aku nak describe.

Tak payah bayang... tak payah bayang.

Isk, dah... dah.
Ini yang dinamakan detik-detik nafsu mahu terlerai.

Astaghfirullahalazim.
Astaghfirullahalazim.
Astaghfirullahalazim.

Marah memang marah. Tapi benda ini betul. Kena tegur. Apa guna mengaku saudara seIslam kalau tak sayang saudara sendiri. Kalau sayang, kenalah betul membetulkan sesama kita. Aku pun lagilah banyak gila salah silapnya. Segala khilaf dan compang campingnya perangai itu sama-sama kita betulkan. Jangan buat tak peduli saja. Memanglah lain-lain kubur. Tapi, alam barzakh kita sama. Satu saja.

Maka, kalau mengaku saudara seIslam itu, tegur menegurlah antara satu sama lain. Sayangilah saudara seIslam kita.

Katakan TAKNAK pada BAHAN BAKAR API NERAKA.

Ok, taknak_

Sambung baca...

Kategori:

Friday, September 11, 2009


_Kad raya.

Baru sampai hari ini.

Itu kad raya yang kedua. Dari Dani (kamsamnida). Sejak terasa makin matang ini (walaupun gigi bongsu langsung tak cukup lagi tumbuhnya), nafsu mahu menghantar dan menerima kad raya tak berapa nak bercambah. Kad raya itu ibarat name card saja.

Jika ada, diterima. Jika tak ada, tiada dikisahnya.

Malam tadi, ayah bersuara.

"Ayah tahun ini tak dapat satu pun kad raya."

Tersenyum aku kejap.

"Ini maksudnya ada petanda baik ini."
"Eh, kenapa ayah?"

Ayah pula tersenyum.

Maksud di sebalik ayatnya, wallahualam. Tak berapa nak tangkap dia punya tersirat. Entah keruh entahkan tidak.

Bila tengok kalendar, kejap betul sudah mahu masuk minggu terakhir berpuasa. Perasaan mahu beraya masih belum ada. Mungkin sebab tahun ini semakin banyak berkurangan ahli keluarga dan sanak saudara. Benar. Sesungguhnya mati itu pasti. Takkan ada yang mati itu hidup kembali. Iman kena meredhakan mereka yang telah pergi.

Benar sangat-sangat.
Itu sebabnya, makin tak berapa nak timbul perasaan mahu beraya.

Melainkan satu....

Anyam ketupat!

Ok, itu aku bersemangat. Tak sabar ini nak menganyam. Lepas itu boleh jolok pokok pisang. Ambil daun muda nak buat burasak. Lepas itu boleh masak ketupat. Jaga api. Sambil menyedut asap. Lepas itu boleh masak rendang. Lepas itu lagi boleh masak kuah kacang. Lepas itu lagi boleh masukkan pulut dalam daun ketupat palas.

Lepas itu lagi....

Aik, kata tak ada perasaan nak beraya.

Eh, haahlah.

Astaghfirullahalazim.
Astaghfirullahalazim.
Astaghfirullahalazim.

Ingat Lailatul Qadar... Lailatul Qadar_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, September 10, 2009


_Sama dengan.

Ini pun tak berfaedah juga.

Sebab boleh karang dalam masa lima minit. Tak perlu pakai otak. Taip saja ikut suka hati. Ini barulah namanya 'Suka hati sayalah mahu taip apa-apa pun sebab memang tak berfaedah'. Panjang sungguh namanya. Sepanjang nama kita.

Hari ini sudah 20 Ramadhan.

Sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadhan. Maknanya, sudah lebih kurang sembilan belas hari kita berpuasa. Apa khabar si hawa nafsu? Sudah jatuh menyembah bumikah? Atau masih tegak berdiri. Semoga masih tegar melawan kerenah hawa nafsu yang pelbagai itu. Lagi beberapa hari saja mahu menang. Jangan biarkan kemenangan di tangan si hawa nafsu.

Sesungguhnya, sepuluh hari terakhir ini paling berharga.

Sebab....

Hadirnya Lailatul Qadar.

Semoga dipertemukan malam itu.

Ok... ok.

Kita baru terbau-bau semangat Syawal. Lambat sedikit dia datang. Minggu terakhir baru datang bau. Ini pun sebab hari-hari pasang lagu Raihan - Bismillah. Disebabkan lagu itulah kita terasa macam mahu raya. Mungkin sebab paluan kompangnya yang begitu ketara memalu hawa nafsu. Sehingga kita turut serta mahu berkompang sekali woh! Tak apa balik rumah nanti pergi berkompang dalam bilik.

Saya ada kompang.
Kulit kambing.
Murah sikit.
Wahooo!

Ya... ya. Dari Kuching.

Hah, dahlah.

Mari cari Lailatul Qadar. Daripada malam-malam pergi main School Vandals, Farmville dan Mafia Wars dekat Facebook itu, baiklah pergi cium sejadah berjam-jam. Kan? Kan?

Oh, ya.

Hari itu. Eh, bukan hari itu. Dah lama dah. Nananya ini ada tag aku. Suruh letak wallpaper desktop. Makanya, ini aku langsaikan hutang. Banyaknya hutang orang, ya Huzai. Aduhai. Sabar... sabar. Langsaikan secara slow and steady. Harap-harap sempat langsai semua.

Ok.
Ini desktop saya.
Sila klik jika mahu lihat saiz besar

Ya.

Sepatutnya lagi sedikit icons di desktop. Tak rajin letak banyak-banyak. Semak. Serabut ayam jadinya nanti. Yang ada di desktop itu pun sebab aku kena buka hari-hari. Dan ada games juga. He he. Konon-konon mahu lepaskan tekanan. Kononlah.

Oh, ya.

Ini ColorBurn widget.
ColorBurn

Boleh dapatkan di sini. Laman web utamanya di sini.Hari-hari ada theme color baru. Sungguh bahagia. Ada banyak je laman web yang bagi kemudahan skim warna ini. Cuma, aku suka letak sebagai widget.

Ingat senang ke nak pilih warna. Kalau design, pemilihan warna inilah salah satu aspek yang buat design aku siap lambat. Maklumlah, aku bukan budak grafik. Sangat amatur. Sikit-sikit itu tahulah. Pilih warna pun ikut sedap mata je. (Alasanlah itu)

Lagi satu.

Ini Calendar Islam widget
Calendar Islam

Ini simple punya widget. Dapat dari sini. Tapi, kamu kena pakai Yahoo Widgets dulu. Aku cari banyak hari itu. Terjumpa yang ini saja. Mungkin ada yang lagi hebat dekat luar sana. Carilah. Setakat ini, aku suka yang ini. Boleh belajar bahasa Arab yang sudah menumpul. Sekurang-kurangnya, tak adalah aku lost track hari ini keberapa haribulan dalam kalendar Islam. Kan. He he.

Hah.

Memang tak berfaedah betul entri ini.

Dah_

Sambung baca...

Kategori: ,

Wednesday, September 09, 2009


_Hari lepas-lepas.

"Zai, nanti tolong ambil ayah dari Penang boleh?"
"Ha, boleh... boleh."
"Bas ayah jam 12 malam."
"Boleh. Lebih kurang pukul berapa ayah sampai?"
"Dalam 4 pagi di Hentian Duta."
"...."
"Boleh tak?"
"Ha, boleh... boleh."

Mestilah boleh, wahai ayah.

Cumanya.

Cuma... cuma itulah. Kena keluar rumah dalam pukul 3 lebih pagi. Mahu tidur malam pun tak berani. Nanti tak bangun. Kesudahannya. Lepas Isyak semalam terus aku pejam mata laju-laju. Lagi pun memang penat tak ingat dunia.

Hari-hari naik LRT kena berdiri sambil imbangkan diri. Rasa macam atas surf board. Paling best surf boad berdiri dekat perut LRT. Bahagian tengah-tengah. Tempat yang tak berapa ada himpitan manusia. Cuma gegaran dia lebih sikit. Skala Ritcher 0.8 saja. Ke kiri ke kanan. Ke kiri ke kanan. Kadang-kadang macam nak tergolek juga bila LRT berhenti kecemasan.

(Eh, peliknya bunyi ayat berhenti kecemasan. Eh, pelik... pelik.)

Dekat mana aku tadi?
Lupa dah.

Hah.
Kadang-kadang macam nak tergolek juga bila LRT berhenti kecemasan.

Ok sambung.

Lepas itu, pukul 12 malam terjaga. Pukul 1 pagi terjaga. Pukul 2 pagi pun terjaga balik. Ini malaikat suruh bangun buat apa-apa yang patut agaknya. Sampai tiga kali dikejutkannya. Macam buat Roll Call zaman di asrama dulukala. Kesudahannya, aku bangunlah juga. Liat-liat pun kena bangun juga. Jangan derhaka.

Maka.
Buatlah aku apa-apa yang patut.

Dalam pukul 3 setengah pagi, aku mandi. Nak tak nak terpaksa juga pergi mandi. Alang-alang dah bangun. Biar bangun untuk basah. Boleh terus pergi ofis. Sangkanya kalau mandi sebelum Subuh ini lebih teruk menggigilnya. Rupanya langsung tak. Terasa macam mandi waktu tengahari. Air paip dia suam-suam kuku.

Oh, patutlah aku dengar orang suruh mandi sebelum Subuh.
Lebih afdhal.

Tapi, kalau mandi pukul 6 pagi lain pula dia punya rasa. Sejuknya lebih ketara. Menggigilnya memang tak terkata. Gila tak terkata. Cuma menggelatuk gigi saja.

Kejap.

Salah siaran ini. Aku bukan nak cerita pasal ini. Aku kan tengah cerita nak ambil ayah dekat Hentian Duta tadi pagi.

Hah.

Dalam pukul 4 pagi tadi baru aku keluar rumah. Kesian ayah kena tunggu. Nak tak nak saya terpaksa merempitlah ayah. Sampai seram sejuk aku dekat jalan raya pagi tadi. Bukan laju sangat pun. Dalam 80km/j. Kadang 60km/j. Tapi sebab tak ada kereta di jalan raya, aku pun jadi gayat.

Lepas itu tadi ini, datang ofis sebelum pukul 8 pagi. Macam orang gila. Eh, tak. Macam mayat hidup. Ofis pun kosong lagi. Pukul 9 pagi ke atas baru ada orang.

Lepas itu, aku pun tulis entri tak berfaedah ini.

Memang tak berfaedah betul_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, September 08, 2009


_Letak balik.

Status di Facebook.

Sahaja aku menahan diri daripada mendengar lagu raya dan yang sewaktunya, dengan niat takut hancur mood kerja yang tinggal lebih kurang dua minggu ini kerana Allah Taala. Amin... oh, amin!

Sesungguhnya, betapa lajunya Ramadhan berlari. Sudah 18 Ramadhan. Semangat mahu menyambut Syawal semakin menipis. Mungkin sebab kita belum terdedah dengan radio dan juga televisyen agaknya. Sebiji lagu raya pun belum menyelinap ke gegendang telinga. Semoga masih terpeliharalah gegendang telinga ini dari dirempuh masuk lagu-lagu raya yang bakal menghancurkan semangat bekerja dan juga semangat beribadah.

Percayalah.

Kalau dengar lagu raya banyak sangat....

Nescaya, kamu semua pasti terlupa akan Ramadhan. Sekaligus, semakin terasa berat mahu melangkah ke masjid. Mahu bersolat taraweh. Mahu bertadarus Al-Quran. Mahu solat tahajud di malam hari. Asyik teringat kuih raya. Baju raya. Langsir raya. Kasut raya. Bunga raya. Dan sebagainya.

Di kala itu, bersedihlah para ahli kubur.

Semakin gelaplah cahaya di tanah perkuburan. Cahaya-cahaya yang datang dari amalan dan bacaan Al-Quran mereka yang masih hidup kepada mereka yang telah mati. Dan para ahli kubur cuma mampu memegang dulang-dulang kosong tanpa berisi cahaya. Bagi menerangi kubur mereka.

Dan semakin bersedihlah para ahli kubur.

Kerana dengan berakhirnya Ramadhan, segala siksaan ke atas ahli kubur bakal disambung kembali. Dan bermulalah jeritan-jeritan ahli kubur dengan siksaan yang setimpal dengannya.

Kalau boleh, hayatilah Ramadhan sampai habis.

Dan kalau boleh, carilah malam Lailatul Qadar. Lagi pula, mana tahu ini Ramadhan yang terakhir ke kan. Sesungguhnya, ajal dan maut itu memang rahsia Allah. Sebab itu kena berjuang habis-habisan untuk Ramadhan 1430H ini. Hanya pejuang tegar hawa nafsu saja yang layak meraikan kemenangan di bulan Syawal.

Makanya.
Berusahalah untuk cuba menahan telinga dari terselinapnya lagu-lagu raya.

Agi hidup agi ngelaban.

Berusahalah_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, September 07, 2009


_Betullah.

Hari macam inilah kita teringin betul mahu kerja di Selangor.

Merasa juga cuti di kala Nuzul Quran. Apa sebab entahnya Kuala Lumpur tidak bercuti di kala Nuzul Quran, tiadalah kita tahu. Semoga warga Selangor bercuti di rumah sambil membaca Al-Quranlah harapnya. Kalau tidak, berfaedah lagi kamu ke tempat kerja.

Kan.

Ha ha.

Tak... tak dengki pun.

Hai, orang Selangor.
Tak bangun tidur lagi ke?
Sudah-sudahlah membutanya.

Tak... tak dengki pun.

Bukan sebab dengki. Apa sebab pula mahu dengki mendengki. Bukan seronok pun banyak tidur. Sesungguhnya, tidur yang berlebihan itu boleh menumpulkan akal. Lainlah kalau letih yang menggila gara-gara bangun bertahajud pagi tadi kan. Itu dimaafkan mungkin.

Tak... tak dengki pun.

Ok.

Nuzul Quran hari ini.

Peristiwa Nuzul Quran ini berlaku pada malam Jumaat. Bersamaan 17 Ramadhan. Tahun keempat puluh satu daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Nuzul itu bermaksud....

Turun.
Atau berpindah dari atas ke bawah.

Dan lima ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah tidak lain dan tidak bukan, surah Al-'Alaq.

Iqra'.

Bacalah....

Allah suruh baca.

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Telah diciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajarkan (menulis) dengan pena. Yang mengajarkan manusia apa-apa yang tiada diketahuinya." (Al-'Alaq: 1-5)

Lima ayat tentang Surah Segumpal Darah.
Yang diturunkan di Makkah.

Maka.

Menggeletarlah seluruh tubuh Nabi Muhammad SAW sewaktu sedang beribadat di dalam Gua Hira itu. Dan pada ketika itulah, Nabi Muhammad SAW yang tidak pandai menulis dan membaca itu menerima wahyunya yang pertama daripada Allah SWT.

Iqra'.
Iqra'.
Iqra'.

Bacalah.
Bacalah.
Bacalah.

Makanya.

Di saat Ramadhan sudah melangkaui separuh dari usianya, sudah sampai manakah ayat-ayat Al-Quran itu dibacanya? Sudah tiga perempatkah? Atau, sudah khatamkah? Atau belum mulakah? Atau sudah hilangkah kitab Al-Qurannya? Atau, tidak peduli langsung untuk menjamah walau sehelai mukasurat?

Ish... ish... ish.

Kita... kita err, masih belum separuh lagi isi Al-Quran dibacanya.
Jauhnya lagi mahu dikejar.
Tsk....

-_-"

Semoga sempat dihabiskan.
Perlahan-lahan kayuh.
InsyaAllah.

Oh, ya.

Ada seorang teman mengajukan soalan.

Mengapakah bukan surah Al-Fatihah yang diturunkan terlebih dahulu? Bukankah surah Al-Fatihah itu ibu segala ayat? Bukankah ia surah pembukaan Al-Quran?

Kita yang sedia maklum jahil ini tak terfikir pula.

Hmm....

Kamu rasa kenapa_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, September 02, 2009


_Antara yang benar dan yang tidak.

Yang tidaknya.
Manusia sentiasa mengejar zaman. Bimbang dikatakan ketinggalan zaman.

Yang benarnya.
Zaman itu sentiasa meninggalkan manusia. Kerjanya memang tinggalkan saja.

Zaman tidak kekal. Akhirat saja yang kekal. Dan akhirat saja yang setia menunggu manusia. Namun, jarang-jarang manusia memandang dan mengejarnyanya. Ada. Bukan tiada. Cuma kadangkala tidak berapa nak beristiqamah memandang dan mengejarnya. Termasuklah kita.

Hidup di dunia ini tidak lama.
Hidup di dunia ini hanya sementara.

Kata seorang da'e kecil bernama Bunga....

Dari kecil besar.
Setelah besar, nikah.
Setelah nikah, punya anak.
Setelah punya anak, punya cucu.
Setelah punya cucu, kok....

Mati.

Yang putih, ikut bendera putih.
Yang hitam, ikut bendera hitam.
Yang belang-belang, ikut bendera belang-belang.

Betul. Betul. Betul.

Di akhirat sana.

Manusia masing-masing membawa bekalan oleh-olehnya. Jika penuh dan berat bekalannya, syurga ganjarannya. Tetapi, jika bekalannya ringan dan sedikit saja, boleh jadi bahang api neraka itu pasti kena tempiasnya. Atau terpercik sikit-sikit saja. Boleh jadi tiada. Hanya Allah yang layak menilainya.

Namun, jika bekalannya kosong semata-mata.....

Lihat ke syurga, senyum. Lihat ke neraka, menangis. Kejap menangis. Kejap tersenyum. Kejap menangis. Kejap tersenyum. Lama-lama disangka gila. Hilang sudah kewarasannya. Kosong. Sekosong isi bekalannya.

Yang tinggal cumalah segala anggota badan sebagai saksi hayat di dunia.

Mati.

Bukan senang mahu merindukan mati. Aku sendiri pun masih gerun dengan kematian. Bekalan oleh-oleh ini pun masih tersangat ringan. Dan sangat sedikit. Langsung tidak cukup mahu dibawa 'pulang'. Maka. Bukan senang mahu merindukan mati. Kerana dengan mati, kita bakal kembali kepada pemilik nyawa. Dan bersedialah kita untuk dihisabNya.

Hidup di dunia ini tidak lama.
Hidup di dunia ini hanya sementara.

Maka.

Berusahalah untuk cuba menambah ilmu agama.
Berusahalah untuk cuba amalkan segala yang diperintahkan.
Berusahalah untuk cuba tinggalkan segala yang dijangankan.

Dan.

Berusahalah untuk cuba tidak peduli dengan kata-kata manusia melainkan yang baik-baik sahaja. Sesungguhnya, mereka yang mengajak ke arah kemaksiatan dan kejahatan memang layak ditinggalkan. Tapi kalau kesian, ajaklah berbuat baik sama. Mudah-mudahan lembut hatinya. Tolong ingatkan aku sama. Tolong ajak aku sama.

Orang putih kata.....

I don't give a thing about anything you said unless it has something good.

Maka, memang patut bersyukur juga jika kau keras kepala mengalahkan besi keluli dan logam. Sesungguhnya teramat mudahlah mahu menapis benda-benda tak baik dan baik. Dengan syarat, kau mahu jadi baik. Nawaitu itu penting. Kalau nawaitu kau mahu jadi jahat atau tiada nawaitu, hanya Allah saja tempat tolongmu.

Dan kalau orang kutuk-kutuk serta memaki hamun kau, berterima kasihlah. Senang-senang saja kau dapat pahala. Ingat senang ke nak dapat pahala. Dengan syarat kau janganlah maki dia balik. Sabar dan sabar dan sabar. Itu salah satu taktik juga mahu menambah ganjaran. Bukan taktik kotor.

Dan yang paling penting.

Berusahalah untuk cuba ambil peduli segala yang difirmanNya.

Berusahalah untuk cuba.

Ok... ok.
Aku cuba.
Aku tak janji.
Tapi, aku cuba.
Dan tetap mahu cuba.

Kena cuba.

Sebab berjuang menentang hawa nafsu itu bukan kerja mudah. Itu jihad yang terbesar. Kalau awal-awal lagi sudah kalah, tak malu ke sambut bulan Syawal sebagai bulan kemenangan. Meraikan kekalahan di tangan hawa nafsu. Tapi aku tahu, tak ada orang pun yang malu kalah di tangan hawa nafsu. Sebab aku pun macam itu. Isk. Tapi kalau ada memang alhamdulillah. Tolong menangkan aku sekali.

Ok... ok.
Aku cubalah.
Sedikit demi sedikit.
Dan harapnya berterusan.

Untung-untung dapatlah nanti sekeping istiqamah.

Kan.

Alamak!
Lupalah pula.
Tulis tajuk lain. Cerita pasal lain.

Ini kamu semua kena tonton.

Kalau Malaysia ada Akademi Al-Quran, Indonesia pula ada Pildacil. Pemilihan Da'i Cilik atau Pildacil. Aku baru tahu perihal Pildacil ini pun dari blog pakcik Nuaeman. Terima kasih pakcik. Semoga diberkati Allah selalu.

Yang paling aku suka, da'e bernama Bunga.
Memang macam bunga.

Sangat comel.
Sangat petah.
SubhanaAllah.

Aku wajibkan kamu semua tengok, silalah.



Hah.

Best kan?
Kan?

Bagus betul kalau ada rancangan televisyen macam ini di Malaysia. Mengingatkan tentang akhirat. Sentiasa. Setiap masa. Setiap detik. Sejak dari kecil pula itu. Dari rebung. Berbanding Tom Tom Bak. Mengajar anak -anak menari. Menyanyi. Melawa sana melawa sini. Kecil-kecil dah pandai. Dah besar nanti tak tahulah macamana, ish.

Alahai.

Aku faham.

Hiburan dan manusia ini memang sukar dicerai-beraikan. Aku sendiri pun macam itu. Namun, batasnya biarlah ada. Dan biarlah kena pada tempatnya. Dan biarlah tegak betul batasnya sebagai sempadan. Maka, marilah sama-sama membuat batas. Lama-lama boleh jadi petak sawah padi.

Eh, ke terbalik?

Maaflah. Aku tak pernah tanam padi. Teringin tapi KL dan Johor mana ada petak sawah. Aku nak tanam pokok manggis depan rumah pun tak lepas tahu.

Ok... ok.

Moga masih ada anak-anak kecil di Malaysia nanti yang melaungkan begini....

Allah tuhanku.
Islam agamaku.
Malaysia negaraku.
I love you.

Rawe rawe rantas. Malang-malang tuntas.

Maksudnya: Segala sesuatu yang merintangi maksud dan tujuan harus disingkirkan.

Hi hi hi hi.

*Tambah sikit*

Aku paksa kamu semua tengok yang ini juga.

Da'i bernama Nadia.



Semoga dapat hayati dan faham mesej yang disampaikan. Dan semoga timbullah rasa gerun dan takut yang terlampau akan seksaan Allah SWT. Sesungguhnya, tiada satu pun kemalangan ngeri yang setanding ngerinya azab seksaan Allah SWT. Takutlah dengan azab Allah.

Kalau Allah larang jangan buat, maka JANGAN buat.
Dekat pun JANGAN.

INGAT.

Sesungguhnya, tiada satu pun kemalangan ngeri yang setanding ngerinya azab seksaan Allah SWT.

Semoga kita sentiasa ingat-mengingati_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, September 01, 2009


_Adui.

Kenapalah kerek betul SQL Server Enterprise 2005 ini.

Lagi satu.

Virtual PC dan VM Ware. Yang mana satu lebih molek digunapakai. Dah terbiasa sangat dengan VPC. Bila terjumpa VMWare ini ibarat kera mendapat bunga pula. Satu biji benda pun terasa payah mahu digodek. Seronok lagi bergelumang dengan Photoshop dan Illustrator. Gores sana gores sini saja sudah boleh tunjuk kreatif.

Lagi dua.

Mana entah perginya semangat cintakan networking. Terasa menyesal pula. Mahu sambung semulalah CCNA yang terbengkalai di UiTM itu. Tapi, tak ada kawan mahu dibuat partner lab. Semua pun lelaki. Kalau kena dengan perangai yang malas itu memang sakit kepala dibuatnya. Tapi kalau kena dengan yang hebat bergaya kemahirannya memang kena tinggallah kita. Kenapalah perempuan tak berminat dengan networking. Seronok tahu. Apalah.

Lagi tiga.

Ayah ke Perak pula. Selama seminggu. Sejak semalam. Sabtu baru pulang. Hari semalam berbuka berdua saja dengan emak. Ini kalau terdengar takbir raya mungkin berjurai-jurai air mata kami. Mujur emak adalah emak. Sejuk sikit hati kita dibuatnya. Tak apalah. Sementara boleh duduk dengan emak ini, habiskan saja masa dengan emak sampai habis.

Lagi lima.

Kena bagi Technical Implementation punya training. Alahai. Terasa sangat tersangat sukar. Aduhai. Jangan mengeluh. Jangan mengeluh. Mari selawat Fatih 100 kali sehari. Semoga dipertemukan jodoh laju-laju. Eh, silap. Mari selawat ke atas nabi sekarang. Untung-untung terlerai sikit kegusaran, susah hati dan dukacita nestapa yang tengah seronok bersarang di hati.

Ini apa ini.

Tengah mengadu sambil mengeluh bagai ke Huzai. Tak baiklah. Cuba sabar sikit. Baru kena jentik dengan kesusahan pun dah menggelupur. Entah apa-apa. Ini bulan puasa ini kena berjuang melawan hawa nafsu. Jihad terbesar itu. Cuba sabar sikit.

Ok... ok.

Wahai angin,
Tolong tiup sikit kesabaran ini.
Kalau nak tiup dengan debu pasir sekali pun tak apa asalkan tiup.

Fuh... fuh.

Maaf.
Sangat sibuk minggu ini.
Postpone sekejap entry lain.

Hah.

Yang keempat jangan ditanya.

Sambung baca...

Kategori:

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.