Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, June 30, 2009


_Tanpa ilmu, hidup manusia bakal kucar kacir.

24 jam terasa cemas dan takut yang tiada menentu.

"Tumpang tanya. Sini boleh beli tiket Putra tak?"
"Putra?"
"Haah. Nak ke Kelana Jaya. Tiket Putra beli sini ke?"
"Ha ya. Sini."


Sesaat kita pula keliru. Serasa kita memang ini Stesen Putra LRT. Mungkin disebabkan tahap cemas kakak itu meninggi, maka tiadalah dinampaknya papan tanda Stesen Putra LRT KL Sentral besar terpampang di situ. Bersangka baik.

"Hello, sir. Can I buy a ticket to Thailand, please?"

Sesaat kita keliru lagi. Serasa kita memang ini Stesen Putra LRT. Mungkin disebabkan tahap ringan mulut Mat Saleh itu meninggi, maka sanggup benar dia beratur berbaris panjang semata-mata mahu bertanya demi satu soalan. Motivasinya tinggi. Bersangka baik.

-__-"

Kita dahulu pun macam itu juga.

Mengenalpasti semua jenis kenderaan awam di Malaysia ini pun satu ilmu juga. Kalau tidak tahu, memang cemas juga dibuatnya. Entah ke mana sahaja dibawanya nanti LRT itu. Itu belum lagi masuk ilmu mengenalpasti monorail dan komuter. Jangan tak tahu. Antara LCCT dan KLIA, kita pun tiada ilmu. Mati-mati kita sangka LCCT dan KLIA itu benda yang sama.

Maklumlah, kita orang kampung.

Hah.

Cuba teka apa perbezaan STAR LRT dan PUTRA LRT?

Tengok keliru tak keliru_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, June 30, 2009


_Pembelinya perempuan, penjualnya lelaki.

Jualannya pasti dibagi murah sedikit.

Eh, betul!

Ini bukan teori mahupun karma bagai. Kita bukan Hindu mahu percaya segala teori karma mereka. Janganlah bersangka buruk dengan nukilan kita yang dahulu. Lalu, melabel selaju kilat bahawa kita ini berpegang dengan teori karma Hindu mahupun pegangan barat. Sesungguhnya, tidak adil melabel kita tanpa mengenali terlebih dahulu. Itu dusta namanya.

Kita bercerita perihal adab.

Bukan ikhlas mahupun istiqamah dan segala teori karma bagai.

Tak apa.

Kosong-kosong sahaja.

Hah.

Pagi tadi.

Hidangan Gembira (Happy Meal) kedai makanan Mesra. Mi goreng berkicap yang agak berair dalam kuantiti yang boleh tahan selonggok juga memenuhi polisterin. Beserta sambal kombo. Dan sepatah dua perbualan.

Semasa di kaunter pembayaran.

"Eh, kenapa jari itu? Luka?"
"Haah. Hehe."
"Kena pisau masa tengah masak ke?"
"Haah. Biasalah. Hehe."


Pling....

RM1.50.

Eh, sugoi!

Kalau makcik itu yang kira, memang paling murah kita kena bayar RM2. Kalau dengan abang itu, memang kita selalu dapat RM1.50. Ambillah banyak mana pun yang berkenan di hati. Memang harga kita kadang RM1.50 sahaja. Kalau ditambah lauk sedikit, dalam RM2. Atau pun RM2.50.

Ha....

Murah kan?
Murah kan?

Eh, jangan salah sangka!

Kita cuma... cuma senyum sedikit sahaja.

Adab membeli kononnya.

Tak apa kan_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, June 29, 2009


_Sesungguhnya.

Bukan senang mahu memahami hati seorang ibu.

Melainkan, kamu adalah seorang ibu.

Sebarang kehendak hati ibu, tiadalah kita tahu. Cuma yang tersurat sahaja kelihatan pada riak wajahnya. Yang tersiratnya, tiadalah sesenang itu boleh diselaminya. Andai boleh diselami, betapa senangnya mendapatkan keredhaan ibu. Betapa senangnya mendapat berkat dan restu seorang ibu. Betapa senangnya menjaga hati seorang ibu.

Kata orang-orang tua, uban ibu berkadar linear dengan dosa anaknya. Semakin banyak dosa kita kepada ibu, semakin bertambah uban di kepalanya.

Hah.

Cuba bilang jumlah uban di kepala ibumu.

Oh, ibu....

(Suara Mamat Exist serak-serak basah menjerit di telinga)

Tahun ini.

"Adik, jom kita buat kek untuk emak nak?"
"Jom. Tak payah kita beli dekat Secret Recipe dah."
"Tapi, mana kak Jai tahu resipi nak buat."
"Adik ada. Jom ajak kak Eg sekali."
"Wahoo..!"


Sebiji kek keju ala-ala Secret Recipe.
Cadangan kami begitu.
Untuk ibu.

Namun.

10 minit termangu-mangu di meja makan.
"Macamana nak mula ini."

10 minit lagi tercangak-cangak di dapur.
"Kita ada bekas kek besar ke dekat dapur?"

5 minit lagi termundar-mandir depan bilik air.
"Lap lantai ini dulu. Nanti susah nak buat kerja."

5 minit lagi terdongak depan microwave.
"Kena tengok ini berapa lama nak panaskan Cream Cheese ini."

10 minit kemudian, emak datang menjenguk.

"Ini nak buat apa ini?"
"Err... akak cakaplah."
"Nak buat kek untuk emak. Tapi, macam tak tahu."


Emak diam.

Kami sengih-sengih.

Lepas itu, emak gerak ke dapur mencapai segala barang masakan. Kami ikut sama. Keletang keletung keletang keletung bunyi periuk di dapur.

30 minit kemudian.

"Mak, dah setengah jam ini. Boleh angkat tak kek ini?"
"Belum. Tunggu kejap lagi."


40 minit kemudian.

"Mak, bila nak angkat ini? Nanti dia hangus."
"Belum. Tunggu kejap lagi."


1 jam kemudian.

"Mak, saya dah cucuk kek itu. Macam ok. Bila nak angkat ini?"
"Ha, keluarkanlah terus."


Fuh!

Menjadi juga.

Sebiji kek keju ala-ala Secret Recipe.
Cadangan kami begitu.
Untuk ibu.

Walaupun mak terpaksa menolong menyiapkan keknya sendiri dan walaupun kami tak berapa nak boleh diharap, namun puas juga hati kami semua dapat memasak kek khas untuk mak. Walaupun mak yang memonopoli kek itu dari mula sampai habis, kami tetap terasa seronok sampai langit ke tujuh.

Kek yang seronok.
Kek yang telah dijampi serapah.
Dengan kasih sayang dan zikir berlipat ganda.

10 jari kami hulur.

Selamat hari jadi mak.

Semoga bahagia dunia akhirat.
Semoga panjang umur murah rezeki.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayangNya.

Tertulis di kad pengenalan mak.
29 Jun.

Hari lahir mak yang sebenarnya.
17 Jun.

Apa-apa pun.

Kita sayang mak dunia akhirat.

Muah... muah... muah_

Sambung baca...

Kategori:

Saturday, June 27, 2009


_Khamis lepas-lepas.

"Kak, hari ini adik bawa Cheese cake. Sedap tak?"
"Whoaaaa.. bestnya."


Khamis kelmarin.

"Kak, hari ini adik bawa Cream Puff. Sedap tak?"
"Whoaaaa.. bestnya."


Khamis semalam.

"Kak, hari ini adik bawa Chocolate Muffin. Sedap tak?"
"Whoaaaa.. bestnya."


Setiap hari Khamis.

"Whoaaaa.. bestnya."

Kita lupa mahu cerita. Adik bujang kita yang bongsu sudah belajar di Institut Makanan. Kelana Jaya. Kursus Culinary. Katanya, mahu jadi tukang masak terhebat. Amin. Kita layankan sahaja.

Kagum juga terasa jika lelaki yang turun ke dapur memukul telur.

Entah dari mana datang angin berminatnya.

Cuma yang kita tahu, setiap hari Khamis..
Memang kami sekeluarga paling seronok.
Dijamu segala macam.

"Whoaaaa.. bestnya."

Hah.

Mata lelaki yang membaca ini.

Ada sesiapa yang berminat memukul telur juga ke_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, June 25, 2009


_Antara perkara lain yang kita tiada arif.

Walimatulurus.

Sekiranya ada rezeki menjadi ladang atau pun tulang rusuk kiri seseorang yang telah tertulis namanya di Luh Mahfuz untuk kita, tiada mahu kita majlis bersanding. Tiada mahu juga diarak ke sana sini. Yang ringkas-ringkas saja sudah. Bentang tikar, duduk bersila dan makan ramai-ramai.

Senang.

Maka.

Rupa bagaimanakah yang dikatakan majlis tanpa persandingan?

Perbualan di Yahudi Messenger.

Hamba 1: Saya tengah fikir macamana la konon-kononnya majlis tanpa persandingan tu
Hamba 1: Adakah saya perlu tidur seharian?
Hamba 1: Atau lepak di tandas sahaja
Hamba 1: atau membantu makcik-makcik membasuh pinggan mangkuk tanpa mendedahkan identiti
Hamba 2: ahkahkas
Hamba 2: tapi kalau kahwin tanpa bersanding mana ada pelik
Hamba 2: ramai je dibuat orang
Hamba 1: ye la ramai
Hamba 1: cuma caranya macamana eh?
Hamba 2: lepas nikah.. turun ke bendang lah jamu orang-orang makan
Hamba 1: yang paling afdhal yang paling mengikuti sunnah
Hamba 1: oh
Hamba 1: ingat lepas nikah terus ke bilik
Hamba 1: adeh

-__- "

Isk..

Lelaki. Itu juga didahulukannya. Tahulah baru dapat ladang. Tahulah sudah tiada sabar mahu dikerjakan ladang. Alahai. Haha.

Namun.

Ada juga kawan-kawan yang tidak bersanding. Kita sendiri pun tiada suka bersanding. Kalau ikutkan, dalam Islam pun ada tetapkan. Tiada eloknya bersanding. Boleh menimbulkan fitnah. Lagi juga, bersanding itu bukanlah budaya kita. Budaya Hindu bukan. Tetapi, kalau mahu buat juga, silakan. Kita tiada bantahan.

Cumanya.
Memang macam agak rare juga zaman Choki Choki ini.

Bersanding itu memang jarang tiada.

Ya kan_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, June 24, 2009


_Antara hal yang kita tiada arif.

Mas kahwin.

Perbualan di Yahudi Messenger.

Hamba 1: Ada khabar dari tanah sabah yang seorang kenalan gadis
Hamba 1: mas kahwinnya ialah surah sajadah
Hamba 2: ye?
Hamba 1: biar dia cemas
Hamba 2: bestnya
Hamba 1: macam ayat-ayat cinta mereka itu
Hamba 2: mas kahwin saya.. 3 juzuk lengkap 114 surah
Hamba 1: tapi lagi kacipkan kalau dia bagi mas kawin surah al baqarah
Hamba 2: taklah.. cukuplah hafal surah ar-rahman beserta tarannum sekali
Hamba 2: mas kahwin lembu betina?
Hamba 1: berdarah hidung kadi menunggu
Hamba 2: baiklah surah yusuf ke
Hamba 2: hehe
Hamba 2: surah yasin lah senang
Hamba 2: insaf tetamu semua
Hamba 1: surah al baqarah sahaja sudah berapa juzuk

Fuh..

Mas kahwin.

Berapa paling minimum?

Dengar khabar, lain negeri lain harganya. Semacam melelong anak dara di pasaran saham sahaja lagaknya. Merenung langit lapan harilah kita jawabnya. Bukanlah kita sudah diseru. Cuma terbincangkan hal-hal yang tiada tentu.

Kalau kita..

Sebuah sejadah..
Sebuah Al-Quran Resam Uthmani..
Sekeping surah Ar-Rahman beserta tarannum.

Itu sahaja boleh tak?

Bolehlah_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, June 23, 2009


_Sekali sekala.

Terlayan nafsu yang pernah dicampak ke dalam neraka Jahim.

Bulan lapan.
Hari yang ke dua puluh satu.

Kita mahu..


  1. Terompah kayu

  2. Basketball NBA asli

  3. Kompang

  4. Gendang

  5. Buku, buku dan buku

  6. Cadar tilam satu warna tiada bercorak

  7. CANON EOS 5D Mark II

  8. Web Hosting dan domain tanpa bayaran tahunan

  9. Semua produk Apple Macintosh

  10. Bekalan ABC Taman Melawati setiap bulan

  11. Jilbab Biskut

  12. Trenchcoat panjang ada hood di belakang



Kita mahu.
Mahu!

Walaupun kita tiada percaya akan pakcik berperut geleber dan besar. Bertopi dan berbaju merah menyala. Sarat dengan janggut yang hampir menyentuh perut. Mengusung loceng ais krim. Bersama sekumpulan rusa di awan gelap. Sambil membingitkan malam hari dengan 'Hoo.. hooo.. hooo'.

Tetapi.

Kita tetap mahu.

Bolehlahhhhh ya_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, June 23, 2009


_Naik LRT, kesukaan kita.

Hari-hari kita melayan kesukaan kita. Tetapi, sifat terlupa itu juga kesukaan kita. Boleh kata hari-hari juga kita melayan terlupa.

Pagi hari.

Ke Kerinchi. Menaiki LRT. Seperti hari-hari. Kereta di Terminal Putra terbiar sendiri. Perjalanan sejauh 40 minit sambil berdiri.

Petang hari.

Dari Kerinchi. Menaiki LRT. Seperti hari-hari. Kereta di Terminal Putra sudah menanti. Perjalanan sejauh 30 minit sambil berdiri.

Tiba di Terminal Putra.

"Ya Allah.. kereta di Kerichi!!!!!!!!"

Gila.

Mujur imaginasi yang keji.
Imaginasi.
Keji.

**Tampar pipi 8 kali.

Naik LRT, kesukaan kita.

Hari-hari kita melayan kesukaan kita. Tetapi, imaginasi itu juga kesukaan kita. Boleh kata hari-hari juga kita melayan imaginasi yang kadangkala bertukar kepada illusi. Yang menjelma di kala kita terlalu banyak kerja. Bersarang di kepala.

Jangan disalahkan keturunan semut api, semut halus berbau keji, semut hitam, kerengga dan seangkatan dengannya. Golongan mereka, tiada kita sampai hati mahu menyimpan di dalam perut ini.

Imaginasi.

Gila keji.

Inilah akibatnya kalau sudah terlalu lama sangat tiada memandu ke tempat kerja. Sekejap-sekejap sahaja mahu terlupa kewujudan kereta di bawah tanah bangunan ini. Mencemaskan kita sahaja. Tersadung kewarasan akal. Entah apa-apa. Harap sekejap lagi tiada kita berimaginasi lagi. Ngeri. Jika betul-betul terjadi.

Setakat ini.
LRT sahaja di hati.

Kita.. janji cuba.

Gentar mahu menabur janji. Lebih menggentarkan lagi jika mahu menepati janji. Tersilap tabur.. tiada ditepati. Jadi Munafik kita nanti.

Selalu terlupa.
Menjadi-jadi.

Macam ikan Dory dalam 'Finding Nemo'.

Belum beruban separuh kepala sudah nyanyuk begini.

Apa ini_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, June 22, 2009


_Sayyidul Istighfar, untuk kamu.

(Imej daripada al-azim.com)

Sayyidul Istighfar

Bahasa Rumi.

Allahumma anta rabbi laa ilaha illa anta kholaqtani wa ana ‘abduka wa ana ‘ala ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu a’udzubika min syarri ma shona’tu abu-u laka bini’matika ‘alaiyya wa abu-u bidzanbi faghfirli fa innahu laa yaghfirudz-dzunuuba illa anta

(Dipetik daripada eramuslim.com)

"Ya Allah, Engkau adalah Rabbku. Tiada ilaha selain Engkau. Engkau telah menciptakan aku, dan aku adalah hambaMu dan aku selalu berusaha menepati ikrar dan janjiku kepadaMu dengan segenap kekuatan yang aku miliki. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui betapa besar nikmat-nikmatMu yang tercurah kepadaku; dan aku tahu dan sadar betapa banyak dosa yang telah aku lakukan. Karenanya, ampunilah aku. Tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau)."

Manusia selalu dalam keadaan cenderung menyimpang dari jalan yang lurus. Sehingga manusia perlu untuk selalu bertaubat (kembali) kepada Allah dan jalan Allah. Maka Rasulullah S.A.W mengajarkan suatu lafaz doa yang disebut Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar).

Nabi Muhammad S.A.W memotivasi orang-orang beriman melalui lafaz doa Sayyidul Istighfar. Barangsiapa yang setiap hari membiasakan dirinya membaca doa tersebut dengan penuh keyakinan, maka Nabi S.A.W menjamin pelakunya sebagai penghuni surga di akhirat kelak.

Muat turun di sini.

Wahai jiwa-jiwa yang tenang..

Semoga kita dan kamu sentiasa dalam peliharaanNya_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, June 22, 2009


_Tengahari. Hari lepas-lepas.

Hidangan nasi himpit dan kuah kacang.
Khas diusung dari rumah.

Ya.. ya.

Kita tak rajin mahu ke kedai.

Waemah sekangkang ayam saja. Di tingkat bawah saja. Atau di seberang jalan Menara Telekom saja. Cumanya. Memang tak rajin yang berlipat ganda. Bukanlah poket kita mengalami dehidrasi atau penipisan dinding beg duit. Cumanya, kita memang tiada kerajinan. Tiada kerajinan. Tiada kerajinan.

Lebih afdhal ulang sebanyak tiga kali.

Jadi.
Cuba jangan degil.
Sila faham ketiadaan kerajinan kita.

Jam 1.05 tengahari, mula mengisi rezeki ke perut.

Sambil membaca buku 'Honk.. if you are Malaysian'.
Toma'ninah menghadap rezeki.

Sambil melayari Smashing Magazines.
Toma'ninah menghadap rezeki.

Sambil mendengar lagu.
Toma'ninah menghadap rezeki.

Sambil melayan Youtube.
Toma'ninah menghadap rezeki.

Jam 2.15 petang, tangki perut penuh berisi.

Muthu kawan satu pejabat menegur, "Whoaa.. so long you eat."

Mana ada lama.
1 jam saja.

Tak lama kan?
Kan Janet kan?
Kan?

Ok. Ini rahsia.

Kami adik beradik tiada kekuatan mahu melahap makanan. Sewaktu kecil, paling sekejap kita menghadap nasi pun dalam setengah jam. Rekod bersih, pernah mencapai tiga jam lamanya. Ada 1001 kisah suka duka serta pahit manis di kala menghadap rezeki ini. Sejak terputus tali pusat lagi. Dan bukan untuk paparan umum.

Cukuplah sebiji rahsia itu saja yang kita buka.

Tapi.

Mana ada lama.

Bukan ke sunnah nabi mengunyah 40 kali kan?

Gigi kekal kita belum tumbuh habis. Kesemuanya tak berapa nak matang lagi. Kunyah kiri. Kunyah kanan. Kunyah dan kunyah dan kunyah. Mereka kecil. Mereka tidak kuat. Tapi yang penting, mereka bekerjasama. Justeru itu, kunyahan 40 kali kita biasanya memang mengambil lajak masa yang tiada berkesudahan dia punya lama.

Tapi.

Mana ada lama_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, June 18, 2009


_Zaman dahulu.

Bas mini.

"Dalam lagi. Masuk dalam lagi. Boleh masuk lagi."

Zaman sekarang.
LRT.

"Dalam lagi. Masuk dalam lagi. Boleh masuk lagi."

Ikan sardin dalam tin sardin pun tak sardin macam ini. Kita pun tak berapa nak selera lalukan sardin ke tekak. Sebabnya, kita tak pandai nak makan sardin. Rasa dia macam.. sardin.

"Yang kau tak nak drive itu siapa suruh."

Whoaa..

Jangan berani utarakan skrip itu atau seberadik kepada skrip itu. Nescaya, akan kita hayunkan tapak tangan ke muka kamu dengan penuh kasih sayang sehingga berterabur gigi taring kemudian hari.

Barulah 'Aummmm..'

Ya Allah, mendungnya kita_


Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, June 16, 2009


_Beratus-ratus purnama dahulu.

Lebuhraya MRR2 belum lahir lagi.

Iyalah.

Sebahagian MRR2 ini letaknya depan rumah kita saja.

Kalau ada yang panjang kaki ke Kuantan mahupun Genting Highlands, memang wajib lalu depan rumah kita. Nanti, buatlah 2 ke 3 kali lambaian Kaabah kedamaian. Mana tahu kalau kita tengah tercongok depan rumah ke masa itu. Boleh juga kita campak Choki Choki dari jauh buat bekalan perjalanan.

Beratus-ratus purnama dahulu.

Depan rumah kita ini masih lagi jalanraya biasa. Masih bertanah pasir dan sekali sekala berwarna merah. Akibat rakus disodok pekerja Indonesia. Habis segala jemaah pokok getah depan rumah kita. Kononnya, itu zaman 'The Making of MRR2'. Papan tanda hentian bas pun tak ada tahu. Semua bas pakat berhenti ikut sedap mereka saja. Ikut gerak hati sendiri, kita rasa.

Makanya.

Bayangkan betapa sembelitnya kita mahu naik bas.

Sudahlah belum baligh lagi. Belum pernah rasa berdebar lagi. Mata pun tak pandai nak pandang lelaki lagi. Sogo pun kita tak kenal lagi. Masa itu MidValley pun belum lahir lagi. Nak ke bandar Kuala Lumpur itu pun cuak setengah nak mati. Memang tak tahu jalan. Orang putih kata, 'Clueless'.

Muka macam takut-takut, kawan kita kata.

Beratus-ratus purnama dahulu.

Sewaktu idea membina landasan LRT pun belum tercetus lagi. Kita kalau mahu naik bas, terpaksa pakai teori dan eksperimen kita sendiri.

Macam ini.

Kalau jalanraya itu 50 meter, sepanjang 5 meter kita akan bergerak setapak demi setapak. Di setiap 5 meter kita pasti melambai bas menyuruh berhenti. Kalau salah tekaan, memang bas itu vrooommm laju tinggalkan kita. Kadangkala, kita yang vrooommmmm laju tinggalkan bas pula.

Dan kadangkala, kita kena berkejaran seperti di tepi pantai.

Itu belum lagi kena acah dengan pemandu bas.

Keji gila.
Letih kita dibuatnya.

Dan hasil daripada analisa serta eksperimen kita, akhirnya kita berjaya mengenalpasti kedudukan sebenar papan tanda hentian bas yang lutsinar itu.

Beratus-ratus purnama kemudian.

Di mana-mana saja ada hentian. Setiap jalan pasti ada hentian. Bukan saja hentian bas, hentian teksi pun ada. Hentian lori haram bersama binatang haram pun ada. Hentian R & R pun ada juga. Hentian secara haram lagilah bersepah saja. Zaman sekarang kalau mahu tahan mana-mana kereta di tepi jalan, memang gila senang.

Kacang putih saja.

  1. Cuma selakkan sedikit kain atau seluar sehingga ke paras peha.

  2. Atau, berpura-pura pengsan di tepi jalan. Bukan sahaja bas akan berhenti, semua kenderaan pasti berhenti. Masing-masing sibuk mahu tolong tengok. Orang Malaysia memang prihatin tiada bertempat.

  3. Atau, berdiri terpacak di tengah jalan.



Hijau mata hitam kita dibuatnya.

Senang bukan mahu tahan kenderaan_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, June 16, 2009


_E476.

Bukan sekadar nombor. Dan bukan juga nombor untuk ditikam. Kita lempang kamu sampai bersepai gigi kacip kalau menyinggah ke mana-mana kedai nombor ekor. Walaupun tiadalah wujudnya keberanian untuk menghayun tapak tangan ke muka saudara seIslam kita, tetapi kita tetap mahu gertak.

Barulah kelihatan seperti 'Aummm..'

Orang kata Pringles tidak boleh dimakan.
Kita pun tak makan.
Ada E476.

Orang kata gula-gula arnab tidak boleh dimakan.
Kita pun tak makan.
Ada lecithin.

Dalam kepala kita, dua benda saja rajin berjoget zapin 24 jam.

E476 dan Lecithin.

Kehalalan mereka.. tiada disahkan sahih.
Keharaman mereka.. tiada diwar-warkan juga.

Makanya..

Halal atau haram kedua-dua benda ini?

Disebabkan kadar syak wasangka dan was-was kita yang boleh tahan tinggi tak berapa nak tinggi ini, kita sudah berhenti mengambil segala jenis makanan yang tertulis dua benda itu.

Dan.

Kita baru terperasan, coklat Cadbury kesukaan kita pun ada sama.

E476.

Saban hari terasa musykil. Halal ke. Boleh dimakan ke. Kod perisa tambahannya adalah sama seperti di dalam Pringles. Kita pun bertekad. Kena bongkar biodata kedua-dua benda ini. Kita pun mula gigih mencari biodata lengkap perihal kedua-dua benda ini.

Dan bagai menanti bulan jatuh ke riba, sepucuk emel pun tercampak ke kita. Macam tahu-tahu saja kita sedang tertanya-tanya.

Kandungan emel itu, seperti di bawah.

Kalau mahu tahu..
sila teruskan perjalanan.

Kalau tiada mahu..
sila noktah di hadapan.

PERHATIAN: Agak panjang isinya. Walau panjang, tetap berguna. Semoga dapat kepilkan sekali sedikit kesabaran di sepanjang perjalanan.

E numbers are ....

Eh, eh.. bahasa Inggeris?

Aik?
Cakap banyak pula.
Baca diam-diam saja sudah.
Hari itu kecoh sangat mahu ditanda salibkan Sains dan Matematik.
Konon mahu moden dan maju ke depanlah bagai sejajar dengan negara lain.
Bahasa Jawi pun merangkak lagi, ada hati mahu angkat bahasa Inggeris pula.

Sudah.

Jangan cakap banyak.
Email itu sampai ke kita dalam bentuk ini.
Maka, beginilah rupanya tanpa sebarang terjemahan.

Bacalah, sila.

E numbers are number codes for food additives and are usually found on food labels throughout the European Union. To have a diet without any components that also have an E-number is basically impossible.

Classification by numeric range

E100–E199 (colours)
E200–E299 (preservatives)
E300–E399 (antioxidants, acidity regulators)
E400–E499 (thickeners, stabilizers, emulsifiers)
E500–E599 (acidity regulators, anti-caking agents)
E600–E699 (flavour enhancers)
E700–E799 (antibiotics)
E900–E999 (miscellaneous)
E1000–E1999 (additional chemicals)

Thus,

E476 belongs here ---> E400–E499(thickeners, stabilizers, emulsifiers)

E476 is Polyglycerol polyricinoleate.

Polyglycerol Polyricinoleate (PGPR), E476, is an emulsifier made from castor beans which reduces the viscosity of chocolate and similar coatings and compounds. It works by decreasing the friction between the particles of cacao, sugar, milk, etc. Present so that they can flow more easily when melted. It is used in chocolate candy bars.

It is primarily used to reduce the fat content of chocolate. Since 2006, commercial-grade candy bars, such as those made by Hersheys and Nestle, made an industry-wide switch to include PGPR as an ingredient - a possible indicator of a cost saving measure by the commercial chocolate industry.

Makers of PGPR such as Danisco and Palsgaard indicate that PGPR can be
used to replace the more expensive cocoa butter as an ingredient in chocolate. Palsgaard's website asserts, "Cocoa butter is an expensive raw material for chocolate manufacturers. By using PALSGAARD 4150 the chocolate recipe has lower costs in terms of less cocoa butter but also gives the benefit of having less fat."

PGPR is a yellowish, viscous liquid composed of polyglycerol esters of polycondensed fatty acids from castor oil. It may also be polyglycerol esters of dimerized fatty acids of soya bean oil.

PGPR is strongly lipophilic, soluble in fats and oils and insoluble in water and ethyl alcohol. In chocolates it is used as a viscosity reducing agent. It is virtually always paired with lecithin or another plastic viscosity-reducing agent.

It can also be used as an emulsifier in spreads and in salad dressings or as a crystal inhibitor and anti-clouding agent in fractionated vegetable oils.

The Vegan Society claims that PGPR may be animal-derived, but no evidence has
been presented that any commercially available PGPR products are made using
animal-derived substances.

"High grade PGPR in chocolate". Palsgaard.
"Kind of Emulsifiers". Riken Vitamin.

PGPR.. replacing cocoa butter in chocolate.

What is.. Castor Beans?

The castor oil plant, Ricinus communis, is a species of flowering plant in the spurge family, Euphorbiaceae. Its seed is the castor bean which, despite its name, is not a true bean.

Castor seed is the source of castor oil, which has a wide variety of uses. The seeds
contain between 40% and 60% oil that is rich in triglycerides, mainly ricinolein. The seed coat contains ricin, a toxin, which is also present in lower concentrations throughout the plant.

Castor seeds have been found in Egyptian tombs dating back to 4000 BC being used mostly to fuel lamps because of the slow burning oil. Herodotus and other Greek travelers have noted the use of castor seed oil for lighting, body ointments, and improving hair growth and texture.

Plus, Cleopatra is reputed to have used it to brighten the whites of her eyes. The Ebers Papyrus is an ancient Egyptian medical treatise believed to date from 1552
BC. Translated in 1872, it describes castor oil as a laxative.

Ok.

Itu.. penjelasan seperti di dalam emel.
Yang kita juga pertama kali baca.

Kesimpulannya..

Rapatkan kening kiri dan kanan bersama dalam satu garisan.
Kita masih belum pasti dia punya kesahihan.

Kamu rasa macamana_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, June 11, 2009


_Teori.

Kita memang suka cipta teori sendiri. Bukanlah berunsur bidaah pun. Dan bukanlah teori tak berasas seperti Teori Darwin pun. Yang mana, manusia ini berasal daripada monyet. Kita rasa, perangai seperti monyet itu banyaklah bersepah. Kalau berasal daripada monyet itu tak berapa nak masuk akallah pula.

Makanya.

Ini teori kita. Teori logik akal, hasil daripada eksperimen menonton sandiwara dunia. Salah satunya, yang macam kita cerita di bawah ini.

Teori ini, kita panggil 'Teori Boleh Pakai Kalau Mahu Pakai'.

Kamu pernah dengar yang namanya, karma?

Bukan kamasutra. Ini karma. Kita lempang kamu sampai bersepai gigi geraham nanti kalau cakap tak bertampal adab sopan. Karma ini, mengikut kepercayaan orang India, setiap apa yang kita lakukan, pasti mendapat balasan dan bakal berulang kembali. Lebih kurang begitulah serasa kita. Kalau salah, tolong betulkan.

Kalau tak faham..

Kamu pernah dengar yang namanya, 'Buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat'?

Ini kalau kamu tiada faham, silalah pulang ke rumah menanak nasi dan gaulkan dengan belacan bercambur budu serta cincalok secukup rasa. Mulakan dengan bismillah dan kunyah 40 kali baru telan. Ikut sunnah nabi. Semoga kamu dapat bezakan yang mana satu baik dan yang mana satu jahat.

Kita?

Kita.. tak berapa nak jahat.
Cuma, nakal dan tak semenggahnya bersepahlah.

Begini teori kita.

  1. Kalau mahu orang berlembut dan melayan kamu baik-baik, maka layanlah orang di sekelilingmu dengan penuh kasih sayang dan lembut juga. Jangan berkasar dengan orang sekeliling. Kalau orang berkasar dengan kamu, tahu pula melenting. Tetapi, kalau kamu yang berkasar dengan orang lain, tak boleh pula mereka nak melenting. Keji kamu ini.

  2. Kalau mahu orang di sekeliling sentiasa bantu-membantu kamu setiap kali muncul masalah, maka bantulah juga orang di sekeliling kamu. Tolonglah mereka dengan saki baki kerat daya yang kamu ada. Dan kalau boleh, biarlah ikhlas. Tak adalah kelabu sangat hati itu jadinya.

  3. Kalau mahu orang bercakap perkara yang baik-baik saja perihal kamu, maka bercakaplah perkara yang baik-baik saja perihal orang di sekeliling kamu. Tiada moleknya mengadu domba dan mengumpat di belakang orang. Kalau kamu kempunan mahu meratah daging saudara kamu yang diumpat itu mentah-mentah, silalah. Kita ini pun tengah dalam proses untuk berhenti kempunan meratah daging saudara sendiri.

  4. Kalau kamu mahu orang bersangka baik tentang kamu, maka bersangka baiklah tentang mereka juga. Hati pun mudah jadi putih, bersih dan berseri. Tiada perlunya memakai Fair and Lovely yang hebat menghakis kulit manusia sehingga nipis, putih dan menyilaukan mata memandang.

  5. Kalau mahu orang menutup keaiban kamu, maka tutupilah keaiban orang lain juga. Kalau sama-sama tutup dan tiada singkap-menyingkap akan aib masing-masing, amanlah dunia dibuatnya. Kata orang putih yang sudah lama makan belacan, "Pen merah, pen biru. You tutup I, I tutup you." Maka, jagalah keaiban masing-masing. Diam-diam sudah. Cukuplah Allah seorang saja yang Maha Mengetahui. Tiada guna diwar-warkan sampai masuk Melodi. Yang kesudahannya mendapat malu, mereka dan keluarga mereka juga adanya.

  6. Kalau orang itu sedang berbuih-buih bercerita atau memberitahu sesuatu, dengarlah dulu sampai habis. Kemudian, barulah menyampuk atau memotong cakapnya. Kalau kamu hormat orang sedang berbuih-buih menyampaikan biji butirnya, orang juga akan hormat kamu. Dengar dulu, baru pintas. Kita orang Islam ini ada adab dalam segala hal. Maka, guna dan pakai. Jangan selamba redah. Itu biadab namanya.



Angkat kening sebelah kanan tinggi-tinggi.

Hah.

Ada benar ke teori kita itu_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, June 09, 2009


_Kita betul-betul penat malam itu.

Kerja di pejabat macam timbunan gula. Kita pula, ibarat semut mati di tengah timbunan gula. Mana nak kejar tarikh akhir kerja lagi. Nak melayan School Vandals, Mafia Wars dan Pet Society di Facebook lagi. Nak melayan cerita Suffian Abas yang selalu bersambung tak pernah dihabiskannya lagi.

Kita mandi, dengar lagu Aladom satu dua dan..

mata pun pejam.

Mimpi baru nak masuk montaj logo Facebook bercampur Friendster dan Myspace yang tak semenggah bila terdengar bunyi telefon.

Kita angkat.

"Hello?" suara pakwe. Terkejut bukan main kita. Iyalah, selain dari adik beradik lelaki yang merangkap pengawal peribadi kita, tiada pakwe lain yang berani telefon kita sekarang.

Oh, kecuali pakwe Maybank. Itu pun sebab sibuk nak paksa beli Maybank punya kad kredit.

Kembali kepada soal kita terkejut tadi. Kita pun membetulkan suara, supaya nampak ayu dan bersahaja.

"Ya?" jawab kita, kontrol ayu.

"Dah tidur ya?" pakwe itu bertanya.

"Err, belum. Tengah baca buku masak-masak," menipu sikit. Pakwe tak suka gadis yang tak tahu nak bezakan mana satu kuali dan mana satu periuk (kecuali Paiseh).

"Tipu, I kenal you,"

Huh, ber i ber you, pakwe lalalala ini.

"Kenal I? Hebat!"

"I kenal you luar dalam. I kan suami you,"

"Huh? Bila pula I kahwin? Tak pernah pergi Golok pun."

"I suami you dari masa depan. I cuma nak beritahu, start makan ulam setiap hari, makan coklat itu biarlah Choki Choki, I tak suruh berhenti, cuma kurangkanlah sikit makan Choki Choki itu."

"Uh?"

"Sebab I baru kehilangan you. Masa kita sekejap saja."

"Huh? Kalau betul you suami I, macam mana kita jumpa? Bila? Esok ke? Apa nama you?"

"Kalau kasi tahu, tak suspen la, nanti you tak buat macama mana you buat masa nak beli jiwa I,"

"Ci sinnn!" jawab kita sambil mematikan panggilan. Kita terus tidur. Tak nak beritahu sudah. Buang masa. Esok nak kerja. Kalau masuk lewat, mahu kena lempang dengan bos kalau kita beri alasan berbual dengan suami dari masa depan. Bos bukan jenis suka percaya alasan staf.

Dia tak sms atau telefon lagi. Merajuklah itu_


*NOTA
Karya asal: Vovin
Karya lain: Pipiyapong, Paiseh

Sambung baca...

Kategori:

Monday, June 08, 2009


_Ya Allah hai.

Kita normal rupanya.

Ingatkan nafsu ke arah fesyen dan baju sebagaimana yang digilai kaum wanita itu tidak terpercik ke kita. Rupanya.. fuh. Berkocak lagi bergetar juga nafsu kita dibuatnya. Siang malam boleh terbayang-bayang. Makan tak kenyang. Mandi tak basah. Minum tak hilang dahaga.

Boleh tahan gila bayang juga.

Rasanya disebabkan namanya yang ada unsur makanan. Justeru, kita pun terpana dan tertarik hati dengannya. Bukan terasa lapar. Cumanya. Terasa seperti mahu lalalala mengikut alunan lagu Dewangga Sakti seperti hari-hari lepas. Sungguh merenggut hati kudusku.

Wahai Jilbab Biskut..

Semoga dikau tidak menjelma di depanku.
Tolonglah jangan menjelma.
Kasihanilah poketku.
Dan nafsuku.

Wajah si Jilbab Biskut yang kacak.

Jilbab Biskut

Mujurlah si Jilbab Biskut bukan kelahiran Malaysia.

Kita yakin 200% si Jilbab Biskut tidak dijaja di pasaran gelap mahupun pasaran terang di Malaysia. Bergoncang nafsu kita dibuatnya. Entah kenapa rajin mencari baju-baju beradik Abaya sekarang ini. Kelihatan seperti lebih 'underground' barangkali.

Tapi.

Aisehmen.. bergoncang.

Satan,
Jangan kau berani cucuk kita.

Kita cucuk kau balik nanti_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, June 07, 2009


_Maskara Massacre.

Ramai juga terkorban.

Akibat ditembak beberapa orang sniper Dewangga Sakti. Ramai yang putus nafas di tempat kejadian. Alunan gambus, accordian, gitar dan violin bersama bulu ayam hitam panjang mengurai mereka telah galak membedil penonton yang hadir. Hampir kesemua penonton mengalami pendarahan hidung yang kronik. Dan 2.. 3 orang depan kita pun ikut sama berzikir ke kiri kanan melenggokkan badan mengikut irama Dewangga Sakti yang berkuasa sakti itu.

"Memang suweyyy lagu ini." Kata Azman Dewangga Sakti.

Dan.

Sejak dari mula sampai habis persembahan Dewangga Sakti, memang satu benda saja tekun melekat dalam kepala kita. Terngiang-ngiang sampai sekarang.

Atuk, TV1 dan Kluang.

Oh, 3 rupanya.

Alah. Anggap saja 1. Disebabkan duduknya masih dalam baris yang sama.

Cumanya.

Nak menyampaikan kaki ke rumah PENA bukan kerja mudah.

Setiap kali pergi, kita WAJIB sesat. Tak ketemu jalan. Walaupun ini kali kedua kita ke sana, tetapi masih terasa bebal kepala nak menghafal jalannya. Sudahlah kita buta peta. Dilukis sebegitu terang, jelas dan nyata tanpa dengung pun belum tentu boleh dibaca petanya. Membaca peta memang bukan kerja mudah.

Nak menemukan jalan Loke Yew dari arah Cheras Baru memang tiada jodoh.

Ini petunjuk yang diberi Bro Sinaganaga sewaktu ke Maskara Balak Malaya suatu ketika dahulu. Kemudian, kita terjemahkan menjadi 'peta'. Tengoklah rupa bentuk peta kita. Peta macam ini barulah kita senang faham. Kalau bagi dari pemandangan arial, memang bergulinglah kita nak membacanya dari sudut 180 darjah. Kalaulah dilukis seperti peta minda bukan ke mudah sikit. Kalau bentuk 'point form' lagilah senang kita nak faham.

Maklum sajalah. Kita memang blur ayam sikit.

Mukasurat pertama

Mukasurat kedua

Jangan cakap apa-apa.

Sila simpan dalam hati. Kita tahu awak nak mengata kita. Kita tak kisah. Cuma kita kasihan kalau awak mengata kita nanti kita yang dapat pahala berlonggok-longgok. Tak apa. Kita tak kisahkan kita. Kita kisahkan awak. Tak baik mengumpat dan mengadu domba. Berdosa tahu. Awak nak ke makan daging kita dekat akhirat nanti. Lemaknya tidaklah banyak mana. Tapi, bolehlah dari tak ada. Kan.

Cheras Baru > Taman Maluri > Jalan Pudu > Pusat Bandaraya > Jalan Dewan Bahasa

Tengok.

Menangis air mata darah kita dibuatnya.

Dan macam biasa.

Waktu lalalala kami di rumah PENA, pasti bermula antara jam 9 lebih malam ke atas. Nak datang awal tak boleh. Nak datang lambat pun tak boleh. Dia punya lalalala pasti bermula jam 9 lebih malam ke atas. Fix Time, orang putih kata. Dah ditetapkan macam gitu, begitulah jadinya. Semuanya terpulang kepada berapa lama kami boleh bertahan sesat di dalam perjalanan.

Itu satu.

Yang keduanya.

Setibanya di depan rumah GAPENA. Yang mana, pintu masuknya cumalah satu. Dan itulah satu-satunya pintu masuk yang ada. Kami terbabas mencari-cari kelibat pagar ruyung rumah PENA. Yang disangka berlainan pintu masuk dengan rumah GAPENA. Lebih kurang 3 kali kami tawaf depan pintu pagar ruyung rumah GAPENA dan kedai TETUPAI. Barulah dapat 'figure out' sendiri rupanya GAPENA dan PENA berkongsi pintu masuk.

Macam haram.

Letih kita dibuatnya.

Tapi puas hati.

Kalau awak nak tengok persembahan Dewangga Sakti, silalah cari di Youtube sendiri.

Kita memang rasa macam tengah duduk dengan atuk kita di kampung sambil menonton zapin dan ghazal di TV1 waktu itu. Maskara berikutnya bulan 8. Sesiapa yang pergi itu nanti, harapnya bolehlah tolong tunjukkan kita jalan ya.

Tolonglah cakap boleh_

Sambung baca...

Kategori:

Saturday, June 06, 2009


_Cuba teka.

Dalam dunia ini, apakah yang PALING liat sekali?

(perlu menggunakan huruf besar bagi memberi impak maksima)

Teka, sila.

1..
2...
Ti.. ti..

Cepatlah teka.

Ti..
Tiga.

Hai. Siput berjoging di sebelah pun laju lagi. Cuba lagi lain kali.

Jawapannya: Bangun untuk solat subuh.

Sesungguhnya.
Teramat liat.
Teramat.
Liat.

Memang sangat liat kan.

Liat ibarat keropok lekor yang telah ditinggalkan semalaman. Atau. Liat ibarat kuih dodol yang telah disejukkan pada suhu 10 darjah selsius. Bikin lelangit mulut gundah gelana saja demi segigit makanan yang liat. Rasa mahu luruh segala gigi geraham yang bergayut di gusi.

Dahulukala.

1. Sekolah rendah

Ayah bukan seorang yang garang. Pemarah pun bukan. Malah, seorang yang lemah lembut dan penuh kesopanan. Maka, cara mengejutkan anak-anaknya bangun subuh juga pastilah lemah lembut.

Setiap pagi, ayah mesti tarik ibu jari kaki aku secara perlahan-lahan.

Yang mana, aku mesti terkejut dan bingkas bangun. Waemah perlahan-lahan saja ditariknya. Tetapi, dia punya impak itu memang maksima habis. Kata orang-orang tua, roh masuk dari ibu jari kaki. Entahlah betul ke tidak.

Kesudahannya, terbangunlah aku untuk menunaikan solat subuh setiap pagi.

2. Sekolah menengah

Ayah bukan seorang yang garang. Pemarah pun bukan. Malah, seorang yang lemah lembut dan penuh kesopanan. Maka, cara mengejutkan anak-anaknya bangun subuh juga pastilah lemah lembut.

Setiap pagi, ayah mesti tepuk kaki aku secara kuat tak berapa nak kuat.

Yang mana, aku mesti terkejut dan bingkas bangun. Sebab.. masih memakai cara lama. Iaitu, menyentuh kaki. Senang betul aku tersentak. Memanglah terkejut jadinya. Kan. Nak pula ditepuk kuat-kuat. Lagilah automatik terkejut dan terbingkas bangun.

Kesudahannya, terbangunlah aku untuk menunaikan solat subuh setiap pagi.

3. Universiti

Setiap kali masuk Subuh, mak atau ayah mesti melaungkan nama aku dari bawah secara dengar tak dengar. Atau dari sebalik pintu. Atau juga, dari sebalik tangga. Atau dari sebalik dinding. Pendek kata, dari setiap sebaliklah dikejutnya. Kejutan dari sebalik tabir, aku rasa.

Yang anehnya. Walaupun suara mak atau ayah tak berapa jelas kadangkala. Tapi, suara mereka masih sampai menyinggah ke gegendang telinga aku. Masih sempat menyelinap masuk ke dalam mimpi. Seakan-akan interframe seperti iklan di kala mimpi sedang berjalan.

Kesudahannya, terbangunlah aku untuk menunaikan solat subuh setiap pagi.

4. Dah besar sikit

Pernah sekali, mak renjis-renjis dipilis air sejuk dekat muka. Mati-mati aku sangkakan tempias air hujan. Itu yang serta merta terkejut dan bingkas bangun. Lepas itu, mak gelak-gelak di kala aku masih mamai belum berpijak di bumi nyata. Ish.. ish.. ish.. mujurlah itu emak yang tercinta.

Kesudahannya, terbangunlah aku untuk menunaikan solat subuh setiap pagi.

5. Sekarang

Cari segala alat yang ada sistem penggera. Set masa pada jam 5.30 pagi. Dan besarkan suara pada tahap tertinggi. Serta jangan lupa letak di tepi telinga. Atau sekeliling kepala yang mana agak boleh tahan dekat perjalanannya nak ke gegendang telinga. 'The best route', orang putih kata.

Kalau bernasib baik, mungkin seluruh kawasan perumahan ini boleh terjaga Subuh.

Hah.

Yang tengah khusyuk membaca ini,
Bangun Subuh macamana?

Cuba cerita sikit_

Sambung baca...

Kategori:

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.