Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, July 29, 2009


_Malam tadi ini kita ada majlis.

Tengah seronok kami semua yang perempuan-perempuan ini berehat-rehat, tiba-tiba seorang kakak ini menegur kita.

"Eh, awak kalau jeling macam itu tadi memang sebiji muka macam Yuna."

Kita ternganga.

Ya Allah.

Not again!

No.
Noo.
Noooo.

Nafsu murka terus menerpa.

Buat kali ke 8 juta, kalau kamu mahu ulang benda yang sama kepada kita, harap simpan sahaja. Dikhuatiri kita bakal naik murka. Hahahaha. Lain, woi! Muka cik Yuna itu lebih kacak embun dan manis berbanding kita. Cuma, kita lahir lebih beribu-ribu hari daripada beliau. Pastilah agaknya dia yang ada mirip kita sikit mungkin. Mungkinlah.

Cumanya.

Boleh tahan sedih juga terasa di hati, eceh.

Bukan apa. Sepanjang tumbesaran kita ini, telinga kerap sangat dengar ayat seperti "Eh, muka dia ini macam cousin aku." Paling tidak pun, "Eh, muka dia ini macam kawan aku." Dan paling tidak pun, "Eh, ada kakak ke? Muka macam samalah." Dan paling tersangat paling tidak pun, "Eh, macam muka Yuna." Atau mungkin yang lebih teruk lagi, "Eh, adik-beradik Yuna ke?"

Muka macam Yuna?
Siapa Yuna?

Penyanyi itulah.

Lagu apa yang dia nyanyi?

Lagu yang sebut, 'Oh bulannnn...'.
Yang itulah. Takkan tak pernah dengar.

-_-"

Dengar. Dengar.
Dah.

Kita terus jadi tak berkenan dengan segala lagu budak itu.
Maaflah cik adik Yuna ya.

Ah, jangan nak gatal suruh kita letak gambar dekat sini. Tak ada masa. Kita tahulah kononnya setiap manusia ini, dijadikan muka seirasnya dalam 7 rupa. Ini entahlah sahih ke tidak. Sebab kita pun dengar daripada mulut orang-orang tua sejak kita setinggi paras lutut ayah kita.

Tapi itulah.

Bukan takat tujuh ini. Dah sampai keturunan ke berapa entahnya. Macam sudah tujuh ratus rupa dah kita miliki sama macam hamba Allah yang lain. Oh, sungguh tidak uniknya kita. Kalau emak dan ayah kita dengar, sedihlah mereka. Kecil hati kita.

Tapi.

Boleh menyerupai wajah manusia lain lebih daripada tujuh rupa.
Terasa macam sesumpah pula.

Kan_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, July 28, 2009


_Penat gila cari satu rumah semalam.

Malam tadi.

Lagi 3 ke 4 minit mahu masuk Isyak, kita bawa handphone ke tingkat bawah. Sibuk menjawab sms seorang kawan (Dope). Dengan handphone di tangan, kita ke dapur. Buka paip air. Basuh tangan. Sambil melilau tengok makanan apa yang ada dalam dapur ini. Sambil telan air liur. Sambil minum air. Lepas itu, buka peti sejuk. Lepas itu, tutup balik peti sejuk. Masuk bilik air. Ambil wudhu. Tutup lampu. Buka peti sejuk balik.

Terus azan Isyak.

Ayah panggil ajak berjemaah sekali dengan emak semua. Kita pun terkocoh-kocoh tinggalkan dapur. Entah apa benda aku buat, eh kita buat dekat dapur pun tak tahulah. Buang masa betul. Lepas itu, solat. Habis solat. Bentangkan tilam untuk ayah. Bagi emak makan ubat. Pergi dapur balik. Tengok singki. Lepas itu terus naik atas. Terasa macam ada benda hilang. Tapi tak boleh nak recall balik.

Dalam bilik....

Bersila. Menghadap laptop. Buka kipas. Duduk melayan Internet yang boleh tahan 'laju' gila! Sambil menunggu itu, teringat adik gadis kita. Ada benda mahu disampaikan. Cadangnya mahu sms. Terus kita capai telefon. Selalunya ada atas katil lepas balik kerja. Pusing kiri kanan pun tak jumpa. Kita pun bangun geledah beg laptop. Tengok bawah katil pun tak ada. Bakteria dan hama je ramai sekampung bawah katil.

Penat kita recall balik.

Gila tak ingat.

Sampai haus kita dibuatnya.

Kesudahannya, kita turun bawah. Buka peti sejuk. Sebaik sahaja tangan mahu mencapai gelas, tiba-tiba ternampak objek yang begitu dikenali sedang menggigil kesejukan. Habis dia punya muka penuh wap. Kesian gila.

Ya Allah!

Apa hal aku pergi letak handphone dalam peti sejuk ini_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, July 27, 2009


_Sebelum terjadi apa-apa.

Baik seru awal-awal.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Boleh tahan letih juga hari ini.

Fuh, tarik nafas.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Hembus nafas.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Pagi tadi kita ada exam.

Kita bangun jam 4 pagi. Semata-mata mahu ambil semangat awal. Semangat itu.

Exam kita dari jam 9 pagi sehingga jam 3 petang.

Tanpa henti!

Gila kan.

Ini pertama kali kita ambil exam lebih daripada tiga jam. Sangat tepu! Ok, adalah juga dalam lima belas minit rehat sekejap makan tengahari. Itu pun makan di luar kelas. Luar yang tidak berapa luar jugalah. Sekangkang ayam sahaja. Kami tidak dibenarkan keluar jauh daripada bilik peperiksaan.

Yang membuatkan kita overdose penat ini bukan apa.

Pagi tadi. Bersemangat waja betul kita datang mahu ambil exam. Dalam 8.30 pagi sudah sampai. Dalam perjalanan dari LRT ke bangunan itu, tiba-tiba kasut kita yang belah kanan ini tercabut tapak. Bukan sikit-sikit dia punya tertanggal itu. Habis tinggal sepanjang ibu jari sahaja tapak yang bergantung hayat melekat di kasut kita.

Ya Salam.

Memang Thank You Allah.

Nak dijadikan cerita. Kita pun terpaksalah jalan sambil menyeretkan kaki. Kamu pernah tengok cerita Resident Evil? Ingat tak macamana gaya segala Zombie itu berjalan menyerang manusia? Jalan sambil menyeretkan kaki, bukan? Ibarat kaki melekap di lantai. Hah. Macam itu jugalah gaya kita terpaksa berjalan. Dari LRT ke bilik peperiksaan. Memang nikmat!

Fuh.

Memang Thank You Allah.

Pada jam 9 pagi.

Buku soalan mula diagihkan. Boleh tahan tebal juga dia punya case study. Dekat nak sejam jugalah kita ambil masa mewarnakan setiap baris dengan highlighter oren kita. Setiap baris wajib dibaca dengan teliti. Setiap baris pun ada requirement. Setiap baris pun ada yang tersurat dan tersiratnya. Suhaila pesan, baca line by line. Jangan terlepas pandang. Terima kasih Suhaila.

Dalam jam 10 pagi.

Kami semua diberi VMware. Virtual Machine, bahasa Inggerinya. Kelajuan dia, Ya Allah punyalah 'laju'! Siput khinzir yang berjoging di sebelah pun laju lagi. Mujur tak ada siput khinzir. Habis nanti kita taburkan garam sebanyak mungkin.

Bayangkanlah.

Setiap 5 minit skrin kita beku. Habis sistem kita keras kejung tak bergerak. Nak tak nak terpaksa restart komputer. Entah sudah berapa juta kali kita kena restart komputer. Dengan silau lampu depan kita yang terang benderang dengan mengganasnya. Terkebil-kebil kita memandang skrin komputer. Silau yang boleh tahan memeningkan kepala dibuatnya.

Fuh.

Memang Thank You Allah.

Akhirnya.

Setelah bergelut menjawab semua soalan, dalam jam 3 suku petang kita pun habis. Kita orang ketiga keluar dari bilik peperiksaan. Tak tahan. Tepu kepala dan mata dibuatnya. Dengan nak terkejar-kejar solat Zohornya. Dengan kasut yang sudah tercabut tapaknya. Dalam tujuh orang lagi yang belum selesai menjawab soalan. Dan hampir kesemua komputer pun ada masalah 'kelajuan' VMware yang sama.

Fuh.

Memang Thank You Allah.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Akhirnya.

Alhamdulillah.

Tamat sudah latihan kita selama seminggu dengan lebihan satu hari.

Sebenarnya bukan apa.

Kita ini nak elakkan daripada mengeluh dan memaki hamun semua kejadian pada hari ini. Itu yang kena tapis fikiran dan hati ini siap-siap. Jangan bagi syaitan menyelit. Nanti entah apa-apa biji butir yang dia sibuk bisikkan. Lepas itu, habislah. Mesti kita menyinga punya. Sebab itulah kena sebut siap-siap Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Lagi pun.

Kita juga yang mengada minta kuatkan kesabaran.

Allah takkan bagi kita kesabaran semudah itu.
Takkanlah nak bagi peha tanpa betis dahulu.
Takkanlah begitu senang kan.

Walaupun Allah itu Maha Pemurah, tapi Dia mesti nak uji sikit iman hambaNya. Nanti kalau main hulur kesabaran percuma macam itu, tak adalah hambaNya nak bersyukur dan belajar jadi manusia. Nanti lupa diri terus. Lepas itu, makin banyaklah bahan bakar api neraka.

Fuh!
Nauzubillahiminzalik.

Tak mahulah kita.

Makanya, sebab itulah.

Allah cuma tunjukkan jalan dan cara.
Tetapi, tidak dibagiNya kesabaran itu secara percuma.

Bukannya sebab Dia tidak Mendengar akan doa kita. Dia dengar. Maha Mendengar itu. Dan Dia Maha Pemurah serta Maha Penyayang dengan hambaNya. Pasti dimakbulkan segala doa hambaNya. Dengan syarat, doalah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Makanya....

Opp... opp.

Dah azan Maghrib.
Solat cepat.

Tak payah sibuk nak italickan semua perkataan Inggeris dah Huzai oi_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, July 27, 2009


_Kita tahu.

Ada segelintir manusia yang tidak sukakan doktor.

Tidak suka, dalam erti kata malas mahu berjumpa doktor. Susah mahu menelan ubat. Sukar lagi mahu bertentang mata dengan tuan doktor. Alasannya? Mungkin kerana kurang percaya dengan doktor. Atau, mungkin malas mahu membazir duit. Atau, mungkin sedikit fobia dengan suasana klinik atau hospital itu. Bau ubat dan darah, misalnya.

Maka.

Ini antara tips untuk kamu dan kamu yang mahu membaikpulih diri sendiri.

Pertolongan secara terus diaju kepada Dia Yang Maha Esa.

Guna tangan sahaja.

Dari Abu Abdillah yaitu Usman bin Abul 'Ash r.a. bahawasanya ia mengadu kepada Rasulullah s.a.w. kerana adanya suatu penyakit yang diderita dalam tubuhnya, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda padanya.

"Letakkanlah tanganmu pada tempat yang engkau rasa sakit dari tubuhmu itu, kemudian ucapkanlah Bismillah tiga kali, lalu ucapkanlah pula sebanyak tujuh kali yang ertinya: "Saya mohon perlindungan dengan kemuliaan Allah dan kekuasaanNya dari keburukannya sesuatu yang saya peroleh dan saya takutkan." (Riwayat Muslim)


Memang berkesan.

Cubalah, sila_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, July 27, 2009


_Terbentukku sebagai satu.

Lahirku sebagai satu.
Kembaliku sebagai satu.
Kepada Rabbiul A'lamin Yang Satu.

Hidup ini yang satu.
Titik permulaannya satu.
Titik penamatnya juga satu.
Kepada Rabbiul A'lamin Yang Satu.

Satu itu.

Bersendiri bukan ertinya.
Kesunyian juga bukan penemannya.
Kerana Rabbiul A'lamin itu tetap bersamanya.

Di dalam dunia ini.

Jika semua jiwa memalingkan muka darimu,
Jika semua jiwa memandang hina kepadamu,
Jika semua jiwa menjauhkan diri darimu,
Jika semua jiwa meninggalkanmu,

Cukup hanya Satu.
Hanya Rabbiul A'lamin bersamamu.

Yang tidak pernah berpaling.
Yang tidak pernah memandang hina.
Yang tidak pernah menjauhi.
Yang tidak pernah meninggalkan.
Yang sentiasa kasih.

Kerana Dia Yang Satu.

Dan itulah satu-satunya yang Satu.

Cukuplah hanya Satu.
Cukuplah hanya Satu.
Cukuplah hanya Satu.

Tarbiah Pencipta buat penyejuk jiwa.

Semoga tidak dibolak-balikkan hati setiap manusia.

Hanya Satu yang satu_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, July 26, 2009


_Manusia.

Daya ingin tahunya teramatlah tinggi.

Ada yang berbatas. Ada yang tiada. Kepada yang tiada, itu teramatlah bahaya. Pernah dengar 'Curiosity kills the cat'? Janganlah diajukan pertanyaan kepada kita. Tiadalah kita tahu mengapa kucing yang dibunuh. Mengapa tidak anjing, khinzir mahupun ayam. Tetapi. Kita yakin pasti ada cerita di sebaliknya.

Kalau ada yang tahu, sudilah kiranya dapat berkongsi dengan kita.

Begini....

Ada yang mengaju soalan pada kita. Soalan yang boleh tahan kerap juga kita terima. Maka, ini segala jawabnya. Sekadar mahu menjernihkan cerita. Bukanlah kita sudah malas mahu menjawab soalan. Err, kadangkala malas jugalah. Maaflah. Kita manusia biasa yang sangat hina dan tiada guna. Semoga di kemudian hari, keruhnya tiada.

Ok, mula.

Anda seorang photographer?
Mestilah bukan. Hehe. Mengambil gambar itu kegemaran kita cuma. Orang putih bilang, passion. Fotografi itu sebenarnya banyak hikmahnya. Antaranya, lebih rasa bersyukur dengan segala nikmat dan kejadian Allah. Tak kisahlah kamera jenis apa pun yang kamu gunakan. Rasa beryukur kepada Penciptanya itu pasti datang menyinggah.

Anda seorang designer?
Eh, lagilah bukan. Kerja kita lebih ke arah teknikal. Computer support. Pengurusan rekod. Kadangkala ada juga kita buat kerja-kerja design di pejabat. Cuma bukanlah kita seorang designer. Apa lagi graphic artist. Design itu juga salah satu passion kita.

Anda seorang lelaki?
Eh, kenapa selalu ingat kita lelaki? Mujur hati kita besar. Tiadalah pula ia mengecil. Seperti lelakikah kita ini? Hehe. Tetapi, kalau belum pernah bertentang mata memang selalu kita disangka sebagai lelaki. Lali dibuatnya. Mujurlah kita tidak buat perangai. Kalau datang balik perangai lama yang tidak semenggah itu, sudah lama kita menyamar menjadi seorang lelaki. Boleh main-mainkan orang. Lepas itu dapat dosa. Kena seksa dekat neraka. Astaghfirullahalazim. Jangan main-mainkan orang. Tak baik. Kita sudah insaf. Isk.

Anda 23 tahun?
Hahahaha. Kalau kita kata ya, sudah pasti digunting lidah kita di akhirat nanti. Secara jujurnya, kita bukan bawah 25 tahun. Maaflah. Kita rasa disangka muda bukan perkara yang menyeronokkan kita. Bila disangka muda ini, biasanya fikiran belum matang habis. Kebudak-budakkan yang teramat. Terasa jauh dengan kematian. Sungguhpun kita sudah lebih 25 tahun, tetapi kita mengaku yang kita sendiri masih kebudak-budakkan lagi. Choki Choki, oh! Maaflah. Gigi bongsu belum tumbuh lagi tiga. Apa kaitannya dengan gigi bongsu? Berkait dengan kematangan mungkin.

Ok.
Itu sahaja yang dapat kita ingat.

Hah, kamu!

Jika ada sebarang kemusykilan, sila suakan_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, July 26, 2009


_Untuk kita.

Dan untuk kamu.

Kata Imam Syafie....

"Apabila tidak ketemu sahabat yang bertaqwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat."

Maka.
Kata manusia.

"Engkau selalu ajak aku ke kelab malam. Aku sudah terlupa akan masjid. Aku juga sudah terlupa cara bersolat. Waktu masuknya solat juga tidak ku tahu. Maaf. Biarkan aku sendiri. Aku tidak mahu ikut engkau lagi."

Kata Imam Ghazalie....

"Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tetapi ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya."

Maka.
Kata manusia.

"Kalau engkau tidak bayar hutang aku pun tidak mengapa. Aku halalkan. Tiada apa-apa yang aku mahukan. Asalkan, kau sudi selitkan namaku dalam setiap doamu. Nama aku si Fulan bin si Fulan. Jangan lupakan aku dalam doamu. Demi ukhuwah kita."

Itu....

Untuk kita. Untuk kamu.

Sahabat,

Jika hari ini aku terlalu gembira,
sedarkanku dengan amaran Allah.

Jika ku sedih tanpa kata,
pujukku dengan tarbiah Pencipta.

Jika ku lemah tidak berdaya,
ingatkanku dengan kehebatan syurga.

Jika antara kita ada tembok pemisahnya,
ajaklahku leraikan segera.

Jika pernah hatimu terluka,
luahkanlah agar ku berubah.

Dan jika esok ku lena tanpa terjaga,
iringilah lena ku dengan kalungan doa.

Makanya.

Yang dimaksudkan Ukhuwah itu adalah....

Hah.

Apa dia_

Sambung baca...

Kategori:

Friday, July 24, 2009


_Kita ada satu masalah.

Eh, tak... tak.

Kita ada banyak masalah. Salah satunya, susah mengagak jarak.

Rabun?

Eh, tak... tak.

Alhamdulillah. Berkat dipaksa emak makan sayur berbakul-bakul sejak tinggi separas pinggang emak. Hasilnya, mata tetap kekal dua. Cumanya. Kita ada masalah silau (hah, masalah lagi!) yang kadangkala boleh tahan kronik juga.

Cuma itulah.

Kita memang kerap sangat salah mengagak jarak. Mesti kepala juga yang jadi mangsa. Kalau tidak pun, hidung. Kening ke. Kadangkala dagu. Kadangkala telinga. Kalau bukan terhantuk, mesti tergesel. Kalau bukan tergesel, mesti terhantuk. Boleh tahan kental juga tengkorak kepala ini. Kekerasannya memang terbukti.

Setibanya di rumah. Pada hari lepas-lepas.

Macam biasa. Bagi salam. Sambil senyum sumbing depan pintu. Kita pun tunduk mahu buka kasut belah kiri.

Gedegang!

Terhantuk dinding.

"Aduiiii!"

Emak yang berkerut-kerut dahi menahan sakit. Boleh tahan jauh juga dia punya tempias sakit itu. Sampaikan emak pun boleh terasa. Susah payah emak kandungkan kita 9 bulan. Senang-lenang sahaja kita hentam sana sini kepala yang dikandung emak ini. Memang patut pun emak berkerut.

Hari lain.

Dalam bilik air. Kita mahu tunduk mencapai baldi.

Gedegang!

Terhantuk sinki.

"Aduiiiiii!"

Berpinar-pinar kita dibuatnya. Bertakung sekejap air mata menahan sakit.

Hari lain lagi.

Di dapur. Kita mahu capai periuk dalam almari bawah.

Gedegang!

Terhantuk simen batu almari.

"Aduiiiii!"

Gila itu.

Kepala yang sekeras teras bumi. Keras kepala. Barangkali itu agaknya asal usul perangai degil. Yalah. Kita pun sangka macam itu. Paling tidak pun, akibat hentakan yang boleh kata kerap itu telah menyebabkan susun atur memori kita berkecamuk. Bersepah-sepah. Alah, macam hard disk. Kalau terjatuh, mesti lain macam sikit dia punya perjalanan memori kan.

Kalau mahu tahu.

Inilah sebenarnya antara punca kita cepat lupa. Bukan sebab selalu menelan semut. Bukan juga sebab jarang menelan kismis.

Tapi yang satu inilah.

Kebolehan menganggar jarak sebenar semakin terhakis. Susah mahu bezakan jarak dan dinding. Atau singki. Atau simen. Atau atap bumbung. Atau pokok. Atau kepala orang lain. Kadangkala, kita selalu terhentam dahi manusia. Dahi adik gadis kita, misalnya. Mujur jendulnya tiada. Memang kelirulah.

Hai, susah betul.

Ada petua tak_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, July 22, 2009


_Jika mahu jadi pencinta, belajar bercinta itu haruslah ada.

Dan.

Jika mahu belajar bercinta, jalan percintaannya juga mestilah ada. Yang mana, mungkin jalan jauh dan panjang. Mungkin juga jalan pendek. Dan boleh jadi juga jalan pintas. Semakin besar jarak jalan percintaan itu, semakin mencabar pula pembelajarannya. Pembelajaran itu ibarat halangan. Dan boleh jadi, semakin sukar juga mahu mencipta seorang pencinta.

Sama ada kecundang atau tiada, silalah rujuk Allah Yang Esa.

Sekejap.

Pencinta, bercinta dan percintaan yang kita maksudkan, langsung sama sekali tiada kena mengena dengan pencinta, bercinta dan percintaan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan belum lagi diikat secara halal. Zina melambai-lambai itu dari jauh. Lebih gila menakutkan daripada ngilaian pontianak dari atas pokok durian. Maklumlah, sekarang kan musim buah. Itu sebab dia khusyuk bertenggek dekat pokok durian. Kadang-kadang dekat pokok manggis. Pokok pulasan pun ada juga. Kadang-kadang rambutan.

Hah, apa beza pulasan dan rambutan?

Woi, sila kembali ke pangkal jalan sikit.

Baik!
Astaghfirullahalazim.

Kesimpulannya.

Pencinta pencipta.

Hah.

Cuba sebut 'Pencinta Pencipta' lapan kali dalam satu nafas.

Menggelupur ke tidak. Boleh tahan terbelit juga lidah kita dibuatnya. Umpama menyebut 'Buaya Biawak' selaju mungkin. Sungguhpun tiadalah banyak mana faedahnya, namun kita rasa masih boleh menyumbang faedah jugalah. Kita kan suka menyumbang benda yang tiada faedah. Hati-hatilah dengan kita. Gunanya memang tiada.

Pencinta Pencipta.
Pencinta Pencipta.
Pencinta Pencipta.
Pencinta Pencipta.
Pencinta Pencipta.

Cuba letak alunan muzik sikit.

Barangkali senang mahu lekat dalam kepala. Lagu Pencinta Pencipta oleh hamba hina.

'Aku memang pencinta pencipta
Namun ku tiada upaya
Untuk setia pada pemilik nyawa
Ku cuba mencintai Dia...'


Woi, sila kembali ke pangkal jalan sikit.

Baik!
Astaghfirullahalazim.

Sambil itu, sila pasang niat mahu bangun sepertiga malam.

Dan ulang sampai tertidur.

Oh, lupa.

Itu pengenalan. Ini baru jalan ceritanya. Biasalah. Kita kalau mahu menyampaikan cerita ke muka jalan, memang luar biasa dia punya belit-belit bersimpang-siur. Macam ular. Ada seorang kawan kita kata antara keling dan ular, kalau terjumpa kedua-duanya serentak, bunuh keling dahulu. Kemudian, baru ular. Mungkin kalau ular sudah mematuk dan memagut kaki sehingga terputus segala urat darah pun memang perlu dibunuh juga keling itu dahulu.

Relevannya?

Ah, tanyalah kawan kita itu sendiri.

Oh, ok.
Jalan cerita.

Seminggu ini. Bermula dari Isnin lepas sehinggalah Isnin minggu hadapan. Tiadalah kita menjejak kaki ke pejabat. Khusyuk mempersiapkan diri. Kononnya Isnin hadapan ada peperiksaan. Boleh tahan cemas juga kita dibuatnya. Tak apa. Cuba selagi terdayalah agaknya. Kalau dah tak terdaya, kita tawakal sahaja. Serah sahaja pada Pencipta. Sambil itu, nyanyi berulang-ulang kali lagu Pencinta Pencipta.

Op, op.

Sambung cerita.

Tempat kita training itu, dekat Amcorp Mall. Makanya, tiadalah susah jiwa mahu ke sana. LRT kan ada. Taman Jaya, namanya. Seindah rupa. Tempatnya subhanaAllah. Makan minumnya alhamdulillah. Memang kita tak ada masalah.

Melainkan satu sahaja.

Suraunya.

Di tingkat dua. Setiap kali kami naik lif dari tingkat bawah tanah ke tingkat dua, pasti terpaksa naik tangga kesudahannya. Mana tidaknya. Lif itu tidak akan berhenti di tingkat dua. Semua nombor memang ada stesen perhentiannya. Cuma bukan di tingkat dua. Tekan lapan kali pun tidak bernyawa lampunya. Sudahlah kami diberi rehat makan tengahari sekejap cuma. Makan campur solat, terkejar-kejar kami menekan lifnya. Dan buat penambah perisa, lif ke tingkat dua memang tidak ada.

Mengharukan.

Saja-saja tiada atau memang disengajakan tiada atau tersengaja tiada.

Wallahualam.

Akhirnya.

Setiap kali mahu bersolat, kami terpaksa singgah ke tingkat tiga dahulu, dan kemudiannya turun menaiki tangga ke tingkat dua. Paling tidak pun, singgah ke tingkat satu dan panjat tangga ke tingkat dua. Ikut malas dan rajin. Kalau rajin yang sampai dahulu, memang kami ke tingkat satu dan panjat ke tingkat dua. Kalau malas yang sampai dahulu, memang kami ke tingkat tiga dan gelongsor turun ke tingkat dua.

Fleksibel kononnya.

Hah.

Itulah yang kita alami sepanjang kita kena habiskan training dekat sini. Memang terkejar-kejar kita dibuatnya. Maklumlah, instructor kita ini dari negara kanggaru. Serba serbi laju. Tercungap-cungap juga kita. Tak tahulah boleh mengurangkan jisim badan atau menambahkan jisim badan.

Tapi.

Memang betullah.

Lif ke tingkat dua itu ibarat jalan percintaan seorang pencinta.

Menuju Pencipta.

Patutlah luar biasa semacam dia punya jalan. Kena ada jalan susah sikit nak jumpa Pencipta. Mungkin kena tunjukkan bukti sedikit dan tahap kecintaan kepada Pencipta barangkali. Kenalah bersusah-susah sedikit. Takkanlah semua benda datang bergolek sahaja depan mata. Itu malas namanya. Malas itu syaitan memang suka. Memang ngam gila dengan syaitan lepas itu. BFF.. err.. best friend forever orang putih kata.

Kan.

Iya, betul.
Kita tak tipu.

Tak mahu kita digunting lidah dekat akhirat nanti.

Kalau tak percaya, cuba singgah ke sana dan tekan lif ke tingkat dua_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, July 20, 2009


_Ini ada soalan.

Ok.

Hari ini hari apa?

Isnin.

Ok.
Hari ini hari ke berapa dalam Rejab?

27 Rejab.

Ok.
Maka, setelah ditolak tambah, hari ini ada apa?

Err....
Hari ini semua orang kena pergi bekerja.
Malamnya ada perlawanan MU melawan Malaysia lagi sekali.

-_-"

Alahai.

Wahai kamu,
Kira-kira pada tanggal 27 Rejab,
Setahun sebelum Hijrah pada suatu masa dahulu,
Telah terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj ke atas nabi Muhammad saw.
Tahu?

Oh.
Israk. Dan Mikraj?
Ok, apa itu?

Yang dinamakan Israk itu adalah....

Terbukanya bumbung rumah nabi Muhammad saw.
Turunnya Jibril dan dibawa nabi Muhammad saw ke Baitullah.
Di sana, Jibril telah membelah dada nabi Muhammad saw.
Dibelah dari paras leher sehinggalah ke paras perut.
Dibersihkan hatinya dengan air Zam Zam.
Dan kemudian dipenuhkan dengan hikmah dan iman.
Lalu, dijahit semula dada nabi Muhammad saw.
Dan, dihadirkan seekor binatang yang panjang berwarna putih, Buraq.
Dan, ditunggang bersama Jibril menuju ke Baitulmaqdis.
Setelah menambat Buraq dan bersolat di sana, nabi didatangi Jibril.
Dengan dua bejana yang berisi susu dan arak.
Baginda telah memilih susu, yang bermaksud fitrah.

Yang dinamakan Mikraj itu pula adalah....

Jibril membawa Nabi Muhammad saw naik ke langit bersama Buraq.
Melepasi langit pertama bertemu Nabi Adam.
Melepasi langit kedua bertemu Nabi Isa bin Maryam dan Nabi Yahya bin Zakaria.
Melepasi langit ketiga bertemu Nabi Yusuf.
Melepasi langit keempat bertemu Nabi Idris.
Melepasti langit kelima bertemu Nabi Harun.
Melepasi langit keenam bertemu Nabi Musa.
Melepasi langit ketujuh bertemu Nabi Ibrahim.
Dan diperlihatkan Baitul Ma'mur, sebuah rumah atau tempat.
Yang mana saban hari dimasuki 70,000 Malaikat untuk bersolat.
Dan kemudian, sampai ke Sidratul Muntaha.
Dan seterusnya boleh rujuk SINI.

Ok.

Faham ke entahnya ini.

Kiranya.

Israk dan Mikraj, apa kita dan kamu perlu buat entahnya ini_

Sambung baca...

Kategori:

Saturday, July 18, 2009


_Kejam bukan tajuk entri.

Sesungguhnya.

Memang benar. Dunia akhir zaman ini semakin hari semakin tua. Semakin tua, semakin kejam penduduk dunianya. Semakin banyak hukum Allah yang dilanggar. Semakin jauh manusia meninggalkan Penciptanya. Yang melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang Islam, pasti dihukum atau dibunuh atau juga dibenci.

Kebelakangan ini, isu apa dalam carta?

Politik?
Michael Jackson?
Michael Jackson lagi?
Bola sepak Malaysia lawan MU?
Gosip dan berita hangat artis-artis Melayu?
Aksi Barrack Obama menjeling punggung gadis seksi?

Menyedihkan.

Marwa Al-Sharbini dibunuh kerana berjilbab.

Kamu tahu tentang itu?

Yang tahu, baguslah. Sekurangnya mengambil tahu. Kepada yang tiada tahu, rajin-rajinlah mengambil tahu. Kalau kamu cuma ambil tahu tentang berita hangat dan gosip artis Melayu yang tidak ketahuan itu, kamu memang zalim. Sangat-sangat zalim.

Marwa As-Sharbini.
Seorang ibu beranak satu.
Sedang mengandung tiga bulan.
Mati ditikam 18 kali oleh seorang lelaki Jerman.
Di ruang mahkamah Kota Dresden, Jerman sebelum memberi keterangan.
Beliau mengadu kerap dituduh 'Terrorist' oleh lelaki Jerman itu sebelum dibunuh.

Boleh rujuk SINI

Sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau.

-_-;

Berkopiah bertudung litup,
Dituduh pengganas dan peletup.
Maka, yang terbuka luas,
Tidak pula dituduh ungka dan mawas.

Melaungkan azan,
Dituduh memekak.
Maka, pasang lagu melaungkan F**K,
Tidak pula dituduh memekak.

-_-"

Sesungguhnya.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Semoga kita dan kamu semua sentiasa dilembutkan hati.

Aminkan 40 kali dan ke atas.

Boleh tak_

Sambung baca...

Kategori:

Saturday, July 18, 2009


_Demi Allah.

Sungguh.

Tidaklah kita tahu bahawa jelingan mata itu kadangkala boleh memudaratkan. Maksud kita, memudaratkan sehingga penjelingnya dipukul atau didenda. Sebagai membalas tembakan mata yang diberi. Ganas itu.

Setahu kita, jelingan itu juga sejenis pandangan.

Cumanya.

Kepala empunya tiadalah pula digerakkan.

Hanya pandangan mata sahaja yang berekor. Sehingga tembus ke dalam kotak fikiran pihak lawan. Atau juga tembus ke dalam hatinya yang dipenuhi dengan... dengan... err... salur darah mungkin. Atau mungkin juga tembus ke dalam jantungnya sehingga degupan jantungnya terhenti seketika. Mungkinlah. Ganas itu.

Malam tadi.

Dalam kelas seni pertahanan diri kita.

"Tiga... empat. Eh, buah apalah tadi aku dah lupa."

Kami semua memandang.

"Eh, siap ada yang jeling aku itu! Hah! Semua turun pumping 6 kali."

Apakah?

Kami semua terkedu.

Kita sudah dapat agak. Ini mesti kerja mata kita ini. Sudah berkali-kali dipesan, jangan memandang kalau kepala tidak mengikut. Nanti jadi juling jeling. Ibarat memandang sambil membaling lembing ke dada pihak lawan. Tidak serik-serik pula mata ini.

Akhirnya, kami semua pun terpaksa turun pumping enam kali.

-_-"

Sewaktu rehat.

"Eh, Huzai. Aku baru salah cakap sikit je. Dia punya jeling tuuu.."
"Eh, mana ada abang Azli. Saya pandang je. Cuma tak gerak kepala."
"Eleh. Kan dah kena pumping. Itulah jeling lagi."


-_-"

Hai, sabar sahajalah.
Jelingan yang membawa padah.

Mana boleh denda orang yang menjeling kan.

Tak adil itu.

Kan_

Sambung baca...

Kategori:

Friday, July 17, 2009


_Siapa tidak kenal Milo.

Minum Milo anda jadi sihat dan kuat.

Kiranya.

Kalau mahu sihat dan kuat, minumlah Milo. Baik juga untuk kesihatan. Bukan baik juga. Sudah sahih kebaikannya. Sesuai untuk semua golongan umur. Pengganti gula secara sihat. Adik beradik coklat, bukan? Siapa tidak suka akan coklat. Semua orang suka. Boleh bikin hati gembira secara bersahaja.

Ok.

Milo tabur.

Siapa tidak kenal Milo Tabur.

Kita!

Kamu tahu ke?

Ini pertama kali kita dengar kewujudan Milo Tabur. Kita memang jakunlah, alahai. Entah ciptaan siapalah ini. Tiadalah kita tahu. Yang pasti, kita terbayangkan air milo menjejeh-jejeh di atas lantai. Bertaburan. Tiadalah dapat kita bayangkan bagaimana rupa air milo yang berterabur. Cecair kot. Boleh pula nak dikira. Uncountable noun bukan.

Mana mungkin air berterabur.

Kalau serbuk milo berterabur lain ceritalah.

"Akak, tolong buatkan adik air Milo Tabur."
"Hah? Apa benda itu? Tak pernah dengar pun."
"Laa, akak ini. Itu pun tak tahu."
"Memanglah. Apa benda itu?"
"Itu air milo biasa. Tapi atas dia ditabur serbuk Milo."
"Ui, macam sedap itu!"


Alahai.

-_-"

Itu ke Milo Tabur.

Kacang gila mahu dibancuh.

Budak tadika pun boleh buat. Setakat teraburkan serbuk Milo sahaja di dalam air Milo. Alahai. Kita fikirkan apalah yang berteraburnya. Siapalah yang cipta itu.

Memang bernas.
Memang pantas.
Memang ringkas.

Lepas ini, konsep 'Tabur' itu boleh diaplikasikan untuk semua.

Ya, semua!

Teh Tabur.
Kopi Tabur.
Kuih Tabur.
Nescafe Tabur.
Horlicks Tabur.
Nasi Lemak Sambal Tabur.
Tudung Manik Tabur.
Baju Kebaya Tabur.
Slurpee Tabur.
Coklat Tabur.
Gelang Tabur.
Gula Tabur.
ABC Tabur.

Kemudian.

Pasti ada....

Teh Jejeh.
Milo Jejeh.
Coklat Jejeh.
Nasi Lemak Jejeh.

Wei, ini tengah persendakan si Tabur ke ini?

Eh, taklah.
Kita tengah cuba adapt konsep Tabur.

Ok.

Sila tabur cuba sekarang_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, July 16, 2009


_Kamu.

Sudah tengok Syurga Cinta?

Syurga Cinta

Cerita melayu terbaru arahan Ahmad Idham. Lakonan Awal Ashari dan Heliza. Yang masih suam-suam kuku di pawagam. Yang pada mulanya kita sangkakan ala-ala cerita Indonesia, Kiamat Sudah Dekat. Tiadalah kita katakan serupa. Cumanya, adalah sedikit secolek terpalit pada Syurga Cinta.

Sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang jenis berat hati sedikit mahu melayan cerita Melayu hasil tangan pengarah-pengarah di Malaysia ini, anggap sahajalah ini entri untuk memaut hati kamu dan kamu untuk menonton Syurga Cinta ini.

Ah, ya.
Dan kamu juga.

Maaflah.

Kita mual banyak dengan cerita Melayu di Malaysia ini.

Sebab itu kita sudah berhenti menonton tv.

Rosak wiper mata kita. Habis hidung kita berdarah-darah. Bernanah-nanah telinga kita mendengar adu domba yang banyak diselitkan dalam cerita-cerita Melayu. Dengan bahasanya yang kadangkala teramat kering adab sopan. Dengan pakaiannya yang semacam tidak cukup kain sampai menjolok mata kita. Terjojol dibuatnya.

Assalamualaikum,
Kamdar, Nagoya dan Sogo banyak jualan murah kot.

Aduh.

Tak patut betul encik-encik dan puan pengarah semua.

Sudahlah kita ini banyak dosa. Iman pula lebih nipis daripada kulit bawang. Disuruh pula tonton adegan ranjang dan rambang. Menambah dosa sahaja. Cuba ajar pelakon-pelakon itu berpakaian sopan sedikit. Barulah rating cerita jadi naik. Itu antara rahsia mahu menaikkan rating penonton. Bukannya dengan singkap baju sana sini sampai nampak lurah mahupun bukit-bukau bagai.

Itu lagi hot?

Iyalah itu.

Hot macam hot api neraka.
Tunggulah dan rasa.

-_-"

Sudahlah.

Kita pandai bercakap sahaja. Tontonnya tiada pandai. Mengarah pelakon juga tiada pandai. Perangai tidak semenggahnya bersepah sahaja. Yang semenggahnya cuma pandai makan kicap sahaja. Makan megi kari pun kita simbah kicap. Cubalah. Bergendang tekak dibuatnya.

Hah.

Intro sikit punya panjang berjela lagi bersepah.

Dah.

Ini komen kita untuk Syurga Cinta.

AWAS.. gerak langkahmu ooo ooo.. (lagu Awas KRU)

AWAS.

Ini spoiler.

Berhenti sekarang jika belum tengok lagi.

PERHATIAN:
Komen di bawah ini teramatlah panjang. Dan gila panjang. Jika semput nafas, berhentilah di pertengahan jalan makanya. Sila tarik nafas dan baca bismillah sebelum memulakan perjalanan.

Ok, go.

Jalan ceritanya mengisahkan Irham yang dicabar teman-temannya untuk memikat cikgu Syuhada. Yang kebetulannya adalah guru kelas Ikmal. Maka, Ikmal telah diajak bekerjasama dengan abang tirinya, Irham untuk memikat hati cikgu Syuhada. Dalam setiap perkenalan itu, Irham dan cikgu Syuhada telah mendidik Irham sedikit sebanyak cara mengenali Islam dengan lebih dekat lagi. Dan akhirnya, Irham telah insaf dan berubah menjadi baik. Lantas, terus meminang cikgu Syuhada.

Sebenarnya, kita rasa itu memang perkara tipikal yang berlaku dalam masyarakat.

Bagi sebahagian keluarga yang kaya dan kurang didikan agama, memang jalan hidupnya serba-serbi mewah sahaja. Boleh usung anak dara ke dalam bilik sampai pagi. Berzinalah apa lagi. Dengan ibu bapanya yang tidak bersolat langsung. Apatah lagi mahu mendidik anak bersolat. Sebaliknya, kaki kelab malam. Togok arak sana sini. Berkaraoke tidak ingat dunia.

Terhibur dengan syurga dunia.

Tambahan lagi.

Teman-teman Irham yang cukup alergi dengan gadis bertudung. Untuk dijadikan sebagai isteri. Kita rasa mungkin memang ada sebahagian lelaki yang cukup anti dan tiada suka dengan gadis bertudung. Terserah. Pilihan hati masing-masing. Cuma, ketahuilah. Jika isteri kamu tiada berhijab kepalanya, kamu juga yang menanggung dosanya. Dosa kamu ditambah dosa isteri.

Hah.

Berapa semuanya?
Sanggup?

Bayar ansuran pun belum tentu habis.

Teruskan, sila.

Cumanya.

Kita rasa. Syurga Cinta ini banyak sangat mesej yang disampaikan. Tahniahlah Ahmad Idham. Kita suka sangat dengan watak adik Haziq Tom Tom Bak. Waemah kita tak pernah tengok budak Haziq itu sebelum ini. Maaflah. Kita tidak menonton tv. Dalam Syurga Cinta, setiap detik si Ikmal beristighfar. Dengan kepetahannya yang bercakap, sekaligus dapat mendidik dan melembutkan sedikit hati abangnya, Irham.

Kadang-kadang, Allah sembunyikan matahari.
Dia datangkan petir dan kilat.
Kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari.
Rupa-rupanya, Allah memberi kita pelangi.

"Ikmal, ada nampak tak cikgu yang pakai tudung dekat sekolah ini?"
"Ya Allah, bang. Ini kan negara Islam. Mestilah kena pakai tudung."


Ya, kan.
Betul.

Tapi, di Malaysia ini belum ramai lagi wanita Melayu Islam yang mampu berhijab.

"Eh, what's wrong with perempuan yang pakai tudung? At least, elok sikit mata orang tengok."
"Eleh."
"Kan? Daripada awek yang dok add aku dekat Facebook itu. Semua benda nak terkeluar."


Ya, kan.
Betul.

Perempuan memang suka dengan kecantikan. Suka benar peragakan diri. Lagi nampak macam hot lagi bagus. Baru macam tip top sedikit di mata lelaki ajnabi. Waemah kadang macam perasan comel. Perasan cun. Lelaki takkan cakap benda-benda macam itu secara direk. Mulut tidak berkata-kata. Hati sahaja. Maka. Berhati-hatilah wahai gadis. Mengundang fitnah nanti.

"Saya senang sangat keluar dengan awak, Syu. Bukan apa. Saya seronok nak belajar agama."
"InsyaAllah. Tapi, kalau boleh saya tak naklah keluar dengan pokok krismas."
"Pokok krismas?"
"Haah. Itu, itu dan itu. Mana ada lelaki pakai rantai dan segala aksesori wanita ini."


Ya, kan.
Betul.

Tapi, di Malaysia ini masih berterabur sahaja lelaki Melayu Islam seperti pokok krismas.

"Am dah lama sangat dekat luar negara itu sampai Am lupa pasal agama. Apa yang Am tahu, dalam IC Am, Am Islam."
"Syu pun manusia biasa juga Am. Kita semua sama. Cuma Syu selalu ingat pesan atuk. Atuk cakap, Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu kalau seseorang itu tidak mengubah nasibnya sendiri."
"Maksud Syu?"
"Maksudnya, adakah kita ini ingin menjadi Islam yang difaktor atau Islam yang keturunan saja."


Ya, kan.
Betul.

Belum tentu yang Melayu itu Islam. Kadangkala, cuma Islam pada kad pengenalannya sahaja. Kadangkala, mengaku Islam kerana kedua ibu dan bapanya Islam juga. Tapak Islam di dalam hatinya mungkin tiada. Kalau tapaknya tiada, mana mungkin dapat meletakkan tiang. Rukun Islam bukankah tiang agama. Kalau apa-apa pun tiada, maka jadilah dia Islam pada kad pengenalannya sahaja. Kasihan kan.

"Apa yang abang takutkan sangat ini ha?"
"Tak takut Mal cakap. Mal pernah tengok abang sembahyang tak?"
"Tak pernah."
"Ha tau tak pernah. Kalau sembahyang pun tak pernah, macamana abang nak wudhu itu?"
"Ya Allah ya tuhanku. Takkanlah abang tak tahu langsung?"
"Tak tahu."


Ya, kan.
Betul.

Ada juga yang tidak tahu bersolat dan berwudhu. Kasihan kan. Realiti ini.

"I nampak Ikmal dan Irham sembahyang."
"Diorang sembahyang? So? Apa yang nak dikecohkan?"
"Iyalah. I rasa seram sejuklah tengok Am dengan Ikmal sembahyang. Entahlah. Macam satu perasaan."
"Perasaan apa? Dunia nak kiamat? Nak takut apa? Kita ini kan banyak beribadat. Banyak bersedekah."


Ya, kan.
Betul.

Bersedekah itu ibadat juga. Memang bagus. Cuma, yang wajib itu jangan ditinggalkan pula. Tiang iman itu belum cukup lagi. Tidak bersolat. Tapi, bersedekah. Alahai.

"Cinta itu permulaan jodoh. Dan atuk pernah cakap, jodoh itu terbahagi kepada tiga."
"Tiga?"


Yang pertamanya dikatakan jodoh dari syaitan.
Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan dan terus membuat maksiat.
Akhirnya yang perempuan itu mengandung.
Baru kamu bernikah.

Yang keduanya jodoh dari jin.
Kamu berdua berkenalan.
Kamu suka pada perempuan itu.
Tetapi perempuan itu tidak sukakan kamu.
Maka, kamu sihirkan perempuan itu agar sukakan kamu.
Baru kamu bernikah.

Yang terakhirnya, jodoh dari Allah.
Kamu berdua berpandangan mata terus menusuk ke kalbu.
Kamu terus meminang yang perempuan itu.
Dan perempuan itu menerima pinangan kamu.
Dan bernikah.
InsyaAllah berkekalan ke akhir hayat.
Dan itulah yang dikatakan....

Syurga Cinta.

Sungguhpun tidak sehebat Kiamat Sudah Dekat, Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih bagai. Tetapi, kita rasa Malaysia masih berpeluang untuk menghala ke situ. Cumanya, antara diberi peluang dengan tidak sahaja. Tidak silap kita, ada cerita Nur Kasih kan? Itu pun kita belum pernah tonton. Dengar kata, menarik.

Semoga Nur Kasih dan Syurga Cinta mampu menyuntik sedikit nilai agama ke dalam hati kita dan kamu. Walau tidak banyak, sebesar kuman pun tidak mengapa.

Daripada tiada, kan.

Sesungguhnya, kita tidak ada kepandaian membuat review filem. Buat spoiler hebatlah kita.

-_-"

Maaflah.

Oh, ya.

Suara Heliza sungguh mencairkan hati manusia.

Gadis-gadis, sila jaga lenggok suara ya.
Boleh mendatangkan bahaya.
Percayalah.

Oh, ya.

Kesudahannya, kita tidak berapa gemarlah encik Ahmad Idham. Seeloknya, kalau mahu melamar gadis, jumpalah kedua orang tuanya terus. Atau, atuknya kalau dalam Syurga Cinta. Bukannya berlutut sambil menghulur cincin pada si gadis. Tidak berapa nak manis. Itu macam bukan budaya Melayu. Atau lebih tepat, itu bukan budaya dalam Islam. Budaya Mat Saleh itu kot.

Lagi satu, Irham tidak menginsafkan kedua ibu bapanya. Bahagian itu, encik Ahmad Idham sudah tertinggal. Apa-apa pun, cerita ini tidaklah berat mana. Mesejnya senang difahami. Sangat menginsafkan juga. Dan tidaklah segila dan merepek KL Menjerit, Bohsia dan entah apa-apa lagi cerita Melayu yang tidak berapa manis mahu ditonton.

Kepada yang sudah menonton.
Berapa kali Ikmal beristighfar dalam cerita itu?

Hah, kiralah sila.

Terakhirnya.

Berapa kali pula kamu beristighfar hari ini_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, July 15, 2009


_Beringatlah.

Setiap kosong perpuluhan kosong kosong kosong satu saat.

Sesungguhnya.
Yang paling dekat dengan kita adalah mati.

Bukan mak.
Bukan ayah.
Bukan suami.
Bukan makwe.
Bukan pakwe.
Bukan....

Sudahlah itu.

Ok.
Bukan mereka semua.

Tetapi.

Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati.
Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati.
Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati.
Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati.
Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati. Mati.

Mati?

Ya.
Mati.
Takut tak?

Tak takut pun.

Serius?

Serius.
Perlu takut ke?
Kata nak kembali ke tempat asal yang kekal.

Kalau bekalan belum cukup, tak takut ke?
Kalau belum sempat bertaubat, tak takut ke?
Dah cukup ke bekalan segala serba-serbi bagai?
Dah pasti ke takkan jadi bahan bakar api neraka?
Dah confirm ke dapat cium bau syurga mahupun jejak ke sana?

Bekalan?
Cium?
Err....

Dari sebelah 'sana'. Malaikat Izrail diarahkan melawat si dia yang tiada gentar dengan kematian. Sekadar membuat lawatan dan bancian rambang. Dari rumah ke rumah. Ala-ala direct selling.

Malaikat Izrail bertamu di kaki pintu.

"Woi, buka pintu!"

Eh, itu bukan Izrail.
Kering dengan adab sopan itu.

"Yo, dude! Gua di luar ini. Keluar sekarang!"

Eh, itu lagilah bukan Izrail.
Macam... macam samseng Kampung Dusun itu.

"Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, wahai tuan rumah."

Pintu dikuak si dia.

"Ya, cari siapa?"
"Cari kamu."
"Dan kamu ini siapa?"
"Saya malaikat... malaikat Izrail."
"Hah!"


Gedegang.

Pintu ditutup laju semula. Terhempas ke muka malaikat Izrail. Peluh sejuk mencurah-curah ke muka si dia. Langkahnya laju mencari bilik persembunyian. Sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"Aku belum mahu mati lagi."

Diulangnya lagi.

"Aku belum mahu mati lagi. Aku belum puas dengan dunia ini."

Diulangnya lagi.

"Aku belum mahu mati lagi. Aku belum mahu mati lagi."

Gedebuk!

Jatuh tergolek.

"Aduh!"
"Oi, kau kenapa?"
"Jangan! Jauh dari aku! Jauh kau Izrail!"
"Woi, hilang akal ke!"


Mata terbuka.

Terkejut.

"Astaghfirullahalazim. Mimpi lagi."
"Apa hal kau ini?"


Nafas si dia masih mengah tercungap-cungap.

"Kau sihat ke tak sihat ini?"
"Aku... aku jumpa Izrail."
"Siapa Izrail? Kawan kau yang mana satu ini?"
"Aduh, Izrail pun tak kenal ke kau ini."
"Ah, lantak kaulah. Anyway, dekat pintu ada seorang lelaki nak jumpa."
"Lelaki? Jumpa siapa?"
"Dia cari kau. Nak jumpa kaulah."
"Nak jumpa aku? Ah, sudah. Siapa nama dia?"
"Aku tak ingatlah. Kau pergi sajalah buka pintu itu. Banyak cakap pula."


Kaki melangkah perlahan-lahan menuju ke pintu.

Tangan terketar-ketar mencapai tombol pintu.

Tombol dipulas perlahan-lahan.

Berdiri seorang lelaki.

Yang bernama....

"Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, wahai tuan rumah."

Si dia tersentak.

"Iz... iz... izrail!"

Degupan jantungnya terhenti.

Hah.

Sudahkah kamu menunaikan solat semasa membaca entri ini_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, July 13, 2009


_Tadi. Kita dan Dani bertemu.

Lama tiada bertanya khabar berita. Rindu sungguh dengan sahabat dunia akhirat itu. Ya. Rindu orang belakang kita dan jiran baru kita juga. Itu sahaja yang paling dekat dengan kita. Sampai terasa macam ada kakak besar dan adik tambahan pula. Sekarang jiran baru kita itu sudah jadi jiran kita. Hari-hari boleh datang rumah dia pinjam kicap.

Ok. Ok.

Kawan-kawan yang lain pun kita rindu juga. Semua pun saudara seIslam kita bukan. Rindu berjemaahlah mari. Gusar ada yang berkecil hati nanti. Janganlah kamu menggores hati dan kecilkan saiznya. Tiadalah kita berniat mahu mengkastakan manusia. Sesungguhnya, kita bukan keling. Err.. silap. Sesungguhnya, kita bukan orang India kelas paling bawah.

Tapi.
Jumpa Dani memang seronoklah hai!

Ha.

Ini cerita kita.
Sebelum jumpa Dani tadi.

Sesungguhnya.

Jodoh itu rahsia Allah.
Ya... ya. Betul.

Tiada perlu mahu tercari-cari bercouple bagai.
Ya... ya. Betul.

Mengundang zina hati nanti.
Ya... ya. Betul.

Bersabarlah dalam menanti jodoh.
Ya... ya. Betul.

Ha.

Ini cerita kita.
Selepas jumpa Dani tadi.

Sudah terasa mahu mencari pekebun ladang pula.
Ya... ya. Betul.

Sudah terasa diseru pula.
Ya... ya. Betul.

Sudah terasa mahu menumpang membina masjid pula.
Ya... ya. Betul.

Kena pergi tahajjud malam nanti ini.
Ya... ya. Betul.

Aiseh.

Sabarlah hati hai.

Tak.

Kita tak cakap perihal kahwin. Kita cakap perihal ladang. Perihal.. err.. fitrah manusia. Fitrah menjadi manusia lengkap. Fitrah mahu mencari pelengkap. Selepas bertemu pelengkap. Kalau Matematik, dia macam satu tambah satu jadi dua.

Kita + Kamu = Masjid = Ladang = Ternakan

Woi.. woi!

Astaghfirullahalazim.

Nafsu yang mana satu yang buat perangai ini, hah?

Nak kena ini_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, July 12, 2009


_Sesungguhnya, masa itu emas.

Emas juga yang menjadi pilihan.

Emaskah yang paling mahal di dalam dunia ini?
Emaskah yang paling mahal?
Emaskah?

Eee.. masss.. kah? Kah? Kah?

Berterabur langsung tanda bacaan.

-_-"

Kita rasa, iman lagi mahal.

Ok, tukar!

Sesungguhnya, masa itu sebahagian daripada iman.

Dan sesungguhnya, kita sangat teruk dalam menguruskan masa. Buat janji pun memang janji Melayu. Setengah jam kemudian baru sampai. Astaghfirullahalazim. Sekarang ini baru bertatih nak uruskan masa dengan lebih semenggah. Sudahlah suka tangguh menangguh. Sungguh dalam kerugian.

Sila jangan tiru macam kita.

Hah.

Berjaga-jaga setiap masa.
Pencuri dan perompak iman itu ada di mana-mana sahaja.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih dan nasihat menasihati dengan keberanian dan berwasiat (nasihat menasihati) dengan kesabaran."
Surah Al-Asr (ayat 1 - 3)

Rumah kita ini.

Di tingkat bawah ada sebiji jam dinding. Yang mana agak boleh tahan luar biasa perangainya. Minggu lepas-lepas, jam dinding itu memang sentiasa laju 40 minit. Mak kita pun panjat dinding seperti Spiderman, lalu membetulkan jam dinding itu mengikut waktu yang sepatutnya.

Namun.
Jam dinding itu tetap berjalan laju.
Laju dalam setengah jam dia punya perjalanan masa.

Pelik.

Tanpa berputus asa. Mak kita panjat lagi dinding dan membetulkan jam dinding yang degil itu mengikut waktu yang sepatutnya. Agar tiadalah kami satu keluarga kelam kabut lagi dengan perjalanan masa yang terlebih laju setengah jam. Mahu berbuka puasa pun jadi keliru dibuatnya.

Namun.
Jam dinding itu tetap berjalan laju.
Laju dalam lima belas minit pula dia punya perjalanan masa.

Pelik.

Malaikat punya kerjakah?

Sejak itu. Tiadalah kami menukar lagi waktu pada jam dinding itu. Kalau dia mahu berlari laju, biarkan sahaja dia dengan kelajuannya.

Sebab.

Sesungguhnya manusia memang berada dalam kerugian.

Eh, tapi luar biasa betul jam itu.

Biarlah.

Eh, tak pelik ke dia selalu laju waemah berkali-kali betulkan?

Biarlah.

Eh, tapi....

Biarlah.

Eh, ....

Ish, budak ini. Sudah-sudahlah itu. Ingat ini misteri nusantara ke.

Eh, tapi pelik kan_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, July 07, 2009


_Manggis boleh ditanam di mana-mana sahaja.

Siapa kata tidak boleh.

Manggis ini kegilaan kita tahu. Setiap tahun terpaksa tunggu bulan Jun dan Julai. Barulah dia muncul. Kepingin betul. Zaman muda-muda dahulu kalau balik Johor, kita rajin memanjat pokok. Tetapi, sempat beberapa minit sahaja berdiri di atas dahan pokok manggis. Gayat betul nampak kerengga berlari-lari anak di sebelah kita. Tanah berpijak pun jauh betul dari mata.

Fuh....

Kali terakhir kita menjolok manggis sambil berdiri di atas dahan pokok manggis, kita dan kakak saudara dikejar geng tebuan. Pengganas betul geng tebuan ini. Kalau terjumpa dek FRU, sudah lama disiram air atau disembur gas pemedih mata. Akibatnya, lari bertempiaran kita dibuatnya di dusun atuk. Maklang kita pun sempat disengat di batang hidung.

Hasilnya, hidung maklang kita jadi dua.

Kasihanlah.

Manggis dan kita.
Ada juga angan-angannya.

"Mak. Nanti kita tanam pokok manggis eh?"

Mak pandang makngah kita sambil tergelak-gelak.

"Tengok dia ini Ngah. Dia ingat pokok manggis itu besar pokok cili agaknya. Ada ke nak ditanamnya depan rumah tengah-tengah bandar Kuala Lumpur ini."

Kita terkebil-kebil.

Sampai hati emak.

Tunggulah manggis.
Suatu hari nanti, terpacak juga kamu depan rumah kita.

Siapa kata tidak boleh_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, July 06, 2009


_Soalan cepu emas.

Inai itu budaya siapa?

Cina?
India?
Melayu?

Err... Islam?

Tengahari tadi.

Bos kita yang bermata sepet menegur.

"Eh, Huzai. Wow, that is very nice! That is called inai, right?"
"Hehe. Yes."
"I heard that in Islam inai boleh kuatkan kuku, right?"
"Err.. yes."


Eh, sugoi!

Bangsa Cina pun tahu hikmah memakai inai. Dalam Islam pun ada dijelaskan hikmah berinai. Dan larangan menggunakan pewarna kuku selain inai. Entahlah semua wanita Melayu di Malaysia ini sedar atau tidak dengan hikmah inai dan larangan memakai perwarna kuku lain.

Jauhi Kuitex (macamana ejalah).

Kalau mahu ganas, inai warna hitam pun ada. Itu kalau mahu sangat nampak ganas. Ah, kita dahulu kala pun ada terniat mahu memakai. Mujur belum pernah. Ngeri ditempeleng ayah nanti. Silap-silap, emak pun tiada izinkan kita masuk ke rumah.

Hai....

Segan juga kita kadangkala dengan golongan bermata sepet dalam office ini. Ada yang tahu mengeja Jawi. Ada juga yang tahu perempuan Islam tidak berjabat tangan dengan lelaki bukan muhrim. Ada juga yang arif makanan itu dan ini tidak halal untuk orang Islam. Ada yang tahu tentang kewajipan setiap lelaki Muslimin ke masjid setiap Jumaat tengahari. Ada yang tahu perempuan Muslimat wajib memakai tudung.

Bangsa Cina pun arif dengan hal-hal macam itu.

Bangsa Melayu?

Malu tak_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, July 06, 2009


_Aisehmen.

Terasa nervous pula tiba-tiba.

Setahu kitalah.

Seumur hidup kita belum pernah lagi menjodohkan kawan-kawan. Diri sendiri pun tiada pandai mahu dijodohkan. Apatah lagi kawan-kawan. Ini kalau ada kawan-kawan mahu kenalkan lelaki pada kita pun kita dah angkat kaki seribu. Waemah kaki kita dua sahaja. Orang putih kata, freaked out.

Assalamualaikum.

Ingat tak nervous ke nak dikenal-kenalkan macam itu. Kita dah merasa hari itu. Sia-sia je kita err.. terpaksa tidak terima. KIV pun tidak. Tiada kesanggupan. Pintu hati pun tiada. Mahu dibukanya bagaimana. Walaupun jika maaf itu berguna nak polis buat apa lagi, tetapi maaf sahajalah kita pinta. Urusan jodoh ini, kita serah pada mak ayah kita sahaja. Sila lalu pintu hadapan ya.

Ingat tak nervous ke bab main hati ini?

Nervous, woi!

Tersilap langkah, jatuh zina hati kita dibuatnya nanti.

Cumanya.

Kita sekadar mahu menyampaikan pesanan. Barangkali kita tiada kelayakan mahu jadi orang tengah. Tetapi, kita cubalah bukan. Manalah tahu. Boleh juga menolong kawan. Langkah pertama mahu jadi orang tengah pun kita masih bertatih lagi. Siapa yang arif, harap boleh beri tunjuk ajar. Kalau ada galah boleh tolong jolokkan sekali. Maklumlah, sekarang musim buah-buahan di dusun kampung. Sedekahkan kita seplastik dua buah manggis. Kita kepingin.

Err....

Ada seorang kawan gadis kita ini. Sebaya kita. Tidak muda. Tidaklah tua juga. Mahu mencari pasangan. Sehidup semati. Membina ladang dan masjid. Menghasilkan tanaman yang subur. Dan....

Dah... dah.

Kena penampar sulung juga kita ini nanti.

Beginilah.

Siapa mahu mencari pasangan dan sudi dipasangkan dengan kawan kita?

Sila bagitahu sekarang_

Sambung baca...

Kategori:

Friday, July 03, 2009


_Perempuan dan alat solek.

Ibarat lelaki dan rokok.

Namun.

Perempuan kalau mahu digandingkan, 8 kajang kertas pun belum tentu cukup. Belum tentu habis satu malam dibentangkan kertas kerjanya.

Perempuan dan mulut pok pek pok pek.
Perempuan dan segala jenis tudung.
Perempuan dan hiasan rambut.
Perempuan dan tas tangan.
Perempuan dan alat solek.
Perempuan dan kasut.
Perempuan dan baju.
Perempuan dan....

Oh, perempuan!

Yalah.

Kita pun perempuan juga.

Oh, kita!

Sudah... sudah.

Tersasar alignment dibuatnya. Kena buat balancing ini. Kita mahu cerita lainlah. Ini semua satan punya angkara. Suka sangat terbuai-buai entah ke mana mencecehnya. Manalah tidak berpatah-patah perkataan ditulisnya. Suka sangat berlayar. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga.

Get carried away, orang putih kata.

Macam ini.

Hari-hari lepas.
Dalam LRT.

Biasalah.

Mata kita ini kadang degil juga mahu disuruh menunduk. Sekejap-sekejap mahu meliarkan mata. Lantas, terpandanglah kita akan benda-benda yang tiada molek. Manusia, beginilah perangainya. Bila mahu melemparkan kesalahannya kepada orang lain, alasannya pasti ada perkataan 'ter'. Sedikit pun tiada mahu mengakui itu silap sendiri.

Iya. Itu bukan salah kita. Itu satan, empunya angkara.

Hai, manusia.

Hah, di kala itu.

Ternampaklah kita seorang awek gadis yang sedang gila khusyuk mentenyeh segulung gincu ke bibir mulusnya. Penuh khusyuk lagaknya sambil memandang cermin compact powder jenama entahlah tetapi berwarna coklat cerahlah badan compact powder itu.

Sekejap-sekejap ditenyeh gincu.
Sekejap-sekejap ditenyeh eyeliner.
Sekejap-sekejap ditenyeh pemerah pipi.
Sekejap-sekejap ditenyeh pembayang mata.
Sekejap-sekejap ditenyeh tompok bedak di muka.

Kita tesengih.

Kita tengok yang duduk depan gadis itu kesemuanya jejaka. Berbagai bangsa. Yang seorangnya memandang ke lain. Terasa segan di hati mungkin. Yang lagi seorang memandang tepat sambil tersengih melihat lagak gadis itu.Yang seorang lagi terbuai diulit mimpi.

Kita tersengih lagi.

Khusyuk sungguh kita memandang gadis itu. Melaramnya bukan main. Semacam tiada manusia di sekeliling. Langsung tiada datang kesopanan, keseganan dan kesusilaan.

Selamba kering sahaja.

Yalah.

Kita pun tenyeh juga celak di mata.

Cumanya, tiadalah kita tenyeh di depan orang. Semacam segan pula menjalar andai berduyun mata yang meliar menjamah mata kita di kala sedang melaram di khalayak ramai.

Lepas itu.

Kita ada nampak lagi. Dalam LRT lagi. Kali kedua. Gadis yang berlainan. Khusyuk mentenyeh pelembab bibir pula. Tidak silap kita, Lip Ice Glossy. Lebih kurang begitulah yang dipakainya.

Tenyeh, tenyeh, dan tenyeh.

Selalunya kita nampak dalam cerita Mat Saleh di kaca tv sahaja. Bersolek di dalam kereta dan di dalam keretapi. Maka, tidaklah begitu rare kelihatannya. Kerana itu Mat Saleh. Yang memang kurang kesopanan, keseganan dan kesusilaan. Hidupnya memang selamba kering sahaja.

Cumanya.

Kalau Melayu yang buat begitu, kita terasa sedikit kelakar dan pelik pula.

Kita tahulah pelik itu normal.

Cuma maaflah. Kita memang jakun sedikit dengan benda-benda semacam itu. Barangkali, itu perkara biasa di mata rakyat Malaysia. Cuma kita pula yang terlebih terasa segan. Dan kelakar. Maaflah gadis-gadis. Tergelakkan kamu-kamu.

Entahlah perasaan kita sahaja, atau....

Bersolek di dalam LRT itu memang perkara basic dekat Malaysia ini_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, July 02, 2009


_Orang kata, mimpi itu mainan tidur.

Ada benarnya itu.

Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata:

"Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Adakalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan."

Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi itu ada tiga macam:

  1. Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini tidak memerlukan penafsiran.

  2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.

  3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.


Mimpi kita yang satu ini, entahkan mainan atau tidak.

Dalam mimpi itu....

Kita dan adik gadis kita terdengar satu lagu. Lembut terbuai-buai kita dibuatnya. Iramanya menenangkan. Kita terasa semacam di tepi pantai yang indah. Sambil berlari-lari anak. Bukanlah seperti bersa'i. Cuma, larian secara gerak perlahan ala-ala pasangan romantis berlari-lari gedik mengada tak ingat dunia di tepi pantai di dalam cerita Mat Saleh di kaca televisyen. Ah, pelakon Melayu pun ada juga.

Mungkin jika dimodenkan lagu tersebut, adalah sedikit bunyinya macam lagu 70an di bawah ini.

Di tepi pantai yang indah.. greng greng greng
Ku duduk seoranggg diri..
Suasanaaaa...

Hah.

Lagu yang dalam mimpi kita itu bukan digoreng gitar bunyinya. Cuma perasaan tenangnya semacam di tepi pantai itulah.

Kita tanya adik gadis, "Apa tajuk lagu ini?"
Adik gadis kita senyum simpul menjawab, "Damai bersamamu."

Kapoof!

Kita terus terjaga daripada tidur. Mata tercelik. Terus kita tanya pakcik Google tajuk 'Damai bersamamu' itu. Sangka kita tak terjumpa. Mimpi itu bukankah mainan tidur. Entah apa sahaja yang disampaikan satan dalam mimpi itu ke kita. Maka, tiadalah kita bersandar harapan dengan hasil carian pakcik Google.

Dan entah macamana, pakcik Google gigih pula mencari lagu itu sampai terjumpa.

Pling!

Nyanyian Haddad Alwi - Damai Bersamamu.

Masyaallah.

Memang iramanya sebiji macam dalam mimpi kita.
Tajuknya pun sebiji sama juga.
Dinyanyikan lelaki juga.

Terkejut kita.

KESIMPULANNYA:
Silalah bangun untuk bertahajud atau bertaubat menghadap Allah jika terbangun pada sepertiga malam. Jangan tiru macam kita. Boleh pula kita menghadap pakcik Google sebaik sahaja tercelik mata. Astaghfirullahazim. Segala yang tak semenggah itu memang milik kita.

-__-"

Hah.

Cuba lalukan lagu itu ke telinga.

Tengok damai tak damai bersamamu_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, July 01, 2009


_Betullah.

Ada sesetengah manusia, setianya hingga ke akhir hayat.

Kalau sudah suka sesuatu, sampai mati pun itu juga disukanya. Jarang bertamu kebosanannya. Jarang goyah dengan godaan lainnya. Walaupun kadangkala tidak logik. Namun, suka lebih mengatasi segalanya. Memang crazy.

Salah seorangnya, kita dan keluarga kita.

Kita ada peti kaca gambar bergerak.

Ada juga Astro. Ada berjuta Channel. 24 jam disiarkan segala gambar bergerak. Ada juga berita dunia. Ada juga Liga Inggeris secara langsung bergerak di dalam peti kaca kita. Ada juga telenova Sepanyol yang haram sebiji butir tiada kita faham. Ada juga drama Indonesia yang suka peragakan tudung pelbagai jenis.

Namun.

Hanya satu sahaja di hati kita dan keluarga kita.

Channel 303.

KBSW Korea.

Beritanya korea. Drama bersirinya korea. Iklannya korea. Maklumat kajian cuacanya juga korea. Laporan bola sepaknya korea. Rancangan masakannya korea. Akademi hiburan Fanta Kokakola dan lawak jenakanya juga korea.

Kesemuanya korea.

Kami tetap setia menonton.

Walaupun TANPA subtitle.
Tanpa ya... tanpa.
Tanpa subtitle.

Memang crazy.

Dan setiap malam.

Demi menunggu siaran drama yang bermula jam 9. Pasti kami sudah tertebeng depan itu. Dan sanggup pula dilayan berita korea yang entah langsung tiada faham biji butir yang disampaikannya. Semata-mata kerana setia.

Kalau nampak kilang terbakar,
"Ooo, ini berita kebakaran."

Kalau nampak majlis kahwin artis korea,
"Ooo, ini si polan yang kahwin."

Kadangkala ayah kita berborak dengan mak secara serius.
"Haritu siapa mati? Mak dia tahu tak dia itu bukan anak kandung?"

Waemah tengah bincang pasal drama Korea.

Eh, jangan gelak!
Itu salah satu teknik mempelajari bahasa korea ok.

Cuma kebelakangan ini....

Bukan saja peti kaca gambar bergerak yang menjadi tumpuan kami. Internet pun sama. Sekarang sudah banyak bersepah online drama yang dipasang secara streaming. Youtube pun ada juga. Memang crazy.

Mysoju.com

Suatu petang kita menjenguk mak depan laptop.

"Mak tengah buat apa itu?"
"Diam-diamlah orang tengah tengok ini."
"Ehhhh.. mak pun dah pandai tengok mysoju!"


Mak jeling kita.

Tengok.

Mak kita pun IT savy tahu.

Memang crazy kan_

Sambung baca...

Kategori:

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.